Pembelajaran Inggeris
Selamat datang ke EnglishConnect


“Selamat datang ke EnglishConnect,” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)

“Selamat datang ke EnglishConnect,” EnglishConnect untuk Pengajar

seorang wanita tersenyum dalam kumpulan kecil di luar

Selamat datang ke EnglishConnect

Terima kasih atas kesanggupan anda untuk melayani sebagai pengajar EnglishConnect. Kami berharap anda akan rasa kasih Bapa Syurgawi anda semasa anda melayani. Membantu orang lain belajar bahasa Inggeris boleh meluaskan kesempatan mereka untuk pendidikan, pekerjaan, dan pelayanan. Usaha anda akan memberkati kehidupan pelajar-pelajar sekarang dan di masa hadapan.

Ketika anda mencari bimbingan dan kekuatan Tuhan, Dia akan membantu anda mengasihi dan melayani pelajar-pelajar dalam kumpulan anda. Anda tidak perlu bercakap bahasa yang sama dengan mereka yang anda ajar. Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bahasa Inggeris atau mempunyai pengalaman pengajaran untuk memimpin sebuah kumpulan EnglishConnect. Bahan-bahan EnglishConnect mengandungi apa yang anda perlukan untuk berjaya. Semasa anda mencari Roh dan membimbing para pelajar dengan penuh kasih melalui pengajaran, anda boleh membantu mereka mendekati Tuhan melalui pembelajaran bahasa Inggeris.