Pembelajaran Inggeris
Apakah yang Dilakukan oleh Seorang Pelajar?


“Apakah yang Dilakukan oleh Seorang Pelajar?” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)

“Apakah yang Dilakukan oleh Seorang Pelajar?” EnglishConnect untuk Pengajar

seorang lelaki dan seorang wanita pelajari buku panduan EnglishConnect semasa kumpulan perbualan

Apakah yang Dilakukan oleh Seorang Pelajar?

Sebagai pengajar EnglishConnect, anda perlu faham apa yang para pelajar akan lakukan supaya anda boleh bantu mereka berjaya. Para pelajar akan paling berjaya apabila mereka menamatkan aktiviti pembelajaran peribadi, menyertai kumpulan perbualan, dan mengembangkan tabiat berlatih bahasa Inggeris setiap hari. Setiap pengajaran dalam EnglishConnect 1 untuk Pelajar dan EnglishConnect 2 untuk Pelajar dibahagi ke dalam dua bahagian: ”Personal Study” (Kajian Peribadi) dan ”Conversation Group(Kumpulan Perbualan). Semak “Pengenalan” dalam buku panduan pelajar EnglishConnect untuk membantu anda memahami pengalaman pelajar.

gambar yang menunjukkan bahawa kajian peribadi dan kumpulan perbualan ialah proses kitaran

Carilah Pembelajaran melalui Pengkajian dan Iman

Asas pengalaman EnglishConnect ialah membantu para pelajar “cari pembelajaran, bahkan melalui pembelajaran dan juga melalui iman” (Ajaran dan Perjanjian 88:118). Setiap pengajaran dalam EnglishConnect berpusat pada asas pembelajaran. Ini ialah asas-asas rohani yang membantu kita bergantung pada Tuhan untuk meningkatkan keupayaan kita untuk belajar dan mengajar. Asas-asas pembelajaran boleh bantu kita memahami potensi sebenar kita dan kebolehan Juruselamat untuk membantu kita. Asas-asas pembelajaran yang kita akan mengkaji dan mencontohi dalam pengalaman EnglishConnect termasuk:

Anda ialah Anak Tuhan

Saya ialah anak Tuhan dengan potensi dan tujuan abadi.

(Lihat Roma 8:16–17; “Keluarga: Satu Pengisytiharan Kepada Dunia.”)

Beriman kepada Yesus Kristus

Yesus Kristus boleh membantu saya melakukan semua hal apabila saya beriman kepada-Nya.

(Lihat Filipi 4:13; Eter 12:27; Moroni 7:33.)

Mengambil Tanggungjawab

Saya miliki kuasa untuk memilih, dan saya bertanggungjawab untuk pembelajaran diri sendiri.

(Lihat 2 Nefi 2:14, 16; Ajaran dan Perjanjian 58:27-28.)

Kasihi dan Ajar Satu Sama Lain

Saya boleh belajar dari Roh Kudus apabila saya mengasihi, mengajar, dan belajar bersama orang lain.

(Lihat Yohanes 13:34–35; Yohanes 14:26–27; Ajaran dan Perjanjian 84:106; 88:77, 122–23.)

Maju ke Hadapan

Dengan bantuan Tuhan, saya boleh maju ke hadapan bahkan apabila saya menghadapi halangan.

Lihat 2 Nefi 31:20; 32:9; Ajaran dan Perjanjian 50:41–42.

Berunding bersama Tuhan

Saya meningkatkan pembelajaran saya dengan berunding bersama Tuhan setiap hari tentang usaha saya.

(Lihat Amsal 3:5–6; Matius 7:7–8; Alma 37:37.)

Kajian Peribadi

Sebelum menghadiri kumpulan perbualan, para pelajar menamatkan bahagian “Personal Study”(Kajian Peribadi) dalam buku panduan pelajar. Dalam bahagian ini, para pelajar mengkaji asas pembelajaran, menghafal kosa kata, dan berlatih menggunakan pola ayat.

Menghafal kosa kata dan berlatih pola ialah aktiviti yang paling baik dilakukan dalam kajian peribadi. Ini membiarkan para pelajar untuk menguasai konsep-konsep mengikut kadar mereka sendiri.

Kumpulan Perbualan

Dalam kumpulan perbualan, para pelajar menamatkan aktiviti-aktiviti “Conversation Group”(Kumpulan Perbualan) dalam buku panduan pelajar. Ketika bekerja dalam kumpulan kecil atau pasangan, para pelajar membincangkan asas pembelajaran, menyemak kosa kata dan pola ayat, dan berlatih perbualan. Setiap aktiviti menyediakan para pelajar untuk aktiviti seterusnya. Di hujung setiap kumpulan perbualan, para pelajar menilai kemajuan mereka dan menetapkan matlamat untuk latihan harian.

Latihan Harian

Untuk belajar bahasa Inggeris terbaik, para pelajar perlu mengembangkan tabiat berlatih setiap hari. Untuk mendirikan tabiat ini, para pelajar perlu cari cara untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Sebagai contoh, apabila mereka mendengar muzik, mereka boleh dengar dalam bahasa Inggeris. Para pelajar juga boleh berbual ringkas dalam bahasa Inggeris di rumah, kerja, atau gereja. (Lihat idea-idea tambahan dalam bahagian “Cadangan Pengkajian” dalam buku panduan pelajar EnglishConnect.) Kunci latihan harian ialah untuk membantu para pelajar mencari cara untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam rutin biasa mereka.

Sebagai bahagian latihan harian mereka, para pelajar boleh menamatkan bahagian “Personal Study”(Kajian Peribadi) dalam buku panduan pelajar. Mereka juga boleh menamatkan aktiviti dan penilaian pengajaran dalam talian di englishconnect.org/learner/resources dan di Buku Panduan EnglishConnect 1 dan Buku Panduan EnglishConnect 2.