Ikutlah Aku
20–26 Julai. “Kami Datang Kepada-Mu Meminta Tolong”: 2 Tawarikh 14–20; 26; 30


“20–26 Julai. ‘Kami Datang Kepada-Mu Meminta Tolong’: 2 Tawarikh 14–20; 26; 30,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“20–26 Julai. ‘Kami Datang Kepada-Mu Meminta Tolong,’” Ikutlah Aku: 2026

Raja Yosafat berdoa

King Jehoshaphat’s Prayer [Doa Raja Yosafat], oleh Keeley Rae

20–26 Julai: “Kami Datang Kepada-Mu Meminta Tolong”

2 Tawarikh 14–20; 26; 30

Kerajaan Yehuda telah dikepung. Tentera dari tiga negara musuh yang kuat semuanya mara sekaligus, bersedia untuk berperang. Pada saat terdesak ini, Yosafat, Raja Yehuda, berpaling kepada Raja langit dan bumi. Yosafat mengumpulkan rakyatnya di bait suci dan berdoa. Dia mengakui kelemahan fana mereka dan merayu untuk pembebasan. Sebagai jawapan, Tuhan menjanjikan perlindungan-Nya: “Janganlah takut atau ragu-ragu” (2 Tawarikh 20:17).

Kita mungkin tidak mempunyai tentera penceroboh di depan pintu kita yang mengancam untuk memusnahkan kita, tetapi kadang-kadang kita berasa dikelilingi oleh kesukaran dan kejahatan. Jalan kita menuju pembebasan adalah jalan sama yang Yosafat cari, dan doa kita juga boleh menjadi seperti doanya: “Engkaulah Tuhan kami! … kami tidak berdaya melawan tentera besar yang menyerang kami. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan, tetapi kami datang kepada-Mu meminta tolong” (2 Tawarikh 20:12).

Dalam 2 Tawarikh 14–30, anda akan membaca tentang Yosafat dan raja-raja lain di Yehuda. Pertimbangkan bagaimana pembaharuan, kemenangan, dan cabaran mereka boleh diterapkan dalam kehidupan anda sendiri.

Untuk gambaran keseluruhan kitab 2 Tawarikh, lihat “Tawarikh” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

2 Tawarikh 14–16

Mempercayai Tuhan akan membawa saya kedamaian.

Semasa Asa menjadi raja Yehuda, dia menghadapi banyak cabaran—sama seperti kita semua hari ini. Semasa anda membaca tentang cubaan yang dia hadapi, perhatikan di mana dia meletakkan kepercayaannya dan bagaimana ia berubah dari semasa ke semasa.

Rujukan

Cabaran yang Asa hadapi

Di mana Asa meletakkan kepercayaannya

Rujukan

2 Tawarikh 14:9–12

Rujukan

2 Tawarikh 15:1–8

Rujukan

2 Tawarikh 16:1–10

Mengapa kita kadang-kadang berhenti mempercayai Tuhan? Apakah lagi yang anda pelajari daripada kehidupan Asa?

Lihat juga Elder D. Todd Christofferson, “Hubungan Kita dengan Tuhan,” Liahona, Mei 2022, 78–80.

2 Tawarikh 18

Saya boleh mempertahankan kebenaran, walaupun ia tidak popular.

Nabi Mikha pasti berasa banyak tekanan untuk meramalkan kejayaan raja Yosafat dan Ahab dalam perang mereka menentang Syria. Cari bukti tekanan itu dalam 2 Tawarikh 18:1–12. Apakah bukti yang anda temui tentang keberanian dan integriti Mikha dalam ayat 13–27? (Perhatikan bahawa dalam ayat 14, Mikha memberikan jawapan sarkastik; jawapannya yang sebenar ada dalam ayat 16.) Bagaimanakah kata-kata Mikha dipenuhi dalam ayat 28–34?

Apakah beberapa situasi di mana anda mungkin menghadapi tekanan seperti yang Mikha hadapi? Apakah yang memberi anda keberanian untuk membela Tuhan dan ajaran-ajaran-Nya?

peta Yehuda

Pada zaman Raja Yosafat, tiga negara menyerang Yerusalem.

2 Tawarikh 20:1–25

ikon seminari
Dalam masa yang sukar, saya boleh berpaling kepada Tuhan dan para nabi-Nya.

Semasa anda membaca 2 Tawarikh 20:1–12, carilah apa yang Raja Yosafat lakukan apabila pelbagai bangsa datang menyerang Yehuda. Bagaimanakah anda boleh gunakan tindakannya dalam keadaan mencabar yang anda hadapi?

Jawapan Tuhan kepada doa Yosafat terdapat dalam ayat 14–17. Apakah frasa yang anda temui di sana yang boleh menghiburkan anda atau seseorang yang anda kenali semasa masa sukar?

Keesokan harinya, rakyat Yerusalem keluar untuk menemui tentera lawan. Semasa anda membaca 2 Tawarikh 20:20, carilah pesanan yang Yosafat berikan kepada rakyat Yerusalem. Bagaimanakah kata-katanya dipenuhi? (lihat ayat 22–23). Bagaimanakah Tuhan memberkati anda kerana percaya kepada-Nya dan mengikuti para nabi-Nya?

Presiden Russell M. Nelson berkata: “Pengalaman saya ialah sebaik sahaja anda berhenti meletakkan tanda tanya di sebalik pernyataan nabi dan sebaliknya meletakkan tanda seru, dan melakukannya, berkat-berkat itu mengalir begitu sahaja. Saya tidak pernah bertanya kepada diri sendiri, ‘Bilakah nabi bercakap sebagai nabi dan bilakah dia tidak?’ Minat saya ialah, ‘Bagaimanakah saya boleh menjadi lebih seperti dia?’” (dalam Lane Johnson, “Russell M. Nelson: A Study in Obedience,” Ensign, Ogos 1982, 24).

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 21:4–6; “A Secure Anchor” (video), Gospel Library; “Buat pilihan yang terilham,” Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (2022), 4–5.

3:37

A Secure Anchor

Kenal pasti pernyataan kebenaran yang mudah. Elder Neal A. Maxwell mengajar: “Tulisan suci menawarkan kepada kita begitu banyak berlian ajaran. Dan apabila cahaya Roh bermain pada beberapa aspeknya, ia berkilauan dengan akal syurga dan menerangi jalan yang harus kita ikuti” (“According to the Desire of [Our] Hearts,” Ensign, Nov. 1996, 21). Semasa anda mengkaji tulisan suci, pertimbangkan untuk meluangkan masa untuk mengenal pasti, menandakan, dan merenungkan pesanan pendek tetapi berkuasa. Beberapa contoh terdapat dalam 2 Tawarikh 14:11; 15:7; 18:13; 20:15; 26:5. Apakah “berlian ajaran” lain yang anda temui?

2 Tawarikh 26:3–21

Keangkuhan membawa kepada kemusnahan.

Seperti kebanyakan raja Yehuda yang lain, pemerintahan Uzia bermula dengan pencapaian yang hebat tetapi berakhir dengan tragedi. Cari pola ini dalam 2 Tawarikh 26. Pada pendapat anda, apakah titik perubahan dalam kehidupan Uzia?

Semasa anda membaca ayat 16–23, ingatlah bahawa pada masa ini, hanya imam dibenarkan membakar kemenyan di bait suci. Pada pendapat anda, mengapa Raja Uzia tidak mematuhi Tuhan? Apakah yang anda pelajari daripada pengalaman tragis ini?

Lihat juga “Hendaklah Kau Rendah Hati,” Nyanyian Rohani, no. 47.

2 Tawarikh 30

Saya boleh menjadi pendamai.

Dalam 2 Tawarikh 30, Hizkia ialah raja Yehuda. Dia menjemput Kerajaan Israel yang menjadi saingan untuk berkumpul di Yerusalem untuk merayakan Paskah—sesuatu yang orang Israel tidak dapat lakukan selama bertahun-tahun (lihat ayat 1–12). Apakah yang anda kagum tentang jemputan itu dan bagaimana ia diterima—baik oleh tetamu orang Israel mahupun oleh tuan rumah mereka di Yehuda?

Oleh kerana sudah begitu lama, sesetengah pengunjung ke Yerusalem tidak biasa dengan butiran cara untuk menyertai Paskah. Semasa anda membaca 2 Tawarikh 30:18–27, apakah yang anda pelajari daripada jawapan Hizkia dan hasil jawapannya?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Pendamai Diperlukan,” Liahona, Mei 2023, 98–101.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

2 Tawarikh 14–1620

Saya boleh mempercayai Tuhan.

  • Untuk memperkenalkan idea untuk mempercayai Tuhan, anda boleh tunjukkan anak-anak anda sesuatu yang anda percayai untuk memastikan anda kering apabila hujan, seperti payung atau jaket. Biarkan mereka bercakap tentang mengapa kita boleh mempercayai benda-benda ini. Kemudian bantu mereka membandingkannya dengan kepercayaan kita kepada Tuhan. Mengapakah kita mempercayai Dia untuk memastikan kita selamat secara rohani?

  • Anda boleh membantu anak-anak anda menerokai bagaimana Raja Asa dan Raja Yosafat bertindak balas terhadap cabaran dengan mempercayai Tuhan (lihat 2 Tawarikh 14:11; 20:3–5, 12). Saling berkongsi cara anda boleh menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda mempercayai-Nya.

2 Tawarikh 20:1–29

Tuhan akan mendengar dan menjawab doa saya.

  • Halaman aktiviti minggu ini boleh membantu anak-anak anda memahami cerita doa Yosafat dan jawapan Tuhan. Anda dan anak-anak anda boleh berkongsi masa ketika Tuhan mendengar dan menjawab doa anda. Pertimbangkan untuk memasukkan masa ketika jawapan datang dengan cara atau pada masa yang anda tidak jangkakan.

2 Tawarikh 26:3–23

Saya boleh menjadi rendah hati.

  • Untuk belajar tentang bahaya keangkuhan, anak-anak anda boleh membina menara dengan blok atau cawan kecil. Semasa mereka meletakkan setiap blok atau cawan di atas menara, bantu mereka mengenal pasti salah satu pencapaian Uzia daripada 2 Tawarikh 26:3–15. Selepas mereka menyiapkan menara itu, bincangkan dengan anak-anak anda bagaimana Uzia boleh memastikannya tinggi dan kuat. Apakah yang boleh menyebabkan ia jatuh? Kemudian, semasa anda membaca ayat 16, anda boleh bercakap tentang maksud hati kita “jatuh.” Kongsi dengan anak-anak anda apa yang berlaku kepada Uzia dalam ayat 16–23. Biarkan mereka merobohkan menara mereka. Bercakap tentang apa yang boleh kita lakukan untuk kekal rendah hati.

Hizkia memuji Tuhan

King Hezekiah and the People Thank God [Raja Hizkia dan Rakyat Bersyukur kepada Tuhan], © Lifeway Collection/dilesenkan dari goodsalt.com

2 Tawarikh 30

Saya boleh menjadi pendamai.

  • Gambar di atas menunjukkan ketika Hizkia menjemput jiran Yehuda dari Kerajaan Israel untuk merayakan Paskah bersama mereka. Anda boleh melihat imej ini bersama anak-anak anda dan membaca 2 Tawarikh 30:18–19, yang menjelaskan bahawa sesetengah tetamu tidak membasuh diri mengikut hukum Musa. Apakah yang Hizkia lakukan? Bagaimanakah perasaan tetamu itu? Bantu anak-anak anda fikirkan bagaimana mereka boleh menjadi seperti Hizkia dalam cara mereka memperlakukan orang lain.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Uzia diusir dari bait suci kerana kusta muncul pada dahinya

Uzziah’s Pride and Punishment [Keangkuhan dan Hukuman Uzia], oleh A. M. Boon

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Tuhan akan mendengar dan menjawab doa saya