“29 September–5 Oktober: ‘Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu’: Ajaran dan Perjanjian 109–110,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 109–110,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
A Glorious Light—Kirtland Temple [Cahaya Agung—Bait Suci Kirtland], oleh Glen S. Hopkinson
29 September–5 Oktober: “Ianya Adalah Rumah-Mu, Sebuah Tempat Kekudusan-Mu”
Ajaran dan Perjanjian 109–110
Pintu ke Bait Suci Kirtland tidak sepatutnya dibuka sehingga jam lapan pagi, 27 Mac 1836. Tetapi Orang Suci yang berharap untuk menghadiri acara pembaktian itu telah mula beratur sejak tujuh pagi. Satu lokasi tambahan dan sesi kedua diperlukan untuk menampung semua orang. Dan bukan sahaja orang hidup yang teruja untuk hadir. Beberapa saksi melihat malaikat di dalam bait suci dan bahkan di atas bumbung, semasa dan selepas pembaktian tersebut. Ia benar-benar seperti “tentera syurga” telah datang untuk “menyanyi dan [bersorak]” bersama para Orang Suci Zaman Akhir (“Roh Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 2).
Mengapakah mereka sangat teruja— di kedua-dua belah tirai? Setelah berabad-abad, rumah Tuhan ada semula di bumi. Tuhan mengenapi janji-Nya untuk menganugerahkan para Orang Suci-Nya “dengan kuasa dari syurga” (Ajaran dan Perjanjian 38:32). Dan ini, Dia mengisytiharkan, hanyalah “permulaan bagi berkat” (Ajaran dan Perjanjian 110:10). Zaman kita ini—dengan pekerjaan dan tatacara bait suci dipercepatkan yang tersedia untuk berjuta-juta orang yang hidup dan yang mati—telah dimulakan di Kirtland, ketika “tirai yang menutup bumi dibuka” (“Roh Tuhan”).
Lihat juga Saints, 1:232–41; “Organizing the Church in Nauvoo,” dalam Revelations in Context, 169–72.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan menawarkan saya berkat-berkat yang kaya melalui perjanjian bait suci.
Bait Suci Kirtland berbeza dari bait suci yang kita ketahui sekarang. Contohnya, tiada altar dan tiada kolam pembaptisan. Tetapi berkat yang digambarkan dalam bahagian 109, doa pembaktian untuk Bait Suci Kirtland, juga terdapat dalam rumah Tuhan hari ini. Semak ayat-ayat berikut untuk mencari beberapa berkat ini, dan renungkan bagaimana ia dapat membantu menguatkan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.
Ayat 5, 12–13 (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 110:6–8): Di rumah Tuhan, Dia boleh menyatakan Diri-Nya kepada saya, dan saya boleh merasakan kuasa-Nya.
Berkat-berkat yang lain:
Jika anda pernah pergi ke rumah Tuhan, fikirkan bagaimana janji-janji ini telah digenapi dalam hidup anda.
Lagu rohani “Roh Tuhan” (Nyanyian Rohani, no. 2) ditulis untuk pembaktian Bait Suci Kirtland—dan ia telah dinyanyikan di setiap pembaktian bait suci sejak itu. Pertimbangkan untuk menyanyi atau mendengarnya sebagai sebahagian daripada kajian dan penyembahan anda. Apakah berkat-berkat bait suci yang digambarkan dalam lagu rohani ini?
Doa adalah komunikasi dengan Bapa Syurgawi.
Bahagian 109 merupakan doa pembaktian yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith melalui wahyu (lihat pengenalan bahagian). Apakah yang anda pelajari tentang doa dari bahagian ini? Contohnya, anda boleh mencatat tentang apa yang Nabi syukuri dan berkat-berkat yang dia minta. Apakah lagi yang dia ucapkan dalam doa ini? Semasa anda mengkaji, anda boleh menilai komunikasi anda sendiri dengan Bapa Syurgawi. Apakah yang anda pelajari tentang Dia dan Putera-Nya dari doa ini?
Jika anda ingin membaca doa pembaktian bait suci lain, termasuk bait suci yang paling dekat dengan anda, layari laman bait suci di temples.ChurchofJesusChrist.org.
Ajaran dan Perjanjian 110:1–10
Tuhan boleh menyatakan Diri-Nya kepada saya dalam Rumah-Nya.
Semasa anda membaca gambaran Juruselamat dalam Ajaran dan Perjanjian 110:1–10, termasuk pengenalan bahagian, renungkan apa yang ayat-ayat ini cadangkan tentang Dia.
Bagaimanakah Yesus Kristus menyatakan diri-Nya—atau mengungkapkan diri-Nya kepada anda—di rumah-Nya? Bagaimanakah Dia membantu anda tahu bahawa Dia menerima pengorbanan anda?
Di dalam Bait Suci Kirtland.
Ajaran dan Perjanjian 110:10–16
Juruselamat mengarahkan pekerjaan-Nya melalui kunci-kunci imamat.
Sebelum Musa, Elias, dan Elia muncul di bait suci untuk memulihkan kunci-kunci imamat, Yesus Kristus berfirman, “Inilah permulaan bagi berkat yang akan dicurahkan ke atas umat-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 110:10). Semasa anda membaca ayat 11–16, fikirkan tentang berkat-berkat yang Juruselamat curahkan kepada anda melalui pekerjaan dengan kunci-kunci ini. Contohnya:
-
Ayat 11: Musa dan kunci-kunci pengumpulan Israel (atau pekerjaan misionari). Bagaimanakah Tuhan telah memberkati anda dan keluarga anda melalui usaha misionari Gereja-Nya?
-
Ayat 12: Elias dan kunci-kunci injil Abraham, termasuk perjanjian Abraham. Bagaimanakah Tuhan memberkati anda dan “generasi [anda] yang akan datang” kerana perjanjian anda? (Lihat Russell M. Nelson, “Perjanjian Kekal,” Liahona, Okt. 2022, 4–11; Panduan Tulisan Suci, “Elias,” Gospel Library.)
-
Ayat 13–16: Elia dan kuasa pemeteraian, dinyatakan melalui pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga. Mengapakah Bapa Syurgawi mahu anda disatukan dengan nenek moyang anda melalui tatacara bait suci? (Lihat Gerrit W. Gong, “Kebahagiaan dan Selamanya,” Liahona, Nov. 2022, 83-86.)
Apakah kaitan antara kunci-kunci ini dan tanggungjawab kita dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan (menjalankan injil, menjaga orang yang memerlukan, menjemput semua untuk menerima injil, dan menyatukan keluarga untuk keabadian)?
Apakah pengalaman yang anda ada tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan? Apakah yang pengalaman ini ajarkan anda tentang Juruselamat, Gereja-Nya, dan pekerjaan-Nya?
Cari cara untuk melibatkan orang lain. Jika anda mengajar tentang Ajaran dan Perjanjian 110:11–16, anda boleh pertimbangkan untuk menugaskan setiap pelajar untuk mengkaji tentang Musa, Elias, atau Elia dan kunci-kunci yang dia pulihkan. Kemudian, mereka boleh saling berkongsi perkara yang mereka pelajari. Pendekatan seperti ini melibatkan semua orang dalam pembelajaran dan pengajaran. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 24–27).
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 109:12–13; 110:1–7
Bait Suci ialah rumah Tuhan.
-
Anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang sesuatu yang anda suka tentang rumah anda. Kemudian anda boleh lihat gambar Bait Suci Kirtland, dan gunakan Ajaran dan Perjanjian 109:12–13; 110:1–7 untuk bercakap tentang bagaimana bait suci dibaktikan dan menjadi rumah Tuhan (lihat juga “Bab 39: Bait Suci Kirtland Dibaktikan,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 154, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library. Saling berkongsi sesuatu yang anda suka tentang rumah Tuhan.
2:17Chapter 39: The Kirtland Temple Is Dedicated: January–March 1836
-
Mungkin anda dan anak-anak anda boleh bayangkan seorang kawan cuba mencari rumah anda. Bagaimanakah kita boleh membantu rakan kita tahu yang mana satu ialah rumah kita? Bagaimanakah kita tahu bahawa bait suci ialah rumah Tuhan? (lihat Ajaran dan Perjanjian 109:12–13).
Juruselamat sedang memberkati umat-Nya melalui kunci-kunci imamat.
-
Anda boleh gunakan halaman aktiviti atau “Bab 40: Penglihatan di Bait Suci Kirtland” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 155–57, atau video berkaitan dalam Gospel Library) untuk memberitahu anak-anak tentang kunjungan makhluk syurgawi ke bait suci. Anda juga boleh menggunakan gambar pada hujung panduan ini.
1:17The Kirtland Temple
-
Untuk mempelajari tentang kepentingan apa yang berlaku di Bait Suci Kirtland, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang apakah fungsi kunci-kunci itu. Anak-anak anda boleh bergilir memegang kunci dan berpura-pura membuka pintu yang berkunci. Bantu mereka cari perkataan kunci-kunci dalam Ajaran dan Perjanjian 110:11–16, dan bincangkan berkat-berkat yang kunci-kunci ini bukakan. Anda boleh menjelaskan bahawa kunci-kunci imamat adalah kebenaran Tuhan untuk memimpin Gereja-Nya. Kongsi kesyukuran anda bahawa Tuhan memberi kita kunci-kunci imamat.
Juruselamat mahu saya untuk memalingkan hati saya kepada nenek moyang saya.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 110:15 bersama, beritahu anak-anak anda tentang pengalaman yang membantu memalingkan hati anda kepada nenek moyang anda. Anda juga boleh nyanyikan satu lagu bersama seperti “Sejarah Tentang Keluargaku Aku Kerjakan,” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 100).
-
Apakah yang boleh membantu “memalingkan hati” anak-anak anda kepada nenek moyang mereka? Anda boleh temui beberapa idea seronok dari FamilySearch.org/discovery. Anda boleh bekerjasama untuk mengenal pasti nenek moyang yang perlukan tatacara bait suci. Mengapakah Yesus mahu kita melakukan kerja ini?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.