“Suara-suara Pemulihan: Pernyataan Rohani dan Bait Suci Kirtland,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Pernyataan Rohani dan Bait Suci Kirtland,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Suara-suara Pemulihan
Pernyataan Rohani dan Bait Suci Kirtland
Berikut adalah kata-kata Orang Suci Zaman Akhir yang berada di Bait Suci Kirtland semasa pembaktiannya dan di pertemuan lain yang menyusuli. Ramai yang membandingkan pengalaman mereka dengan apa yang Orang Suci purba alami ketika mereka “diberkati dengan kuasa dari syurga” pada hari Pentakosta (Lukas 24:49; lihat juga Kisah Rasul-Rasul 2:1–4; Ajaran dan Perjanjian 109:36–37).
Eliza R. Snow
“Upacara pembaktian itu mungkin boleh dilatih, tetapi tiada bahasa fana yang boleh menggambarkan pernyataan syurgawi pada hari yang tidak boleh dilupakan itu. Malaikat menampakkan diri kepada beberapa orang, sementara perasaan akan kehadiran ilahi disedari oleh semua yang hadir, dan setiap hati dipenuhi dengan sukacita yang mulia dan tak terucap.’”
Sylvia Cutler Webb
“Salah satu kenangan terawal saya ialah pembaktian Bait Suci. Ayah saya meletak kami di pangkuannya dan memberitahu kami mengapa kami pergi dan apa maksudnya untuk membaktikan sebuah rumah bagi Tuhan. Dan walaupun sangat muda pada masa itu, saya mengingati peristiwa itu dengan jelas. Saya dapat mengenang kembali bertahun kemudian dan melihat seperti yang saya lihat pada masa itu Nabi Joseph, berdiri dengan mengangkat tangannya ke langit, wajahnya sedikit pucat, air mata berlinang di pipinya ketika dia berucap pada hari yang penuh bermakna itu. Hampir semua [orang] menangis. Bait suci itu begitu penuh, sehinggakan kanak-kanak kebanyakannya duduk di pangkuan ibu bapa mereka; kakak saya duduk di atas pangkuan bapa, saya di pangkuan ibu saya. Saya juga boleh ingat pakaian yang kami pakai. Minda saya ketika itu terlalu muda untuk memahami kepentingan penuh segalanya, tetapi selepas masa berlalu ia semakin bermakna bagi saya, dan saya amat bersyukur kerana saya berpeluang untuk berada di sana.”
Oliver Cowdery
“Pada petang saya bertemu dengan pegawai-pegawai gereja di rumah Tuhan. Roh telah dicurahkan—saya melihat kemuliaan Tuhan, seperti satu awan yang besar, turun dan berada di rumah [Tuhan], dan memenuhi seperti angin kuat yang menderu. Saya juga melihat [bagai] lidah-lidah bercabang, seperti nyalaan api pada ramai orang, … semasa mereka berbicara dalam kurnia lidah dan bernubuat.”
Benjamin Brown
“Banyak penglihatan dilihat. Seorang melihat [seolah-olah] satu bantal atau awan berada di atas rumah [Tuhan], cerah seperti ketika matahari bersinar di atas awan bagaikan emas. Dua orang lain melihat tiga orang berlegar di dalam bilik dengan kunci terang di tangan mereka, dan juga rantai yang terang di tangan mereka.”
Orson Pratt
“Tuhan ada di sana, malaikat-Nya ada di sana, Roh Kudus berada di kalangan umat itu… dan mereka dipenuhi dari mahkota kepala sehingga tapak kaki dengan kuasa dan ilham Roh Kudus.”
Nancy Naomi Alexander Tracy
“[Ketika] Bait Suci tersebut telah siap dan dibaktikan … dua hari tersebut merupakan hari paling menggembirakan dalam hidup saya. Lagu yang sesuai untuk acara itu adalah ‘Roh Tuhan Seperti Api Membara.’ Pengaruh Syurgawi benar-benar berada di rumah [Tuhan] itu. … Saya merasakan ia seperti syurga di bumi.”