“20–26 Oktober: ‘Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?’: Ajaran dan Perjanjian 121–123,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 121–123,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Liberty Jail [Penjara Liberty], oleh Welden Andersen
Oktober 20–26: “Ya Tuhan, Di Manakah Engkau?”
Ajaran dan Perjanjian 121–123
Bahagian bawah penjara di Liberty, Missouri, dikenali sebagai “kurungan bawah tanah.” Dindingnya tebal, lantai batu sejuk dan kotor, makanan sedikit dan reput, dan dua tingkap sempit dengan halangan besi berdekatan dengan siling, yang membenarkan sedikit cahaya. Inilah tempat di mana Joseph Smith dan beberapa orang lagi menghabiskan empat bulan yang dingin pada musim sejuk tahun 1838–39. Pada masa ini, Joseph sentiasa menerima berita tentang penderitaan Orang Suci. Kedamaian dan optimisme yang dirasai di Far West hanya bertahan beberapa bulan, dan kini Orang Suci sekali lagi telah kehilangan tempat tinggal, diusir ke padang belantara untuk mencari tempat lain untuk bermula lagi—kali ini Nabi mereka dipenjarakan.
Namun, bahkan di penjara yang seksa itu, “pengetahuan dari syurga” datang “mencurahkan” (Ajaran dan Perjanjian 121:33). Soalan Joseph “Ya Tuhan, di manakah engkau?” telah dijawab secara jelas dan berkuasa: “Janganlah takut … , kerana Tuhan akan bersamamu selama-lamanya” (Ajaran dan Perjanjjian 121:1; 122:9).
Lihat Saints, 1:323–96; “Within the Walls of Liberty Jail,” dalam Revelations in Context, 256–63.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 121:1–10, 23–33; 122
Dengan Tuhan, kesusahan boleh “menjadi kebaikan [saya].”
Apabila kita atau orang yang kita kasihi menderita, adalah perkara biasa untuk bertanya jika Tuhan tahu tentang kita. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 121:1–6, fikirkan tentang masa ketika anda mempunyai soalan atau perasaan yang serupa dengan Joseph Smith. Apakah jawapan Tuhan yang membantu anda ketika anda mempunyai soalan dan perasaan ini? Contohnya, dalam ayat 7–10, 26–33, perhatikan berkat-berkat yang Dia janjikan. Apakah maksudnya untuk “bertahan … dengan baik”? Bagaimanakah Juruselamat membantu anda melakukan ini?
Semasa anda membaca bahagian 122, pertimbangkan bagaimana Tuhan ingin anda melihat kesusahan anda. Anda mungkin boleh renungkan pengalaman dari percubaan dan bagaimana ia mungkin “menjadi kebaikan [anda]” (ayat 7).
Lihat juga Quentin L. Cook, “Kedamaian Peribadi Dalam Masa Yang Mencabar,” Liahona, Nov. 2021, 89–92; “Di Mana Kiranya Damai Sejaht’ra?,” Nyanyian Rohani, no. 46.
Ajaran dan Perjanjian 121:34–46
Kuasa dan pengaruh yang benar adalah berdasarkan “asas-asas kesolehan.”
Kuasa duniawi memaksa para Orang Suci keluar dari Missouri dan Joseph Smith ke dalam penjara. Tetapi ketika Joseph di sana, Tuhan telah mengajar dia tentang jenis kuasa lain: Kuasa-Nya, “kuasa syurga.” Membaca tentang kuasa tersebut dalam Ajaran dan Perjanjian 121:34–46 boleh membantu anda belajar bagaimana untuk menerima kuasa itu—dan bagaimana cara menggunakannya untuk memberkati orang lain. Mungkin anda boleh mencatat apa yang anda pelajari dalam satu jadual dengan lajur yang berlabel Kuasa Syurga dan Kuasa Duniawi. Bagaimanakah dua jenis kuasa ini berbeza? Apakah gambaran tentang kuasa Tuhan ini mengajar anda tentang Dia?
Anda juga boleh merenungkan perkataan pengaruh dalam ayat 41. Apakah beberapa situasi di mana anda ingin menjadi pengaruh untuk kebaikan—mungkin dalam hubungan keluarga, di sekolah, di tempat kerja, atau dalam tugasan Gereja? Apakah yang anda dapat belajar dari ayat 41–46 tentang bagaimana Tuhan mempengaruhi anak-anak-Nya? Anda boleh merumuskan apa yang dipelajari dengan melengkapkan satu ayat seperti ini: “Untuk mempengaruhi secara baik, saya akan .”
Lihat juga Jeffrey R. Holland, “Bukan Seperti Yang Diberikan Oleh Dunia,” Liahona, Mei 2021, 35–38; David A. Bednar, “Kuasa Syurgawi,” Liahona, Mei 2012, 48–51; “The Powers of Heaven” (video), Gospel Library.
"The Powers of Heaven"
Pilih satu frasa dan kajinya secara mendalam. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang berkat-berkat menakjubkan yang digambarkan dalam ayat 45–46, anda boleh memilih frasa yang menonjol kepada anda dan mengkajinya secara mendalam. Contohnya, apakah maksud perkataan mengisi , dan bagaimanakah hemah dapat mengisi fikiran anda? Atau mungkin anda boleh mencari gambar embun dan belajar tentang bagaimana embun terbentuk pada tumbuh-tumbuhan. Bagaimanakah hal ini sama seperti cara Tuhan mengajar ajaran-Nya? Kongsi apa yang anda temui dengan keluarga atau kawan anda, termasuk kawan-kawan anda di gereja.
Yesus Kristus telah mengalami lebih teruk dari semuanya supaya Dia dapat mengangkat saya.
Apakah maksudnya bahawa Yesus Kristus “mengalami lebih teruk daripada kesemua [perkara]”? Berikut adalah beberapa ayat tambahan yang boleh membantu anda memahami frasa ini: Yesaya 53:3–4; Ibrani 2:17–18; 1 Nefi 11:16–33; Alma 7:11–13. Berdasarkan apa yang anda pelajari, pertimbangkan untuk mengulangi Ajaran dan Perjanjian 122:8 dalam kata-kata anda sendiri. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kesyukuran anda kepada Yesus Kristus kerana telah mengalami lebih teruk daripada kesemuanya?
Bagaimanakah pemahaman daripada Presiden Dallin H. Oaks ini mempengaruhi pemahaman anda? “Kita mungkin sebut bahawa, dengan turun di bawah kesemuanya, [Yesus Kristus] berada pada kedudukan yang sempurna untuk mengangkat dan memberi kita kekuatan yang perlu untuk menahani kesengsaraan kita” (“Dikuatkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2015, 64).
Butiran dari Not My Will But Thine [Janganlah Turut Kehendak-Ku], oleh Walter Rane
“Marilah kita dengan riang melakukan segala hal yang berada dalam kuasa kita.”
Dalam Ajaran dan Perjanjian 123:7–8, Joseph Smith merujuk kepada kepercayaan palsu yang mendatangkan penderitaan, termasuk penganiayaan para Orang Suci. Pada bulan Mac 1839, mungkin kelihatan bahawa tidak banyak yang dapat Orang Suci lakukan untuk mengubah keadaan. Tetapi dalam suratnya yang ditulis dari Penjara Liberty, Joseph memberitahu bahawa mereka boleh : “[mengumpulkan] suatu pengetahuan tentang semua fakta” dan “berdiri teguh, dengan keyakinan sepenuhnya, untuk melihat keselamatan daripada Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 123:1, 17). Semasa anda mempertimbangkan masalah-masalah dunia hari ini, fikirkan tentang cara-cara untuk mengatasinya yang “berada dalam kuasa [anda]” (ayat 12, 17). Dan jangan abaikan “hal-hal yang kecil” (ayat 15). Mengapakah ia penting untuk melakukan hal-hal ini dengan “riang”? (ayat 17).
Banyak laporan yang Joseph minta dalam surat ini telah diserahkan kepada kerajaan dan diterbitkan sebagai satu siri yang mengandungi 11 bahagian dalam akhbar Nauvoo, Times and Seasons (lihat “A History, of the Persecution, of the Church of Jesus Christ, of Latter Day Saints in Missouri, December 1839–October 1840,” [josephsmithpapers.org]).
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 121:1–9; 122:7–9
Dengan Tuhan, cubaan saya boleh menjadi kebaikan saya.
-
Untuk membantu anak-anak anda bayangkan bagaimana rasanya bagi Joseph Smith dan kawan-kawannya di Penjara Liberty, anda boleh baca bersama “Bab 46: Joseph Smith di Penjara Liberty” (dalam Cerita-Cerita Ajaran dan Perjanjian, 172–74) atau “Suara-Suara Pemulihan: Penjara Liberty” atau tonton “Joseph Smith: Prophet of the Restoration” (Gospel Library, bermula pada 41:30). Kemudian, semasa anda membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 121:1–9, anda boleh bercakap tentang bagaimana Juruselamat membantu Joseph merasa kedamaian. Bagaimanakah kita menemui kedamaian dalam Juruselamat, walaupun pada masa kesusahan?
2:36Penjara Liberty: Mencari Tuhan pada masa yang sukar
62:4Joseph Smith: The Prophet of the Restoration
-
Untuk membantu anak-anak anda kenali bahawa cubaan kita “akan menjadi kebaikan [kita]” (Ajaran dan Perjanjian 122:7), bincangkan bersama mereka tentang bagaimana otot kita bertambah kuat apabila kita mengangkat benda-benda yang berat. Anda juga boleh menjemput mereka untuk mengangkat satu objek berat. Kemudian anda boleh bincangkan tentang melalui waktu yang susah boleh membantu roh kita berkembang—jika kita berpaling kepada Tuhan untuk bantuan. Kongsi beberapa pengalaman hidup anda.
Ajaran dan Perjanjian 121:34–46
Kesolehan membawa “kuasa syurga.”
-
Mungkin satu analogi akan membantu anak-anak anda memahami “kuasa syurga.” Contohnya, anda boleh membandingkan kuasa Tuhan dengan kuasa elektrik. Apakah yang mungkin menghalangkan alat elektrik dari menerima kuasa? Apakah yang mengurangkan kuasa rohani kita? Apakah yang meningkatkannya? (Cari perkataan dan frasa dalam Ajaran dan Perjanjian 121:34–46, lihat juga Buku Panduan Umum, 3.5, 3.6, Gospel Library.)
Yesus Kristus tahu apa yang saya lalui.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 122:7–9 bersama anak-anak anda, anda boleh berkongsi pengalaman ketika anda merasakan Juruselamat bersama anda semasa percubaan yang sukar. Anda juga boleh nyanyikan satu lagu bersama seperti “Yesus Pernah Kecil Dahulu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 34), dan bersaksi bahawa Yesus Kristus boleh membantu kita kerana Dia tahu bagaimana perasaan kita.
Ajaran dan Perjanjian 123:15–17
Bahkan hal-hal kecil boleh membuat perbezaan besar dalam pelayanan Tuhan.
-
Untuk membantu anak-anak anda fahami Ajaran dan Perjanjian 123:15–17, anda boleh kongsi satu gambar kapal besar dan kemudi kecil, atau kongsi penerangan Elder David A. Bednar dalam “Asas-Asas Injil-Ku” (Liahona, Mei 2021, 125–26). Kemudian anda boleh bercakap tentang cara-cara kecil kita boleh melayani keluarga dan kawan kita dengan senang hati.
“The Principles of My Gospel”
Seperti kemudi kecil pada kapal yang besar, usaha kecil kita boleh membuat perbezaan yang besar.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.