“6–12 Oktober: ‘Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu’: Ajaran dan Perjanjian 111–114,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 111–114,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
6–12 Oktober: “Aku Akan Mengaturkan Semua Hal Demi Kebaikanmu”
Ajaran dan Perjanjian 111–114
Pernahkah anda mempunyai pengalaman rohani yang membuat anda berasa yakin dan selamat dalam iman anda kepada Kristus—tetapi kemudian cabaran hidup mencuba iman anda, dan anda mendapati diri anda bergelut untuk memulihkan kedamaian yang anda rasa sebelum ini? Sesuatu yang serupa berlaku kepada Orang Suci di Kirtland. Kurang dari satu tahun selepas pencurahan rohani berkaitan dengan pembaktian Bait suci Kirtland, masalah timbul. Krisis kewangan, konflik dalam Kuorum Dua Belas, dan percubaan lain menyebabkan iman sesetengah Orang Suci tercabar meskipun pengalaman-pengalaman sebelum ini.
Kita tidak dapat mengelak percubaan, jadi bagaimana kita boleh menghalangnya dari mengancam iman dan kesaksian kita? Mungkin sebahagian daripada jawapan itu boleh ditemui dalam nasihat Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 112, diberikan ketika pergelutan di Kirtland semakin memburuk. Tuhan berfirman, “Murnikanlah hatimu di hadapan-Ku” (ayat 28), “Janganlah memberontak” (ayat 15), “Sediakanlah dirimu bagi pekerjaan itu” (ayat 7), dan “Jadilah engkau rendah hati” (ayat 10). Semasa kita mengikuti nasihat ini, Tuhan akan “memimpin tangan [kita]” melalui kesusahan kepada penyembuhan dan kedamaian (lihat ayat 10, 13).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan boleh “mengaturkan semua hal demi kebaikan [saya].”
Pada tahun 1836, Gereja telah banyak berhutang dalam melakukan kerja Tuhan. Joseph Smith dan yang lain bimbang tentang hutang-hutang ini dan mempertimbangkan cara-cara untuk membayarnya (lihat pengenalan bahagian Ajaran dan Perjanjian 111).
Semasa anda membaca bahagian 111, pertimbangkan bagaimana firman Tuhan kepada Joseph boleh berguna bagi anda—dan hal-hal yang anda risaukan. Contohnya, bilakah anda telah merasakan kasih Tuhan “meskipun kebodohan [anda]” (ayat 1)? Bagaimanakah Tuhan telah membantu anda untuk mencari “harta” yang tidak dijangkakan? (ayat 10). Apakah yang Dia telah lakukan untuk “mengaturkan semua hal demi kebaikan [anda]” (ayat 11). Apakah yang ungkapan “secepat kamu dapat menerimanya” ajarkan anda tentang Bapa Syurgawi?
Lihat juga Matius 6:19–21, 33; “More Treasures Than One,” dalam Revelations in Context, 229–34.
Ajaran dan Perjanjian 112:3–15, 22.
Tuhan akan membimbing saya ketika saya mencari kehendak-Nya dengan rendah hati.
Thomas B. Marsh, Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, berasa marah kerana Joseph Smith, memanggil dua ahli kuorumnya untuk mengkhutbahkan injil di England tanpa berunding dengannya. Dia bertemu dengan Nabi, yang telah menerima wahyu yang membantu meredakan perasaan marah Thomas. Wahyu itu dicatatkan dalam Ajaran dan Perjanjian 112.
Fikirkan ini ketika anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 112. Apakah yang anda temui yang mungkin telah menyembuhkan perasaan terluka Thomas? Dalam ayat 3–15 dan 22, anda boleh mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti ini: Apakah itu kerendahan hati? Apakah maknanya untuk Tuhan memimpin “tangan” anda? Mengapakah anda fikir menjadi rendah hati membantu anda menerima bimbingan Tuhan? Anda boleh temui jawapan tambahan dalam “Pola Kerendahan hati” dalam pesanan Elder Joseph W. Sitati “Pola Penganutan” (Liahona, Nov. 2022, 87–88).
Fikirkan seseorang rendah hati yang anda kenali. Bagaimanakah orang ini tunjukkan kerendahan hati? Apakah yang anda pelajari daripada Juruselamat tentang menjadi rendah hati? Mungkin anda boleh mencari gambar ketika Dia menunjukkan kerendahan hati dalam kehidupan-Nya.
Bilakah anda pernah rasa dibimbing oleh Tuhan semasa anda merendahkan hati anda?
Lihat juga Ulisses Soares, “Melembutkan Hati dan Rendah Hati,” Liahona, Nov. 2013, 9–11; “The Faith and Fall of Thomas Marsh,” dalam Revelations in Context, 54–60; Topics and Questions, “Humility,” Gospel Library; “Hendaklah Kau Rendah hati,” Nyanyian Rohani,” no. 47.
Melibatkan pelajar. Fikirkan bagaimana anda boleh membantu orang yang anda ajar untuk terlibat secara aktif dalam mempelajari kebenaran dari tulisan suci. Contohnya, untuk membantu mereka fahami apa yang Tuhan firmankan dalam Ajaran dan Perjanjian 112:10, anda boleh menutup mata seseorang dan berhati-hati memimpin tangannya dan berjalan mengelak kerusi atau objek lain. Apakah yang boleh kita belajar tentang Tuhan daripada aktiviti ini?
Ajaran dan Perjanjian 112:1–-26; 28:33–34
Mereka yang benar-benar bertukar hati akan mengenali Yesus Kristus.
Hakikat beberapa Rasul pada tahun 1837 berpaling menentang Nabi adalah satu peringatan yang baik bahawa tidak kira apa pun panggilan kita atau betapa banyak pengetahuan injil kita, kita harus memupuk penukaran hati kita kepada Yesus Kristus. Mungkin anda boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 112:12–26, 28, 33–34 dan cari kebenaran yang boleh bantu anda atasi cubaan iman atau menjadi lebih berpaling sepenuhnya kepada Tuhan. Anda mungkin terilham untuk berkongsi apa yang anda temui untuk membantu orang lain menguatkan penukaran hati mereka kepada Kristus.
Joseph Smith adalah “seorang hamba dalam tangan Kristus.”
Yesaya menggambarkan salah seorang keturunan Isai sebagai “tunas” dan “akar” (Yesaya 11:1, 10). Dalam bahagian 113, Tuhan menjelaskan bahawa keturunan ini, seorang hamba Kristus, akan menjadi alat penting dalam mengumpulkan umat Tuhan pada zaman akhir (lihat Ajaran dan Perjanjian 113 113:4, 6). Nubuat ini terbaik menggambarkan Nabi Joseph Smith. Bagaimanakah ini dan kebenaran lain dalam bahagian 113 telah menggalakkan Orang Suci ketika kekacauan yang mereka alami di Kirtland? Apakah yang anda temui dalam wahyu ini yang mengilhami anda untuk kekal kuat dan teruskan terlibat dalam pekerjaan Tuhan hari ini?
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Isai,” Gospel Library; 2 Nefi 21:10–12; Joseph Smith—Sejarah 1:40.
Yesaya telah menuliskan tentang satu “tunas” dan “akar” yang akan datang dari “Keturunan Raja Daud” (Yesaya 11:1).
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 111:2, 10–11
Hal-hal Tuhan boleh menjadi harta kepada saya.
-
Anda dan anak-anak anda boleh lukiskan apa yang datang ke minda apabila anda mendengar perkataan harta. Kemudian anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 111:2, 10–11 dan bandingkan harta duniawi dengan hal-hal yang Tuhan hargai. (Lihat halaman aktiviti minggu ini.) Bagaimanakah kita dapat lebih menghargai hal-hal Tuhan?
Tuhan akan membimbing saya dan menjawab doa-doa saya.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 112:10 bersama, anda dan anak-anak anda boleh nyanyikan “Hendaklah Kau Rendah Hati” (Nyanyian Rohani, no. 47). Anda juga boleh bermain satu permainan yang melibatkan memimpin “tangan” satu sama lain (seperti jalan berhalangan). Bagaimanakah Tuhan “memimpin tangan” kita walaupun Dia tidak bersama kita secara fizikal? Mengapakah kita perlukan Tuhan untuk memimpin kita? Bilakah kita pernah merasa Tuhan memimpin kita?
-
Anda atau anak-anak anda boleh menulis kata-kata dalam Ajaran dan Perjanjian 112:10 dan gariskan berkat-berkat yang Tuhan berikan kepada kita apabila kita berpaling kepada-Nya dengan rendah hati. Galakkan anak-anak anda untuk berkongsi masa ketika mereka dengan rendah hati meminta bantuan Tuhan dan menerima jawapan kepada doa mereka atau dibimbing untuk melakukan sesuatu yang baik (lihat Moroni 7:13, 16).
Butiran dari Arise and Walk [Bangunlah dan Berjalan], oleh Simon Dewey
Yesus mahu saya mengasihi semua orang.
-
Anda dan anak-anak anda boleh bergilir membaca dari “Bab 41: Masalah di Kirtland” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 158–60). Dalam cerita itu, siapakah yang mengeruhkan masalah di Kirtland? Siapakah yang cuba membaiki keadaan? Kemudian anda boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 112:11 dan bincangkan mengapa Juruselamat mahu kita mengasihi semua orang. Bilakah Dia menunjukkan kasih kepada orang yang tidak baik terhadap-Nya? (contohnya, lihat Lukas 23:34). Anda juga boleh nyanyikan satu lagu tentang mengasihi orang lain, seperti “Aku Akan Menolongmu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 78).
Chapter 41: Trouble in Kirtland: 1837–1838
Ajaran dan Perjanjian 112:11–14, 24–26
Mereka yang benar-benar bertukar hati akan mengenali Yesus Kristus.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 112:24–26, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang perbezaan antara mengetahui nama seseorang dan mengenali mereka. Apakah ajaran-ajaran dari ayat 11–14 yang membantu kita memahami maksud untuk mengenali Tuhan?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.