“Suara-suara Pemulihan: Penjara Liberty,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Penjara Liberty,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Suara-suara Pemulihan
Penjara Liberty
Semasa dipenjarakan di Liberty, Missouri, Joseph Smith menerima surat yang memberitahunya tentang situasi berbahaya para Orang Suci Zaman Akhir yang sedang diusir oleh kerajaan menurut perintah gabenor. Satu surat yang memilukan datang daripada isterinya, Emma. Kata-kata Emma, dan surat yang Joseph balas, menyatakan penderitaan dan iman mereka pada masa sukar dalam sejarah Gereja ini.
Joseph Smith dan yang lain ditahan di dalam penjara ini pada musim sejuk 1838–39.
Surat daripada Emma Smith kepada Joseph Smith, 7 Mac 1839
Wahai Suamiku
Dengan bantuan kawan untuk menghantar, Aku cuba untuk menulis, tetapi Aku tidak akan menulis perasaanku sama sekali, kerana keadaan di manamu berada, segalanya yang memisahkan kita, dan ketidakadilan yang kejam yang membuangmu ke penjara dan masih menahanmu di sana, dengan banyak pertimbangan lain, [Aku] meletakkan perasaanku jauh melampaui gambaran.
Jika Aku tidak tahu bahawa kita tidak bersalah, dan jika tiada campur tangan belas kasihan ilahi, Aku sangat yakin bahawa Aku tidak akan dapat menanggung penderitaan yang Aku alami. … ; tetapi Aku masih hidup dan masih bersedia untuk menderita lebih banyak jika ia adalah kehendak Syurga bahawa Aku perlu [lalui] demi kepentinganmu.
Kami semua sihat, kecuali Fredrick yang sedang sakit.
Si kecil Alexander yang kini berada di pangkuanku, adalah seorang yang terhebat dalam hidupmu. Dia begitu kuat, dengan bantuan kerusi dia akan berlari di sekeliling bilik. …
Tidak seorang pun kecuali Tuhan yang mengetahui fikiran dan perasaanku ketika Aku meninggalkan rumah kita, dan hampir semua yang kita miliki kecuali anak-anak kecil kita, dan membuat perjalanan keluar dari negeri Missouri, meninggalkanmu di penjara yang sepi itu. Tetapi ingatan itu adalah lebih daripada yang manusia boleh tanggung. …
… Aku berharap hari-hari yang lebih baik akan datang kepada kita. … Aku selamanya mengasihimu.
Emma Smith
Surat daripada Joseph Smith kepada Emma Smith, 4 April 1839
Isteriku yang dikasihi.
Malam Khamis Aku duduk ketika matahari terbenam, sambil melihat melalui pagar penjara yang sepi ini, untuk menulis kepadamu, agar Aku dapat memberitahu keadaanku. Aku percaya kini kira-kira lima bulan dan enam hari sejak Aku berada di bawah pemerhatian ketat siang dan malam, dan dikelilingi dinding, pagar, dan pintu besi penjara yang sepi, gelap, kotor. Dengan perasaan hanya Tuhan yang tahu ketika Aku menulis surat ini. Fikiran mindaku dalam keadaan ini adalah mustahil untuk ditulis atau disebut, atau bagi para malaikat untuk menghurai, atau melukis, kepada seseorang yang tidak pernah melalui apa yang kita alami. … Kami bersandar pada kekuatan Yehovah, dan bukan yang lain, demi pembebasan kami, dan jika Dia tidak melakukannya, itu tidak akan terjadi, engkau mungkin tahu, kerana terdapat orang yang ingin membunuh kami ; bukan kerana kita bersalah. … Emmaku yang dikasihi , Aku sentiasa memikirkanmu dan anak-anak. … Aku ingin melihat Frederick, Joseph, Julia, Alexander, Joana, dan major tua [anjing peliharaan mereka]. … Aku dengan senang hati akan berjalan dari sini kepadamu dengan berkaki ayam, terdedah dan setengah telanjang, untuk melihatmu dan menganggap [penderitaan ini] menyenangkan, dan tidak susah. … Aku menanggung semua penindasan dengan ketabahan, begitu juga mereka yang bersamaku; tidak seorang pun daripada kami yang berputus asa. Aku memintamu [untuk] tidak membiarkan [anak-anak kita] melupaiku. Beritahu mereka Ayah mengasihi mereka dengan kasih yang sempurna, dan dia melakukan segala yang dia mampu untuk melepaskan diri dari perusuh untuk kembali kepada mereka. … Beritahu mereka Ayah berpesan bahawa mereka mesti menjadi anak yang baik, dan jagalah ibu mereka. …
Suamimu,
Joseph Smith Jr.