Doctrine and Covenants 2025
13–19 Oktober: “Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku Daripada Kejayaannya”: Ajaran dan Perjanjian 115–120


“13–19 Oktober: ‘Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku Daripada Kejayaannya’: Ajaran dan Perjanjian 115–120,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 115–120,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

lukisan Far West, Missouri

Far West, Missouri, oleh Al Rounds

13–19 Oktober: “Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku daripada Kejayaannya”

Ajaran dan Perjanjian 115–120

Terdapat sebab untuk para Orang Suci bersikap optimistik tentang tempat pengumpulan terbaru mereka, Far West, Missouri. Kota itu sedang berkembang dengan pesat, negeri itu kelihatan makmur, dan berdekatan adalah Adam-ondi-Ahman, sebuah tempat rohani yang penting pada masa lalu dan di masa depan (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:53–56116). Namun, mungkin sukar bagi para Orang Suci untuk tidak terkenang apa yang mereka telah kehilangan. Selain dihalau dari Independence, tempat pusat Sion, para Orang Suci juga terpaksa melarikan diri dari Kirtland, meninggalkan bait suci terkasih mereka selepas hanya dua tahun. Dan kali ini bukan sahaja musuh di luar Gereja yang datangkan masalah—ramai ahli ternama gereja mula menentang Joseph Smith, termasuk empat ahli Kuorum Dua Belas Rasul.

Daripada berfokus pada apa yang mereka kehilangan, yang setia terus membina Sion, kali ini di Far West. Mereka membuat rancangan untuk sebuah bait suci baharu. Empat Rasul baharu dipanggil. Mereka faham bahawa melakukan pekerjaan Tuhan tidak bererti anda tidak akan gagal; ia bermaksud anda “bangkit semula.” Walaupun anda perlu berkorban, pengorbanan itu kudus bagi Tuhan, bahkan “lebih kudus … daripada kejayaan [anda]” (Ajaran dan Perjanjian 117:13).

Lihat Saints, 1:296–99.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 115:3–6

Nama Gereja penting bagi Tuhan.

Presiden Russell M. Nelson berkata bahawa nama Gereja adalah “satu hal yang amat penting” (“Nama Gereja yang Betul,” Liahona, Nov. 2018, 87). Fikirkan mengapa ini benar semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 115:4–6. Apakah kaitan nama Gereja dengan pekerjaan dan misinya?

Lihat juga 3 Nefi 27:1–11.

Ajaran dan Perjanjian 115:5–6

Sion dan pancangnya menawarkan “perlindungan dari ribut.”

Semasa anda mengkaji gambaran berkuasa dalam Ajaran dan Perjanjian 115:5–6, pertimbangkan peranan yang Tuhan mahu anda, sebagai ahli Gereja-Nya, untuk memenuhi. Contohnya, apakah yang anda boleh lakukan untuk “bangkit dan bersinar” atau “menjadi panji bagi bangsa-bangsa”? (ayat 5). Apakah ribut rohani yang anda perhatikan di sekeliling anda? Bagaimanakah anda memperoleh “perlindungan” melalui pengumpulan bersama? (ayat 6).

rumah api

Gereja Juruselamat boleh menjadi satu cahaya dan perlindungan dalam ribut.

Ajaran dan Perjanjian 117

Pengorbanan saya adalah kudus bagi Tuhan.

Bayangkan anda adalah Newel K. Whitney atau isterinya, Elizabeth, yang sedang mengalami kehidupan yang makmur di Kirtland dan kemudian disuruh untuk pindah. Apakah yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 117:1–11 yang mungkin membantu anda melakukan pengorbanan ini? Apakah pengorbanan yang anda buat untuk Tuhan? Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan anda tentang siapakah Tuhan dan apa yang Dia lakukan?

Pengorbanan yang Oliver Granger diminta untuk buat adalah berbeza daripada keluarga Whitney: Tuhan tugaskan dia untuk tinggal di Kirtland dan menyelesaikan kewangan Gereja. Walaupun dia mewakili Gereja dengan integriti, dia akhirnya tidak begitu berjaya. Pertimbangkan bagaimana firman Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 117:12–15 berkaitan dengan hal-hal yang Dia telah minta daripada anda.

Lihat juga “Far West and Adam-ondi-Ahman,” dalam Revelations in Context, 239–40.

Ajaran dan Perjanjian 119–20

ikon seminari
Persepuluhan saya membantu membina kerajaan Tuhan.

Arahan dalam bahagian 119 dan 120 menjelaskan apakah persepuluhan: kita menyumbang “sepersepuluh” faedah (atau pendapatan) kita setiap tahun (lihat Ajaran dan Perjanjian 119:4). Tetapi wahyu-wahyu ini melakukan lebih banyak daripada hanya memberi definisi. Tuhan memberitahu para Orang Suci bahawa persepuluhan akan “menguduskan negeri Sion.” Dan tanpa hukum ini, Dia berfirman, “ia tidak akan menjadi … Sion bagimu” (ayat 6). Pernahkah anda fikirkan persepuluhan dengan cara ini? Bagaimanakah membayar persepuluhan membantu anda lebih dikuduskan, lebih bersedia untuk Sion?

Apakah yang anda pelajari dari wahyu-wahyu ini tentang bagaimana hamba-hamba Tuhan menggunakan dana persepuluhan? Apa yang penting kepada anda tentang ungkapan “melalui suara-Ku sendiri kepada mereka” dalam Ajaran dan Perjanjian 120?

Elder David A. Bednar memberi gambaran yang menjelaskan bagaimana persepuluhan digunakan dan berkat-berkat yang datang dari mematuhi hukum ini dalam “Tingkap-Tingkap Syurga” (Liahona, Nov. 2013, 19–20). Soalan-soalan berikut boleh membantu semasa anda mengkaji pesanannya:

16:55

The Windows of Heaven

  • Siapakah yang menentukan bagaimana persepuluhan digunakan selepas ia dibayar kepada Gereja?

  • Apakah kegunaan persepuluhan?

  • Apakah berkat-berkat yang datang kerana membayar persepuluhan? Contohnya, dalam cara apakah membayar persepuluhan menguatkan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

  • Apakah yang anda pelajari daripada jemputan Elder Bednar?

  • Bagaimanakah anda dapat membantu orang lain meningkatkan iman mereka dalam hukum persepuluhan Tuhan?

Lihat juga Maleakhi 3:8–12; “The Tithing of My People,” dalam Revelations in Context, 250–55.

Bantu orang lain menerapkan apa yang mereka pelajari. Walaupun seseorang ingin membayar persepuluhan, kadangkala mereka tidak tahu bagaimana caranya. Jika anda mengajar keluarga atau kelas anda, pertimbangkan untuk menjelaskan bagaimana persepuluhan boleh dibayar, secara dalam talian atau dengan slip Persepuluhan dan Sumbangan Lain. (Lihat Mengajar Dengan Cara Juruselamat27.)

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

bahagian kanak-kanak ikon 02

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 115:4–5

Saya tergolong dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

  • Untuk membantu anak-anak anda mempelajari nama Gereja dan memahami mengapa ia penting, pertimbangkan untuk bertanya jika ada di antara mereka yang boleh menyebut nama penuh Gereja. Kemudian anda boleh tunjukkan nama dari Ajaran dan Perjanjian 115:4 dan minta mereka mengulanginya bersama. Semasa anda lakukannya, pertimbangkan untuk menunjukkan kata-kata yang penting dan mengapa ia penting. Anda juga boleh kaji semula“Bab 43: Yesus Kristus Menamakan Gereja-Nya” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 164, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library) atau nyanyikan “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian anak, 48).

0:37

Chapter 43: Jesus Christ Names His Church: April 1838

Ajaran dan Perjanjian 115:4–6

Teladan saya boleh membantu orang datang kepada Kristus dan memperoleh keselamatan.

  • Anak-anak anda mungkin kenali orang yang sedang bergelut dan memerlukan “perlindungan” dari “ribut kehidupan” (ayat 6). Bagaimanakah kita boleh membantu orang-orang ini? Pertimbangkan untuk menjemput anak-anak anda untuk berdiri apabila anda membaca perkataan bangkit dalam Ajaran dan Perjanjian 115:5. Mereka boleh hulur jari-jari mereka seperti cahaya matahari apabila anda membaca bersinarlah. Ingatkan anak-anak anda bahawa cahaya kita datang daripada Yesus Kristus, dan bantu mereka untuk fikirkan cara-cara mereka boleh “bersinar” seperti Dia.

  • Jemput anak-anak anda untuk lukiskan satu gambar mewakili Ajaran dan Perjanjian 115:6. Contohnya, mereka boleh lukiskan ribut dan orang yang mencari perlindungan dalam bangunan Gereja. Apakah yang ribut itu mewakili? Bagaimana Gereja Juruselamat memberi bantuan? Bantu anak-anak anda fikirkan seorang kawan, ahli keluarga, atau jiran yang memerlukan. Bagaimanakah kita boleh menjemput mereka untuk menemukan bantuan dalam Gereja Yesus Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 117

Pengorbanan saya adalah kudus bagi Tuhan.

  • Jemput anak-anak anda untuk menganggap mereka ialah Newel K. Whitney. Bagaimanakah perasaan mereka jika Tuhan berfirman bahawa mereka harus tinggalkan kerjaya baik dan berpindah ke tempat baharu? (Anda boleh mengkaji semula “Bab 41: Kesukaran Di Kirtland,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 158–60, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library.) Semasa anda baca bersama Ajaran dan Perjanjian 117:1–11, minta anak-anak anda untuk menghentikan anda apabila mereka terdengar sesuatu yang membantu mereka beriman untuk mematuhi Tuhan. Apakah pengorbanan yang kita buat untuk mematuhi Tuhan? Bagaimanakah Dia memberkati kita?

2:20

Chapter 41: Trouble in Kirtland: 1837–1838

Ajaran dan Perjanjian 119–20

Bapa Syurgawi menggunakan persepuluhan untuk memberkati anak-anak-Nya.

  • Ramai kanak-kanak yang anda ajar mungkin terlalu muda untuk memperoleh pendapatan dan membayar persepuluhan, namun ada baiknya untuk mereka memahami bagaimana persepuluhan menyumbang kepada pekerjaan Tuhan di seluruh dunia. Pertimbangkan untuk gunakan gambar dan halaman aktiviti di hujung panduan ini untuk membantu mereka fahami apakah itu persepuluhan. (Lihat juga “Bab 44: Persepuluhan,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 165–66, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library.) Bagaimanakah Bapa Syurgawi menggunakan persepuluhan untuk memberkati anak-anak-Nya? Kongsi perasaan anda tentang hukum persepuluhan dan bagaimana ia telah memberkati anda.

1:33

Chapter 44: Tithing: July 1838

kanak-kanak membayar persepuluhan

Apabila kita membayar persepuluhan, kita menunjukkan iman kita kepada Yesus Kristus.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.