“22–28 September: ‘Tarekat Putera Tuhan’: Ajaran dan Perjanjian 106–108,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 106–108,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
22–28 September: “Tarekat Putera Tuhan”
Ajaran dan Perjanjian 106–108
Pada mulanya, Ajaran dan Perjanjian 107 bagaikan hanya tentang menubuhkan jawatan imamat ke dalam struktur kepimpinan bagi Gereja Tuhan. Apabila wahyu ini diterbitkan, keahlian Gereja sudah melampaui kemampuan beberapa pemimpin yang ada. Menggariskan peranan dan tanggungjawab Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas, Tujuh Puluh, uskup, dan kuorum presidensi semestinya diperlukan dan membantu. Tetapi terdapat lebih lagi bagi arahan ilahi dalam bahagian 107 daripada sekadar mengetahui bagaimana kepimpinan Gereja harus diorganisasikan. Di sini, Tuhan mengajar kita tentang kuasa dan wewenang-Nya, “Imamat Kudus, menurut Tarekat Putera Tuhan” (ayat 3). Tujuan imamat adalah untuk membuka “semua berkat-berkat rohani gereja” supaya anak-anak Tuhan dapat “melihat syurga dibukakan kepada mereka” dan “menikmati persekutuan dan hadirat Tuhan Bapa, dan Yesus pengantara bagi perjanjian yang baru” (ayat 18–19). Selain mengajar kita tentang imamat-Nya, Juruselamat sedang mengajar kita tentang Diri-Nya dan bagaimana kita boleh datang kepada-Nya.
Lihat “Restoring the Ancient Order,” dalam Revelations in Context, 208–12.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 106; 108
Tuhan menyokong saya apabila Dia memanggil saya untuk melayani.
Dalam Ajaran dan Perjanjian 106 dan 108, Tuhan memberikan nasihat dan janji kepada dua orang ahli yang dipanggil untuk melayani dalam Gereja-Nya. Semasa anda mengkaji nasihat-Nya, anda mungkin berfikir tentang peluang anda sendiri untuk melayani Tuhan—mungkin tugas pelayanan, panggilan Gereja, tanggungjawab dalam keluarga anda, atau dorongan rohani untuk berlaku dengan baik.
Pada pendapat anda, apakah pesanan Tuhan kepada anda dalam wahyu-wahyu ini? Frasa manakah yang sangat bermakna bagi anda? Berikut adalah beberapa soalan untuk dipertimbangkan:
-
Bilakah Tuhan telah memberi anda “rahmat [atau bantuan ilahi] dan keyakinan” untuk melayani Dia? (Ajaran dan Perjanjian 106:8).
-
Pada pendapat anda, apakah maksudnya untuk memperkukuhkan orang “dalam semua perbuatanmu”? (Ajaran dan Perjanjian 108:7).
Apabila Elder Carl B. Cook menerima tugasan Gereja yang susah, dia mendapat kekuatan dari pengalaman seorang nenek moyang. Baca tentangnya dalam pesanan “Melayani” (Persidangan Umum, Okt. 2016). Pertimbangkan untuk menulis satu surat untuk menggalakkan keturunan anda—atau diri anda di masa depan—untuk menerima peluang melayani Tuhan. Masukkan dalam surat anda kebenaran yang anda pelajari dari pesanan Elder Cook, Ajaran dan Perjanjian 106 dan 108, dan pengalaman anda sendiri.
Lihat juga Henry B. Eyring, “Berjalan Dengan Saya,” Persidangan Umum, Mei 2017, 82–85; Topics and Questions, “Serving in Church Callings,” Gospel Library; “Warren Cowdery” dan “‘Wrought Upon’ to Seek a Revelation,” dalam Revelations in Context, 219–23, 224–28.
Ajaran dan Perjanjian 107:1–4, 18–20
Imamat adalah “menurut Tarekat Putera Tuhan.”
Tuhan memulakan “wahyu tentang imamat” (Ajaran dan Perjanjian 107, bahagian pengenalan) dengan mengajar kita nama asal Imamat Melkisedek (lihat ayat 1–4). Mengapakah ia penting untuk mengetahuinya? Bagaimanakah nama ini mempengaruhi tanggapan anda tentang imamat?
Ingatlah fikiran ini semasa anda membaca tentang imamat, terutamanya dalam ayat 18–20. Apakah maksudnya untuk “melihat syurga dibukakan”? Apakah maksudnya untuk “menikmati persekutuan dan hadirat Tuhan Bapa, dan Yesus”? Bagaimanakah kuasa imamat dan wewenang Juruselamat menjadikan semua ini tersedia bagi anda?
Lihat juga Alma 13:2, 16; Ajaran dan Perjanjian 84:19–27.
Tumpukan pada Yesus Kristus. “Terdapat banyak perkara untuk diajar dalam injil Yesus Kristus yang dipulihkan—asas, perintah, nubuat, dan cerita tulisan suci. Tetapi semuanya ini adalah cabang-cabang dari pokok yang sama, kerana semuanya mempunyai satu tujuan: untuk membantu semua orang datang kepada Kristus dan disempurnakan di dalam Dia (lihat Yarom 1:11; Moroni 10:32). Jadi tidak kira apa yang anda ajar, ingat bahawa anda benar-benar mengajar tentang Yesus Kristus dan bagaimana untuk menjadi seperti Dia” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 6). Contohnya, ketika anda mengajar—dan belajar—tentang imamat dalam Ajaran dan Perjanjian 107, sentiasa bertanya, “Apakah yang kita belajar tentang Juruselamat?”
Hamba-hamba Tuhan “disokong dengan keyakinan, iman, dan doa daripada Gereja.”
Apakah ertinya untuk menyokong hamba-hamba Tuhan dengan keyakinan anda? dengan iman anda? melalui doa anda?
Lihat juga “Ya Tuhan, Berkati Nabi Kami,” Nyanyian Rohani, no. 11.
Ajaran dan Perjanjian 107:23–24, 33–35, 38, 91–92
Para nabi dan Rasul bersaksi tentang Yesus Kristus.
Joseph Smith berkongsi bahagian 107 pada tahun 1835 dengan Kuorum Dua Belas Rasul yang baru dipanggil (lihat pengenalan bahagian). Apakah yang Tuhan ajarkan tentang panggilan mereka dalam ayat 23–24, 33–35, 38? Bagaimanakah kesaksian anda tentang Yesus Kristus diperkuatkan oleh pengajaran dan pelayanan para Rasul hidup-Nya?
Dalam ayat 91–92, Tuhan mengajar tentang Rasul senior-Nya, Presiden Gereja. Bagaimanakah dia “seperti Musa”? (Lihat Panduan Tulisan Suci, “Musa,” Gospel Library).
Lihat juga David A. Bednar, “Dipilih Untuk Memberi Kesaksian Tentang Nama-Ku,” Persidangan Umum, Okt. 2015.
Ajaran dan Perjanjian 107:27–31, 85–89
Tuhan melaksanakan pekerjaan-Nya melalui majlis-majlis.
Perhatikan apa yang Tuhan ajarkan tentang majlis-majlis dalam Ajaran dan Perjanjian 107:27–31, 85–89. Apakah yang membuat suatu majlis berkesan? Bagaimanakah anda boleh mengaplikasikan asas-asas ini dalam panggilan Gereja, rumah anda, atau tanggungjawab anda yang lain?
Lihat juga M. Russell Ballard, “Majlis Keluarga,” Persidangan Umum, Apr 2016; Buku Panduan Umum, 4.3–4.4, Gospel Library.
Tuhan menjemput keluarga untuk berunding bersama.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 107:18–20
Yesus Kristus memberkati saya melalui kuasa imamat-Nya.
-
Semasa anda dan anak-anak anda membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 107:18–19, perhatikan frasa “semua berkat-berkat rohani.” Mungkin anda dan anak-anak anda boleh menyenaraikan berkat-berkat yang datang dari imamat. Anda boleh membuat satu permainan—lihat siapa yang boleh membuat senarai terpanjang. Anak-anak anda juga boleh melukis atau mencari gambar untuk mewakili berkat-berkat ini (lihat halaman aktiviti minggu ini). Kemudian anda boleh bercakap tentang bagaimana tatacara imamat (seperti pembaptisan atau sakramen) membantu kita menerima berkat-berkat Tuhan.
Ajaran dan Perjanjian 107:21–26, 33–35, 91–92
Hamba-hamba Tuhan terpilih membimbing Gereja-Nya.
-
Setiap terbitan persidangan umum Liahona termasuk satu halaman gambar Penguasa Umum. Pertimbangkan untuk melihat gambar-gambar ini dengan anak-anak anda semasa anda membaca tentang tanggungjawab mereka dalam Ajaran dan Perjanjian 107:21–26, 33–35, 91–92. Anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang mengapa anda bersyukur Tuhan telah memberi mereka tanggungjawab-tanggungjawab ini.
-
Anak-anak anda boleh belajar lebih lanjut tentang hamba Tuhan di “General Church Leadership” di ChurchofJesusChrist.org. Mungkin setiap anak anda boleh belajar tentang salah seorang pemimpin ini dan mengajar satu sama lain tentang dia. Kongsi dengan satu sama lain bagaimana anda tahu bahawa pemimpin-pemimpin ini adalah hamba-hamba sejati Yesus Kristus.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 107:22 bersama, anda dan anak-anak anda boleh bergilir memegang gambar Presidensi Utama dan berkongsi cara anda boleh menyokong mereka sebagai hamba-hamba Tuhan.
Presidensi Utama
Saya boleh mentaati perjanjian saya dengan teliti.
-
Untuk memulakan satu perbualan tentang ayat ini, anda boleh menjemput anak-anak anda untuk melakukan sesuatu yang perlu ketelitian, seperti mengisi cawan tanpa tumpah. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak teliti? Kemudian anda boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 108:3 untuk mengetahui apa yang Tuhan mahu kita lakukan dengan teliti. Apakah “ikrar” (janji atau perjanjian) yang kita buat dengan Tuhan? Bagaimanakah kita boleh lebih teliti dalam mematuhinya? Anda boleh kongsi sebahagian pesanan Sister Becky Craven “Berhati-Hati Lawan Bersahaja” (Persidangan Umum, Apr 2019) yang anda rasa boleh mengilhami anak-anak anda untuk mentaati perjanjian mereka. Anda juga boleh nyanyikan sebuah lagu tentang mentaati perjanjian, seperti “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-anak, 162).
Menuang air dengan berhati-hati boleh disamakan dengan mematuhi perjanjian kita dengan berhati-hati.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.