Doctrine and Covenants 2025
1–7 September: “Demi Keselamatan Sion”: Ajaran dan Perjanjian 94–97


“1–7 September: ‘Demi Keselamatan Sion’: Ajaran dan Perjanjian 94–97,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 94–97,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Bait Suci Kirtland

Kirtland Temple [Bait Suci Kirtland], oleh Al Rounds

1–7 September: “Demi Keselamatan Sion”

Ajaran dan Perjanjian 94–97

Sejak zaman dahulu, Tuhan memerintahkan Musa untuk membina sebuah khemah ibadat “menurut contoh yang ditunjukkan kepada [nya] di atas gunung itu” (Ibrani 8:5; lihat juga Keluaran 25:8–9). Khemah ibadat juga perlu menjadi pusat perkhemahan padang belantara Israel (lihat Bilangan 2:1–2).

Pada tahun 1833, Tuhan memfirmankan Joseph Smith untuk membina bait suci “bukan menurut cara duniawi” tetapi “menurut cara yang akan Aku tunjukkan” (Ajaran dan Perjanjian 95:13–14; lihat juga 97:10). Seperti khemah ibadat di padang belantara, bait suci bertujuan untuk menjadi pusat utama di Kirtland (lihat Ajaran dan Perjanjian 94:1).

Hari ini, bait suci boleh didapati di seluruh dunia. Walaupun ia tidak berada di tengah-tengah kota kita, ia mengarahkan kita kepada Kristus, yang seharusnya menjadi pusat kehidupan kita. Walaupun rupa setiap bait suci berbeza, di dalamnya kita mempelajari pola ilahi yang sama—satu rancangan syurgawi untuk membawa kita kembali ke hadirat Tuhan. Tatacara dan perjanjian yang kudus menghubungkan kita kepada Kristus dan menguatkan keluarga kita “bukan menurut cara duniawi” tetapi menurut cara yang Tuhan tunjukkan kepada kita.

Lihat Saints, 1:169–70; “A House for Our God,” dalam Revelations in Context, 165–73.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 94; 97:10–17

Saya boleh “[dedikasikan] bagi Tuhan sepenuhnya.”

Dalam Ajaran dan Perjanjian 94, Tuhan memberi arahan tentang pembinaan bangunan pentadbiran di Kirtland—sebuah pejabat dan rumah pencetakan. Apakah yang anda kagum tentang bangunan yang Tuhan katakan dalam Ajaran dan Perjanjian 94:2–12? Bagaimanakah ia berbeza dengan apa yang Dia katakan tentang bait suci dalam 97:10–17?

Apakah maksudnya bagi anda untuk “didedikasikan bagi Tuhan sepenuhnya”?

Ajaran dan Perjanjian 95

Tuhan menegur orang yang Dia kasihi.

Ketika wahyu dalam bahagian 95 diterima, kira-kira lima bulan telah berlalu sejak Tuhan memerintahkan para Orang Suci untuk membina sebuah rumah Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 88:117–19)—dan mereka belum lagi bermula. Perhatikan bagaimana Tuhan membetulkan mereka dalam wahyu ini. Anda juga boleh senaraikan asas-asas yang anda temui untuk memberi pembetulan yang terilham. Apakah yang anda pelajari tentang Juruselamat melalui cara Dia membetulkan Orang Suci-Nya?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 121:43–44; D. Todd Christofferson, “Aku Menegur Dan Menghukum Orang Yang Aku Kasihi,” Persidangan Umum, April 2011.

8:40

Tuhan Mengasihi Anak-anak-Nya

Ajaran dan Perjanjian 95:8, 11–17; 97:10–17

ikon seminari
Bait suci ialah rumah Tuhan.

Setelah ditegur kerana tidak membina rumah Tuhan di Kirtland, para pemimpin Gereja memilih tapak di ladang gandum di mana mereka akan membinanya. Hyrum Smith, abang kepada Nabi, segera berlari mendapatkan sabit untuk mula membersihkan ladang tersebut. “Kita sedang bersedia untuk membina sebuah rumah untuk Tuhan,” katanya, “dan saya bertekad untuk menjadi yang pertama di dalam pekerjaan ini” (dalam Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 271, 273). Mengapakah Hyrum sangat teruja untuk membina bait suci? Renungkan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 95:8, 11–17; 97:10–17.

Pada zaman kita, Tuhan sedang “mempercepatkan pembinaan bait suci” (Russell M. Nelson, “Tumpu Pada Bait Suci,” Persidangan Umum, Okt. 2022). Jika seseorang bertanya kepada anda mengapa Gereja Yesus Kristus membina begitu banyak bait suci, bagaimanakah anda akan menjawab? Cari jawapan yang mungkin dalam:

  • Pesanan-pesanan Presiden Russell M. Nelson mengumumkan bait suci baharu (seperti “Sekarang Masanya,” Persidangan Umum, April 2022).

5:41

What Is a Temple?

Anda boleh membandingkan usaha para Orang Suci untuk membina Bait Suci Kirtland dengan usaha anda untuk bersedia bagi pengalaman bermakna dengan Tuhan di bait suci. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan hasrat yang sama seperti Hyrum Smith rasakan terhadap rumah kudus Tuhan? Contohnya, apakah yang anda boleh lakukan untuk “membersihkan ladang”, seperti Hyrum lakukan? Apakah pengorbanan yang anda rasa Tuhan mahu anda lakukan? (lihat Ajaran dan Perjanjian 97:12).

Lihat juga Topics and Questions, “Bait Suci,” Gospel Library.

Peladang sedang menuai

Hyrum Smith membersihkan ladang untuk Bait Suci Kirtland.

Ajaran dan Perjanjian 97:8–9

“Mereka diterima oleh-Ku.”

Fikirkan tentang satu masa ketika anda diterima—atau tidak diterima—ke dalam satu kumpulan atau pasukan. Bagaimanakah ia serupa atau berbeza dari yang Ajaran dan Perjanjian 97:8–9 ajarkan tentang maksudnya untuk diterima oleh Tuhan? Apakah yang Tuhan sedang cuba ajarkan anda dengan metafora dalam ayat 9?

Lihat juga Erich W. Kopischke, “Being Accepted of the Lord,” Liahona, Mei 2013, 104–6.

Ciptakan satu suasana rohani untuk pembelajaran dan pengajaran. “Roh Tuhan” Yesus janjikan, “akan mengajar kamu segala-galanya” (Yohanes 14:26). Jadi, sama ada anda belajar sendiri atau dengan orang lain, jadikan ia satu keutamaan untuk menjemput Roh. Muzik kudus, doa, dan interaksi penuh kasih dapat membantu mencipta suasana rohani yang damai di mana Roh Kudus dapat mengajarkan anda kebenaran.

Ajaran dan Perjanjian 97:18–28

Sion adalah “yang suci hatinya.”

Kepada para Orang Suci pada tahun 1830-an, Sion adalah sebuah tempat. Dari wahyu bahagian 97, Tuhan mengembangkan definisi untuk menggambarkan orang yang—“suci hatinya” (ayat 21). Ketika anda membaca ayat 18–28, anda boleh gantikan definisi ini ketika anda membaca perkataan Sion. Apakah maknanya bagi anda untuk menjadi suci di hati?

Lihat juga Musa 7:18.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.

Bahagian kanak-kanak 02

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 95:8; 97:10–17

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

  • Untuk latar belakang bahagian 95 dan 97, anda boleh kongsi bersama anak-anak anda “Bait Suci Kirtland” dari Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian Untuk Kanak-Kanak (Gospel Library; lihat juga Saints, 1:210). Anak-anak anda boleh berpura-pura sedang membina bait suci Kirtland (memotong kayu, menukul paku, mengecat dinding, dan sebagainya). Anda juga boleh tunjukkana gambar Bait Suci Kirtland, seperti yang terdapat dalam panduan ini, semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 95:8 untuk mengajar anak-anak anda mengapa Tuhan mahu kita membina bait suci.

1:17

The Kirtland Temple

  • Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 97:15–16, anda dan anak-anak anda boleh berkongsi dengan satu sama lain mengapa bait suci istimewa bagi anda. Nyanyikan bersama satu lagu untuk membantu anak-anak anda berasa takzim terhadap rumah Tuhan, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99). Mengapakah bait suci sebuah tempat yang kudus?

Ajaran dan Perjanjian 97:1–2, 8–9, 21

Sion ialah “yang suci hatinya.”

  • Untuk membantu anak-anak anda faham maksud suci dalam Ajaran dan Perjanjian 97:21, anda boleh lihat satu gelas air yang berisi air bersih dan tambahkan sesuatu yang mencemarkan air itu (seperti pasir atau serbuk lada). Mengapakah ia penting untuk air menjadi suci? Kemudian anak-anak anda boleh membaca ayat 21 dan menunjuk pada perkataan suci. Apakah maksudnya untuk hati kita menjadi suci? Ayat 1–2 dan 8–9 boleh menyediakan beberapa idea. Bagaimanakah Juruselamat membantu menjadikan hati kita suci?

air kotor dan air bersih

Bapa Syurgawi mahu saya menjadi suci dalam hati.

Ajaran dan Perjanjian 97:8–9

Tuhan memberkati mereka yang mentaati perjanjian dengan Dia.

  • Adakah anak-anak anda tahu apakah perjanjian-perjanjian yang kita buat dengan Tuhan apabila kita dibaptiskan atau di dalam bait suci? Pertimbangkan untuk kaji semula perjanjian-perjanjian itu bersama mereka dengan membaca Mosia 18:9–10, 13 atau Buku Panduan Umum, 27.2. Saling berkongsi bagaimana anda sedang berusaha “menepati perjanjian [anda] melalui pengorbanan” (Ajaran dan Perjanjian 97:8).

  • Anda boleh menjemput anak-anak anda untuk melukis gambaran Ajaran dan Perjanjian 97:9. Semasa mereka berkongsi lukisan mereka, bincangkan bagaimana Tuhan telah memberkati anda kerana mentaati perjanjian anda. Bagaimanakah berkat-berkat tersebut bagaikan “sebatang pokok yang sangat subur yang ditanam … berdekatan dengan sebuah anak sungai yang suci”?

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

pembinaan Bait Suci Kirtland

Building the Kirtland Temple [Membina Bait Suci Kirtland], oleh Walter Rane

halaman aktiviti untuk kanak-kanak