“15–21 September: ‘Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat’: Ajaran dan Perjanjian 102–105,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025(2025)
“Ajaran dan Perjanjian 102–105,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
C. C. A. Christensen (1831–1912, Zion’s Camp [Kem Sion], c. 1878, tempera pada kain kapas, 78 × 114 inci. Muzium Seni Universiti Brigham Young, hadiah daripada cucu C. C. A. Christensen, 1970
Ajaran dan Perjanjian 15–21: “Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat”
Ajaran dan Perjanjian 102–105
Orang Suci di Kirtland patah hati setelah mendengar bahawa saudara-saudari mereka di Jackson County, Missouri, sedang diusir dari rumah mereka. Pasti ia menggalakkan, pada masa itu, apabila Tuhan mengisytiharkan bahawa “penebusan Sion” akan “datang dengan kuasa” (Ajaran dan Perjanjian 103:15). Dengan janji itu dalam hati mereka, sekitar 200 para lelaki dan 25 wanita dan kanak-kanak, mendaftar ke dalam Kem Israel yang kemudian dikenali sebagai Kem Sion. Misinya adalah untuk pergi ke Missouri dan menebus Sion.
Bagi ahli-ahli kem, menebus Sion bermakna memulihkan Orang Suci ke tanah mereka. Tetapi sebelum mereka tiba di Jackson County, Tuhan memberitahu Joseph Smith untuk membubarkan Kem Sion. Beberapa anggota kem itu keliru dan sedih; ekspedisi itu bagaikan telah gagal dan janji-janji Tuhan tidak digenapi. Namun, yang lain melihatnya secara berbeza. Walaupun Orang Suci yang dibuang negeri tidak mendapat tanah dan rumah mereka semula, pengalaman itu membawa “penebusan” ke Sion, dan ia “datang dengan kuasa.” Ahli-ahli Kem Sion yang setia, ramai yang kemudiannya menjadi pemimpin Gereja, bersaksi bahawa pengalaman itu memperdalamkan iman mereka terhadap kuasa Tuhan, dalam panggilan ilahi Joseph Smith, dan dalam Sion—bukan hanya tempat Sion tetapi Sion umat Tuhan. Daripada mempersoalkan nilai tugasan yang seolah-olah tidak berjaya ini, mereka belajar bahawa tugasan sebenarnya adalah untuk mengikuti Juruselamat, walaupun kita tidak memahami segala-galanya. Inilah bagaimana Sion, akhirnya, akan ditebus.
Lihat Saints, 1:194–206; “The Acceptable Offering of Zion’s Camp,” dalam Revelations in Context, 213–18.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 102:12–23
Apakah tujuan majlis keahlian?
Bahagian 102 mengandungi catatan pertemuan di Kirtland, Ohio, ketika majlis tinggi Gereja yang pertama ditubuhkan. Ayat 12–23 menggambarkan prosedur yang diikuti oleh majlis tinggi ketika mengadakan majlis keahlian bagi mereka yang telah melakukan pelanggaran yang serius.
Presiden M. Russell Ballard mengajar, “Para ahli kadang kala bertanya mengapa majlis [keahlian] Gereja diadakan. Terdapat tiga tujuan: untuk menyelamatkan roh pelanggar, untuk melindungi yang tidak bersalah, dan untuk menjaga kesucian, integriti, dan nama baik Gereja” (“A Chance to Start Over: Church Disciplinary Councils and the Restoration of Blessings,” Ensign, Sep. 1990, 15).
Lihat juga Topics and Questions, “Membership Councils,” Gospel Library.
Ajaran dan Perjanjian 103:1–12, 36; 105:1–19
Sion hanya boleh dibina pada asas-asas kesolehan.
Mengapakah Orang Suci kehilangan negeri yang dijanjikan di Missouri? Mungkin terdapat banyak sebab—salah satunya, Tuhan berfirman, adalah “pelanggaran umat-Ku.” Jika bukan kerana itu, Sion “mungkin telah ditebus” (Ajaran dan Perjanjian 105:2). Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 103:1–12, 36; 105:1–19, anda mungkin dapat melihat beberapa perkara yang menghalang penubuhan Sion di Missouri dan perkara lain yang dapat membantu. Apakah yang anda pelajari yang dapat membantu anda menubuhkan Sion di hati, rumah dan komuniti anda?
Ajaran dan Perjanjian 103:12–13, 36; 105:1–6, 9–19
Berkat-berkat datang selepas percubaan iman.
Dalam banyak cara, mengambil bahagian dalam Kem Sion adalah satu percubaan iman. Perjalanan tersebut jauh, cuaca panas, dan makanan dan air kadangkala sukar didapati. Dan setelah melalui semua itu, Kem Sion masih tidak berjaya dalam mengembalikan para Orang Suci ke negeri mereka. Bayangkan anda berpeluang untuk menulis satu surat kepada seorang ahli Kem Sion yang imannya kepada Tuhan tergoyah oleh pengalamannya. Apakah yang anda boleh katakan untuk menggalakkan kawan ini? Apakah kebenaran yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 103:5–7, 12–13, 36; 105:1–6, 9–19 yang boleh membantu?
Kemudian anda boleh berfikir tentang contoh yang lebih moden tentang percubaan seperti Kem Sion—seperti seorang misionari yang bekerja keras, tetapi tidak seorang pun menyertai Gereja kerana usahanya. Berdasarkan apa yang anda telah pelajari, bagaimanakah anda akan membantu misionari itu melihat bahawa misinya masih berjaya?
Bagaimanakah Tuhan telah memberkati anda “setelah banyak kesengsaraan”? (Ajaran dan Perjanjian 103:12).
Lihat juga 1 Nefi 11:16–17; Alma 7:11–12; Ajaran dan Perjanjian 6:33–36; 84:88; 101:35–36; David A. Bednar, “On the Lord’s Side: Lessons from Zion’s Camp,” Ensign, Julai 2017, 26–35, atau Liahona, Julai 2017, 14–23; Topics and Questions, “Endure to the End,” Gospel Library; “Teguhlah Landasan,” Nyanyian Rohani, no. 28.
Bersedia dengan mengkaji konteks sejarah tentang wahyu-wahyu. Memahami tetapan wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian boleh membantu anda memahami dan mengaplikasikan asas-asas yang ia ajarkan. Ikutlah Aku menyediakan pautan kepada banyak sumber ini. Untuk Ajaran dan Perjanjian 102–5, lihat Saints, 1:194–206; “The Acceptable Offering of Zion’s Camp,” dalam Revelations in Context, 213–18; dan “Voices of the Restoration: Zion’s Camp.”
Kem Israel berkhemah di tepi Sungai Little Fishing.
Apakah tujuan percubaan?
Pertimbangkan nasihat Elder Orson F. Whitney tentang tujuan percubaan: “Tiada kesakitan yang kita deritai, tiada percubaan yang dialami adalah sia-sia. Ia membantu pendidikan kita, membangunkan sifat seperti kesabaran, iman, ketabahan dan kerendahan hati. Semua yang kita menderita dan segala yang kita alami, terutamanya apabila kita bertahan dengan sabar, akan membina watak kita, menyucikan hati kita, memperluaskan jiwa kita, dan menjadikan kita lebih lembut dan berkasih ihsan, lebih layak untuk dipanggil anak-anak Tuhan … dan itu adalah melalui kesedihan dan penderitaan, kesusahan dan kesengsaraan, agar kita memperoleh pendidikan yang kita datang ke sini untuk peroleh dan yang akan menjadikan kita lebih seperti Bapa dan Ibu kita di syurga” (dalam Spencer W. Kimball, Faith Precedes the Miracle [1972], 98).
Ajaran dan Perjanjian 104:11–18, 78–83
Tuhan telah menjadikan saya seorang “pengawas terhadap berkat-berkat duniawi.”
Selain percubaan di Missouri, pada 1834 Gereja menghadapi kesukaran kewangan, termasuklah hutang dan perbelanjaan yang berat. Dalam bahagian 104 Tuhan memberi nasihat tentang keadaan kewangan Gereja. Bagaimanakah anda boleh menggunakan asas-asas dalam ayat 11–18 dan 78–83 bagi keputusan kewangan peribadi anda?
Lihat juga “Treasure in Heaven: The John Tanner Story” dan “The Labor of His Hands” (videos), Gospel Library.
Treasure in Heaven: The John Tanner Story
The Labor of His Hands
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Saya boleh menjadi “suatu cahaya bagi dunia” dengan mengikuti Yesus.
-
Anda boleh menjemput anak-anak anda untuk memegang gambar satu mentol cahaya, lilin, atau sumber cahaya yang lain semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 103:9. Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti cahaya kepada orang lain apabila kita mengikuti Yesus Kristus? Lihat juga “Yesus Ingin Kubercah’ya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 38).
Saya boleh menjadi seperti cahaya kepada orang lain apabila saya mengikuti Yesus Kristus.
Ajaran dan Perjanjian 104:13–18
Tuhan inginkan saya untuk berkongsi apa yang saya ada bersama mereka yang memerlukannya.
-
Anda boleh memberi anak-anak anda beberapa minit untuk menyenaraikan berkat-berkat yang Tuhan telah berikan kepada mereka (seperti makanan, pakaian, bakat, iman, dan rumah). Galakkan mereka untuk senaraikan sebanyak yang mungkin. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 104:13–18, mencari jawapan untuk soalan-soalan seperti berikut: Siapakah pemilik atas segala benda? Apakah yang Dia ingin kita lakukan dengan perkara-perkara tersebut? Anda dan anak-anak anda boleh kongsi pengalaman di mana seseorang telah memberikan anda sesuatu yang anda perlukan (lihat juga “The Coat” [video], Gospel Library).
2:8The Coat
Tuhan akan memberkati saya semasa saya mematuhi perintah-perintah-Nya.
-
Beberapa kali dalam bahagian 104 , Tuhan menjanjikan “suatu penggandaan berkat” kepada mereka yang mentaati perintah-perintah Dia dengan beriman. Untuk membantu kanak-kanak faham maksud “penggandaan”, anda boleh lukiskan satu bulatan dan minta anak-anak anda untuk membantu anda menggandakan bilangan bulatan—lukiskan dua, kemudian empat, seterusnya lapan, kemudian enam belas, dan seterusnya. Setiap kali anda menambahkan bilangan bulatan, bantu anak-anak anda fikirkan satu berkat yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada mereka.
Ajaran dan Perjanjian 105:38–40
Saya boleh menjadi pendamai.
-
Untuk membantu anak-anak anda belajar kisah Kem Sion, anda boleh kongsi “Bab 36: Kem Sion” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 135–39, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Berhenti sekali sekala untuk berbincang tentang pelajaran yang kita boleh belajar dari Kem Sion—contohnya, Tuhan ingin kita berdamai dan bekerjasama dan bukannya bertengkar atau bergaduh (lihat juga Russell M. Nelson, “Pendamai Diperlukan,” Persidangan Umum, Apr 2023).
-
Anda juga boleh baca Ajaran dan Perjanjian 105:38–40 dan minta kanak-kanak untuk berdiri setiap kali mereka mendengar perkataan “damai.” Jelaskan bahawa Tuhan ingin Orang Suci untuk berdamai dengan mereka yang tidak baik. Bantu anak-anak anda fikirkan apa yang mereka boleh lakukan untuk menjadi pendamai, dan jemput mereka untuk melakonkan beberapa situasi.
Perkhemahan Israel: Belajar untuk mempercayai Tuhan
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.