“8–14 September: ‘Tenanglah Dan Ketahuilah Bahawa Aku Ialah Tuhan’: Ajaran dan Perjanjian 98–101,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 98–101,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
C. C. A. Christensen (1831–1912), Saints Driven from Jackson County Missouri [Orang Suci Diusir dari Jackson County Missouri], c. 1878, tempera pada kain muslin, 77 ¼ × 113 inci. Muzium Seni Universiti Brigham Young, hadiah daripada cucu C. C. A. Christensen, 1970
8–14 September: “Tenanglah Dan Ketahuilah Bahawa Aku Ialah Tuhan.”
Ajaran dan Perjanjian 98–101
Bagi para Orang Suci pada tahun 1830-an, Independence, Missouri betul-betul adalah negeri yang dijanjikan. Ia adalah “tempat pusat” Sion (Ajaran dan Perjanjian 57:3)—kota Tuhan di bumi—dan pengumpulan para Orang Suci merupakan pendahuluan yang menarik sebelum Kedatangan Kedua. Tetapi jiran-jiran mereka di kawasan itu tidak bersetuju. Mereka menolak dakwaan bahawa Tuhan telah memberi tempat itu kepada Orang Suci, dan mereka tidak selesa dengan kesan politik, ekonomi, dan sosial dari ramai orang asing yang berpindah masuk dengan cepat. Ketidakselesaan berubah menjadi penganiayaan dan keganasan. Pada tahun 1833, pejabat pencetakan Gereja dimusnahkan, dan para Orang Suci dipaksa keluar dari rumah mereka.
Joseph Smith berada lebih dari 800 kilometer jauhnya di Kirtland, dan berita ini mengambil masa beberapa minggu untuk sampai kepadanya. Tetapi Tuhan tahu apa yang sedang berlaku, dan Dia mengungkapkan kepada Nabi-Nya tentang asas kedamaian dan galakkan yang akan menghibur Orang Suci—asas-asas yang dapat membantu ketika kita menghadapi penganiayaan, ketika keinginan soleh kita tidak dipenuhi, atau ketika kita memerlukan peringatan bahawa kesengsaraan harian kita akan berakhir, dan “bekerja bersama demi kebaikan [kita]” (Ajaran dan Perjanjian 98:3).
Lihat Saints, 1:171–93; “Waiting for the Word of the Lord,” dalam Revelations in Context, 196–201.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 11–14, 22; 101:1–16, 22–31, 36
Percubaan saya boleh bekerja untuk kebaikan saya.
Sesetengah kesengsaraan dalam hidup adalah disebabkan oleh pilihan kita sendiri. Yang lain disebabkan oleh pilihan orang lain. Dan kadangkala hal-hal yang berlaku merupakan sebahagian daripada kefanaan. Tidak kira apa sebabnya, kesusahan dapat membantu memenuhi tujuan ilahi apabila kita berpaling kepada Tuhan.
Ini benar bagi para Orang Suci di Missouri pada tahun 1833, dan ia benar bagi kita hari ini. Semasa anda membaca apa yang Tuhan beritahu para Orang Suci dalam Ajaran dan Perjanjian 98 dan 101, renungkan bagaimana pesanan-Nya berkaitan dengan pelbagai percubaan atau kesusahan yang mungkin anda alami. Berikut adalah beberapa soalan dan sumber untuk membantu anda.
Jika percubaan adalah akibat daripada:
-
Pilihan peribadi: Apakah nasihat—dan janji-janji—yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 98:11–12; 101:1–9? Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat tersebut tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Apakah yang anda rasa Tuhan mahu anda lakukan?
-
Pilihan orang lain: Apakah penghiburan yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 98:1–3, 22; 101:10–16, 22? Bagaimanakah Tuhan mahu kita bertindak balas terhadap penderaan, penganiayaan, atau keganasan? (Lihat Life Help, “Abuse,” Gospel Library; Topics and Questions, “Abuse,” Gospel Library.) Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang bagaimana untuk mempercayai Tuhan?
-
Kesusahan kefanaan: Apakah perspektif yang anda peroleh dari Ajaran dan Perjanjian 98:1–3; 101:22–31, 36? Apakah yang anda pelajari dari percubaan anda? Apakah yang anda lakukan untuk menjemput pertolongan Tuhan? Bagaimanakah Dia membantu anda?
Untuk belajar lebih lanjut tentang bagaimana Tuhan menjadikan “segala hal yang kamu telah disengsarakan … bekerja bersama demi kebaikanmu” (Ajaran dan Perjanjian 98:3), pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Elder Anthony D. Perkin “Ingatlah Para Orang Suci-Mu Yang Menderita, Ya Tuhan Kami” (Persidangan Umum, Okt. 2021). Anda boleh mencari petikan dalam pesanannya yang membantu anda memahami bagaimana Juruselamat menjemput anda untuk melihat cabaran anda. Bagaimanakah percubaan anda bekerja bersama untuk kebaikan anda atau mencapai tujuan Tuhan?
Lihat juga Roma 8:28; 2 Nefi 2:2; Ajaran dan Perjanjian 90:24; D. Todd Christofferson, “Come to Zion,” Liahona, Nov. 2008, 37–40; “Trial of Adversity,” “Feeling the Lord’s Love and Goodness in Trials,” “The Refiner’s Fire” (videos), ChurchofJesusChrist.org.
Trial of Adversity
Feeling the Lord's Love and Goodness in Trials
The Refiner's Fire
Ajaran dan Perjanjian 98:23–48
Tuhan ingin saya mencari kedamaian dalam cara-Nya.
Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Para pengikut Yesus Kristus harus jadi teladan bagi seluruh dunia. Saya mohon kepada anda untuk lakukan segala yang boleh untuk akhiri konflik peribadi yang sedang meradang dalam hati dan kehidupan anda” (“Kuasa Momentum Rohani,” Persidangan Umum, Apr 2022).
Walaupun tidak semua dalam Ajaran dan Perjanjian 98:23–48 akan berguna bagi pergaulan anda dengan orang lain, apakah asas-asas yang dapat membimbing anda untuk mengakhiri konflik peribadi dalam kehidupan anda? Anda boleh cari kebenaran lebih dalam lagu tentang kedamaian dan keampunan, seperti “Keb’naran Kita Hayati” (Nyanyian Rohani, no. 129).
Butiran dari Christ and the Rich Young Ruler [Kristus dan Pemerintah Muda yang Kaya], oleh Heinrich Hofmann
Tuhan menjaga orang yang melayani-Nya.
Wahyu-wahyu dalam bahagian 99 dan 100 diberikan kepada orang yang mempunyai tanggungjawab Gereja yang penting tetapi juga bimbang tentang keluarga mereka. Apakah yang anda temui dalam wahyu-wahyu ini yang dapat membantu mereka? Apakah pesanan Tuhan untuk anda dalam wahyu-wahyu ini?
Lihat juga “John Murdock’s Missions to Missouri” dalam “‘I Quit Other Business’: Early Missionaries” dan “A Mission to Canada,” dalam Revelations in Context, 87–89, 202–7.
Ajaran dan Perjanjian 101:43–65
Mengikuti nasihat Tuhan membantu memastikan saya selamat.
Perumpamaan dalam Ajaran dan Perjanjian 101:43–62 menjelaskan mengapa Tuhan membenarkan Orang Suci diusir dari Sion. Semasa anda membaca ayat-ayat ini, adakah anda melihat persamaan antara diri anda dan para orang suruhan dalam perumpamaan ini? Bagaimanakah anda boleh menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda “bersedia untuk dibimbing pada jalan yang benar dan tepat demi keselamatan [anda]”? (lihat ayat 63–65).
Lakonkan kisah atau perumpamaan. Kadangkala ia lebih senang untuk belajar dan mengaitkan dengan cerita dan perumpamaan dalam tulisan suci apabila kita meletakkan diri kita di tempat orang itu. Jika anda mengajar Ajaran dan Perjanjian 101:43–62, anda boleh menjemput para pelajar untuk melakonkan perumpamaan itu semasa seseorang membacanya dengan kuat. Apakah pemahaman yang anda peroleh dari lakonan itu?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Yesus Kristus boleh mengubah percubaan saya menjadi berkat.
-
Anda boleh memulakan perbincangan dengan menanyakan anak-anak anda tentang beberapa cabaran yang kanak-kanak umur mereka hadapi. Anda kemudian boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 98:1–3 dan bercakap tentang bagaimana Yesus Kristus boleh mengubah percubaan menjadi berkat. Anda boleh berkongsi dengan anak-anak anda contoh-contoh bagaimana Dia telah mengubah percubaan anda menjadi berkat.
Ajaran dan Perjanjian 98:39–40
Juruselamat membantu saya mengampuni.
Nota: Semasa anda mengajar anak-anak anda tentang kepentingan untuk mengampuni, pastikan juga mereka faham bahawa jika seseorang melukakan mereka, mereka harus memberitahu dewasa yang dipercayai.
-
Bab 34 dan 35 dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (128–34) boleh membantu anda mengajar tentang bagaimana para Orang Suci diperlakukan di Missouri pada tahun 1833. Anda dan anak-anak anda boleh berbincang tentang perasaan para Orang Suci ketika itu. Kemudian anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 98:23, 39–40 untuk tahu apa yang Tuhan mahu mereka lakukan. Anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang masa ketika anda perlu mengampuni seseorang dan bagaimana Juruselamat telah membantu anda.
-
Anda juga boleh menunjukkan kepada anak-anak anda gambar-gambar muka gembira dan yang sedih. Bincangkan situasi di mana seseorang berlaku secara tidak baik hati, dan cadangkan cara untuk bertindak balas. Bantu anak-anak anda memilih jika setiap tindak balas akan membuat mereka gembira atau sedih dengan menunjuk kepada muka yang sepadan. Mengapakah Yesus mahu kita mengampuni orang, termasuk mereka yang tidak baik terhadap kita?
Kesukaran di Missouri: Kekal beriman kuat dalam masa berbahaya
Chapter 35: The Saints Leave Jackson County, Missouri: September–December 1833
Ajaran dan Perjanjian 101:16, 23–32
Yesus Kristus boleh memberi saya kedamaian.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 101:16, bantu anak-anak anda mengenali perasaan damai yang datang apabila kita tenang dan berfikir tentang Yesus—contohnya, apabila kita berdoa atau mengambil sakramen. Anda juga boleh nyanyi bersama satu lagu tentang ketakziman, seperti “Hormatlah, Tenanglah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 11). Bagaimanakah kita dapat merasakan kedamaian Dia dalam rumah kita?
-
Anak-anak anda mungkin berminat untuk belajar tentang bagaimana kehidupan apabila Yesus Kristus datang semula. Baca Ajaran dan Perjanjian 101:23–32 bersama, dan bincangkan tentang hal-hal yang mereka temui dalam ayat-ayat ini yang akan membawakan kita kebahagiaan apabila Dia datang. Mengapakah mengetahui semua ini dapat membantu apabila kita menghadapi saat-saat yang susah?
Yesus Kristus akan membawa kedamaian dan kebahagiaan apabila Dia datang semula.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.