Doctrine and Covenants 2025
25–31 Ogos: “Menerima Kegenapan-Nya”: Ajaran dan Perjanjian 93


“25–31 Ogos: ‘Menerima Kegenapan-Nya’: Ajaran dan Perjanjian 93,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 93,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus

Butiran dari I See the Son of Man [Ku Melihat Anak Manusia], oleh Walter Rane

25–31 Ogos: “Menerima Kegenapan-Nya”

Ajaran dan Perjanjian 93

“Apabila anda menaiki tangga,” Joseph Smith mengajar, “anda harus bermula dari bawah, dan naik langkah demi langkah, sehingga anda tiba di atas; begitu juga dengan asas injil—anda harus bermula dengan yang pertama, sehingga anda pelajari semua asas permuliaan” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 268).

Kadang-kala tangga permuliaan kelihatan terlalu tinggi, tetapi kita dilahirkan untuk memanjat ke atas dengan bantuan tetap Juruselamat. Apa pun batasan yang kita lihat dalam diri kita, Bapa Syurgawi dan Putera-Nya nampak sesuatu yang agung dalam diri kita, sesuatu yang menyerupai Tuhan. Sepertimana Yesus Kristus “pada mulanya bersama Bapa,” maka “kamu juga” (Ajaran dan Perjanjian 93:21, 23). Sepertimana Dia “berterusan dari rahmat ke rahmat, sehingga Dia menerima suatu kegenapan,” begitu juga “kamu akan menerima rahmat demi rahmat” (ayat 13, 20). Injil yang dipulihkan mengajar tentang sifat sebenar Tuhan, dan ia juga mengajar anda tentang sifat sebenar dan takdir kita. Anda anak Tuhan yang nyata dengan potensi “pada waktu yang tepat menerima kegenapan-Nya” (ayat 19).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 93

Seperti Yesus Kristus, saya boleh dimuliakan dan menerima “kegenapan” Tuhan.

Nabi Joseph Smith mengajarkan, ”Jika manusia tidak memahami perwatakan Tuhan, mereka tidak memahami diri mereka sendiri” (Teachings: Joseph Smith40). Semasa anda belajar tentang Juruselamat dengan mengkaji Ajaran dan Perjanjian 93, carilah juga apa yang anda pelajari tentang diri anda. Sebagai contoh, apakah yang anda belajar tentang-Nya dari ayat 3, 12–13, 21, dan 26? Apakah kebenaran serupa yang anda temui tentang diri anda dalam ayat 20, 23, dan 28–29? (lihat juga 1 Yohanes 3:2; 3 Nefi 27:27). Soalan-soalan berikut boleh membantu anda memahami dan mengaplikasikan kebenaran dalam bahagian ini:

  • Apakah maknanya untuk menerima “rahmat demi rahmat” dan meneruskan “dari rahmat ke rahmat”? (ayat 12–13). Jika ia membantu, anda boleh membaca “Rahmat” dalam Panduan Tulisan Suci (Gospel Library).

  • Apakah yang anda temui dalam wahyu ini tentang bagaimana Tuhan membantu anda berkembang dan belajar? Bagaimana pengetahuan ini mempengaruhi cara kita memperlakukan orang lain—dan diri sendiri?

  • Apakah yang anda belajar tentang “bagaimana menyembah, dan … apa yang kamu sembah”? (ayat 19; lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Penyembahan,” Gospel Library).

Ajaran dan Perjanjian 93:1–39

ikon seminari
Kemuliaan Tuhan adalah cahaya dan kebenaran.

Anda mungkin perhatikan perkataan seperti mulia, cahaya, dan kebenaran kerap muncul dalam wahyu ini. Semasa anda mengkaji khususnya ayat 20–39, senaraikan kebenaran yang anda pelajari tentang konsep-konsep ini. Membuat satu jadual seperti ini boleh membantu:

Ayat

Apa yang saya belajar

Soalan untuk direnungkan

Ayat

24

Apa yang saya belajar

Soalan untuk direnungkan

Terdapat banyak penipuan di dunia. Bagaimanakah saya boleh mengetahui kebenaran? (lihat juga Yakub 4:13).

Ayat

28

Apa yang saya belajar

Soalan untuk direnungkan

Ayat

36

Apa yang saya belajar

Tuhan ialah satu makhluk cahaya dan kebenaran.

Soalan untuk direnungkan

Ayat

37

Apa yang saya belajar

Soalan untuk direnungkan

Siapakah yang saya kenali yang nampaknya mampu menentang pengaruh jahat? Mengapakah mereka dapat melakukan ini?

Ayat

Apa yang saya belajar

Soalan untuk direnungkan

Ayat

Apa yang saya belajar

Soalan untuk direnungkan

Ayat

Lihat juga: Ajaran dan Perjanjian 50:24.

Apa yang saya belajar

Soalan untuk direnungkan

Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang mengilhami anda untuk mencari lebih cahaya dan kebenaran? Mengapakah cahaya dan kebenaran adalah gelaran yang baik untuk Yesus Kristus? (lihat Yohanes 8:12; 14:6). Bagaimanakah kebenaran-kebenaran itu mempengaruhi kehidupan anda?

Anda juga boleh perhatikan janji-janji tentang takdir abadi anda dalam ayat 20, 22, 28, 33–35. Apakah hubungan di antara janji-janji ini dan memperoleh cahaya?

Pertimbangkan untuk mencari “Berjalan dalam cahaya Tuhan” (Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan, 18–21) untuk mengetahui bagaimana anda boleh memperoleh cahaya dan bagaimana janji-janji Tuhan memberkati anda.

Lihat juga “Ajar ‘Ku Jalan Dalam Kasih-Nya,” Nyanyian Rohani, no. 146; Topics and Questions, “Holy Ghost,” Gospel Library.

6:40

Light and Truth, Part 1

6:52

Light and Truth, Part 2

tingkap di bait suci

“Kemuliaan Tuhan ialah … cahaya dan kebenaran.”

Ajaran dan Perjanjian 93:40–50

“Mengatur rumahmu sendiri.”

Perintah untuk “mengatur rumahmu sendiri,” (ayat 43) bukannya tentang menyusun almari dapur atau bilik tetapi mengenai pengajaran—dan pembelajaran—“cahaya dan kebenaran” (ayat 42). Pertimbangkan bagaimana anda sedang cuba mengikuti nasihat ini. Apakah cabaran yang anda hadapi? Apakah kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 93 yang boleh membantu?

Apakah pemahaman yang anda peroleh dari ajaran-ajaran Elder David A. Bednar?

“Di pejabat saya terdapat lukisan padang gandum yang indah. Lukisan itu terdiri daripada bilangan coretan berus individu yang sangat banyak—tiada satu pun yang secara berasingan sangat menarik atau mengagumkan. Malah, jika anda menghampiri kanvas itu, apa yang anda dapat lihat adalah coretan warna kuning, emas dan coklat yang nampak tidak berkaitan dan tidak menarik. Tetapi, apabila anda beralih jauh secara beransur-ansur dari kanvas, semua coretan berus individu bergabung bersama dan menghasilkan landskap ladang gandum yang cantik. Coretan berus banyak yang biasa dan individu bekerjasama untuk mencipta satu lukisan menarik dan cantik.

“Setiap doa keluarga, setiap kajian kitab suci keluarga, dan setiap malam keluarga adalah seperti coretan berus pada lukisan jiwa kita. Secara individu, mereka nampaknya tidak mengagumkan atau penting. Tetapi sepertimana coretan warna kuning dan emas itu bergabung untuk menghasilkan satu lukisan yang indah, pelaksanaan hal-hal yang kecil boleh mendatangkan hasil rohani yang penting. ‘Kerana itu, janganlah jemu dalam melakukan yang baik, kerana kamu sedang meletakkan landasan bagi sebuah pekerjaan yang besar. Dan dari hal-hal yang kecil bermulalah hal yang besar’ [Ajaran dan Perjanjian 64:33]. Ketekalan adalah asas utama apabila kita meletakkan landasan bagi sebuah pekerjaan yang besar dalam kehidupan individu kita dan juga ketika kita menjadi lebih tekun dan mengambil berat di rumah kita sendiri” (“More Diligent and Concerned at Home,” Liahona, Nov. 2009, 19–20).

Lihat juga Henry B. Eyring, “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam,” Persidangan Umum, Apr 2019.

keluarga berdoa bersama

Tuhan memerintahkan para ibu bapa untuk “membesarkan anak-anak [mereka] dalam cahaya dan kebenaran.”

Bahagian kanak-kanak ikon 01

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 93:2–21

Yesus Kristus adalah Cahaya dan Kehidupan Dunia.

  • Pertimbangkan untuk menunjukkan gambar Juruselamat dan tanyakan anak-anak anda mengapakah ia penting untuk belajar dan mengikuti Yesus Kristus. Kemudian anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 93:19 untuk mencari satu sebab yang penting.

  • Anda mungkin ingin memilih beberapa kebenaran tentang Kristus dalam bahagian 93 yang mengilhami anda dan membantu anak-anak anda temui dan memahaminya (lihat juga “Bab 33: Wahyu Tentang Yesus Kristus,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 126–27, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Bagi setiap kebenaran yang anda pilih, anda boleh berikan anak-anak anda satu perkataan atau frasa untuk mereka dengar semasa anda membaca ayat itu bersama. Contohnya, Yesus Kristus:

    • Melaksanakan pekerjaan-pekerjaan Bapa (ayat 5).

    • Ialah Cahaya Dunia (ayat 9).

    • Ialah Pencipta dunia (ayat 10).

    • Menerima segala kuasa dalam syurga dan di bumi (ayat 17).

    • Pada mulanya berada bersama Bapa (ayat 21).

    1:18

    Chapter 33: A Revelation about Jesus Christ: May 1833

Seni lukisan Kristus

Butiran dari Light of the World [Cahaya Dunia], oleh Howard Lyon

Ajaran dan Perjanjian 93:23, 29, 38

Saya hidup bersama Bapa Syurgawi sebelum saya datang ke bumi.

  • Juruselamat membuat penekanan sebanyak tiga kali dalam bahagian 93 bahawa kita hidup bersama Tuhan “pada mulanya” (ayat 23, 29, 38). Untuk membantu anak-anak anda menemui ini, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 93:23, 29, 38 dan mencari kebenaran tentang diri mereka yang diulangi dalam ayat-ayat ini. Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita mengetahui kebenaran ini? Anda juga boleh tanyakan anak-anak anda apa yang mereka tahu tentang kehidupan kita dengan Bapa Syurgawi sebelum kita dilahirkan. Untuk membantu mereka belajar lebih lanjut, baca bersama mereka satu atau lebih petikan tulisan suci berikut: Yeremia 1:5; Ajaran dan Perjanjian 138:53–56; Musa 3:5; Abraham 3:22–26.

  • Anda juga boleh nyanyikan bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2) dan bincangkan kebenaran yang dipelajari dari lagu ini berkenaan tujuan kita datang ke bumi.

Ajaran dan Perjanjian 93:24–39

Saya menerima cahaya dan kebenaran apabila saya mematuhi Tuhan.

  • Untuk membantu anak-anak anda menggunakan kebenaran yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 93, pertimbangkan untuk menulis beberapa rujukkan ayat suci dari bahagian ini pada kepingan-kepingan kertas. Pada kepingan kertas lain, tuliskan kebenaran yang setiap ayat-ayat tersebut ajarkan. Anak-anak anda boleh bekerjasama membaca ayat-ayat itu dan padankan kebenaran dengan rujukan ayat suci yang dibaca. Contoh termasuk:

    • Ayat 24: Kebenaran adalah mengetahui hal-hal yang benar pada masa lalu, kini, dan masa depan.

    • Ayat 28: Saya boleh menerima cahaya dan kebenaran semasa saya mematuhi perintah-perintah.

    • Ayat 37: Apabila saya mempunyai cahaya dan kebenaran, saya dapat menentang kejahatan.

    • Ayat 39: Saya kehilangan cahaya dan kebenaran apabila saya tidak patuh.

    Anda boleh berkongsi contoh-contoh kebenaran yang anda tahu semasa anda mematuhi perintah-perintah Tuhan.

Sesuaikan dengan umur anak-anak anda. Anda tahu keperluan dan kebolehan anak-anak anda; anda bebas untuk menyesuaikan idea-idea aktiviti untuk memenuhi keperluan mereka. Contohnya, dalam aktiviti ini, jika anda mengajar kanak-kanak kecil, mungkin lebih baik berfokus pada satu kebenaran mudah dari bahagian 93.

lukisan Kristus berkhutbah dari Taurat

Light and Truth [Cahaya dan Kebenaran], oleh Simon Dewey

halaman aktiviti untuk kanak-kanak