Doctrine and Covenants 2025
4–10 Ogos: “Berdirilah Kamu Di Tempat-Tempat Kudus”: Ajaran dan Perjanjian 85–87


“4–10 Ogos: ‘Berdirilah Kamu Di Tempat-Tempat Kudus’: Ajaran dan Perjanjian 85–87,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 85–87,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

keluarga menghampiri sebuah bait suci

4–10 Ogos: “Berdirilah Kamu Di Tempat-Tempat Kudus”

Ajaran dan Perjanjian 85–87

Hari Krismas biasanya merupakan masa untuk merenungkan pesanan seperti “kedamaian di bumi” (lihat Lukas 2:14). Tetapi pada 25 Disember 1832, fikiran Joseph Smith dipenuhi dengan ancaman perang. Negeri Carolina Selatan di Amerika Syarikat baru sahaja mencabar kerajaan dan sedang bersedia untuk pertempuran. Dan Tuhan mengungkapkan kepada Joseph bahawa ini hanya permulaan: “Perang,” Dia mengisytiharkan, “akan dicurahkan ke atas semua bangsa” (Ajaran dan Perjanjian 87:2). Nampaknya nubuat ini akan dipenuhi tidak lama lagi.

Tetapi ia tidak berlaku. Dalam masa beberapa minggu, Carolina Selatan dan kerajaan Amerika Syarikat mencapai kompromi, dan perang telah dicegah. Nubuat tidak selalu dipenuhi pada masa atau cara yang kita jangkakan. Hampir 30 tahun kemudian, Joseph Smith mati syahid, Carolina Selatan memberontak dan diikuti perang saudara. Hari ini, peperangan di seluruh dunia berterusan dan telah menyebabkan “bumi berduka nestapa” (Ajaran dan Perjanjian 87:6). Nilai wahyu ini bukanlah meramalkan bencana tetapi lebih kepada mengajar bagaimana untuk bersedia apabila ia berlaku. Nasihat itu adalah sama pada 1831, 1861, dan 2025: “Berdirilah kamu di tempat-tempat kudus, dan janganlah goyah” (ayat 8).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 85:1–2

Tuhan mahu saya “untuk menyimpan sejarah.”

Perhatikan apa yang Tuhan ingin masukkan dalam “sejarah” yang digambarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 85:1–2. Mengapakah Dia ingin para Orang Suci-Nya untuk menyimpan sejarah? Apakah yang anda boleh rekodkan tentang “cara hidup, iman, dan pekerjaan” anda yang boleh memberkati anda dan generasi masa depan? Bagaimanakah menyimpan sejarah peribadi membantu anda datang kepada Kristus?

3:6

Turning Hearts

Ajaran dan Perjanjian 85:6

Roh berbicara dengan “suara kecil yang lembut.”

Renungkan kata-kata yang Joseph Smith gunakan untuk menggambarkan Roh dalam Ajaran dan Perjanjian 85:6. Bagaimanakah suara Roh kelihatan “kecil” dan “lembut”? Pertimbangkan gambaran tambahan yang diberikan melalui Joseph Smith: Ajaran dan Perjanjian 6:22–24; 8:2–3; 9:7–9; 11:12–13; 128:1. Bagaimanakah Roh berbicara kepada anda?

Lihat juga Lukas 24:32; Mosia 5:2; Alma 32:28; Helaman 5:30; Ajaran dan Perjanjian 6:22–23; 11:12–13.

Gunakan pengajaran berobjek. Orang lebih mengingati pelajaran injil apabila mereka melihat atau mengambil bahagian dalam pelajaran berobjek yang berkaitan dengan apa yang mereka sedang belajar. Contohnya, apabila mengajar tentang suara Roh yang kecil dan lembut, mungkin anda boleh memainkan rakaman muzik yang lembut, kudus, dan para pelajar boleh bercakap tentang perasaan mereka dan betapa susahnya untuk mendengar jika terdapat bunyi-bunyi yang mengganggu. Ini boleh mendorong kepada satu perbincangan tentang gangguan dalam kehidupan yang menghindari kita daripada mendengar suara kecil yang lembut.

remaja puteri membaca kitab suci

Tulisan suci menggambarkan suara Roh sebagai suara yang kecil dan lembut.

Ajaran dan Perjanjian 86

Mereka yang soleh akan dikumpulkan kepada Kristus pada hari-hari terakhir.

Ajaran dan Perjanjian 86 mengandungi tafsiran tentang perumpamaan gandum dan lalang, yang terdapat dalam Matius 13:24–30, 37–43. Semasa anda belajar tentang maksud perumpamaan ini, pertimbangkan untuk mengisi jadual seperti ini:

Simbol

Maksud

Soalan untuk direnungkan

Simbol

Penabur benih

Maksud

Para nabi dan rasul

Soalan untuk direnungkan

Apakah jenis “benih” yang para nabi dan rasul tanamkan?

Simbol

Musuh

Maksud

Setan

Soalan untuk direnungkan

Bagaimanakah musuh cuba menghentikan pekerjaan Tuhan?

Simbol

Maksud

Soalan untuk direnungkan

Simbol

Maksud

Soalan untuk direnungkan

Berikut adalah beberapa soalan untuk dipertimbangkan:

  • Selepas mentafsir perumpamaan itu, Tuhan berbicara tentang imamat, pemulihan, dan keselamatan umat-Nya (lihat ayat 8–11). Apakah kaitan antara tema-tema ini dengan perumpamaan gandum dan lalang?

  • Apakah peranan anda sebagai “cahaya bagi bangsa bukan Israel” dan “seorang penyelamat bagi umat [Tuhan]”? (ayat 11).

Ajaran dan Perjanjian 87

ikon seminari
Kedamaian boleh ditemui di “tempat-tempat kudus.”

Nubuat dalam bahagian 87 memberi amaran tentang bahaya jasmani yang berkaitan dengan peperangan pada zaman akhir. Namun nasihat dalam wahyu ini juga berkaitan dengan bahaya rohani. Renungkan soalan-soalan seperti berikut:

  • Nubuat adalah wahyu daripada Tuhan kepada seorang nabi, sering kali tentang masa depan. Apakah beberapa contoh nubuat yang telah para nabi zaman dahulu dan moden berikan? (lihat Yohanes 3:14; Mosia 3:5; Helaman 14:2–6). Bagaimanakah ia digenapi? (lihat Lukas 23:33; Matius 15:30–31; 3 Nefi 1:15–21).

  • Apakah berkat yang diperoleh dari mendengar nubuat-nubuat para nabi Tuhan?

Dengan fikiran tersebut, baca bahagian 87. (Untuk konteks sejarah, anda juga boleh membaca pengenalan kepada panduan ini.) Apakah yang anda belajar tentang nubuat dari wahyu ini dan cara ia digenapi? Apakah yang anda akan katakan kepada seseorang yang meragui suatu nubuat kerana ia tidak digenapi dengan segera?

Apakah nasihat yang Tuhan berikan dalam ayat 8? Apakah “tempat-tempat kudus” anda untuk peroleh kedamaian dan keselamatan? Apakah yang membuat sesuatu tempat itu kudus? Selain lokasi fizikal, mungkin terdapat masa kudus, amalan kudus, atau fikiran kudus yang dapat memberikan kedamaian. Contohnya, bagaimanakah firman nabi-nabi Tuhan boleh menjadi tempat kudus bagi anda? Apakah maksudnya untuk “berdirilah” dan “janganlah goyah” dari tempat-tempat tersebut?

Lihat juga “Di Mana Kasih Berada,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 76; Saints, 1:163–64; “Peace and War,” dalam Revelations in Context, 158–64.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth

Bahagian kanak-kanak ikon 03

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 85:6

Roh bercakap dengan “suara kecil yang lembut.”

  • Apakah yang anak-anak anda akan katakan jika seseorang tanya mereka bagaimana mereka tahu ketika Roh Kudus berbicara dengan mereka. Jemput mereka membaca tentang satu cara Joseph Smith menggambarkan suara Roh dalam Ajaran dan Perjanjian 85:6. Kemudian mereka boleh berlatih mendengar dan bercakap dengan suara yang kecil. Anda juga boleh kongsi pengalaman ketika Roh berbicara kepada anda dalam suara kecil yang lembut.

  • Untuk membantu anak-anak anda faham maksud frasa “suara kecil yang lembut,” anda boleh mainkan lagu rohani kanak-kanak dengan perlahan, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 55). Minta seorang kanak-kanak untuk meneka lagu itu sementara kanak-kanak lain membuat bunyi-bunyi yang mengganggu. Kemudian anda boleh mengulangi lagu itu tanpa gangguan. Apakah gangguan yang kita boleh singkirkan dari kehidupan kita untuk lebih kerap merasakan Roh?

Ajaran dan Perjanjian 86

Saya boleh membantu mengumpulkan umat Tuhan.

  • Untuk membantu anak-anak anda memahami perumpamaan yang digambarkan dalam bahagian 86, anda boleh menyediakan beberapa gambar kecil atau lukisan gandum dan sembunyikannya di sekeliling bilik. Jelaskan kepada anak-anak anda perumpamaan tentang gandum dan lalang (lihat Matius 13:24–30), dan baca bersama ulasan Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 86:1–7. Kemudian anak-anak anda boleh kumpulkan gambar-gambar gandum yang tersembunyi dan tuliskan padanya nama seseorang yang mereka boleh “kumpulkan” kepada Yesus Kristus. Apakah maksudnya untuk mengumpulkan orang kepada Yesus Kristus? Bagaimanakah kita boleh lakukan ini?

Ajaran dan Perjanjian 86:11

Saya boleh menjadi cahaya kepada orang lain.

  • Berikut adalah beberapa soalan yang anda boleh tanyakan kepada anak-anak anda semasa anda membincangkan Ajaran dan Perjanjian 86:11: Bagaimanakah cahaya memberkati kita? Bagaimanakah keadaannya apabila kita tidak mempunyai cahaya? Bagaimanakah kita menjadi cahaya kepada orang lain? Bantu anak-anak anda fikirkan cara kita boleh “meneruskan dalam kebaikan [Yesus]” dan berkongsi dengan orang lain.

Ajaran dan Perjanjian 87:6, 8

Saya boleh “berdiri… di tempat-tempat kudus.”

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 87:6 untuk belajar tentang perkara-perkara yang Tuhan katakan akan berlaku pada zaman akhir. Kemudian anda boleh bercakap tentang beberapa cabaran yang anda dan anak-anak anda hadapi. Dalam ayat 8, apakah yang Tuhan firmankan kita untuk lakukan pada masa kesusahan?

  • Bantu anak-anak anda membuat satu senarai tempat-tempat kudus, pemikiran kudus, dan tindakan kudus yang dapat membantu mereka menghadapi bahaya rohani. Untuk idea, lihat video-video “Standing in Holy Places” dan “Stand Ye in Holy Places—Bloom Where You’re Planted” (Gospel Library).

    5:36

    Standing in Holy Places

    4:36

    Stand Ye in Holy Places - Bloom Where You’re Planted

ibu menunjukkan bait suci kepada bayinya

Bait suci ialah tempat yang kudus.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Gandum di ladang

Tuhan mengumpulkan umat-Nya seperti gandum.

halaman aktiviti untuk kanak-kanak