“18–24 Ogos: ‘Suatu Asas Dengan Janji’: Ajaran dan Perjanjian 89–92,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 89–92,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
18–24 Ogos: “Suatu Asas Dengan Janji”
Ajaran dan Perjanjian 89–92
Di Sekolah Para Nabi, Nabi Joseph Smith mengajar para penatua Israel tentang pembinaan kerajaan Tuhan di bumi. Mereka membincangkan kebenaran rohani, berdoa bersama, berpuasa, dan bersedia untuk mengkhutbahkan injil. Tetapi ada sesuatu tentang suasana itu yang mungkin kelihatan aneh bagi kita hari ini, dan ia juga kelihatan tidak betul bagi Emma Smith. Semasa pertemuan mereka, para lelaki itu merokok dan mengunyah tembakau, yang merupakan hal biasa pada zaman itu, tetapi itu mengotorkan lantai kayu dan meninggalkan bau yang kuat. Emma berkongsi kebimbangannya dengan Joseph, dan Joseph bertanya kepada Tuhan. Jawapan-Nya adalah wahyu yang melampaui asap dan kotoran tembakau. Ia memberi para Orang Suci, [dan] untuk generasi yang akan datang, “suatu asas dengan janji”—menjanjikan kesihatan jasmani, “kebijaksanaan,” dan “harta pengetahuan yang besar” (Ajaran dan Perjanjian 89:3, 19).
Lihat juga Saints, 1:166–68.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan memberi saya Kata-kata Bijaksana untuk membantu tubuh dan roh saya menjadi sihat.
Ketika para penatua di Sekolah Para Nabi pertama kali mendengar Joseph Smith membacakan Kata-kata Bijaksana, mereka segera “membuangkan paip tembakau dan palam tembakau kunyahan ke dalam api” (Saints, 1:168). Mereka ingin menunjukkan kerelaan mereka untuk mematuhi Tuhan. Mungkin anda telah “membuangkan” bahan-bahan larangan Kata-kata Bijaksana, tetapi apa lagi yang anda boleh belajar dari wahyu ini? Pertimbangkan idea-idea berikut:
-
Anggap wahyu ini sebagai “suatu asas dengan janji” (ayat 3)—kebenaran abadi yang membimbing pilihan keputusan. Apakah asas-asas yang anda temui yang boleh membimbing keputusan anda? Apakah berkat-berkat yang Tuhan janjikan? (lihat ayat 18–21). Bagaimanakah Dia telah menggenapi janji-janji itu dalam hidup anda?
-
Apakah contoh yang telah anda lihat tentang “kejahatan dan rancangan … di dalam hati orang-orang jahat yang bersubahat” yang berkaitan dengan Kata-Kata Bijaksana? (ayat 4). Sebagai tambahan kepada wahyu ini, apakah yang Tuhan telah berikan untuk membantu anda mengelakkan atau mengatasi kejahatan ini?
-
Apakah yang wahyu ini ajarkan anda tentang Tuhan? Bagaimanakah Kata-kata Bijaksana berkaitan dengan Ajaran dan Perjanjian 29:34–35?
-
Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi menjaga tubuh anda dengan lebih baik?
Anda mungkin berpeluang untuk menjelaskan kepada orang lain mengapa anda mengamalkan Kata-kata Bijaksana—dan anda mungkin mempunyai lebih banyak peluang di masa depan. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan peluang-peluang ini untuk bersaksi tentang Juruselamat, kekudusan badan kita, dan kebenaran rohani yang lain. Untuk idea, lihat “Tubuh Anda Adalah Kudus,” Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan, 22–29.
Lihat juga 1 Korintus 6:19–20; Thomas S. Monson, “Asas-Asas Dan Janji-Janji,” Persidangan Umum, Okt. 2016; Topics and Questions, “Word of Wisdom,” Gospel Library; “The Word of Wisdom,” dalam Revelations in Context, 183–91; “Addiction,” “Physical Health,” Life Help, Gospel Library.
Asas-asas dan Janji-Janji
Belajar dan mengajar melalui asas-asas. Daripada mencipta senarai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan, kita boleh mengamalkan asas-asas untuk menjalankan hak pilihan dan iman kita kepada Kristus. Contohnya, pertimbangkan soalan-soalan berdasarkan asas seperti ini mengenai Kata-kata Bijaksana: Asas manakah yang dapat menggalakkan seseorang yang bergelut untuk mematuhi Kata-kata Bijaksana? Apakah asas-asas yang boleh menenangkan saya apabila saya mempunyai masalah kesihatan walaupun telah mematuhi Kata-kata Bijaksana?
Bapa Syurgawi mahu kita menjaga tubuh kita.
Presidensi Utama memegang “kunci-kunci kerajaan.”
Dalam bahagian 90, Tuhan memberi arahan tentang “pelayanan dan presidensi” (ayat 12) Joseph Smith, Sidney Rigdon, dan Frederick G. Williams—ahli-ahli yang kita kini gelar sebagai Presidensi Utama. Apakah yang anda pelajari tentang Presidensi Utama dari ayat 1–17? Pertimbangkan untuk kaji semula pesanan terbaru daripada ahli-ahli Presidensi Utama. Bagaimanakah mereka “mengaturkan segala urusan gereja dan kerajaan ini”? (ayat 16). Bagaimanakah anda menunjukkan bahawa ia bukan “hal yang remeh” bagi anda? (ayat 5).
Pertimbangkan untuk menyanyi atau membaca lirik bagi “Mari Dengar Suara Nabi” (Nyanyian Rohani, no. 9) atau lagu lain tentang para nabi yang berkaitan dengan ajaran dalam ayat-ayat tersebut. Bagaimanakah pelayanan Presidensi Utama telah membantu anda kenali Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?
“Segala hal akan bekerja bersama demi kebaikan [saya].”
Renungkan sebarang pengalaman anda yang bersaksi tentang janji Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 90:24. Pertimbangkan untuk mencatat pengalaman ini dan berkongsi dengan seorang ahli keluarga atau orang yang dikasihi—mungkin juga seseorang yang memerlukan penghiburan atau galakkan. Sekiranya anda masih menunggu berkat tertentu, renungkan apa yang anda boleh lakukan untuk kekal setia semasa anda menunggu untuk melihat bagaimana “segala hal akan bekerja bersama demi kebaikan mu.”
Ajaran dan Perjanjian 90:28–31
Siapakah Vienna Jaques?
Vienna Jaques dilahirkan pada 10 Jun 1787, di Massachusetts. Seorang wanita beriman yang kaya, Vienna pertama kali bertemu dengan para misionari pada tahun 1831. Selepas mendapat kesaksian rohani bahawa pesanan mereka adalah benar, dia pergi bertemu Nabi di Kirtland, Ohio, di mana dia dibaptiskan.
Vienna mematuhi nasihat Tuhan kepadanya dalam Ajaran dan Perjanjian 90:28–31. Pembaktiannya kepada Tuhan, termasuk sumbangannya di Kirtland, datang pada tempoh yang sangat penting bagi Gereja, ketika para pemimpin sedang cuba membeli tanah di mana Bait Suci Kirtland akan dibina. Vienna seorang yang “setia, dan tidak … malas” sepanjang kehidupannya dan akhirnya dapat “menetap dalam kedamaian” (ayat 31) di Salt Lake Valley, di mana dia hidup sehingga usia 96.
“Roh menyatakan kebenaran.”
Kita semua menemui pesanan-pesanan yang mengandungi “banyak hal … yang benar” dan “banyak hal … yang tidak benar” (Ajaran dan Perjanjian 91:1–2). Apakah nasihat yang anda temui dalam bahagian 91 yang dapat membantu anda membezakan kebenaran dalam pesanan yang anda temui? Bagaimanakah Roh telah membantu anda membezakan kebenaran dari yang salah?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Kata-kata Bijaksana membantu tubuh dan roh saya menjadi sihat.
-
Untuk memperkenalkan bahagian 89, anda dan anak-anak anda boleh melihat satu gambar bait suci atau menyanyikan lagu tentang kesihatan jasmani, seperti “Tuhan B’ri Ku Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 73), untuk mengajar bahawa tubuh kita adalah seperti bait suci bagi roh kita. Bantu anak-anak anda lakonkan cara mereka boleh menjaga tubuh mereka.
-
Untuk belajar tentang perintah-perintah Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 89:10–17, anda dan anak-anak anda boleh melukis atau melihat gambar makanan yang baik untuk dimakan atau menjaga kesihatan tubuh kita (lihat gambar dan halaman aktiviti di penghujung panduan ini). Apakah yang Tuhan melarang kita untuk gunakan? Mengapakah Dia mahu kita menjaga tubuh kita?
2:55Kata-kata Bijaksana: Hukum kesihatan Tuhan
-
Elder Gary E. Stevenson menasihati orang muda untuk merancang terlebih dahulu apa yang mereka akan lakukan apabila digoda dengan alkohol atau dadah. Dia mengajarkan, “Anda akan mendapati bahawa godaan kurang mengawal anda. Anda sudah membuat keputusan bagaimana anda akan bertindak dan apa yang anda akan buat. Anda tidak perlu membuat keputusan setiap kali” (“Buku Strategi Imamat Anda,” Persidangan Umum, April 2019). Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 89:4 dan pernyataan Elder Stevenson, berbincang dengan anak-anak anda tentang bagaimana mereka boleh membuat keputusan sekarang—sepanjang kehidupan mereka—untuk mematuhi Kata-kata Bijaksana. Anda juga boleh lakon peranan bagaimana mereka boleh membalas jika seseorang, bahkan seorang kawan, menawarkan sesuatu yang bertentangan dengan Kata-kata Bijaksana. Bagaimanakah Tuhan memberkati kita semasa kita mematuhi Kata-kata Bijaksana? (lihat ayat 18–21).
Tubuh kita adalah kurnia daripada Tuhan.
Tuhan memberikan saya nabi untuk membimbing dan melindungi saya.
-
Anda boleh melihat gambar-gambar nabi dahulu atau menyanyikan lagu seperti “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58). Bagaimanakah Tuhan telah memberkati anak-anak-Nya melalui para nabi-Nya? Mengapakah kita perlu mendengar kepada nabi Tuhan? (lihat Ajaran dan Perjanjian 90:5). Kemudian anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar nabi hidup dan berkongsi beberapa perkara yang Tuhan telah ajarkan atau memperingatkan kita melalui dia. Bagaimanakah kita boleh mengikuti nabi?
Roh dapat membantu saya mengetahui apa yang benar.
-
Anda boleh merumuskan pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 91 bagi membantu anak-anak anda faham mengapa wahyu ini diberikan. Bantu mereka fikirkan tempat-tempat, seperti dalam media, di mana kita dapat mencari “banyak hal … yang benar,” dan “banyak hal … yang tidak benar,” (ayat 1–2). Apakah yang ayat 4–6 ajarkan kita tentang Roh Kudus? Bagaimanakah Roh Kudus membantu kita tahu apa yang benar?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.