“11–17 Ogos: ‘Tubuhkanlah … Sebuah Rumah Tuhan’: Ajaran dan Perjanjian 88,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 88,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Sekolah Para Nabi telah diadakan di dalam bilik ini.
11–17 Ogos: “Tubuhkanlah … Sebuah Rumah Tuhan”
Ajaran dan Perjanjian 88
Kadang kala, Tuhan memberikan kita sekilas kecil “keagungan dan kuasa-Nya” yang tidak terbatas (Ajaran dan Perjanjian 88:47) melalui wahyu-wahyu indah. Ajaran dan Perjanjian 88 adalah jenis wahyu itu—tentang cahaya dan kemuliaan serta kerajaan yang akan membuat hal-hal duniawi kelihatan kecil. Walaupun kita tidak dapat memahami semuanya, kita sekurang-kurangnya dapat merasakan bahawa keabadian adalah lebih daripada apa yang kita sedari. Sudah tentunya, Tuhan tidak berkongsi tentang misteri-misteri besar ini untuk menakutkan kita atau membuat kita berasa kecil. Sebaliknya, Dia menjanjikan, “Harinya akan datang apabila kamu akan memahami bahkan Tuhan” (ayat 49; penekanan ditambah). Mungkin kerana tujuan agung itulah Tuhan memerintahkan para Orang suci-Nya di Kirtland untuk membentuk Sekolah Para Nabi. “Aturlah dirimu,” Dia firmankan. “Sediakanlah setiap hal yang diperlukan; dan tubuhkanlah … rumah Tuhan” (ayat 119). Lebih daripada tempat mana, dalam rumah kudus Tuhanlah—dan dalam rumah kita—Dia dapat menaikkan pandangan kita yang melampaui dunia fana, “menunjukkan muka-Nya kepada [kita],” dan mempersiapkan kita untuk “bertahan dalam kemuliaan selestial” (ayat 68, 22).
Lihat Saints, 1:164–66.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Yesus Kristus menawarkan saya kedamaian.
Beberapa hari selepas amaran bahawa peperangan akan “dicurahkan ke atas semua bangsa” (Ajaran dan Perjanjian 87:2), Tuhan memberi satu wahyu yang Joseph Smith gelar “daun zaitun,” iaitu lambang kedamaian tradisional (Ajaran dan Perjanjian 88, pengenalan bahagian; lihat juga Kejadian 8:11). Sepanjang pengkajian bahagian 88 minggu ini, carilah pesanan kedamaian Tuhan untuk anda.
Cahaya dan hukum datang daripada Yesus Kristus.
Perkataan cahaya dan hukum diulangi banyak kali dalam bahagian 88. Tandakan atau perhatikan ayat-ayat di mana anda menemukan kata-kata ini dalam ayat 6–67, dan tuliskan apa yang anda pelajari tentang cahaya dan hukum—dan tentang Yesus Kristus. Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi menerima cahaya dan mentaati “hukum Kristus”? (ayat 21).
Lihat juga Yesaya 60:19; Yohanes 1:1–9; 3 Nefi 15:9; Timothy J. Dyches, “Cahaya Berpegang Teguh Pada Cahaya,” Persidangan Umum, April 2021; Sharon Eubank, “Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan,” Persidangan Umum, April 2019.
Tulisan suci mengandungi hukum Kristus.
Ajaran dan Perjanjian 88:62–64
“Dekatlah kepada-Ku.”
Apakah pengalaman yang telah menunjukkan anda bahawa janji-janji dalam ayat-ayat ini adalah benar? Apakah langkah anda yang seterusnya untuk “mendekat kepada” Kristus? Pertimbangkan untuk menjadikan lagu rohani “Ku Dekat Pada-Mu, Ya Tuhanku” (Nyanyian Rohani, no. 37) sebahagian daripada kajian dan penyembahan anda.
Ajaran dan Perjanjian 88:67–76
Saya boleh menjadi bersih melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
Perintah Tuhan untuk “kuduskanlah dirimu” muncul dua kali dalam bahagian 88 (ayat 68, 74). Pada pendapat anda, apakah maksud frasa ini? Anda boleh imbas semula petikan dari “Pengudusan” dalam Panduan Tulisan Suci (Gospel Library). Bagaimanakah kita menjadi kudus? Biarkan soalan ini membimbing pengkajian Ajaran dan Perjanjian 88:67–76, dan catatkan sebarang tanggapan rohani yang anda peroleh.
Ajaran dan Perjanjian 88:77–80, 118–26
“Carilah pembelajaran, bahkan melalui pembelajaran dan juga melalui iman.”
Tuhan memfirmankan Orang Suci untuk tubuhkan “sekolah para nabi” di Kirtland (Ajaran dan Perjanjian 88:137). Kebanyakan arahan dalam bahagian 88 mengajar mereka bagaimana untuk melakukannya. Arahan ini juga boleh membantu anda “tubuhkanlah … sebuah rumah pembelajaran” (ayat 119) dalam kehidupan anda. Malah, anda boleh melihat ayat 77–80 dan 118–26 sebagai rangka tindakan untuk “membentuk semula rumah anda [atau kehidupan anda] kepada satu pusat pembelajaran injil” dan “satu tempat perlindungan iman” (Russell M. Nelson, “Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Persidangan Umum, Okt. 2018). Anda boleh lakarkan bagaimana rupanya “pembentukan semula” peribadi anda, termasuk frasa-frasa dari ayat yang anda mahu aplikasikan.
Anda juga boleh meneroka soalan-soalan berikut: Mengapakah pembelajaran dan pendidikan penting bagi Tuhan? Apakah yang Dia mahu saya kaji? Bagaimanakah Dia mahu saya belajar? Cari jawapan bagi soalan-soalan tersebut dalam ayat 77–80 dan dalam “Kebenaran akan membebaskan anda” (Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan, 30–33).
Pada pendapat anda, apakah maksudnya untuk belajar “melalui pembelajaran dan juga melalui iman”? (ayat 118). Apakah tanggapan yang anda peroleh dari pesanan Elder Mathias Held “Mencari Pengetahuan Dengan Roh”? (Persidangan Umum, April 2019).
Lihat juga Topics and Questions, “Seeking Truth and Avoiding Deception,” Gospel Library; “A School and an Endowmen (Sebuah Sekolah dan Anugerahan),” dalam Revelations in Context, 174–82.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Bapa Syurgawi memberi kurnia-kurnia yang baik.
-
Anda boleh mulakan satu perbincangan tentang Ajaran dan Perjanjian 88:33 dengan bertanyakan hadiah (kurnia) yang anak-anak anda telah terima—hadiah yang mereka terima dengan gembira dan yang tidak seberapa. Mungkin mereka boleh lakonkan menerima hadiah dengan sukacita. Kemudian anda boleh bercakap tentang kurnia-kurnia yang Bapa Syurgawi berikan kepada kita (seperti kurnia Roh Kudus). Bagaimanakah kita menerima kurnia-kurnia tersebut dengan sukacita?
Jika saya mencari Juruselamat, saya akan menemukan Dia.
-
Ajaran dan Perjanjian 88:63 mengandungi kata kerja yang boleh mengilhami beberapa aktiviti yang seronok untuk menggalakkan anak-anak anda mencari hadirat Tuhan dalam kehidupan mereka. Contohnya, anda dan anak-anak anda boleh fikirkan satu permainan untuk membincangkan frasa “carilah Aku dengan tekun dan kamu akan menemui-Ku” (penekanan ditambahkan) atau “ketuklah, dan akan dibukakan bagimu”?
Kanak-kanak memerlukan kepelbagaian. “Kebanyakan kanak-kanak belajar dengan lebih baik ketika pelbagai deria terlibat. Carilah cara-cara untuk membantu kanak-kanak menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka semasa mereka belajar. Dalam sesetengah keadaan, anda bahkan boleh mencari cara untuk melibatkan deria hidu dan rasa mereka!” Mengajar dengan Cara Juruselamat, 32.
-
Untuk menekankan jemputan Juruselamat untuk “dekatlah kepada-Ku,” anda boleh minta seorang anak untuk pegang gambar Yesus (seperti gambar yang terdapat di hujung panduan) di satu sisi dan anak-anak lain berdiri di sisi yang bertentangan. Semasa anak-anak anda memikirkan perkara yang mereka boleh lakukan untuk mendekati Juruselamat, mereka boleh melangkah ke arah gambar itu, dan anak yang memegang gambar itu boleh melangkah ke arah anak-anak yang lain. Beritahu anak-anak anda tentang bagaimana anda mendekati Juruselamat dan bagaimana Dia mendekati anda. Anda juga boleh menyanyi bersama satu lagu berkenaan topik ini, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42).
Ajaran dan Perjanjian 88:77–80, 118
Bapa Syurgawi mahu saya belajar.
-
Mintalah anak-anak anda untuk memberitahu anda tentang apa yang mereka pelajari di sekolah atau Sekolah Primer. Anda juga boleh berkongsi beberapa perkara yang anda pelajari. Kemudian anda boleh tunjukkan anak-anak anda perkataan apa, mengapa, dan bagaimana. Bantu mereka cari dalam Ajaran dan Perjanjian 88:77–79 untuk ketahui apa yang Tuhan mahu kita belajar. Kemudian lihat bersama dalam ayat 80 untuk tahu mengapa Dia mahu kita belajar dan dalam ayat 118 untuk tahu bagaimana kita harus belajar.
“Carilah pembelajaran … melalui pembelajaran dan juga melalui iman.”
Rumah kita boleh menjadi kudus seperti bait suci.
-
Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 88:119 kepada anak-anak anda, mereka boleh membentuk puncak menara bait suci dengan tangan mereka setiap kali mereka mendengar perkataan “rumah.” Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi mahu Joseph Smith dan para Orang suci untuk membina satu bait suci, atau “rumah Tuhan.”
-
Anda boleh meminta anak-anak anda memilih tujuh perkataan yang menggambarkan rumah mereka. Kemudian minta mereka cari, dalam Ajaran dan Perjanjian 88:119, tujuh perkataan yang Tuhan gunakan untuk menggambarkan rumah-Nya. Bagaimanakah kita menjadikan rumah kita sebuah “rumah Tuhan”?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.