Doctrine and Covenants 2025
30 Jun–6 Julai: “Tidak Ada Senjata Yang Dibentuk Untuk Menentangmu Yang Akan Berjaya”: Ajaran dan Perjanjian 71–75


“30 Jun–6 Julai: ‘Tidak Ada Senjata Yang Dibentuk Untuk Menentangmu Yang Akan Berjaya’: Ajaran dan Perjanjian 71–75,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 71–75,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

para misionari berjalan melalui padang

I Will Remember the Covenant [Aku Akan Mengingati Perjanjian], oleh Enrique Manuel Garcia

30 Jun–6 Julai: “Tidak Ada Senjata Yang Dibentuk Untuk Menentangmu Yang Akan Berjaya”

Ajaran dan Perjanjian 71–75

Sejak muda lagi, Joseph Smith telah berdepan pengkritik—bahkan musuh—ketika dia berusaha melakukan pekerjaan Tuhan. Tetapi ia pasti sangat susah pada lewat 1831 apabila Ezra Booth mula mengkritik Gereja secara terbuka, kerana dalam hal ini, pengkritik itu adalah seorang bekas penganut. Ezra telah melihat Joseph menggunakan kuasa Tuhan untuk menyembuhkan seorang wanita. Dia telah dijemput untuk menemani Joseph dalam pemantauan pertama tanah Sion di Missouri. Namun, sejak imannya hilang, dan dalam usaha untuk mencemarkan nama Nabi, dia menerbitkan beberapa siri surat dalam akhbar Ohio. Dan usahanya kelihatan berhasil, kerana “perasaan kurang senang … telah berkembang menentang Gereja” dalam kawasan itu (Ajaran dan Perjanjian 71, pengenalan bahagian). Apakah yang para penganut harus lakukan dalam situasi sedemikian? Walaupun tiada satu jawapan yang tepat untuk setiap keadaan, —termasuk dalam kes ini pada 1831—sebahagian daripada jawapan Tuhan adalah untuk mengisytiharkan kebenaran dan membetulkan kepalsuan dengan “mengkhutbahkan injil” (ayat 1). Ya, pekerjaan Tuhan akan sentiasa mempunyai pengkritik, tetapi pada akhirnya, “tidak ada senjata yang dibentuk untuk menentang [nya] yang akan berjaya.” (ayat 9).

Lihat “Ezra Booth and Isaac Morley,” dalam Revelations in Context, 134.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 71

ikon seminari
Roh akan membimbing saya semasa saya mengisytiharkan injil Juruselamat.

Ia boleh mengganggu apabila orang lain mengkritik atau mencemuh iman anda kepada Juruselamat, injil-Nya, atau Gereja-Nya. Apabila ini berlaku, apakah yang anda lakukan? Sesuatu yang serupa berlaku di Ohio pada tahun 1831 (lihat pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 71). Apakah yang Tuhan firmankan Joseph Smith dan Sidney Rigdon untuk lakukan dalam Ajaran dan Perjanjian 71? Mungkin anda boleh senaraikan arahan yang Tuhan berikan kepada mereka dan berkat-berkat yang Dia janjikan.

Selain daripada mengkaji bahagian 71, anda juga boleh meneroka bagaimana Juruselamat membalas pengkritik-pengkritik-Nya semasa pelayanan fana-Nya. Berikut adalah beberapa contoh: Matius 22:15–22; 26:59–64; Yohanes 10:37–38. Apakah yang anda pelajari daripada Dia? Apakah tanggapan tambahan yang anda peroleh dari Matius 18:15; Efesus 4:31–32; 2 Timotius 3:12; Yakobus 1:19?

Bagaimanakah nasihat-Nya berguna dalam situasi yang anda hadapi hari ini? Anda boleh mempertimbangkan cara-cara untuk membetulkan kepalsuan dengan damai dalam kata-kata anda sendiri. Contohnya, anda boleh bermula dengan menyatakan rasa hormat terhadap pandangan orang itu, dan kemudian dengan rendah hati dan baik berkongsi apa yang anda percaya tentang Yesus Kristus dan ajaran-ajaran-Nya. Untuk bersedia bagi peristiwa-peristiwa sebegini, anda boleh berlatih pendekatan ini dengan kawan atau ahli keluarga.

Lihat juga Topics and Questions, “Helping Others with Questions,” Gospel Library; Dallin H. Oaks, “Mengasihi Orang Lain dan Bercampur Dengan Orang Lain Tidak Mengira Perbezaan Apa-Apa,” Persidangan Umum, Okt. 2014; Jörg Klebingat, “Penganutan Yang Berani Di Zaman Akhir,” Liahona, Apr 2022.

Ajaran dan Perjanjian 72

Tuhan memberkati saya melalui pelayanan para pemimpin seperti para uskup.

Apabila Newel K. Whitney dipanggil untuk melayani sebagai seorang uskup, tugasnya sedikit berbeza daripada para uskup masa kini. Contohnya, Uskup Whitney mengawasi pembaktian harta dan kebenaran untuk menetap di tanah Sion dalam Missouri. Tetapi semasa anda membaca tentang panggilannya dalam Ajaran dan Perjanjian 72, anda mungkin sedar terdapat kaitan dengan tugasan para uskup hari ini—sekurang-kurangnya dalam roh, jika bukan dalam butiran kewajipan mereka.

Contohnya, bagaimanakah anda “memberikan laporan” kepada uskup anda? (ayat 5). Hari ini, “gudang penyimpanan Tuhan” boleh termasuk sumbangan, pelayanan, dan bakat-bakat ahli bahagian (lihat ayat 10, 12). Bagaimanakah anda menyumbang kepada gudang simpanan itu?

Bagaimanakah Tuhan telah memberkati anda dan keluarga anda melalui pelayanan seorang uskup?

Lihat juga Quentin L. Cook, “Uskup—Gembala Kawanan Tuhan,” Persidangan Umum, Apr 2021.

Ajaran dan Perjanjian 73

Saya mempunyai banyak peluang untuk berkongsi injil Juruselamat.

Apabila Joseph Smith dan Sidney Rigdon kembali dari tugasan misionari mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 71), Tuhan menfirmankan mereka untuk meneruskan penterjemahan Alkitab (lihat Panduan Tulisan Suci, “Terjemahan Joseph Smith (JST),” Gospel Library). Tetapi itu tidak bermaksud Dia mahu mereka berhenti berkongsi injil. Lagipun, ini adalah sebahagian kehidupan seorang pengikut.

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 73, pertimbangkan bagaimana anda boleh menjadikan kerja berkongsi injil suatu usaha yang berterusan, “dapat dilaksanakan” (ayat 4)—atau realistik—sebahagian dari kehidupan anda di samping tanggungjawab-tanggungjawab anda yang lain.

kawan-kawan bercakap tentang injil

Injil Yesus Kristus boleh dikongsi dalam cara yang biasa dan semula jadi.

Ajaran dan Perjanjian 75:1–16

“Bekerja dengan dayamu … memaklumkan kebenaran.”

Wahyu dalam bahagian 75 ditujukan kepada mereka yang telah “memberikan nama [mereka] untuk pergi memaklumkan injil [Juruselamat]” (ayat 2). Satu cara untuk mengkaji wahyu ini adalah untuk membuat dua senarai: (1) bagaimana untuk berkongsi injil dengan berkesan dan (2) bagaimana Tuhan memberkati dan menyokong kita semasa kita melakukannya.

Pada pendapat anda, apakah maksudnya untuk “berlengah-lengah” atau “bermalas-malasan” dalam berkongsi injil? Bagaimanakah untuk “bekerja dengan dayamu”? (ayat 3).

Lihat juga “Ku Pergi Ke Mana ‘Kau Inginkan,” Nyanyian Rohani, no. 128.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.

Bahagian kanak-kanak ikon 02

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 71

Saya boleh mempertahankan kebenaran dengan berkongsi kesaksian saya.

  • Anda boleh gunakan bahagian pengenalan Ajaran dan Perjanjian 71 atau “Bab 25: Joseph Smith dan Sidney Rigdon Pergi Menjalankan Misi” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 96, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library) untuk mengajar anak-anak anda tentang keadaan yang mengilhami bahagian 71. Kemudian bantu mereka cari dalam ayat 1 apa yang Tuhan mahu Joseph dan Sidney lakukan tentang “perasaan kurang senang” terhadap Gereja. Bagaimanakah Dia akan membantu mereka? Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti Joseph dan Sidney?

    0:45

    Chapter 25: Joseph Smith and Sidney Rigdon Go on a Mission: December 1831–January 1832

  • Anda juga boleh menyanyikan sebuah lagu yang mengilhami anak-anak anda untuk menjadi benar kepada Juruselamat, seperti “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 81). Bantu anak-anak anda berlatih untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 72:2

Tuhan telah memanggil seorang uskup untuk membantu saya.

  • Membaca Ajaran dan Perjanjian 72:2 dapat mencetuskan satu peluang untuk membincangkan mengapa Tuhan memberi kita uskup (lihat juga “Bab 17: Uskup Pertama Gereja,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 64–66, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Anda dan anak-anak anda boleh mencari gambar atau objek yang mewakili tanggungjawab seorang uskup. Gambar dan halaman aktiviti di hujung panduan ini menyediakan beberapa idea. Kemudian anda boleh berbincang bersama tentang uskup-uskup yang anda kenali dan bagaimana Tuhan telah memberkati keluarga anda melalui pelayanan mereka.

    1:45

    Chapter 17: The First Bishops of the Church: February and December 1831

Sentiasa mengajar tentang Yesus Kristus. “Tidak kira apa yang anda ajarkan, ingatlah bahawa anda sebenarnya sedang mengajar tentang Yesus Kristus dan bagaimana untuk menjadi seperti Dia” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 6). Contohnya, apabila anda mengajar anak-anak anda tentang uskup, tekankan bahawa mereka adalah wakil Yesus Kristus, dipanggil oleh Dia untuk melakukan pekerjaan-Nya (lihat 1 Petrus 2:25).

makanan dan bekalan di gudang penyimpanan Tuhan

Tuhan memfirmankan para uskup untuk menjaga orang yang memerlukan.

Ajaran dan Perjanjian 75:3

Saya boleh memberikan usaha terbaik saya kepada Tuhan.

  • Untuk menjelaskan perbezaan “bermalas-malasan” dan “bekerja dengan daya [kita],” anda boleh pilih beberapa layanan atau kerja rumah dan jemput anak-anak anda untuk tunjukkan cara melakukannya dengan bermalas-malasan dan kemudian dengan sepenuh daya mereka. Ketika anda membaca “tidak juga bermalas-malasan” dalam Ajaran dan Perjanjian 75:3, anak-anak anda boleh tunjukkan bagaimana mereka melakukan kerja dengan malas. Apabila anda membaca “tetapi bekerja dengan dayamu,” mereka boleh tunjukkan betapa kuatnya mereka bekerja. Mengapakah ia penting untuk kita melakukan yang terbaik ketika melayani Tuhan?

  • Dalam pesanannya “Dua Asas Untuk Semua Ekonomi” (Persidangan Umum, Okt. 2009), President Dieter F. Uchtdorf berkongsi dua cerita tentang kerja. Mungkin anda boleh kongsi dengan anak-anak anda dan bercakap tentang bagaimana perasaannya untuk mengetahui kita telah bekerja keras dan melakukan yang terbaik.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

uskup menasihati seorang remaja putera

Recognizing the Tender Mercies in Your Life [Mengenali Belas Kasihan Tuhan Dalam Kehidupan Anda], oleh Keith Larson

halaman aktiviti untuk kanak-kanak