Doctrine and Covenants 2025
14–20 Julai: “Aku Akan Menuntunmu”: Ajaran dan Perjanjian 77–80


“14–20 Julai: ‘Aku Akan Menuntunmu’: Ajaran dan Perjanjian 77–80,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 77–80,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Yesus Kristus sebagai gembala

Going Home [Pulang Rumah], oleh Yongsung Kim

14–20 Julai: “Aku Akan Menuntunmu”

Ajaran dan Perjanjian 77–80

Kurang daripada dua tahun selepas Gereja Yesus Kristus dipulihkan, bilangan ahli bertambah kepada lebih daripada 2,000 ahli dan telah berkembang dengan cepat. Pada bulan Mac 1832, Joseph Smith bertemu dengan para pemimpin Gereja lain “untuk mempertimbangkan hal-hal Gereja”: keperluan untuk menerbitkan wahyu-wahyu, membeli tanah untuk berkumpul, dan menjaga orang miskin (lihat Ajaran dan Perjanjian 78, pengenalan bahagian). Untuk memenuhi keperluan tersebut, Tuhan memanggil sejumlah kecil pemimpin Gereja untuk membentuk Syarikat Bersatu, satu kumpulan yang akan bergabung usaha mereka untuk “memajukan tujuan” Tuhan (ayat 4) dalam bidang ini. Namun dalam hal-hal pentadbiran seperti itu, Tuhan memberi tumpuan kepada hal-hal keabadian. Dasarnya, tujuan mesin cetak atau gudang penyimpanan—seperti semua yang lain dalam kerajaan Tuhan—adalah untuk menyediakan anak-anak-Nya untuk menerima “sebuah tempat di dunia selestial” dan “kekayaan keabadian” (ayat 7, 18). Dan jika berkat-berkat itu sukar difahami sekarang, di dalam kesibukan kehidupan seharian, Dia meyakinkan kita, “Cerialah, kerana Aku akan menuntunmu” (ayat 18).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 77

Tuhan memberi pengetahuan kepada mereka yang mencarinya.

Semasa Joseph Smith dan Sidney Rigdon mengusahakan terjemahan Alkitab yang diilhamkan, mereka mempunyai soalan tentang kitab Wahyu, seperti ramai yang lain. Dan Joseph tahu dengan baik, ketika dia kekurangan kebijaksanaan, dia boleh bertanya kepada Tuhan. Pemahaman yang dia peroleh adalah dalam Ajaran dan Perjanjian 77. Semasa anda mengkaji bahagian ini, pertimbangkan untuk mencatat pandangan anda dalam bab yang berkaitan dari kitab Wahyu. Apakah yang anda pelajari dari kajian anda tentang menerima wahyu?

Joseph Smith dan Sidney Rigdon sedang membaca Alkitab

Translation of the Bible [Terjemahan Alkitab], oleh Liz Lemon Swindle

Ajaran dan Perjanjian 78

Apakah itu Syarikat Bersatu?

Syarikat Bersatu ditubuhkan untuk menguruskan penerbitan dan perniagaan Gereja di Ohio dan Missouri. Ia terdiri daripada Joseph Smith, Newel K. Whitney, dan para pemimpin Gereja lain yang menggabungkan sumber-sumber mereka untuk memenuhi keperluan duniawi Gereja yang semakin berkembang. Malangnya, Syarikat Bersatu gagal dan dibubarkan pada tahun 1834 apabila hutang mereka tidak dapat dikawal.

Lihat juga “Newel K. Whitney and the United Firm,” dalam Revelations in Context, 142–47; Church History Topics, “United Firm (‘United Order’),” Gospel Library.

Ajaran dan Perjanjian 78:1–7

Saya boleh membantu “memajukan tujuan” Kristus dan Gereja-Nya.

Tuhan memberitahu Joseph Smith dan para pemimpin Gereja yang lain bahawa pengurusan gudang penyimpanan dan sebuah mesin cetak akan membantu “memajukan tujuan, yang telah kamu sertai” (Ajaran dan Perjanjian 78:4). Bagi anda apakah “tujuan” Gereja Juruselamat? Renungkan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 78:1–7. Apakah cara-cara yang anda boleh lakukan untuk membantu memajukan tujuan itu—termasuk dalam keluarga anda?

Lihat juga Buku Panduan Umum, 1.2.

Ajaran dan Perjanjian 78:17–18

Tuhan akan menuntun saya.

Mengapakah ada masanya Tuhan memanggil para pengikut-Nya sebagai “anak-anak kecil”? (Ajaran dan Perjanjian 78:17). Pernahkah anda merasa seperti seorang anak kecil, mungkin kerana sesuatu yang anda “masih belum memahami” atau “tidak dapat menanggung”? (ayat 17–18). Apakah ayat-ayat yang dapat membantu anda “[menjadi] cerialah” (ayat 18) dalam masa-masa sedemikian? Pertimbangkan untuk mencari gambar diri anda ketika anda seorang kanak-kanak, dan renungkan bagaimana anda telah berkembang secara rohani sejak itu. Atau fikirkan sesuatu yang susah bagi anda ketika masih muda tetapi ia lebih senang sekarang. Bagaimanakah Bapa Syurgawi masih mahu anda menjadi seperti seorang anak kecil? (lihat Mosia 3:19). Bagaimanakah Dia “menuntunmu”?

Ajaran dan Perjanjian 78:19

ikon seminari
Saya boleh menerima segala hal dengan rasa terima kasih.

Untuk bersedia mengkaji Ajaran dan Perjanjian 78:19, anda boleh membuat satu senarai hal-hal baik yang telah berlaku kepada anda hari ini. Kemudian buat satu senarai perkara yang tidak kelihatan seperti berkat-berkat bagi anda. Renungkan senarai-senarai ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 78:19. Bagaimanakah kehidupan anda berbeza jika anda menerima “segala hal” dengan kesyukuran—termasuk hal yang tidak kelihatan seperti berkat?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kesyukuran kepada Tuhan dapat mempengaruhi kehidupan anda, terokai tulisan suci berikut dan senaraikan kebenaran yang anda temui: Mazmur 107:8–9; Lukas 17:11–19; Filipi 4:6–7; Mosia 2:19–24; Alma 34:38; 37:37; Ajaran dan Perjanjian 46:32; 59:7, 15–21.

Pertimbangkan untuk mengkaji pesanan President Dieter F. Uchtdorf “Grateful in Any Circumstances” (Liahona, Mei 2014, 70–77) berkenaan kesyukuran. Anda juga boleh cari nasihat dalam video “President Russell M. Nelson on the Healing Power of Gratitude” (Gospel Library). Bagaimanakah kesyukuran mempengaruhi hubungan anda dengan Yesus Kristus?

11:38

President Russell M. Nelson on the Healing Power of Gratitude

Kaji dan kongsi. Jika anda ditugaskan untuk mengajar, carilah cara-cara untuk membantu orang menyelidiki tulisan suci atau kata-kata para nabi—secara peribadi atau dalam kumpulan kecil—dan kongsi apa yang mereka pelajari. Contohnya, dalam aktiviti ini anda boleh memberi setiap individu atau kumpulan satu bahagian pesanan Presiden Uchtdorf dan minta mereka kongsi satu frasa atau ayat yang mereka rasa merumuskan apa yang dia ajarkan.

Lihat juga “Hitung Berkatmu,” Nyanyian Rohani, no. 111; Topics and Questions, “Gratitude,” Gospel Library.

Ajaran dan Perjanjian 79–80

Panggilan untuk melayani Tuhan adalah lebih penting daripada di mana saya melayani.

Berkaitan Ajaran dan Perjanjian 80, Elder David A. Bednar mengajarkan, “Mungkin salah satu pengajaran yang Juruselamat ajarkan kita dalam wahyu ini adalah bahawa satu tugas untuk bekerja dalam satu tempat tertentu adalah penting tetapi tidak sepenting panggilan untuk melayani” (“Dipanggil Pada Pekerjaan Tuhan,” Persidangan Umum, Apr 2017). Apakah pengalaman yang membantu anda belajar bahawa kata-kata Elder Bednar adalah benar? Apakah pengajaran tambahan yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 79–80 yang boleh membantu seseorang yang baru menerima panggilan?

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.

Bahagian kanak-kanak ikon 03

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 77:2

Tuhan menciptakan semua makhluk di bumi.

  • Semasa anda dan anak-anak anda membaca Ajaran dan Perjanjian 77:2 bersama, anda boleh melihat gambar haiwan, termasuk serangga dan burung. Anak-anak anda boleh tunjuk pada gambar apabila anda membaca perkataan “binatang,” “hidupan yang merayap,” dan “burung-burung di udara.” Kongsi dengan satu sama lain bagaimana ciptaan Tuhan membantu anda merasakan kasih-Nya.

rama-rama

Tuhan telah menciptakan semua makhluk di bumi.

Ajaran dan Perjanjian 78:4

Saya boleh membantu “memajukan tujuan” Yesus Kristus.

  • Untuk membantu anak-anak anda fikirkan peranan mereka dalam pekerjaan Tuhan, baca bersama Ajaran dan Perjanjian 78:4 untuk mengenalpasti “tujuan” yang kita “sertai” (menerima atau memilih untuk menyokong) apabila kita dibaptiskan. Bantu mereka untuk membaca tulisan suci seperti berikut untuk jawapan: Mosia 18:8–10; Ajaran dan Perjanjian 20:37; Musa 1:39. Anak-anak anda boleh melakonkan peranan bagaimana mereka boleh membantu dalam pekerjaan Tuhan. Contohnya, bagaimanakah untuk “menanggung beban satu sama lain” atau “mengambil ke atas diri [kita] nama Yesus Kristus”? Bagaimanakah ini “memajukan tujuan” Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 78:6

Saya boleh berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.

  • Untuk mengajar apa maksudnya “sama rata dalam hal-hal duniawi” (ayat 6), anda boleh berikan anak-anak anda gambar orang yang dalam keperluan (kelaparan, tercedera, atau kesejukan) dan objek-objek yang boleh membantu (seperti makanan, pembalut, atau selimut). Kemudian anak-anak anda boleh padankan gambar dengan objek itu. Apakah yang kita boleh kongsi untuk membantu orang yang memerlukan?

  • Untuk memperoleh konteks bagi bahagian 78, baca ayat di bawah dua gambar dari “Bab 28: Nabi Joseph Pergi Ke Missouri Lagi” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 108, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Kemudian kanak-kanak boleh berpura-pura membantu seseorang membina rumah, berkongsi makanan, atau melayani dengan cara lain.

    2:39

    Chapter 28: The Prophet Joseph Goes to Missouri Again: March–May 1832

Ajaran dan Perjanjian 78:18

Yesus Kristus akan menuntun saya.

  • Ia mungkin menyeronokkan bagi anak-anak anda untuk bercakap tentang apa maksudnya untuk menjadi seorang pemimpin dan kemudian memimpin suatu aktiviti. Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 78:18, anda boleh membincangkan bila kita memerlukan Yesus untuk memimpin kita.

Ajaran dan Perjanjian 78:19

Saya boleh menerima “segala hal dengan rasa terima kasih.”

  • Baca dengan anak-anak anda Ajaran dan Perjanjian 78:19 untuk mengetahui apa yang Tuhan janjikan kepada mereka yang bersyukur. Bantu anak-anak anda faham maksud “seratus kali ganda,” mungkin dengan menunjukkan satu objek kecil dan kemudian 100 objek yang sama. Mereka boleh melukis gambar hal-hal yang mereka telah terima daripada Tuhan “dengan rasa terima kasih.”

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

haiwan-haiwan di taman

God’s Garden [Taman Tuhan], oleh Sam Lawlor

halaman aktiviti untuk kanak-kanak