Doctrine and Covenants 2025
Suara-suara Pemulihan: Kesaksian tentang “Penglihatan”


“Suara-suara Pemulihan: Kesaksian tentang ‘Penglihatan’,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Kesaksian tentang ‘Penglihatan’,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan: Kesaksian tentang “Penglihatan”

Wilford Woodruff

Portrait of Wilford Woodruff.

Wilford Woodruff menyertai Gereja pada Disember 1833, hampir dua tahun selepas Joseph Smith dan Sidney Rigdon menerima penglihatan yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 76. Dia tinggal di New York pada masa itu dan mempelajari tentang “penglihatan” itu daripada para misionari yang melayani di kawasan tersebut. Beberapa tahun kemudian, dia bercakap mengenai tanggapannya tentang wahyu ini:

“Saya telah diajar sejak kecil bahawa terdapat satu Syurga dan satu Neraka, dan diberitahu bahawa semua yang jahat menerima satu hukuman dan yang soleh menerima satu kemuliaan. …

“… Apabila saya baca penglihatan itu … , ia menerangi minda saya dan memberi saya kebahagiaan yang besar, bagi saya Tuhan yang mengungkapkan asas itu kepada manusia adalah seorang yang bijaksana, adil dan benar, memiliki sifat-sifat yang terbaik dan kecerdasan serta pengetahuan yang baik, saya merasakan Dia adalah konsisten dalam kasih, belas kasihan, keadilan dan penghakiman, dan saya mengasihi Tuhan lebih dari sebelumnya.”

“‘Penglihatan’ itu adalah wahyu yang memberikan lebih banyak cahaya, lebih banyak kebenaran dan lebih banyak asas daripada apa-apa wahyu yang terkandung dalam mana-mana kitab lain yang pernah kita baca. Ia membantu kita memahami keadaan kita sekarang, dari mana kita berasal, mengapa kita berada di sini, dan ke mana kita pergi. Manusia akan tahu peranan dan keadaannya menerusi wahyu itu.”

“Sebelum saya melihat Joseph saya berkata saya tidak peduli berapa umurnya, atau betapa mudanya dia; saya tidak peduli bagaimana paras rupanya—sama ada rambutnya panjang atau pendek; lelaki yang mengemukakan wahyu itu [penglihatan yang direkodkan dalam bahagian 76] adalah seorang nabi Tuhan. Saya tahu bagi diri saya sendiri.”

Phebe Crosby Peck

Apabila Phebe Peck mendengar Joseph dan Sidney mengajar tentang “Penglihatan,” dia tinggal di Missouri dan sedang membesarkan lima orang anak sebagai seorang ibu tunggal. Penglihatan itu sangat mengagumkan dan mengilhami maka dia menulis yang berikut kepada keluarganya yang lain untuk berkongsi apa yang telah dia dipelajari:

“Tuhan mengungkapkan misteri-misteri kerajaan syurga kepada anak-anak-Nya. … Joseph Smith dan Sidney Rigdon melawat kami pada musim bunga lepas, dan kami mempunyai banyak pertemuan gembira ketika mereka berada di sini, dan kami mempunyai banyak misteri yang dibuka untuk pandangan kami, yang menyenangkan hati saya. Kita dapat melihat perendahan diri Tuhan dalam menyediakan rumah-rumah kedamaian untuk anak-anaknya. Dan sesiapa yang tidak menerima kegenapan injil dan tidak berdiri sebagai tentera yang gagah berani bagi Kristus tidak dapat tinggal di hadirat Bapa dan Putera. Tetapi terdapat satu tempat yang disediakan bagi untuk semua yang tidak menerima, tetapi ianya tempat yang lebih rendah kemuliaan berbanding dengan kerajaan Selestial. Saya tidak akan cuba untuk mengatakan apa-apa lebih mengenai hal-hal ini kerana ia kini dicetak dan akan disebar ke seluruh dunia. Dan anda mungkin akan berpeluang untuk membacanya sendiri, dan jika anda berbuat demikian, saya harap anda akan membaca dengan cermat dan hati yang penuh doa, kerana hal-hal ini layak diperhatikan. Dan saya berharap anda akan menyelidiknya, kerana ialah yang membawa kebahagiaan bagi kita di dunia ini dan dunia akan datang.”

Nota

  1. “Remarks,” Deseret News, 27 Mei 1857, 91.

  2. Deseret News, 3 Ogos 1881, 481; lihat juga Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Wilford Woodruff (2004), 120–21.

  3. “Remarks,” Deseret Weekly, 5 Sep 1891, 322.

  4. “Surat Phebe Crosby Peck kepada Anna Jones Pratt,” 10 Ogos 1832, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan.