Doctrine and Covenants 2025
21–27 Julai: “Banyak Diberi Banyak Yang Dituntut”: Ajaran dan Perjanjian 81–83


“21–27 Julai: ‘Banyak Diberi Banyak Yang Dituntut’: Ajaran dan Perjanjian 81–83,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 81–83,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Yesus Kristus berfirman kepada pemuda yang kaya

Butiran dari Christ and the Rich Young Rule [Kristus dan Pemerintah Muda yang Kaya], oleh Heinrich Hofmann

21–27 Julai: “Banyak Diberi Banyak Yang Dituntut”

Ajaran dan Perjanjian 81–83

Pada bulan Mac 1832, Tuhan memanggil Jesse Gause untuk menjadi penasihat kepada Joseph Smith dalam Presidensi Imamat Tinggi (sekarang dipanggil Presidensi Utama). Ajaran dan Perjanjian 81 adalah wahyu kepada Brother Gause tentang panggilan baharunya. Namun, Jesse Gause tidak melayani dengan setia, jadi Frederick G. Williams dipanggil untuk menggantikannya. Nama Brother Williams menggantikan nama Brother Gause dalam wahyu itu.

Ini mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi ia membuktikan kebenaran yang ketara: kebanyakan wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian ditujukan kepada orang tertentu, tetapi kita boleh menggunakannya untuk diri kita (lihat 1 Nefi 19:23). Apabila kita membaca nasihat Tuhan kepada Frederick G. Williams untuk “kuatkanlah lutut-lutut yang lemah,” kita boleh fikirkan tentang orang yang kita dapat kuatkan (Ajaran dan Perjanjian 81:5). Apabila kita membaca jemputan Tuhan kepada ahli Syarikat Bersatu untuk “mengikatkan dirimu dengan perjanjian ini,” kita boleh fikirkan tentang perjanjian-perjanjian kita sendiri. Dan kita boleh membaca janji-Nya, “Aku … terikat apabila kamu melakukan apa yang Aku firmankan,” seolah-olah Dia sedang berfirman kepada kita (Ajaran dan Perjanjian 82:10, 15). Kita boleh lakukan ini kerana, sepertimana yang Tuhan isytiharkan, “Apa yang Aku firmankan kepada seorang Aku firmankan kepada semua” (ayat 5).

Lihat “Newel K. Whitney and the United Firm,” “Jesse Gause: Counselor to the Prophet,” dalam Revelations in Context, 142–47, 155–57.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 81:4-5; 82:18–19

“Engkau akan melakukan kebaikan yang terbesar kepada sesama manusia.”

Dalam beberapa ayat dari Ajaran dan Perjanjian 81–83, Tuhan menjemput kita untuk membantu orang yang memerlukan di sekeliling kita. Pertimbangkan untuk menandakan petikan semasa anda menemuinya. Satu contoh ialah dalam Ajaran dan Perjanjian 81:4–5. Berikut adalah beberapa soalan untuk membantu anda merenungkan ayat tersebut:

  • Apakah beberapa keadaan yang membuat seseorang menjadi “lemah”? Apakah maksud untuk “sokonglah” mereka? Bilakah pelayanan seperti Kristus orang lain telah membantu saya ketika saya berasa lemah?

  • Apakah yang menyebabkan tangan seseorang “terkulai”? Bagaimanakah saya boleh “angkat” tangan-tangan tersebut?

  • Apakah maksud “lutut-lutut yang lemah”? Bagaimanakah mereka dikuatkan?

Bagaimanakah Juruselamat melakukan hal-hal ini untuk anda?

Mengkaji ayat ini mungkin mengingatkan anda tentang seseorang yang anda boleh “sokong,” “angkat,” atau “kuatkan.” Bagaimanakah anda akan melayani orang itu?

Apakah perkara lain yang kita pelajari mengenai melayani orang lain dalam Ajaran dan Perjanjian 82:18–19?

5:1

Teachings of Thomas S. Monson: Rescuing Those in Need

Lihat juga Yakub 2:17–19; Mosia 18:8–9; “Works of God” (video), ChurchofJesusChrist.org.

4:21

Works of God

Yesus Kristus di kolam Betesda

Carl Heinrich Bloch (1834–1890), Christ Healing the Sick at Bethesda [Kristus Menyembuhkan yang Sakit di Betesda], 1883, minyak pada Kanvas, 100 3/4 x 125 1/2 inci. Muzium Seni Brigham Young University, dibeli dengan dana yang disediakan oleh Jack R. and Mary Lois Wheatley, 2001.

Ajaran dan Perjanjian 82:3

Juruselamat telah memberi saya banyak dan memerlukan banyak daripada saya.

Membaca ayat ini mungkin akan mengilhami anda untuk mengkaji semula apa yang Tuhan telah berikan kepada anda—berkat jasmani dan rohani. Ingatlah ini semasa anda membaca seterusnya dalam bahagian 82. Apakah yang anda rasa Tuhan perlukan daripada anda?

Lihat juga: “Ker’na Kudib’ri Banyak,” Nyanyian Rohani, no. 99.

Ajaran dan Perjanjian 82:8–10

ikon seminari
Perintah-perintah adalah bukti kasih Tuhan bagi kita.

Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali pernah tertanya mengapa Tuhan memberikan begitu banyak perintah, Ajaran dan Perjanjian 82:8–10 boleh membantu. Apakah pandangan yang diperoleh dari ayat-ayat ini yang dapat membantu anda menjelaskan kepada seseorang mengapa anda memilih untuk mengikuti perintah Tuhan? Apakah yang boleh anda bandingkan dengan perintah-perintah yang boleh membantu? Anda boleh mencari pandangan tambahan dalam Ajaran dan Perjanjian 1:37–38; 130:20–21 dan video “Blessed and Happy Are Those Who Keep the Commandments of God” (Gospel Library). Apakah pengalaman-pengalaman yang telah mengajar anda untuk melihat perintah-perintah sebagai berkat?

5:41

Blessed and Happy Are Those Who Keep the Commandments of God

Fikirkan tentang beberapa perintah yang Tuhan telah berikan kepada anda. Apakah yang perintah-perintah ini ajarkan anda tentang Dia dan kehendak-Nya? (lihat ayat 8). Bagaimanakah kehidupan anda telah dipengaruhi dengan mematuhi perintah-perintah ini?

Apakah yang anda belajar tentang Tuhan dari ayat 10? Pada pendapat anda, apakah maksud Tuhan “terikat”? (lihat juga ayat 15).

Bagaimanakah Tuhan telah menepati janji-janji-Nya dalam hidup anda? Apakah yang anda mungkin katakan kepada seseorang yang tidak bersemangat mematuhi perintah-perintah kerana mereka belum menerima berkat-berkat yang mereka harapkan? Adakah anda menemui pandangan yang berguna dalam pesanan Elder D. Todd Christofferson “Hubungan Kita Dengan Tuhan”? (Persidangan Umum, April 2022 78–80).

Ajaran dan Perjanjian 82:10

Tuhan memberkati kita melalui cara Dia yang mengagumkan.

Sister Virginia H. Pearce, bekas ahli Presidensi Umum Remaja Puteri, berkongsi kisah seorang wanita yang amat risaukan anak-anaknya yang membuat pilihan tidak soleh. Dengan perasaan cemas, dia telah cuba segala yang dia boleh fikirkan untuk mencari berkat Tuhan bagi pihak mereka. Selain doa yang bersungguh-sungguh, Dia menetapkan matlamat tinggi untuk meningkatkan kehadiran bait suci dan berasa yakin bahawa Tuhan akan memuliakan pengorbanan jelas ini dengan mengubah hati anak-anak dia. Wanita itu melaporkan:

“Setelah sepuluh tahun peningkatan kehadiran bait suci dan doa kerap, saya kesal berkata bahawa pilihan anak-anak saya tidak berubah. …

“Tetapi saya berubah. Saya seorang wanita yang berbeza. … Saya mempunyai hati yang lebih lembut. Saya dipenuhi dengan belas kasihan. Saya boleh melakukan lebih banyak dan saya bebas dari ketakutan, kegelisahan, rasa bersalah, dan kekhuatiran. Saya telah melepaskan had masa diri dan boleh mengikut masa Tuhan. Dan saya sering merasakan kuasa Tuhan. Dia menghantar belas kasihan yang lembut, pesanan kecil yang mengakui kasihnya kepada saya dan anak-anak saya. Harapan saya telah berubah. Sebalik mengharapkan anak-anak saya untuk berubah, saya mengharapkan belas kasihan yang kerap dan saya amat bersyukur baginya. …

“Doa saya juga berubah. Saya lebih banyak menyatakan kasih dan kesyukuran. … Tuhan bekerja dalam cara-cara yang mengagumkan, dan saya dipenuhi kedamaian yang tidak boleh difahami” (dalam “Prayer: A Small and Simple Thing,” At the Pulpit [2017], 288–89).

Ajaran dan Perjanjian 83

“Para balu dan yatim piatu haruslah disara.”

Pada bulan April 1832, atas arahan Tuhan, Joseph Smith mengembara hampir 800 batu untuk melawat para Orang Suci yang berkumpul di Missouri (lihat Ajaran dan Perjanjian 78:9). Semasa di sana, dia mengunjungi sebuah komuniti di mana beberapa orang balu sedang membesarkan anak-anak mereka sendirian. Antaranya ialah Phebe Peck dan Anna Rogers, yang Nabi kenali secara peribadi. Di Missouri pada tahun 1830-an, undang-undang negeri memberi balu hak terhad berkenaan harta arwah suami mereka. Apakah yang anda pelajari dari bahagian 83 tentang bagaimana perasan Tuhan terhadap para balu dan yatim piatu? Adakah anda kenal sesiapa dalam situasi ini yang akan mendapat manfaat dari kasih atau penjagaan anda? Apakah cara-cara anda boleh berkongsi apa yang anda ada dengan balu, yatim piatu, ibu tunggal, dan orang lain yang memerlukannya?

Lihat juga Yesaya 1:17; Yakobus 1:27.

Bahagian kanak-kanak ikon 01

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 81:3

Saya boleh berdoa kepada Tuhan “dengan bersuara dan dalam hati [saya].”

  • Ketika anda membaca Ajaran dan Perjanjian 81:3 bersama anak-anak anda, bantu mereka fikiran tempat-tempat “awam” dan “peribadi” di mana mereka boleh berdoa. Anda juga boleh mendengar atau menyanyikan satu lagu rohani tentang doa, seperti “Doa Peribadi” (Nyanyian Rohani, no. 50). Kongsi dengan satu sama lain sesuatu dari lagu rohani yang mengajarkan kebenaran penting tentang doa. Anda juga boleh bincangkan tentang bercakap secara takzim kepada Bapa Syurgawi.

  • Untuk menggalakkan anak-anak anda berdoa dalam hati mereka, anda boleh memberi mereka hati kertas dan menjemput mereka untuk melukis atau menulis sesuatu yang mereka ingin doakan kepada Bapa Syurgawi. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi tahu fikiran dan perasaan kita dan Dia boleh mendengar doa-doa kita walaupun kita tidak menyebutnya dengan lantang. Anda boleh berkongsi dengan mereka pengalaman ketika anda berdoa dalam hati dan Bapa Syurgawi mendengar anda.

Ajaran dan Perjanjian 81:5

Tuhan inginkan saya membantu mereka yang memerlukannya.

  • Bersama anak-anak anda, lukiskan gambar tangan dan lutut, dan minta anak-anak anda untuk carikan bahagian tubuh ini dalam Ajaran dan Perjanjian 81:5. Apakah yang Tuhan minta kita lakukan dalam ayat ini? Anda boleh saling berkongsi cara-cara orang telah memperkuatkan anda ketika anda berasa “lemah.” Video “Pass It On” (ChurchofJesusChrist.org) boleh memberi anak-anak anda idea tentang bagaimana mereka boleh melayani orang lain. Anda juga boleh nyanyikan bersama sebuah lagu tentang pelayanan, seperti “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” ( Nyanyian Rohani, no. 101). Bantu anak-anak anda membuat rancangan untuk membantu sekurang-kurangnya satu orang yang memerlukan minggu ini.

    2:18

    Pass It On

  • Anda juga boleh menggunakan gambar atau video untuk menceritakan kisah-kisah tentang pelayanan Yesus Kristus (lihat gambar dalam panduan ini; Buku Seni Injil, no. 41, 42, 46, 47, 55; atau salah satu Video Alkitab di Gospel Library). Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh Juruselamat untuk membantu orang lain?

    Christ raising the daughter of Jairus
Yesus Kristus bersama wanita yang Dia sembuhkan

Kita boleh menjangkau orang yang memerlukan sepertimana Juruselamat telah lakukan.

Bantu anak-anak anda menerima ilham mereka sendiri. Mengajar bermaksud lebih daripada sekadar berkongsi kebenaran—ia bermaksud membantu orang lain menjadi pelajar yang berdikari. Sebalik daripada hanya memberitahu anak-anak anda bagaimana mereka boleh melayani orang lain, contohnya, galakkan mereka untuk mencari bimbingan Tuhan bagi mengetahui siapa yang mereka boleh bantu.

Ajaran dan Perjanjian 82:10

Bapa Syurgawi menjanjikan berkat-berkat semasa saya berusaha untuk mematuhi-Nya.

  • Anda dan anak-anak boleh mencari jawapan dalam Ajaran dan Perjanjian 82:8–10 untuk soalan “Mengapa Bapa Syurgawi memberi kita perintah-perintah?” Anda boleh membantu anak-anak anda memikirkan contoh perintah-perintah-Nya (lihat, contohnya, Keluaran 20:4–17; Matius 22:37–39; Ajaran dan Perjanjian 89:5–17). Anda dan anak-anak anda boleh mencari atau melukis gambar untuk mewakili beberapa daripadanya. Bagaimanakah perintah-perintah Bapa Syurgawi menunjukkan kasih-Nya kepada kita?

  • Permainan mudah boleh membantu anak-anak anda melihat perintah-perintah Tuhan sebagai berkat, bukan beban. Seorang boleh memberi arahan untuk membantu orang lain, yang ditutupi mata, untuk melakukan sesuatu seperti membuat sandwic atau melukis gambar. Fikirkan sesuatu yang menyeronokkan dan kreatif! Kemudian bincangkan bagaimana perintah-perintah Tuhan adalah seperti arahan dalam permainan ini.

Yesus Kristus dengan lelaki yang disembuhkan

Ilustrasi tentang Yesus menyembuhkan seorang lelaki, oleh Dan Burr

halaman aktiviti untuk kanak-kanak