“7–13 Julai: ‘Maka Besarlah Ganjaran Mereka Dan Abadilah Kemuliaan Mereka’: Ajaran dan Perjanjian 76,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 76,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Refuge [Perlindungan], oleh Shaelynn Abel
7–13 Julai: “Maka Besarlah Ganjaran Mereka Dan Abadilah Kemuliaan Mereka”
Ajaran dan Perjanjian 76
“Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas saya meninggal?” Hampir semua orang akan bertanya soalan ini. Selama berabad, banyak tradisi Kristian, yang bergantung kepada ajaran-ajaran Alkitab, telah mengajar tentang syurga dan neraka, firdaus bagi orang yang soleh dan seksaan bagi orang jahat. Tetapi bolehkah seluruh umat manusia benar-benar dibahagikan dengan begitu tegas? Pada Februari 1832, Joseph Smith dan Sidney Rigdon tertanya-tanya jika masih banyak lagi yang boleh diketahui tentang tajuk itu (lihat Ajaran dan Perjanjian 76, pengenalan bahagian).
Semestinya ada. Semasa Joseph dan Sidney merenungkan hal-hal ini, Tuhan “menyentuh mata pemahaman [mereka] dan ianya dibukakan,” (ayat 19). Mereka menerima satu wahyu yang begitu menakjubkan, begitu meluas, begitu menyinari, sehingga para Orang Suci memanggilnya “Penglihatan.” Ia membuka tingkap syurga dan memberikan pemahaman luas kepada anak-anak Tuhan tentang keabadian. Penglihatan itu mengungkapkan bahawa syurga lebih besar dan lebih luas dan lebih merangkumi semua berbanding dengan pemahaman kebanyakan orang sebelum ini. Tuhan lebih berbelas kasihan dan adil daripada yang kita ketahui. Anak-anak Tuhan mempunyai takdir abadi yang lebih agung dari apa yang kita dapat bayangkan.
Lihat Saints, 1:147–50; “The Vision,” dalam Revelations in Context, 148–54.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Keselamatan datang melalui Yesus Kristus, Putera Tuhan.
Bahagian 76 mengungkapkan kebenaran penting tentang takdir abadi kita, tetapi tidak lengkap untuk mengatakan bahawa wahyu ini adalah tentang tiga kerajaan kemuliaan atau bahkan hanya tentang rancangan penyelamatan. Lebih tepat lagi, bahagian 76 adalah tentang Yesus Kristus, yang memungkinkan rancangan Tuhan untuk keselamatan kita dan kemuliaan abadi. Semasa anda membaca, cari perkataan atau frasa yang menggambarkan hubungan antara Yesus Kristus dan orang-orang yang mewarisi kerajaan kemuliaan yang berbeza. Mungkin satu jadual seperti berikut boleh membantu anda mencatat apa yang anda temui.
|
Kerajaan kemuliaan |
Perhubungan dengan Yesus Kristus |
Berkat-berkat abadi |
|---|---|---|
Kerajaan kemuliaan Selestial (ayat 50–70, 92–96) | Perhubungan dengan Yesus Kristus
| Berkat-berkat abadi
|
Kerajaan kemuliaan Terestrial (ayat 71–79, 97) | Perhubungan dengan Yesus Kristus | Berkat-berkat abadi |
Kerajaan kemuliaan Telestial (ayat 81–90, 98–106, 109–12) | Perhubungan dengan Yesus Kristus | Berkat-berkat abadi |
Apakah yang anda terilham untuk lakukan bagi menguatkan hubungan anda dengan Juruselamat?
Ketika Wilford Woodruff membaca penglihatan ini, dia berkata, “Saya merasakan kasih Tuhan lebih daripada yang sebelum ini dalam kehidupan saya” (lihat “Suara Pemulihan: Kesaksian tentang “Penglihatan”). Apakah yang anda pelajari tentang Yesus Kristus dari ayat 1–5, 20–24, 39–43, 107–8 yang membuatkan anda lebih mengasihi Dia?
Lihat juga 1 Petrus 3:18–19; 4:6; Dallin H. Oaks, “Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?,” Persidangan Umum, April 2021; “’Ku Berdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82.
Tumpu kepada Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, dan ajaran Mereka. Dari segala yang kita boleh pelajari dalam tulisan suci, kebenaran yang paling penting membantu kita membina iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, bertaubat, membuat dan mentaati perjanjian dengan Mereka, dan menerima Roh Kudus. Walaupun ia mungkin menarik untuk membandingkan atau menganalisis sikap atau tingkah laku orang yang akan menerima kerajaan kemuliaan yang berbeza, ia adalah lebih penting untuk tumpukan pada Bapa Syurgawi dan Juruselamat. Segala yang Mereka lakukan untuk menyediakan kita untuk kemuliaan itu akan memalingkan kita kepada Mereka.
Dalam bilik ini, Joseph Smith melihat penglihatan yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 76.
Ajaran dan Perjanjian 76:5-10, 114–18
Saya dapat memahami kehendak Tuhan “melalui kuasa Roh Kudus.”
Tidak semua ahli Gereja menerima wahyu dalam bahagian 76, kerana ia mengajarkan bahawa hampir semua orang akan diselamatkan dan menerima tingkat kemuliaan tertentu. Contohnya, Brigham Young telah berkata: “Oleh kerana tradisi saya, apabila Penglihatan pertama kalinya diperkenalkan kepada saya, ia bercanggah dan menentang pendidikan saya sebelum ini. Saya berkata, Tunggu sekejap. Saya tidak menolaknya; namun saya tidak memahaminya.” Dia menjelaskan bahawa dia perlu “fikirkan dan berdoa, untuk membaca dan berfikir, sehinggalah saya tahu dan memahami sepenuhnya bagi diri saya sendiri” (dalam “The Vision,” Revelations in Context, 150). Apakah yang anda pelajari dari pengalaman dia yang boleh membantu anda apabila Tuhan mengungkapkan perkara yang berbeza daripada pemahaman semasa kita? Apakah yang anda pelajari tentang Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 76:5–10, 114–18? Apakah ayat-ayat itu ajarkan tentang bagaimana anda boleh faham “kehendak [Tuhan] yang baik”? (ayat 7).
Ajaran dan Perjanjian 76:39–44, 50–70
Kemuliaan adalah bentuk keselamatan tertinggi.
Ajaran dan Perjanjian 76:39–44 menggambarkan penyelamatan secara umumnya. Ayat 50–70 menggambarkan permuliaan, satu jenis penyelamatan. Bagaimanakah anda akan menjelaskan perbezaan antara keselamatan dan permuliaan? Apakah peranan Juruselamat dalam kedua-duanya? Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang mengilhami anda untuk mendapatkan pemuliaan?
Lihat juga Yohanes 3:16–17; Ajaran dan Perjanjian 132:20–25.
Ajaran dan Perjanjian 76:50–70, 92–95
Bapa Syurgawi mahu saya menerima kehidupan abadi dalam kerajaan selestial.
Pernahkah anda tertanya-tanya—atau risau—sama ada anda boleh menjadi jenis orang yang akan menerima kemuliaan selestial, seperti yang digambarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 76:50–70, 92–95? Walaupun ia penting untuk mengetahui apa yang Tuhan harapkan daripada kita, pertimbangkan juga untuk mencari dalam ayat-ayat ini apakah yang Tuhan telah lakukan untuk kita—dan sedang lakukan—untuk membantu kita menjadi seperti Dia. Mengapakah anda merasakan usaha anda penting bagi Dia?
Bagaimanakah penglihatan tentang kemuliaan selestial ini mempengaruhi cara anda menjalani kehidupan harian anda?
Lihat juga Musa 1:39; J. Devn Cornish, “Adakah Saya Cukup Baik? Akankah Saya Sampai?,” Persidangan Umum, Okt. 2016.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Kita semua ialah anak Tuhan.
-
Untuk membantu anak-anak anda memahami potensi ilahi mereka, anda boleh tunjukkan mereka gambar kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Kemudian anda boleh baca Ajaran dan Perjanjian 76:24 dan saling kongsi mengapa anda gembira mengetahui bahawa kita adalah “para putera dan puteri Tuhan.”
-
Anda boleh menyanyi bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2) dan jemput anak-anak anda untuk tunjuk diri mereka ketika menyebut “Aku.” Kemudian nyanyikan lagu itu semula, menggantikan “Aku” dengan “Kamu” sambil menunjuk kepada orang lain.
Ajaran dan Perjanjian 76:5, 41–42, 69
Yesus Kristus adalah Juruselamat saya.
-
Pertimbangkan untuk lakon peranan satu senario bersama anak-anak anda di mana seorang bertanya, “Apakah yang Yesus Kristus telah lakukan untuk saya?” Anda dan anak-anak anda boleh mencari jawapan dalam ayat 5, 41–42, atau 69 dalam bahagian 76. Anda juga boleh nyanyikan “Dia Mengutus Putera-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 34–35. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kesyukuran kita untuk apa yang Juruselamat telah lakukan bagi kita?
Butiran dari Suffer the Children [Biarlah Kanak-kanak Itu], oleh J. Kirk Richards
Bapa Syurgawi mahu saya kembali untuk hidup bersama-Nya selamanya.
-
Anda dan anak-anak anda boleh membaca atau menonton sebahagian atau seluruh “Bab 26: Tiga Kerajaan Syurga” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 97–103, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library) dan saling kongsi apa yang anda suka berkenaan penglihatan Jospeh Smith. Biarkan anak-anak anda berkongsi fikiran dan perasaan mereka tentang bagaimanakah rasanya untuk hidup bersama Bapa Syurgawi di kerajaan selestial.
3:1Joseph dan Sidney Belajar tentang Syurga: Penglihatan tentang berkat Tuhan untuk anak-anak-Nya
-
Anda juga boleh baca Ajaran dan Perjanjian 76:62 dan jemput anak-anak anda untuk lukis gambar diri mereka bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus di kerajaan selestial (lihat halaman aktivitiminggu ini).
Ajaran dan Perjanjian 76:12; 15–19; 114–16
Mengkaji tulisan suci boleh membantu saya “memahami hal-hal daripada Tuhan.”
-
Anda boleh jemput anak-anak anda untuk baca ayat 15–19 untuk ketahui apa yang Joseph Smith dan Sidney Rigdon lakukan apabila mereka melihat penglihatan dalam Ajaran dan Perjanjian 76. Beritahu anak-anak anda tentang masa ketika anda menerima ilham semasa membaca tulisan suci, dan tanyakan anak-anak anda jika mereka mempunyai pengalaman yang serupa.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.