Doctrine and Covenants 2025
23–29 Jun: “Berharga … Kekayaan Seluruh Bumi”: Ajaran dan Perjanjian 67–70


“23–29 Jun: ‘Berharga … Kekayaan Seluruh Bumi’: Ajaran dan Perjanjian 67–70,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 67–70,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

manuskrip Kitab Perintah

23–29 Jun: “Berharga … Kekayaan Seluruh Bumi”

Ajaran dan Perjanjian 67–70

Dari tahun 1828 hingga 1831, Nabi Joseph Smith menerima banyak wahyu daripada Tuhan, termasuk nasihat ilahi untuk individu, arahan mengenai pentadbiran Gereja, penglihatan-penglihatan tentang zaman akhir, dan kebenaran abadi yang diilhami. Tetapi ramai Orang Suci belum membacanya. Wahyu-wahyu itu belum diterbitkan, dan beberapa salinan yang tersedia ditulis dengan tulisan tangan pada kertas yang diedarkan di kalangan ahli dan dibawa oleh para misionari.

Kemudian, pada bulan November 1831, Joseph memanggil majlis pemimpin Gereja untuk membincangkan penerbitan wahyu-wahyu itu. Setelah mencari kehendak Tuhan, para pemimpin ini merancang untuk menerbitkan Kitab Perintah—pelopor untuk Ajaran dan Perjanjian hari ini. Segera, semua orang akan dapat membaca sendiri firman Tuhan yang diungkapkan melalui seorang nabi yang hidup, bukti jelas bahawa “kunci misteri-misteri kerajaan Juruselamat kita telah dipercayakan kembali kepada manusia.” Kerana ini dan banyak lagi sebab lain, para Orang Suci dahulu dan sekarang menganggap wahyu ini “lebih berharga dari kekayaan seluruh bumi” (Ajaran dan Perjanjian 70, pengenalan bahagian).

Lihat Saints, 1:140–43.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 67:1–9; 68:3–6

Hamba-hamba Tuhan mengucapkan kehendak-Nya apabila digerakkan oleh Roh Kudus.

Keputusan untuk menerbitkan wahyu-wahyu yang Joseph Smith terima kelihatan mudah, tetapi beberapa pemimpin awal Gereja tidak yakin ia adalah idea yang baik. Satu kebimbangan adalah berkaitan dengan ketidaksempurnaan dalam cara Joseph Smith menulis wahyu-wahyu itu. Wahyu dalam bahagian 67 menjawab kebimbangan itu. Apakah yang anda pelajari tentang nabi Tuhan dan wahyu dari ayat 1–9? Apakah pandangan tambahan yang anda peroleh dari 68:3–6?

Bagaimanakah anda sendiri dapat tahu bahawa wahyu-wahyu yang Tuhan berikan kepada hamba-hamba-Nya adalah benar? Anda juga boleh renungkan pengalaman ketika anda merasakan Tuhan sedang berbicara kepada anda melalui salah seorang hamba-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 68:4). Bilakah anda berasa “diilhami oleh Roh Kudus” (ayat 3) untuk berkata sesuatu? Bagaimanakah Tuhan “berdiri di sisi [anda]”? (ayat 6).

Sebelum Kitab Perintah diterbitkan, beberapa pemimpin Gereja menandatangani kesaksian bertulis bahawa wahyu-wahyu yang terkandung adalah benar.

Ajaran dan Perjanjian 67:10–14

“Teruskanlah bersabar.”

Bagaimanakah iri hati, perasaan takut, dan keangkuhan menjauhkan kita daripada Tuhan? Bagaimanakah kita mengatasi “manusia alamiah” atau “fikiran badaniah” supaya kita boleh “melihat [Dia] dan mengetahui bahawa [Dia ada]”? (ayat 12; lihat juga Mosia 3:19). Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang mengilhami anda untuk “teruskanlah bersabar sehingga kamu disempurnakan”? (ayat 13).

Ajaran dan Perjanjian 68:25–31

ikon seminari
Saya boleh membantu memusatkan rumah saya kepada Yesus Kristus.

Firman Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 68:25–31 merujuk secara khusus kepada ibu bapa, tetapi sama ada anda seorang ibu bapa atau tidak, anda boleh menggunakan nasihat-Nya untuk melakukan bahagian anda bagi memusatkan rumah anda pada ajaran Yesus Kristus. Tersenarai di bawah adalah beberapa asas-asas yang Tuhan firmankan harus diajar di rumah. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menjadikan setiap ini sebahagian daripada landasan rumah yang berpusat pada Kristus—rumah yang anda tinggal sekarang atau rumah masa depan anda. Sumber dan soalan yang disediakan boleh membantu.

  • Pertaubatan: Kaji Alma 36:17–20, dan perhatikan bagaimana Alma diberkati pada masa yang kritikal kerana ayahnya telah mengajar tentang misi penebusan Juruselamat. Bagaimanakah anda dapat membantu mengilhami keluarga anda untuk berpaling kepada Yesus Kristus dan bertaubat? (lihat juga 2 Nefi 25:26).

  • Iman dalam Kristus: Baca lima cadangan Presiden Russell M. Nelson bagi mengembangkan iman dalam “Kristus Sudah Bangkit; Iman Kepada-Nya Akan Mengalihkan Bukit” (Persidangan Umum, Apr 2021). Renungkan bagaimana cadangan-cadangan ini boleh mencipta satu budaya iman dalam keluarga anda.

  • Pembaptisan: Kaji semula perjanjian pembaptisan seperti yang digambarkan dalam Mosia 18:8–10, 13. Bagaimanakah usaha anda untuk mematuhi perjanjian ini menguatkan keluarga anda?

  • Kurnia Roh Kudus: Kaji jemputan pada halaman 17–19 dari Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan. Apakah yang anda terilham untuk lakukan bagi menjemput pengaruh Roh Kudus ke dalam rumah anda?

  • Doa: Apakah yang anda belajar tentang kuasa doa di rumah dalam “Kasih Yang Diucapkan”? (Buku Nyanyian Anak-Anak, 102). Apakah berkat-berkat yang Juruselamat janjikan dalam 3 Nefi 18:15–21?

  • Asas-asas lain yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 68:25–31?

Apakah nasihat yang anda akan berikan kepada seseorang yang ahli keluarganya tidak menyokong usaha mereka untuk membina iman kepada Kristus?

Lihat juga “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia,” Gospel Library; Topics and Questions, “Parenting,” Gospel Library; Dieter F. Uchtdorf, “Yesus Kristus Ialah Kekuatan Ibu Bapa,” Persidangan Umum, Apr 2023.

keluarga belajar bersama

Ajaran dan Perjanjian 69:1

Kawan-kawan yang “benar dan setia” membantu saya mengikut Yesus Kristus.

Mengapakah ia “bijak bagi [Tuhan]” untuk mencari seorang yang “benar dan setia” untuk menemani Oliver Cowdery bagi tugasan yang dijelaskan dalam ayat ini? Bagaimanakah asas ini berkaitan dengan anda anda?

Bantu para pelajar mengangkat satu sama lain. Setiap individu dalam kelas atau keluarga anda adalah satu sumber kesaksian, pandangan, dan pengalaman yang kaya dengan amalan injil. Jemput mereka untuk berkongsi dan mengangkat satu sama lain.

Ajaran dan Perjanjian 70:1–4

Saya bertanggungjawab terhadap wahyu-wahyu yang Tuhan telah berikan.

Tuhan memberikan tanggungjawab kepada penatua-penatua tertentu untuk mengawasi penerbitan wahyu tersebut. Walaupun kita tidak mempunyai tanggungjawab khusus itu, apakah pengawasan atau tanggungjawab anda sebagai petugas pengawasan “ke atas wahyu dan perintah-perintah”? (ayat 3).

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.

Bahagian kanak-kanak ikon 01

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 67

Ajaran dan Perjanjian mengajar saya tentang Yesus Kristus.

  • Beritahu anak-anak anda bagaimana wahyu Joseph Smith dicetak dan dijadikan satu buku (lihat “Bab 23: Ajaran dan Perjanjian,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 90–92, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Bantu mereka ingat beberapa perkara yang anda telah pelajari tentang Yesus Kristus dari Ajaran dan Perjanjian setakat ini. Anda juga boleh berkongsi dengan satu sama lain beberapa ayat kegemaran anda dari Ajaran dan Perjanjian.

    4:28

    Mary dan Caroline Rollins: Kasih yang kuat terhadap kitab suci

  • Anda juga boleh menunjukkan kepada anak-anak anda Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga dan bercakap tentang bagaimana kitab ini berbeza dan bagaimana ia serupa (lihat huraian kitab-kitab ini dalam Panduan Tulisan Suci). Bagaimanakah kita tahu bahawa tulisan suci adalah benar? Apakah yang kita belajar dari Ajaran dan Perjanjian 67:49 tentang wahyu-wahyu yang Tuhan berikan kepada Joseph Smith?

Kanak-kanak sedang membaca tulisan suci

Ajaran dan Perjanjian 68:25–31

Saya boleh dibaptiskan apabila saya berusia lapan tahun.

  • Dalam Ajaran dan Perjanjian 68:27, Tuhan mengungkapkan had umur seseorang yang harus dibaptiskan. Bantu anak-anak anda mengetahui apa yang Dia firmankan. Mengapakah Yesus mahu kita dibaptiskan? Lagu seperti “Pembaptisan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 54) boleh membantu. Gunakan gambar atau ayat 25–31 (atau kedua-duanya), untuk bantu anak-anak anda menemui perkara yang Tuhan mahu kanak-kanak belajar.

  • Baca bersama anak-anak anda tentang tugasan yang Tuhan berikan kepada Oliver Cowdery dalam pengenalan bahagian bagi Ajaran dan Perjanjian 69. Apakah nasihat yang Tuhan berikan dalam ayat 1? Mengapakah ia penting untuk bersama orang “yang merupakan seorang yang benar dan setia”? Anak-anak anda boleh bercakap tentang seseorang yang mereka kenali sebagai “benar dan setia.” Nyanyikan bersama satu lagu yang menggalakkan anak-anak menjadi benar dan setia seperti Juruselamat, contohnya “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40). Bagaimanakah kita dapat memastikan kita benar dan setia kepada Tuhan? Bagaimanakah Dia menggunakan kita untuk memberkati orang lain apabila kita benar dan setia?

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Mesin cetak

Kitab Perintah, pelopor kepada Ajaran dan Perjanjian, dicetak pada mesin cetak seperti ini.

halaman aktiviti untuk kanak-kanak