Doctrine and Covenants 2025
2–8 Jun: “Bersemangat Terlibat Dalam Perkara Yang Baik”: Ajaran dan Perjanjian 58–59


“2–8 Jun: ‘Bersemangat Terlibat Dalam Perkara Yang Baik”’: Ajaran dan Perjanjian 58–59,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 58–59,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Independence, Missouri, pada tahun 1830-an

Independence, Missouri, 1831, oleh Al Rounds

2–8 Jun: “Bersemangat Terlibat Dalam Perkara Yang Baik”

Ajaran dan Perjanjian 58–59

Ketika para penatua Gereja melihat lokasi kota Sion buat kali pertama—Independence, Missouri—ianya bukanlah seperti apa yang mereka harapkan. Ada yang menyangka mereka akan menemui komuniti yang berkembang maju dan rajin dengan sekumpulan Orang Suci yang kuat. Sebaliknya mereka menemui sebuah tempat yang berpenduduk sedikit, cara hidup serba kurang dan didiami oleh peneroka sempadan yang kasar dan bukannya Orang Suci. Ternyata Tuhan bukan sahaja meminta mereka untuk datang ke Sion—Dia inginkan mereka membina Sion.

Apabila harapan kita tidak sepadan dengan realiti, kita boleh ingat firman Tuhan kepada para Orang Suci pada tahun 1831: “Kamu tidak boleh melihat dengan mata alamimu, pada masa kini, rancangan Tuhanmu … dan kemuliaan yang akan menyusul selepas banyak kesengsaraan” (Ajaran dan Perjanjian 58:3). Ya, hidup ini penuh dengan kesengsaraan, bahkan kejahatan, tetapi kita masih boleh “mendatangkan banyak kebenaran, kerana kuasa ada pada [kita]” (ayat 27–28).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 58:1–5; 59:23

“Kerana selepas banyak kesengsaraan datanglah berkat.”

Orang Suci berharap bahawa dalam hayat mereka, Daerah Jackson akan berkembang menjadi Sion, satu tempat di mana semua Orang Suci boleh berkumpul. Namun, masa mereka di Daerah Jackson dipenuhi dengan kesengsaraan. Dalam beberapa tahun, mereka diusir dan “menunggu untuk suatu tempoh masa yang singkat untuk penebusan Sion” (Ajaran dan Perjanjian 105:9).

Apakah yang anda pelajari tentang kesengsaraan atau cabaran dari firman Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 58:1–5? Mengapakah sesetengah berkat-berkat hanya datang selepas kesengsaraan? Apakah berkat-berkat yang anda terima selepas kesengsaraan?

Apakah yang kita pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 59:23 yang memberi anda harapan?

Ajaran dan Perjanjian 58:26–29

Saya boleh “mendatangkan banyak kebenaran” atas “keinginan bebas [saya] sendiri.”

Sebagai sebahagian daripada kajian ayat-ayat ini, anda boleh senaraikan beberapa perkara yang anda “bersemangat [untuk] terlibat”. Adakah semuanya “perkara yang baik”? Renungkan apa yang anda boleh lakukan untuk “mendatangkan banyak kebenaran”—dan tetapkan matlamat untuk melakukannya.

Mengapakah Tuhan mahu anda melakukan “banyak hal dari keinginan bebas [anda] sendiri”? Apakah hasilnya jika anda “dipaksa dalam segala hal”? Bagaimanakah 2 Nefi 2:27 meningkatkan pemahaman anda tentang asas ini?

Lihat juga Dale G. Renlund, “Tentulah Sekarang,” Persidangan Umum, Okt. 2018.

Ajaran dan Perjanjian 58:42–43

ikon seminari
Tuhan mengampuni saya semasa saya bertaubat.

Janji Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 58:42 untuk mengampuni mereka yang bertaubat itu sungguh mengilhamkan, namun ia juga membangkitkan beberapa soalan: Apakah maksudnya untuk bertaubat? Bagaimanakah saya tahu jika saya telah bertaubat? Mujurlah, Tuhan meneruskan, “Dengan ini kamu boleh mengetahui…” (ayat 43).

Berikut adalah beberapa soalan tambahan yang orang tanya tentang pertaubatan. Apakah yang Roh ajarkan anda semasa anda mengkaji sumber-sumber cadangan berikut?

Bagaimanakah mengakui dosa-dosa membantu saya bertaubat? Lihat Mazmur 32:1–5; Amsal 28:13; Mosia 27:34–37; Alma 39:12–13.

Saya cuba meninggalkan dosa-dosa saya, tetapi saya terus melakukan kesilapan. Adakah pertaubatan saya masih sah? Lihat Bradley R. Wilcox, “Kelayakan Bukanlah Tanpa Cela,” Persidangan Umum, Okt. 2021; “Daily Restoration” (video), Gospel Library.

5:27

Daily Restoration

Bagaimanakah saya boleh tahu bahawa Juruselamat telah mengampuni saya? Lihat Tad R. Callister, “Korban Tebusan Yesus Kristus,” Persidangan Umum, Apr 2019, terutamanya bahagian yang bertajuk “2. Dosa.”

Anda boleh memperoleh lebih pemahaman dalam “Soalan dan Jawapan” tentang pertaubatan dari Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan (muka surat 8–9).

Lihat juga Topics and Questions, “Repentance,” Gospel Library.

Ajaran dan Perjanjian 59

Siapakah Polly Knight?

Polly Knight dan suaminya, Joseph Knight Sr., adalah beberapa penganut pertama dalam panggilan kenabian Joseph Smith. Polly dan Joseph memberi sokongan penting kepada Nabi dalam kerja menterjemahkan Kitab Mormon. Keluarga Knight meninggalkan Colesville, New York, untuk berkumpul bersama para Orang Suci di Ohio dan kemudian diperintahkan untuk berpindah ke Jackson County, Missouri. Dalam perjalanan, kesihatan Polly menurun, tetapi dia bertekad untuk melihat Sion sebelum dia meninggal dunia. Dia hanya berada di Missouri beberapa hari sebelum dia meninggal dunia (lihat Saints, 1:127–28, 132–33). Ajaran dan Perjanjian 59 telah diterima pada hari dia meninggal dunia, dan ayat 1 dan 2 mungkin diajukan khas kepadanya.

Ajaran dan Perjanjian 59:4–19

Perintah-perintah adalah berkat.

Apakah maksud “dimahkotai … dengan perintah-perintah”? (ayat 4). Pertimbangkan bagaimana Tuhan memberkati anda semasa anda berusaha untuk mematuhi setiap perintah dalam ayat 5–19.

Kongsi apa yang anda pelajari. Dalam banyak situasi, pemahaman rohani yang anda terima semasa anda mengkaji tulisan suci dapat menguatkan iman keluarga, kawan-kawan, dan ahli-ahli bahagian anda. Kongsi dengan mereka pengalaman, perasaan, dan kesaksian anda tentang Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 59:9–19

Hari Sabat ialah hari Tuhan.

Setelah berjanji untuk memberkati para Orang Suci Sion “dengan perintah-perintah yang bukannya sedikit,”, Tuhan memberi penekanan khusus terhadap satu perintah: perintah untuk menguduskan “hari kudus-Nya” (Ajaran dan Perjanjian 59:4, 9). Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 59:9–19, renungkan mengapa menguduskan hari Sabat sangat penting bagi para Orang Suci ini semasa mereka berusaha untuk membina Sion. Mengapakah ia penting bagi anda?

Anda juga boleh renungkan sama ada anda menggunakan hari Sabat sepertimana Tuhan mahukan? Bagaimanakah menguduskan hari Sabat membantu anda kekal “tidak ternoda dari dunia ini”? (ayat 9). Apakah yang anda boleh lakukan untuk mempersembahkan “kewarakkan [anda] kepada Yang Maha Tinggi”? (ayat 10).

Sakramen

Anda mungkin perhatikan bahawa Tuhan menggunakan perkataan seperti “bersukacita,” “riang,” dan “gembira” untuk mengajar tentang hari Sabat. Apakah yang membuatkan hari Sabat anda bahagia? Bagaimanakah anda akan menjelaskan kepada seseorang mengapa anda memilih untuk menghormati hari Tuhan?

Apakah yang anda belajar dari lagu rohani “Nyanyikan Lagu Suci” (Nyanyian Rohani, no. 60) tentang tujuan dan berkat hari Sabat?

Lihat juga Kejadian 2:2–3; Yesaya 58:13–14; Russell M. Nelson, “Hari Sabat Adalah Satu Kebahagiaan,” Liahona, Mei 2015, 129. 2015, 129–32.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.

bahagian kanak-kanak ikon 02

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 58:26–28

Bapa Syurgawi telah memberi saya kuasa untuk memilih.

  • Membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 58:26–28 boleh memberi anda dan anak-anak anda peluang untuk berbincang tentang kuasa yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada kita untuk memilih melakukan yang baik. Anda boleh memberitahu satu sama lain tentang pelbagai pilihan yang anda telah buat dan apakah hasilnya. Mungkin anak-anak anda boleh melukis pengalaman mereka.

  • Anda boleh tuliskan pilihan pada satu belah kertas dan akibat di belakang dan gunakan kertas ini untuk menggambarkan bahawa pilihan kita dan akibatnya tidak dapat dipisahkan. Anak-anak anda boleh senaraikan beberapa pilihan dan bercakap tentang akibat yang datang daripadanya. Kemudian anda boleh baca bersama Ajaran dan Perjanjian 58:27–28 dan bincangkan tentang pilihan-pilihan yang “mendatangkan banyak kebenaran” atau akibat yang baik. Bagaimanakah Bapa Syurgawi “memberi ganjaran” atau memberkati kita apabila kita berusaha untuk melakukan kebaikan? (ayat 28).

Ajaran dan Perjanjian 59:7, 18–21

“Berterima kasih kepada Tuhan Rajamu dalam segala sesuatu.”

  • Pertimbangkan membaca ayat-ayat tersebut sambil anda dan anak-anak anda berjalan atau melihat gambar-gambar alam semula jadi, perhatikan hal-hal yang “menyenangkan mata mahupun … menggembirakan hati” (ayat 18). Anda juga boleh perhatikan perkara yang serupa dalam lagu seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Atau anda boleh menjemput anak-anak anda untuk melukis perkara yang mereka syukuri dan memberitahu anda tentang gambar mereka. Bagaimana kita boleh menunjukkan kesyukuran kita untuk semua ini?

Burung kolibri dan bunga

Tuhan menciptakan banyak perkara yang indah untuk kebahagiaan kita.

Ajaran dan Perjanjian 59:9–12

Hari sabat ialah hari Tuhan.

  • Apakah yang kita boleh lakukan pada hari Ahad untuk menyembah Tuhan dan mencari kebahagiaan? Bantu anak-anak anda mencari idea dalam Ajaran dan Perjanjian 59:9–12 dan halaman aktiviti minggu ini. Mungkin mereka juga boleh mencari gambar atau objek untuk mewakili perkara yang kita lakukan pada hari Sabat (seperti gambar sakramen dalam panduan ini). Bagaimanakah perkara tersebut membantu kita berasa lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

bersedia untuk mengambil sakramen

Ilustrasi oleh Marti Major

halaman aktiviti untuk kanak-kanak