“16–22 Jun: ‘Tuhan Menuntut Hati Dan Suatu Fikiran Yang Rela’: Ajaran dan Perjanjian 64–66,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 64–66,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Daviess County, Missouri
16–22 Jun: “Tuhan Menuntut Hati Dan Suatu Fikiran Yang Rela”
Ajaran dan Perjanjian 64–66
Pada musim panas 1831, beberapa penatua kembali ke Kirtland setelah melawat tanah Sion di Missouri. Para pengembara itu berasa panas dan letih, dan ketegangan yang timbul segera bertukar menjadi pertengkaran. Pembinaan Sion, sebuah kota kasih, perpaduan, dan kedamaian, sepertinya akan mengambil masa yang lama.
Mujurlah, membina Sion—di Missouri pada tahun 1831 atau di dalam hati, keluarga, dan bahagian kita hari ini—tidak memerlukan kita untuk menjadi sempurna. Sebaliknya, “dirimu diwajibkan untuk mengampuni semua orang,” firman Tuhan (Ajaran dan Perjanjian 64:10). Dia menuntut “hati dan suatu fikiran yang rela” (ayat 34). Dia menuntut kesabaran dan ketekunan, kerana Sion dibina atas landasan “hal-hal yang kecil,” yang dilakukan oleh mereka yang tidak “jemu dalam melakukan yang baik” (ayat 33).
Lihat juga Saints, 1:133–34, 136–37.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
“Mengampuni satu sama lain.”
Pertimbangkan yang berikut semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 64:1–11:
-
Fikirkan tentang suatu masa ketika Tuhan mengampuni anda. Bagaimanakah perasaan anda?
-
Adakah terdapat seseorang yang anda perlu mengampuni? Mengapakah mengampuni orang lain sangat susah? Apakah yang membantu anda mengatasi kesusahan ini?
-
Apakah kebenaran tentang pengampunan dalam Ajaran dan Perjanjian 64:1–11 yang penting bagi anda? Mengapakah Tuhan memerintah kita “untuk mengampuni semua orang”? (ayat 10).
Jika anda bergelut untuk mengampuni, pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Pelayanan Perdamaian” (Persidangan Umum, Okt. 2018) atau pesanan Kristin M. Yee “Membawa Kegembiraan Kepada Kedugaan Hidup: Jalan Pengampunan Yang Menyembuhkan” (Persidangan Umum, Okt. 2022). Apakah yang anda pelajari tentang bagaimana Kristus dapat membantu anda mengampuni?
Hubungan keluarga boleh menyediakan banyak peluang untuk mengampuni. Fikirkan tentang ahli keluarga anda. Siapakah yang anda perlu mengampuni? Bagaimanakah kita “disengsarakan” (ayat 8) apabila kita tidak mengampuni orang lain? Bagaimana pengampunan boleh mempengaruhi hubungan keluarga anda?
Lihat juga Topics and Questions, “Forgiveness,” Gospel Library; “Forgiveness: My Burden Was Made Light” (video), Gospel Library.
Forgiveness: My Burden Was Made Light
“Kamu seharusnya mengampuni satu sama lain” (Ajaran dan Perjanjian 64:9).
Ajaran dan Perjanjian 64:31–34
Tuhan mahukan “hati dan suatu fikiran rela” saya.
Pernahkah anda berasa “jemu” dengan semua “[perbuatan] baik” yang anda cuba capai? Cari pesanan Tuhan kepada anda dalam Ajaran dan Perjanjian 64:31–34. Apakah yang Tuhan mahu anda lakukan untuk memajukan “pekerjaan besar[-Nya]”?
Fikirkan satu pelajaran berobjek yang akan menggambarkan ayat 33—sesuatu yang besar yang dibentuk daripada hal-hal kecil, seperti seni mozek atau bangunan batu bata. Apakah “hal-hal kecil” yang anda boleh lakukan setiap hari untuk “[menyediakan] landasan” pekerjaan Tuhan yang hebat? Apakah contoh-contoh “pekerjaan besar” yang Tuhan telah berikan kepada anda?
Ajaran dan Perjanjian 64:31–34
“Hati dan suatu fikiran yang rela”
Elder Donald L. Hallstrom mencadangkan maksud frasa “hati dan suatu fikiran yang rela”:
“Hati merupakan lambang kasih dan komitmen. Kita membuat pengorbanan dan memikul beban orang terkasih yang mana kita tidak akan lakukan bagi sebarang alasan lain. Jika kasih tidak wujud, komitmen kita berkurangan. …
“Mempunyai ‘suatu fikiran yang rela’ membawa kita untuk memberi usaha dan fikiran yang terbaik dan mencari kebijaksanaan Tuhan. Ia mencadangkan bahawa pengkajian sepanjang hidup patut ditumpukan kepada perkara yang abadi. Ia bermaksud bahawa terdapatnya perhubungan yang tidak boleh dipadam di antara mendengar firman Tuhan dan mematuhinya” (“The Heart and a Willing Mind,” Ensign, Jun 2011, 31–32).
Ajaran dan Perjanjian 64:41–43
Sion akan menjadi “sebuah panji bagi orang-orang itu.”
Panji adalah “suatu bendera atau standard yang di sekitarnya orang-orang datang berkumpul dalam kesatuan tujuan atau identiti” (Panduan Tulisan Suci, “Panji,” Gospel Library). Bagaimanakah Sion—atau Gereja Tuhan—telah menjadi seperti satu panji bagi anda? Pertimbangkan contoh lain dari benda yang diangkat, seperti panji, untuk memberkati orang ramai: Bilangan 21:6–9; Matius 5:14–16; Alma 46:11–20. Cari cara lain Tuhan menggambarkan Sion dalam Ajaran dan Perjanjian 64:41–43.
Kerajaan Tuhan di bumi menyediakan dunia untuk pengembalian Juruselamat.
Ajaran dan Perjanjian 65 memberi penjelasan yang mengilhamkan tentang misi Gereja Tuhan di zaman akhir. Pertimbangkan untuk menyelidiki bahagian ini, mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti berikut: Apakah yang Tuhan ingin kerajaan-Nya capai di bumi? Apakah yang Dia ingin saya lakukan untuk membantu?
Lihat juga “Prepare Today for the Second Coming” (video), ChurchofJesusChrist.org.
Prepare Today for the Second Coming
Tuhan mengetahui fikiran hati saya.
Tidak lama selepas menyertai Gereja, William E. McLellin meminta Joseph Smith untuk mengungkapkan kehendak Tuhan kepadanya. Joseph tidak tahu, tetapi William mempunyai lima soalan peribadi yang dia harap Tuhan akan menjawab melalui Nabi-Nya. Kita tidak tahu apa soalan-soalan William, tetapi kita tahu bahawa wahyu yang ditujukan kepadanya, kini Ajaran dan Perjanjian 66, menjawab setiap soalan William dengan “kepuasan yang penuh dan menyeluruh” (“William McLellin’s Five Questions,” dalam Revelations in Context, 138).
Semasa anda membaca bahagian 66, fikirkan tentang apa yang Tuhan tahu mengenai William McLellin dan kerisauan serta hasrat hatinya. Bagaimanakah Tuhan mengungkapkan bahawa Dia mengenali anda? Jika anda mempunyai berkat bapa bangsa, pertimbangkan untuk mengkajinya. Apabila anda lakukannya, apakah yang Roh Kudus membantu anda faham berkenaan kehendak Tuhan untuk anda?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Yesus Kristus inginkan saya mengampuni semua orang.
Nota: Semasa anda mengajar anak-anak anda tentang perintah Tuhan “untuk mengampuni semua orang,” anda mungkin ingin menjelaskan bahawa pengampunan tidak bermaksud membenarkan orang untuk menyakiti kita. Galakkan mereka untuk memberitahu seorang dewasa yang dipercayai jika seseorang menyakiti mereka atau menyentuh mereka dengan tidak sesuai.
-
Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 64:10 dengan anak-anak anda, bincangkan dengan mereka tentang maksud untuk mengampuni seseorang. Anda boleh berkongsi beberapa contoh mudah. Mereka boleh melakonkan contoh-contoh ini untuk berlatih mengampuni orang lain.
-
Anda boleh meminta anak-anak anda untuk merancang bagaimana mereka akan mengajar seseorang—seperti adik-beradik yang lebih muda—tentang mengampuni orang lain. Bantu mereka mencari frasa dalam Ajaran dan Perjanjian 64:7–10 yang mereka boleh gunakan semasa mereka mengajar.
-
Nyanyikan satu lagu tentang pengampunan, seperti “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu” (Buku Nyanyian Anak-anak, 52). Apakah yang lagu ini ajarkan kita tentang mengampuni orang lain?
“Pekerjaan besar” Tuhan dibina atas “hal-hal yang kecil.”
-
Anda boleh tunjukkan anak-anak anda beberapa benda yang dibina daripada banyak bahagian kecil, seperti teka suai atau tikar karpet. Kemudian anda boleh baca bersama Ajaran dan Perjanjian 64:33. Apakah “pekerjaan besar” Tuhan? Apakah “hal-hal yang kecil” yang kita boleh lakukan untuk membantu?
Saya boleh mengikuti Yesus dengan hati dan fikiran saya.
-
Ketika anda bacakan anak-anak anda dari Ajaran dan Perjanjian 64:34, anda boleh tunjuk pada hati dan kepala anda apabila anda membaca perkataan “hati” dan “fikiran,” dan jemput mereka untuk turut melakukannya. Bagaimanakah kita dapat memberi hati (keinginan) dan minda (fikiran) kita kepada Juruselamat?
Tekankan teladan Yesus Kristus Pertimbangkan bagaimana anda boleh menekankan teladan Juruselamat semasa anda mengkaji atau mengajar. Contohnya, apabila mengajar tentang Ajaran dan Perjanjian 64:34, anda boleh bercakap dengan anak-anak anda tentang bagaimana Juruselamat memberi hati (hasrat) dan minda (fikiran) kepada Bapa-Nya di Syurga. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 6.)
Tuhan mengenali siapa saya dan mengasihi saya.
-
Bantu anak-anak anda faham bahawa William E. McLellin mempunyai lima soalan untuk Tuhan. Joseph Smith menerima jawapan kepada soalan-soalan tersebut dalam wahyu walaupun dia tidak mengetahui soalan-soalan William. Beritahu anak-anak anda tentang waktu ketika Tuhan menunjukkan kepada anda apa yang Dia mahu anda lakukan, dan kongsi berkat-berkat yang datang dari mengikuti arahan-Nya. Kemudian anda boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 66:4 bersama dan jemput anak-anak anda cari peluang untuk memahami apa yang Tuhan mahu mereka lakukan.
Butiran dari The Second Coming [Kedatangan Kedua], oleh Kevin Keele
Saya boleh membantu menyediakan dunia untuk menerima Yesus Kristus.
-
Semasa anak-anak anda melihat gambar Kedatangan Kedua Juruselamat, minta mereka huraikan apa yang mereka lihat atau apa yang mereka tahu tentang peristiwa ini. Anda juga boleh memberi anak-anak anda perkataan dan frasa tentang Kedatangan Kedua untuk dicari dalam Ajaran dan Perjanjian 65. Apakah yang perkataan dan frasa tersebut ajarkan kepada kita? Bagaimanakah kita boleh bersedia untuk kepulangan Juruselamat?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.