Doctrine and Covenants 2025
26 Mei–1 Jun: “Seorang Pengawas yang Setia, Soleh, dan Bijak”: Ajaran dan Perjanjian 51–57


“26 Mei–1 Jun: ‘Seorang Pengawas yang Setia, Soleh, dan Bijak’: Ajaran dan Perjanjian 51–57,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 51–57,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

lelaki memajak ladang

First Furrow [Aluran Pertama], oleh James Taylor Harwood

26 Mei–1 Jun: “Seorang Pengawas yang Setia, Soleh, dan Bijak”

Ajaran dan Perjanjian 51–57

Bagi para ahli Gereja pada tahun 1830-an, pengumpulan para Orang Suci dan membina kota Sion adalah pekerjaan rohani dan duniawi, dengan banyak perkara praktikal untuk dilakukan: Seseorang diperlukan untuk membeli tanah di mana Orang Suci dapat menetap. Seseorang diperlukan untuk mencetak buku-buku dan penerbitan lain. Dan seseorang diperlukan untuk menjalankan perniagaan bagi menyediakan barangan kepada mereka di Sion. Dalam wahyu-wahyu yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 51–57, Tuhan melantik dan mengarahkan individu-individu untuk mengendali tugas-tugas ini.

Tetapi walaupun kemahiran dalam hal-hal sedemikian diperlukan di Sion, wahyu-wahyu ini juga mengajarkan bahawa Tuhan menghasratkan para Orang Suci-Nya untuk menjadi layak secara rohani untuk dipanggil umat Sion—umat-Nya. Dia memanggil setiap kita untuk menjadi “seorang pengawas yang setia, soleh, dan bijak,” yang mempunyai roh yang menyesal, “berdiri teguh” dalam tanggungjawab yang ditugaskan (lihat Ajaran dan Perjanjian 51:19; 52:15; 54:2). Jika kita boleh melakukan itu—tanpa mengira kemahiran duniawi kita—Tuhan boleh menggunakan kita untuk membina Sion.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 51

Tuhan mahu saya menjadi seorang pengawas yang setia, soleh, dan bijak.

Sekiranya anda seorang ahli Gereja pada tahun 1831, anda mungkin telah dijemput untuk menjalani hukum kebaktian dengan menyerahkan harta anda kepada Gereja melalui uskup. Dia kemudian akan mengembalikan kepada anda, dalam kebanyakan kes, apa yang anda telah sumbangkan, kadang-kadang dengan lebihan. Tetapi ia bukan hanya kepunyaan anda—itu adalah pengawasan anda.

Hari ini, prosedur telah berubah, tetapi asas-asasnya masih penting untuk pekerjaan Tuhan. Semasa anda mengkaji bahagian 51, fikirkan tentang hal yang Tuhan telah amanahkan kepada anda. Apakah makna perkataan “pengawas” (ayat 19) dan “baktikan” (ayat 5) tentang tanggapan Tuhan terhadap anda?

Presiden Spencer W. Kimball menjelaskan: “Di dalam Gereja pengawasan ialah satu amanah rohani atau duniawi yang suci di mana terdapatnya pertanggungjawapan. Oleh kerana semua perkara kepunyaan Tuhan, kita merupakan pengawas kepada badan, minda, keluarga, dan harta kita. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 104:11–15.) Pengawas yang setia ialah seseorang yang menjalankan kekuasaan soleh, menjaga diri, dan menjaga mereka yang miskin dan berkeperluan” (“Welfare Services: The Gospel in Action,” Ensign, Nov. 1977, 78).

Lihat juga “The Law of Consecration” (video), Gospel Library.

5:1

The Law of Consecration

Ajaran dan Perjanjian 52:9–11, 22–27

Saya boleh menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus di mana pun saya pergi.

Apabila Tuhan menghantar beberapa pemimpin Gereja ke Missouri, Dia minta mereka untuk gunakan masa berjalan itu untuk “berkhutbah dalam perjalanan” (ayat 25–27). Bagaimanakah anda boleh berkongsi injil “dalam perjalanan,” atau dalam aktiviti harian anda?

Ajaran dan Perjanjian 52:14–19

ikon seminari
Tuhan membantu saya mengelakkan penipuan.

Dengan ramai orang yang mendakwa memiliki pernyataan rohani, para Orang suci awal bimbang akan terpedaya. Apakah amaran yang Tuhan berikan kepada mereka dalam Ajaran dan Perjanjian 52:14? Apakah penyelesaian-Nya? (lihat ayat 14–19).

Satu pola adalah sesuatu yang berulang dengan cara yang kerap dan boleh diramalkan. Contoh-contoh termasuk mengira nombor genap atau matahari terbit dan terbenam setiap hari. Apakah contoh lain yang anda boleh fikirkan? Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 52:14–19, kenal pasti pola Tuhan untuk mengelakkan penipuan. Perkataan “menyesal” bermaksud perasaan rendah hati dan pertaubatan; “lembut” mencadangkan kelembutan dan kawalan diri; dan “meneguhkan” bermaksud untuk mengajar, memperbaiki, dan membangunkan. Mengapa anda rasa pola Tuhan memasukkan kualiti-kualiti ini, dan juga kepatuhan? Bagaimanakah anda boleh menggunakan pola ini untuk mengelakkan penipuan?

Jelaskan perkataan-perkataan yang susah. Dalam aplikasi Gospel Library, anda boleh ketik dan sentuh satu perkataan dan kemudian pilih “Define.” Kemudian anda akan dibawa kepada definisi perkataan itu. Cuba ini apabila anda temui kata-kata yang asing—atau perkataan biasa yang anda ingin fahami dengan lebih baik.

Apakah contoh-contoh penipuan pada zaman kita? Bagaimanakah kita boleh tahu apabila kita ditipu?

Contohnya, anda boleh pertimbangkan untuk menilai pilihan anda berkenaan wayang, muzik, dan media sosial berdasarkan standard-standard dalam “Berjalan dalam cahaya Tuhan” dari Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan, 16–21.

Lihat juga Gary E. Stevenson, “Janganlah Memperdayakan-Ku,” Persidangan Umum, Okt. 2019, 93–96; “Guide Me to Thee,” Hymns, no. 101; Topics and Questions, “Seeking Truth and Avoiding Deception,” Gospel Library.

Ajaran dan Perjanjian 54

Saya boleh berpaling kepada Tuhan apabila saya dilukai oleh pilihan orang lain.

Pernahkah anda berduka apabila seseorang memungkiri komitmen mereka kepada anda? Ini berlaku kepada Orang Suci dari Colesville, New York, yang telah berharap untuk menetap di tanah Leman Copley di Ohio. Untuk belajar dari pengalaman ini, pertimbangkan untuk imbas semula pengenalan bahagian 54 (lihat juga Saints, 1:125–28; “A Bishop unto the Church,” dalam Revelations in Context, 78–79). Jika anda mempunyai seorang kawan di kalangan Orang Suci Colesville, apakah nasihat yang anda boleh temui dalam bahagian 54 untuk dikongsi dengan mereka?

Ladang Leman Copley

Ladang Leman Copley

Ajaran dan Perjanjian 56:14–20

Diberkatilah yang suci hatinya.

Dalam ayat-ayat ini, Tuhan berfirman kepada orang yang kaya dan miskin; ia agak menarik untuk membandingkan nasihat-Nya kepada kedua-dua kumpulan ini. Apakah ayat yang anda rasa relevan kepada anda secara peribadi?

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.

Bahagian kanak-kanak ikon 01

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 51:9

Saya boleh menjadi jujur.

  • Untuk membantu anak-anak anda belajar apa maksudnya untuk menjadi jujur, anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 51:9 dan berkongsi cerita kanak-kanak yang menghadapi keputusan tentang kejujuran. Anda boleh gunakan gambar, boneka stoking, atau anak patung kertas untuk membuat ceritanya lebih menarik. Bagaimanakah Tuhan memberkati kita semasa kita berusaha untuk menjadi jujur?

  • Pertimbangkan untuk bermain satu permainan dengan anak-anak anda. Selepas itu, bincangkan bagaimana permainan ini akan berbeza jika seseorang telah menipu. Mengapakah ia penting untuk “berurusan secara jujur” dengan satu sama lain?

Ajaran dan Perjanjian 52:10; 53:3; 55:1

Saya menerima kurnia Roh Kudus melalui perletakan tangan.

  • Menerima Roh Kudus dengan perletakan tangan disebut beberapa kali dalam Ajaran dan Perjanjian 51–57. Ini mungkin peluang yang baik untuk mengajar anak-anak anda tentang tatacara ini. Contohnya, mereka boleh melihat gambar seorang kanak-kanak yang sedang ditetapkan dan menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam gambar itu. Minta mereka untuk tepuk tangan apabila mendengar “perletakan tangan” semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 52:10; 53:3; 55:1.

  • Anda juga boleh nyanyi lagu “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 55) atau lagu yang serupa. Bantu anak-anak anda cari perkataan dan frasa dalam lagu yang mengajar tentang kurnia Roh Kudus.

    seorang budak lelaki sedang ditetapkan

Ajaran dan Perjanjian 52:14–19

Tuhan mempunyai pola untuk membantu saya tidak diperdayakan.

  • Untuk mengajar tentang pola Tuhan bagi mengelakkan penipuan, anda boleh mulakan dengan membantu kanak-kanak mencari contoh pola—di alam semula jadi, pada selimut atau pakaian yang berwarna-warni, atau dalam kehidupan harian. Bantu mereka mencari pola yang Tuhan berikan dalam Ajaran dan Perjanjian 52:14–15. Pastikan mereka memahami kata-kata yang asing dalam ayat-ayat ini. Bagaimanakah kita boleh menggunakan pola ini untuk mengenali kebenaran?

Ajaran dan Perjanjian 54:4–6

Saya harus sentiasa mentaati perjanjian saya.

  • Dalam kata-kata anda sendiri, kongsi dengan anak-anak anda apa yang berlaku kepada Orang Suci yang datang untuk hidup di tanah Leman Copley (lihat pengenalan untuk bahagian 54). Anak-anak anda boleh berlakon sebagai ahli-ahli Gereja yang telah tiba di Ohio. Bagaimanakah perasaan mereka selepas Leman memungkiri perjanjiannya? Apakah yang kisah ini ajarkan kepada kita tentang mentaati perjanjian atau janji kita? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 54:6 untuk menerokai berkat-berkat bagi orang yang mentaati perjanjian mereka.

3:16

Keluarga Knight dan Yang Lain Berkumpul ke Sion: Mematuhi panggilan Tuhan

Ajaran dan Perjanjian 55:1–4

Saya boleh menggunakan berkat yang Tuhan telah berikan kepada saya untuk memberkati orang lain.

  • Untuk memperkenalkan bahagian 55, anda boleh menjelaskan bahawa William W. Phelps adalah penerbit akhbar yang belajar tentang injil dan menyertai Gereja. Baca Ajaran dan Perjanjian 55:1–4 bersama anak-anak anda, dan bantu mereka ketahui apa yang Tuhan mahu William lakukan. Bagaimanakah Dia merancang untuk menggunakan bakat William? Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang bagaimana Tuhan boleh menjemput kita untuk menggunakan bakat kita untuk memberkati anak-anak-Nya.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Para Orang Suci membaktikan harta mereka

Bishop Partridge Receives Consecration [Uskup Partridge Menerima Pembaktian], oleh Albin Veselka

halaman aktiviti untuk kanak-kanak