“31 Mac–6 April: ‘Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat–Nya’: Ajaran dan Perjanjian 29,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 29,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
31 Mac–6 April: “Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat-Nya”
Ajaran dan Perjanjian 29
Meskipun Gereja Yesus Kristus telah ditubuhkan pada tahun 1830, banyak kebenaran Injil masih belum diungkapkan, dan beberapa ahli Gereja awal mempunyai pertanyaan. Mereka telah membaca nubuat dalam Kitab Mormon mengenai pengumpulan Israel dan pembinaan Sion (lihat 3 Nefi 21). Bagaimanakah ia berlaku? Wahyu yang Hiram Page dakwa telah menerima menyatakan tentang subjek itu, dan ia meningkatkan rasa ingin tahu para ahli (lihat Ajaran dan Perjanjian 28). Orang lain tertanya-tanya tentang Kejatuhan Adam dan Hawa dan kematian rohani. Tuhan mengalu-alukan soalan-soalan ini pada tahun 1830, dan Dia juga mengalu-alukan soalan-soalan kita hari ini. “Apa pun yang akan kamu minta dalam iman,” Dia memberitahu para Orang Suci, “dipersatukan dalam doa menurut perintah-Ku, akan kamu terima” (Ajaran dan Perjanjian 29:6). Malah, Ajaran dan Perjanjian 29 yang kaya dengan wahyu ajaran menunjukkan bahawa Tuhan kadangkala menjawab soalan kita dengan memberi kita kebenaran dan pengetahuan yang jauh lebih dari apa yang kita minta.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Bapa Syurgawi mempunyai satu rancangan untuk keselamatan anak-anak-Nya.
Ajaran dan Perjanjian 29 mengajar banyak kebenaran tentang rancangan Tuhan untuk anda. Semasa anda membaca, cari kebenaran yang anda pelajari mengenai setiap bahagian rancangan-Nya:
-
Kehidupan pra-fana (lihat ayat 36–37)
-
Penciptaan (lihat ayat 31–33)
-
Kejatuhan Adam dan Hawa (lihat ayat 40–41)
-
Penghakiman Terakhir (lihat ayat 12–13, 27–30)
Apakah pandangan yang anda terima? Jika ia membantu anda, anda boleh menulisnya di ruangan yang disediakan dengan gambar-gambar di hujung panduan ini. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran itu mempengaruhi kehidupan anda?
Lihat juga Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Plan of Salvation (Rancangan Penyelamatan),” Gospel Library.
Butiran dari Come Unto Me [Marilah kepada-Ku], oleh Jenedy Paige
Yesus Kristus menjemput saya untuk membantu mengumpulkan umat-Nya sebelum Kedatangan Kedua-Nya.
Yesus Kristus berbicara tentang mengumpul umat-Nya “seperti seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya” (Ajaran dan Perjanjian 29:2). Apakah yang perumpamaan ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus? Apakah fikiran atau tanggapan tambahan yang datang kepada anda semasa anda mengkaji ilustrasi ayam dan anak ayam dalam panduan ini? Fikirkan bagaimana anda merasa Yesus Kristus mengumpulkan dan melindungi anda.
Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 29:1–11, carilah tanggapan tentang:
-
Siapa yang akan dikumpulkan.
-
Apakah maksudnya untuk “berkumpul” kepada Kristus.
-
Mengapa kita berkumpul kepada-Nya.
Renungkan mengapa anda mahu orang lain berkumpul kepada Yesus Kristus. Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk membantu?
Anda boleh menanya diri anda soalan yang sama sambil menonton video “A Witness of God (Saksi Tuhan)” (Gospel Library) atau membaca atau mendengar lagu rohani tentang pengumpulan, seperti “Israel, Tuhanmu Memanggil” (Nyanyian Rohani, no. 6). Apakah yang anda rasa Tuhan cuba mengajar anda tentang pekerjaan pengumpulan-Nya?
A Witness of God
Presiden Russell M. Nelson berkata: “Sekarang pengumpulan berlaku dalam setiap negara. Tuhan telah menetapkan penubuhan Sion di setiap dunia di mana Dia telah memberikan para Orang Suci kelahiran dan kewarganegaraan mereka” (“The Gathering of Scattered Israel,” Liahona, Nov. 2006, 81). Bagaimanakah berkumpul sebagai Orang Suci membantu kita “bersedia dalam segala hal” untuk Kedatangan Kedua Juruselamat? (ayat 8; lihat juga ayat 14–28).
Lihat juga Russell M. Nelson dan Wendy W. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018), Gospel Library; D. Todd Christofferson, “Ajaran Kekitaan,” Persidangan Umum, Okt. 2022; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Gathering of Israel (Pengumpulan Israel),” Gospel Library.
Ajaran dan Perjanjian 29:31–35
“Segala sesuatu bagi-Ku adalah rohani.”
Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 29:31–35, tanya diri anda, “Dalam erti kata apakah semua perintah adalah rohani?” Anda mungkin boleh menyenaraikan beberapa perintah dan mempertimbangkan kebenaran rohani yang berkaitan dengan setiap satu. Kaji semula Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan boleh membantu—ia mengajar beberapa kebenaran abadi di belakang beberapa perintah Tuhan.
Bagaimanakah mengetahui bahawa “segala sesuatu … adalah rohani” mempengaruhi cara anda melihat perintah-perintah Tuhan? Pertimbangkan untuk mencari maksud atau tujuan rohani dalam aspek lain dalam kehidupan anda juga.
Lihat juga 2 Nefi 9:39.
Tumpukan pada Yesus Kristus. “Setiap topik injil [adalah] peluang untuk mengajar dan belajar tentang Yesus Kristus” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 6). Apakah yang anda pelajari tentang sifat-sifat-Nya, peranan-Nya, dan teladan-Nya semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 29?
Ajaran dan Perjanjian 29:36–50
Yesus Kristus menebus kita dari Kejatuhan.
Bagaimanakah anda boleh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 29:36–50 untuk menjelaskan mengapa kita memerlukan penebusan melalui Yesus Kristus?
Kejatuhan Adam dan Hawa membawa kematian dan dosa ke dunia, tetapi ia juga menyediakan jalan untuk penebusan dan kebahagiaan melalui Kristus. Dengan fikiran itu, baca ayat 39–43 dan perhatikan perkataan dan frasa yang membawa kebahagiaan kepada anda. Apakah yang anda kagum tentang apa yang Adam dan Hawa katakan tentang Kejatuhan dalam Musa 5:10–12?
Why We Need a Savior
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Bapa Syurgawi mempunyai satu rancangan untuk keselamatan anak-anak-Nya.
-
Untuk memulakan perbualan tentang rancangan Bapa Syurgawi untuk kita, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang suatu masa ketika anda membuat rancangan, seperti untuk satu perjalanan atau untuk melaksanakan tugas. Anda juga boleh berkongsi contoh rancangan, seperti kalendar dengan aktiviti yang ditulis di atasnya atau arahan untuk membuat sesuatu. Mengapakah rancangan berguna? Anda kemudian boleh bercakap tentang apa yang Bapa Syurgawi ingin capai dan bagaimana rancangan-Nya membantu kita mencapainya.
-
Anda boleh menggunakan gambar-gambar di hujung panduan ini untuk membantu anak-anak anda mencari ayat-ayat dalam Ajaran dan Perjanjian 29 yang mengajar tentang bahagian-bahagian berbeza dalam rancangan Bapa Syurgawi. Anda juga boleh guntingkan gambar-gambar tersebut dan minta anak-anak anda meletakkannya dalam urutan yang betul. Mengapakah kita bersyukur untuk mengetahui bahawa Bapa Syurgawi mempunyai rancangan untuk kita? Bagaimanakah mengetahui tentangnya mempengaruhi kehidupan harian kita?
Ajaran dan Perjanjian 29:1–2, 7–8
Yesus Kristus sedang mengumpulkan umat-Nya sebelum Dia datang lagi.
-
Ilustrasi satu ayam betina mengumpulkan anak-anaknya atau video “Chicks and Hens” (ChurchofJesusChrist.org) dapat membantu anak-anak anda menggambarkan analogi dalam Ajaran dan Perjanjian 29:1–2. Kemudian anda boleh membaca ayat-ayat ini bersama dan saling bercakap tentang bagaimana ayam melindungi anak-anaknya dan bagaimana itu serupa dengan apa yang Juruselamat boleh lakukan untuk kita.
1:24Chicks and Hens
I Would Gather Thee [Aku Akan Mengumpulkanmu], oleh Liz Lemon Swindle
-
Apakah yang akan mengilhami anak-anak anda untuk mahu membantu Juruselamat mengumpulkan umat-Nya? Mereka mungkin ingin mendengar pengalaman seseorang yang “dikumpulkan” kepada-Nya dengan menyertai Gereja-Nya. Contohnya, siapakah yang memperkenalkan keluarga anda kepada Gereja? Bagaimanakah kita telah diberkati dengan menerima panggilan Juruselamat untuk berkumpul kepada-Nya? Bagaimanakah kita boleh bantu orang lain berkumpul kepada-Nya? (Lihat “A Message for Children from President Russell M. Nelson” [video], ChurchofJesusChrist.org.)
3:30Video: A Message for Children from President Russell M. Nelson
Yesus Kristus akan datang lagi.
-
Gambar Kedatangan Kedua Juruselamat (seperti Buku Seni Injil, no. 66) atau lagu tentangnya (seperti “Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46) boleh membantu anda dan anak-anak anda membincangkan Ajaran dan Perjanjian 29:11. Bantu anak-anak anda melihat frasa dalam tulisan suci yang berkaitan dengan sesuatu dalam gambar atau lagu itu. Saling berkongsi perasaan anda tentang Yesus Kristus akan kembali ke bumi lagi.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.