“24–30 Mac: ‘Segala Hal Mestilah Dilakukan Menurut Tertib’: Ajaran dan Perjanjian 27–28,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 27–28,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
24-30 Mac: “Segala Hal Mestilah Dilakukan Menurut Tertib”
Ajaran dan Perjanjian 27–28
Wahyu masih merupakan konsep yang agak baharu bagi Orang Suci semasa Pemulihan terus berkembang. Ahli-ahli awal Gereja tahu bahawa Nabi Joseph Smith boleh menerima wahyu untuk Gereja. Tetapi bolehkah orang lain? Soalan-soalan seperti ini menjadi kritikal apabila Hiram Page, salah seorang daripada Lapan Saksi kepingan-kepingan emas, percaya bahawa dia telah menerima wahyu untuk Gereja. Banyak Orang Suci percaya bahawa wahyu-wahyu ini adalah dari Tuhan. Tuhan menjawab dengan mengajar bahawa dalam Gereja-Nya “segala hal mestilah dilakukan menurut tertib” (Ajaran dan Perjanjian 28:13). Ini bermaksud hanya seorang “ditetapkan untuk menerima perintah dan wahyu” bagi seluruh Gereja (Ajaran dan Perjanjian 28:2). Walaupun demikian, orang lain boleh menerima wahyu peribadi untuk bahagian mereka dalam pekerjaan Tuhan. Malah, firman Tuhan kepada Oliver Cowdery adalah satu peringatan kepada kita semua: “Ia akan diberikan kepadamu … apa yang engkau harus lakukan” (Ajaran dan Perjanjian 28:15).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Saya mengambil sakramen sebagai peringatan akan Yesus Kristus.
Sally Knight dan Emma Smith dibaptiskan pada bulan Jun 1830, tetapi penetapan mereka telah diganggu oleh perusuh. Dua bulan kemudian, Sally dan suaminya, Newel, datang melawat Emma dan Joseph, dan diputuskan bahawa penetapan perlu dilaksanakan sekarang dan kumpulan itu akan mengambil sakramen bersama. Semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan wain untuk sakramen, Joseph dihentikan oleh seorang malaikat.
Baca Ajaran dan Perjanjian 27:1–4 untuk mengetahui apa yang malaikat ajarkan dia tentang sakramen. Apakah yang ayat-ayat ini cadangkan tentang bagaimana Juruselamat ingin anda mengambil sakramen? Apakah ertinya untuk mengambilnya “dengan tumpuan mata yang satu pada kemuliaan-[Nya]”? Renungkan ini—dan carikan pemahaman lain tentang sakramen—semasa anda membaca Lukas 22:19–20 dan 3 Nefi 18:1–11. (Lihat juga video “The Last Supper,” “Jesus Christ Blesses Bread in Remembrance of Him,” dan “Jesus Christ Blesses Wine in Remembrance of Him,” Gospel Library).
The Last Supper
Jesus Christ Blesses Bread in Remembrance of Him | 3 Nephi 18:1-7
Jesus Christ Blesses Wine in Remembrance of Him | 3 Nephi 18:8-11
Renungkan apa yang anda boleh lakukan untuk lebih bersedia untuk mengambil lambang Korban Tebusan Juruselamat dan memperlakukannya dengan ketakziman atau tujuan yang lebih besar.
Pertimbangkan untuk menyanyi, mendengar, atau membaca lagu rohani sakramen dan mencatat perasaan anda tentang mengambil bahagian dalam tatacara kudus ini.
Gunakan muzik. Muzik kudus menjemput Roh untuk bersaksi tentang kebenaran injil. Ia boleh membantu anda memahami dan merasakan kebenaran-kebenaran ini dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Muzik juga membantu menjadikan pembelajaran lebih menarik.
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79; 59:9–13; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Sacrament (Sakramen),” Gospel Library; “Memperoleh dan Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosa melalui Tatacara-tatacara,” dalam David A. Bednar, “Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu,” Persidangan Umum, April 2016.
Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu
Tuhan memberikan kunci-kunci imamat kepada para hamba-Nya untuk melakukan pekerjaan-Nya.
Apakah yang anda tahu tentang nabi-nabi yang disebut dalam ayat-ayat ini? Anda boleh mencari maklumat mengenainya dalam Panduan Tulisan Suci. Apakah berkat yang telah dibuka untuk anda melalui kunci yang para nabi pegang?
Ajaran dan Perjanjian 27:15–18
Perlengkapan perang Tuhan membantu saya melawan kejahatan.
Presiden M. Russell Ballard berkata: “Tidak ada satu perkara besar dan hebat yang dapat kita lakukan untuk melindungi diri kita secara rohani. Kekuatan rohani yang sebenar terletak pada pelbagai perbuatan yang lebih kecil yang ditenun bersama dengan bahan benteng rohani yang melindungi dan menghalang semua kejahatan” (“Be Strong in the Lord,” Ensign, Julai 2004, 8).
Semasa anda belajar tentang perlengkapan perang Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 27:15–18, anda boleh mencipta satu rajah seperti ini. Apakah yang anda buat untuk memakai setiap perisai Tuhan?
|
Bahagian perisai |
Bahagian tubuh yang dilindungi |
Apakah setiap bahagian tubuh mewakili |
|---|---|---|
Bahagian perisai Perisai dada kesolehan | Bahagian tubuh yang dilindungi Hati | Apakah setiap bahagian tubuh mewakili Hasrat dan keinginan saya |
Bahagian perisai Ketopong keselamatan | Bahagian tubuh yang dilindungi Hati atau minda | Apakah setiap bahagian tubuh mewakili |
Bahagian perisai | Bahagian tubuh yang dilindungi | Apakah setiap bahagian tubuh mewakili |
Bahagian perisai | Bahagian tubuh yang dilindungi | Apakah setiap bahagian tubuh mewakili |
Lihat juga Efesus 6:11–18; Jorge F. Zeballos, “Membina Kehidupan Yang Menentang Musuh,” Persidangan Umum, Okt. 2022.
Yesus Kristus mengarah Gereja-Nya melalui nabi hidup-Nya.
Bayangkan apa yang akan terjadi jika sesiapa pun boleh menerima perintah dan wahyu untuk seluruh Gereja Apabila Hiram Page mendakwa telah menerima wahyu sedemikian, ramai ahli Gereja keliru. Dalam Ajaran dan Perjanjian 28, Tuhan mengungkapkan aturan untuk wahyu di dalam Gereja-Nya. Apakah yang anda pelajari dari bahagian ini tentang peranan khusus Presiden Gereja? Apakah yang anda pelajari tentang bagaimana Tuhan boleh mengarahkan anda?
Lihat juga Dale G. Renlund, “Rangka Wahyu Peribadi,” Persidangan Umum, Nov. 2022.
Mengapakah misi kepada bangsa Laman itu penting?
Satu tujuan Kitab Mormon ialah “agar bangsa Laman boleh datang pada pengetahuan tentang nenek moyang mereka, dan agar mereka boleh mengetahui janji-janji Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 3:20). Ini adalah konsisten dengan janji-janji yang Tuhan buat kepada para nabi Kitab Mormon (lihat, contohnya, 1 Nefi 13:34–41; Enos 1:11–18; Helaman 15:12–13). Para ahli awal Gereja menganggap kaum Asli Amerika sebagai keturunan orang-orang Kitab Mormon. (Jawapan rasmi Gereja hari ini ialah bahawa bangsa Laman “adalah antara nenek moyang kaum Asli Amerika” [pengenalan kepada Kitab Mormon].)
Untuk membaca lebih lanjut mengenai misi Oliver ke orang Asli Amerika yang berdekatan, lihat “A Mission to the Lamanites (Misi kepada Bangsa Laman),” Revelations in Context, 45–49. Apakah yang misi ini ajarkan anda tentang Tuhan dan pekerjaan-Nya?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Sakramen membantu saya mengingati Yesus Kristus.
-
Kanak-kanak mungkin tertanya-tanya mengapa kita menggunakan air untuk sakramen meskipun Yesus menggunakan wain (lihat Lukas 22:19–20; 3 Nefi 18:1–11). Anda boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 27:1–2 bersama dan membincangkan apa yang dimaksudkan untuk mengambil sakramen “dengan suatu tumpuan mata yang satu pada kemuliaan [Tuhan]” (ayat 2). Apakah yang kita boleh lakukan untuk tertumpu pada Juruselamat ketika kita mengambil sakramen?
-
Gambar, ayat-ayat suci, atau lirik lagu tentang Juruselamat dapat membantu anak-anak anda mengingati-Nya ketika mengambil sakramen. Mereka boleh membuat buku kecil dengan beberapa gambar, ayat, dan lirik lagu ini. Mereka boleh melukis gambar mereka sendiri atau mencari beberapa di majalah Friend.
Butiran dari The Last Supper [Perjamuan Terakhir], oleh Simon Dewey
Ajaran dan Perjanjian 27:15–18
Perlengkapan perang Tuhan boleh melindungi saya.
-
Anda boleh menunjukkan kepada anak-anak anda gambar perlengkapan perang seperti yang di dalam panduan ini atau pada halaman aktiviti dalam panduan untuk Efesus dalam Ikutlah Aku —Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 27:15–18, bantu mereka mencari kepingan perisai pada gambar. Bagaimanakah perlengkapan perang Tuhan dapat membantu kita “menghadapi hari yang jahat”? (ayat 15).
Ajaran dan Perjanjian 28:2, 6–7
Nabi menerima wahyu untuk Gereja; Saya boleh menerima wahyu untuk hidup saya.
-
Jika anda mempunyai beberapa anak, anda boleh menjemput mereka untuk bermain “ikut pemimpin,” tetapi minta dua orang atau lebih untuk menjadi pemimpin pada masa yang sama. Apakah yang berlaku apabila terdapat lebih daripada seorang pemimpin? Anda kemudian boleh belajar tentang Hiram Page (lihat “Bab 14: Nabi dan Wahyu untuk Gereja,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 56–57, atau video yang berkaitan di Gospel Library, atau pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 28). Bagaimanakah Bapa Syurgawi membetulkan kekeliruan ahli-ahli awal Gereja? Bagaimanakah Dia memimpin Gereja hari ini? (lihat Ajaran dan Perjanjian 28:2). Kongsi kesaksian anda bahawa nabi sekarang dipanggil oleh Tuhan untuk memimpin Gereja-Nya pada zaman kita.
2:6Hiram Page dan Wahyu: Orang Suci belajar bagaimana Tuhan membimbing Gereja-Nya
-
Walaupun wahyu untuk Gereja akan sentiasa diberikan melalui nabi, kita semua boleh dibimbing oleh Roh Kudus. Anda boleh membantu anak-anak anda mencari tulisan suci berikut untuk menyenaraikan cara-cara Roh Kudus dapat membimbing kita: Ajaran dan Perjanjian 28:1,, 4, 15; Yohanes 14:26; Moroni 8:26; 10:4–5. Saling berkongsi bagaimana anda telah dibimbing oleh Roh Kudus.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.