“3–9 Mac, ‘Belajarlah daripada-Ku,’ Ajaran dan Perjanjian 19,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 19,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Butiran dari Gethsemane’s Path [Jalan Getsemani], oleh Steve McGinty
3–9 Mac: “Belajarlah daripada-Ku”
Ajaran dan Perjanjian 19
Ia mengambil beberapa tahun untuk Martin dan Lucy Harris memperoleh salah satu ladang terbaik di Palmyra, New York. Tetapi pada tahun 1829 ia menjadi jelas bahawa Kitab Mormon boleh diterbitkan hanya jika Martin menggadai ladangnya untuk membayar pencetakan. Martin mempunyai kesaksian tentang Kitab Mormon, tetapi Lucy tidak. Jika Martin meneruskan untuk menggadai dan jualan Kitab Mormon tidak baik, dia akan kehilangan ladangnya, membahayakan perkahwinannya, dan merosakkan nama baiknya dalam masyarakat. Walaupun keadaan kita berbeza dari keadaan Martin, pada suatu masa atau yang lain kita semua menghadapi soalan-soalan yang susah seperti yang dia hadapi: Apakah nilai injil Yesus Kristus kepada saya? Apakah yang saya sanggup korbankan untuk membantu membina kerajaan Tuhan? Martin Harris akhirnya memutuskan bahawa dia akan gadai janji ladangnya supaya 5,000 salinan pertama Kitab Mormon boleh dicetak. Tetapi pengorbanan ini—dan korban apa pun yang kita boleh buat—adalah kecil dibandingkan dengan pengorbanan Yesus Kristus, “yang terbesar dari semuanya” (Ajaran dan Perjanjian 19:18), yang berdarah pada setiap liang roma untuk menyelamatkan yang bertaubat.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
“Aku, Tuhan, adalah tanpa akhir.”
Joseph Smith menjelaskan bahawa wahyu dalam bahagian 19 adalah “sebuah perintah … kepada Martin Harris, diberikan oleh Dia yang adalah Abadi” (pengenalan bahagian). Carilah tempat dalam ayat 1–12 di mana Tuhan menekankan sifat abadi-Nya. Mengapakah anda fikir adalah penting bagi Martin Harris untuk mengetahui ini tentang Tuhan? Mengapakah penting untuk anda tahu tentangnya?
Mengapakah anda fikir Yesus Kristus dipanggil “permulaan dan pengakhiran”? (ayat 1).
Ajaran dan Perjanjian 19:15–20
Yesus Kristus menderita agar saya boleh bertaubat dan datang kepada-Nya.
Perjanjian Baru menerangkan penderitaan Juruselamat di Getsemani dari perspektif orang yang mengamatinya. Dalam Ajaran dan Perjanjian 19:15–20, Yesus Kristus menceritakan tentang penderitaan-Nya dalam pandangan-Nya sendiri. Semasa anda membaca laporan peribadi yang kudus ini, cari bagaimana Juruselamat menggambarkan penderitaan-Nya. Pertimbangkan apakah yang setiap perkataan atau ayat ajarkan kepada anda. Mengapa Juruselamat bersedia untuk menderita? Anda boleh mempelajari lebih dalam Yohanes 15:13; Mosia 3:7; Alma 7:11–12; Ajaran dan Perjanjian 18:10–13.
Perasaan yang anda ada semasa anda mengkaji penderitaan Juruselamat mungkin mendorong soalan-soalan seperti ini: Mengapakah Juruselamat menderita untuk dosa-dosa saya? Mengapa saya perlu bertaubat untuk menerima berkat-berkat penuh pengorbanan-Nya? Anda boleh mencari pemahaman tentang soalan-soalan ini dan yang lain dalam pesanan Elder Ulisses Soares “Yesus Kristus:Penjaga Jiwa Kita” (Persidangan Umum, April 2021). Semasa anda mengkaji, apakah tanggapan yang datang ke minda anda? Pertimbangkan mencatatkan perasaan anda tentang Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya untuk anda.
Sebagai sebahagian daripada pembelajaran dan penyembahan anda, anda boleh mencari lagu rohani yang anda boleh dengar atau nyanyikan yang mengucapkan kesyukuran anda kepada Juruselamat bagi penderitaan-Nya bagi pihak anda. “‘Ku Berdiri Kagum” (Nyanyian Rohani, no. 82) ialah satu contoh yang baik.
Apakah yang anda rasa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mahu anda lakukan sebagai hasil dari perasaan dan pengkajian anda?
Lihat juga “Yesus Kristus akan membantu anda,” Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan (2022), 6–9; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Atonement of Jesus Christ (Korban Tebusan Yesus Kristus),” “Pertaubatan,” Gospel Library; D. Todd Christofferson, “Kurnia Pertaubatan Ilahi,” Liahona, Nov. 2011, 38–41; Gospel Library.
The Savior Suffers in Gethsemane
Kedamaian datang dari mempelajari tentang Yesus Kristus dan mengikuti Dia.
Pertimbangkan jemputan Juruselamat: “Belajarlah daripada-Ku.” Apakah yang anda pelajari tentang Yesus Kristus dalam Ajaran dan Perjanjian 19? Catatkan tanggapan anda, dan renungkan bagaimana kebenaran tentang Juruselamat ini membantu anda menemukan kedamaian. Apakah maknanya bagi anda untuk “berjalanlah dalam kelembutan hati Roh[-Nya]”?
Lihat juga Henry B. Eyring, “Mencari Kedamaian Peribadi,” Persidangan Umum, April 2023; “Peace in Christ (Damai dalam Kristus)” (video), Gospel Library.
Peace in Christ
Ajaran dan Perjanjian 19:26–41
Berkat-berkat Tuhan adalah lebih besar daripada harta bumi.
Jualan Kitab Mormon tidak baik di Palmyra. Hasilnya, Martin Harris terpaksa menjual sebahagian besar ladangnya untuk membayar hutang kepada pencetak (lihat “The Contributions of Martin Harris (Sumbangan Martin Harris),” dalam Revelations in Context (Wahyu dalam Konteks), 7–8). Renungkan pengorbanan Martin—dan berkat-berkat yang anda terima kerananya—semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 19:26–41. Anda mungkin boleh berfikir tentang apa yang Tuhan telah meminta anda untuk korbankan. Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang mengilhami anda untuk membuat pengorbanan dengan “bersukacita” dan “kegembiraan”? (lihat juga ayat 15–20).
Butiran dari Martin Harris Farm [Ladang Martin Harris], oleh Al Rounds
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 19:16–19
Yesus Kristus telah menderita untuk saya.
-
Anda boleh membantu anak-anak anda merasa ketakziman dan kesyukuran terhadap Juruselamat dengan membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 19:16–19 atau “Bab 51: Yesus Menderita di Taman Getsemani,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 129–32, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library. Pertimbangkan untuk berhenti sejenak untuk memastikan anak-anak anda memahami dan membenarkan mereka mengungkapkan perasaan mereka. Contohnya, dalam ayat 16, apakah “hal-hal ini” yang Yesus menderita untuk kita? (lihat Mosia 3:7; Alma 7:11–12). Apakah yang kita pelajari dari gambaran penderitaan-Nya? Bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran untuk pengorbanan yang Dia telah lakukan bagi kita?
Chapter 51: Jesus Suffers in the Garden of Gethsemane
Bantu kanak-kanak belajar dari kitab suci. Sesetengah kanak-kanak mengalami kesukaran membaca tulisan suci. Fokus pada satu ayat atau frasa mungkin boleh membantu mereka.
-
Bantu kanak-kanak mencari dalam Nyanyian Rohani atau Buku Nyanyian Anak-anak untuk lagu-lagu yang membantu mereka menyatakan perasaan mereka tentang Yesus Kristus (lihat indeks tajuk dalam buku-buku ini).
Ajaran dan Perjanjian 19:18–19, 24
Yesus Kristus mematuhi Bapa Syurgawi, walaupun pada waktu sukar.
-
Penderitaan bagi dosa-dosa kita sangat susah, tetapi Yesus Kristus rela melakukannya untuk mematuhi Bapa-Nya dan menunjukkan kasih-Nya kepada Dia dan untuk kita. Anda boleh melihat bersama gambar Yesus Kristus menderita di Getsemani (seperti yang dalam panduan ini) dan minta anak-anak anda memberitahu anda apa yang mereka tahu yang sedang berlaku dalam gambar itu. Anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 19:18–19, 24 untuk menekankan bahawa penderitaan untuk dosa-dosa kita adalah hal yang paling sukar yang pernah dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi kerana Yesus mengasihi Bapa-Nya dan kita, Dia mematuhi kehendak Tuhan (lihat juga Mosia 3:7). Apakah hal sukar yang Tuhan minta kita lakukan? Bagaimanakah kita dapat mencari keberanian untuk mematuhi-Nya?
“Belajarlah daripada-Ku, dan dengarkanlah firman-Ku”
-
Anda boleh bantu anak-anak anda memikirkan aksi mudah yang sesuai dengan frasa dalam Ajaran dan Perjanjian 19:23. Baca ayat itu beberapa kali semasa mereka melakukan aksi tersebut. Apakah beberapa cara kita boleh belajar tentang Kristus dan mendengar firman-Nya?
Berkat-berkat Tuhan adalah lebih besar dari harta bumi.
-
Anda dan anak-anak anda boleh bergilir memegang salinan Kitab Mormon dan berkongsi apa yang anda suka tentangnya. Bercakap secara ringkas mengenai pengorbanan Martin Harris supaya Kitab Mormon boleh dicetak (lihat Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 33). Apakah yang Tuhan katakan kepada Martin dalam Ajaran dan Perjanjian 19:38 yang mungkin telah membantu dia menjadi setia dan patuh? Bantu anak-anak anda memikirkan sesuatu yang mereka boleh korbankan untuk mematuhi Tuhan atau membantu dalam pekerjaan-Nya.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.