Doctrine and Covenants 2025
17–23 Mac: “Carilah Hal-hal dari Dunia yang Lebih Baik”: Ajaran dan Perjanjian 23–26


“17–23 Mac: ‘Carilah Hal-hal dari Dunia yang Lebih Baik’: Ajaran dan Perjanjian 23–26,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 23–26,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Emma Smith

17–23 Mac: “Carilah Hal-hal dari Dunia yang Lebih Baik”

Ajaran dan Perjanjian 23–26

Bagi kebanyakan orang, dibaptiskan adalah pengalaman yang takzim dan damai. Walau bagaimanapun, pembaptisan Emma Smith dan yang lain, diganggu oleh seorang perusuh yang mengejek mereka, mengancam mereka, dan memaksa mereka untuk melarikan diri. Kemudian, sejurus Joseph ingin menetapkan ahli-ahli baharu, dia ditangkap atas alasan mengganggu masyarakat dengan ajarannya. Dalam semua pertentangan ini, bagaimana Emma dapat mencari keyakinan bahawa dia melakukan perkara yang betul? Tempat yang sama kita semua dapat menjumpainya—melalui wahyu daripada Tuhan. Dia berbicara kepada Emma tentang “hal-hal tentang dunia yang lebih baik”—kerajaan-Nya—dan tempatnya di dalamnya. Dia memberitahunya untuk tidak takut, untuk “angkatlah hati dan bersukacitalah,” dan untuk “pautkanlah diri pada perjanjian-perjanjian [dia telah] buat.” Dan kata-kata galakan dan nasihat ini adalah “suara-Nya kepada semua” (Ajaran dan Perjanjian 25:9–10, 13, 16).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 24

Juruselamat boleh mengangkat saya “keluar dari kesengsaraan [saya].”

Wahyu di Ajaran dan Perjanjian 24 diberikan untuk “menguatkan, mendorong dan mengarahkan” Joseph dan Oliver pada suatu masa yang susah (pengenalan bahagian). Cari perkataan dalam Ajaran dan Perjanjian 24 yang anda rasa akan memperkuatkan dan menggalakkan mereka.

Apakah yang tulisan suci berikut maksudkan tentang bagaimana Juruselamat dapat mengangkat anda keluar dari cabaran anda?

Ajaran dan Perjanjian 24:1–3

Ajaran dan Perjanjian 24:8

Ajaran dan Perjanjian 121:7–8

Yesaya 40:28–31

Mosia 24:14–15

Kristus menyembuhkan seorang lelaki

Butiran dari He Healed Many of Diverse Diseases [Dia Menyembuhkan Banyak Orang yang Menderita Pelbagai Penyakit], oleh J. Kirk Richards

Ajaran dan Perjanjian 25

Saya mempunyai peranan penting dalam kerajaan Tuhan.

Apabila Emma Smith memerhatikan Pemulihan yang berlaku melalui suaminya, Joseph Smith, dia mungkin tertanya-tanya apakah peranannya. Carilah jawapan yang Tuhan sediakan dalam Ajaran dan Perjanjian 25. Adakah anda mendapati apa-apa dalam bahagian ini yang anda rasa adalah “suara-Nya kepada [anda]”? (ayat 16).

Lihat juga “An Elect Lady” (video), Gospel Library; “Thou Art an Elect Lady,” dalam Revelations in Context, 33–39; Joy D. Jones, “Satu Panggilan yang Teramat Mulia,” Persidangan Umum, April 2020, 15–18.

5:15

"An Elect Lady"

Ajaran dan Perjanjian 25:5, 14

“Teruskanlah di dalam semangat kelembutan hati.”

Apakah maksud frasa “semangat kelembutan hati” kepada anda? Pertimbangkan untuk mencari bahagian 25 untuk perkataan dan frasa yang membantu anda memahami maksud menjadi lembut hati. Pesanan Elder David A. Bednar “Menjadi Lembut hati dan Rendah Hati” juga boleh membantu (Persidangan Umum, April 2018, 30–33). Bagaimanakah Yesus Kristus merupakan teladan kelembutan hati kepada anda? (lihat Matius 11:28–30). Fikirkan tentang hal-hal dalam hidup anda yang anda boleh lakukan “dalam semangat kelembutan hati.”

Ajaran dan Perjanjian 25:10, 13

ikon seminari
“Mengenepikan hal-hal dari dunia ini, dan mencari hal-hal yang lebih baik.”

Semasa anda merenungkan nasihat Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 25:10, anda boleh senaraikan “hal-hal dunia ini” yang Dia ingin anda “ketepikan.” Kemudian anda boleh senaraikan “hal-hal tentang dunia yang lebih baik” yang Dia mahu anda cari. Anda boleh memilih sekurang-kurangnya satu perkara dari senarai pertama yang anda akan ketepikan dan satu perkara dari senarai kedua yang anda akan cari.

Presiden Russell M. Nelson telah memberi nasihat dan janji-janji tentang “[mengenepikan] banyak hal dari dunia ini.” Cari tentang pesanannya “Harta Karun Rohani” (Persidangan Umum, Okt. 2019). Bagaimanakah anda akan mengikuti nasihatnya?

Semasa anda membaca ayat 13, fikirkan tentang perjanjian yang anda telah buat dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Apakah maksudnya untuk “pautkanlah diri” kepada perjanjian-perjanjian ini? Bagaimanakah perjanjian anda membantu anda “mengenepikan hal-hal dari dunia ini, dan mencari hal-hal yang lebih baik”?

Berikut adalah beberapa tulisan suci lain yang dapat membantu anda membezakan di antara “hal-hal dari dunia ini” dan “hal-hal yang lebih baik”: Matius 6:19, 21, 25–34; Lukas 10:39–42; 2 Nefi 9:51.

Jemput perkongsian. Jika anda mengajar orang lain tentang bagaimana untuk “mengenepikan hal-hal dari dunia ini,” pertimbangkan cara untuk menjemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka lakukan untuk mengikuti nasihat ini. Kita boleh mendapat kekuatan dan keberanian yang besar dari mendengar tanggapan dan pengalaman satu sama lain.

Ajaran dan Perjanjian 25:11–12

Tuhan senang akan “nyanyian hati.”

Apakah beberapa “nyanyian hati” anda—lagu-lagu yang menyatakan perasaan anda tentang Bapa Syurgawi atau Yesus Kristus? Pertimbangkan untuk menyanyi atau mendengar beberapa darinya. Apakah yang membuat lagu-lagu ini istimewa kepada anda?

Anda juga boleh merenungkan bagaimana lagu rohani ini seumpama doa. Apakah persamaan muzik dan doa kudus? Bagaimanakah lagu-lagu kudus anda telah “dijawab dengan berkat”?

Ajaran dan Perjanjian 26:2

“Semua hal akan dilakukan dengan persetujuan bersama di dalam gereja.”

Frasa “persetujuan bersama” dalam ayat ini merujuk kepada tindakan mengangkat tangan untuk menunjukkan bahawa kita menyokong seseorang yang menerima panggilan atau pentahbisan imamat. Bagaimanakah anda akan menjelaskan kepada seorang pengunjung ke pertemuan Gereja apakah maksudnya apabila kita menyokong seseorang? Apakah jawapan yang anda temui dalam pesanan Presiden Henry B. Eyring “Kuasa Iman yang Menyokong”? (Persidangan Umum, April 2019).

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 03 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 24:1, 8

Juruselamat boleh mengangkat saya “keluar dari kesengsaraan [saya].”

  • Untuk mempelajari tentang beberapa kesengsaraan atau cabaran yang Joseph Smith dan Orang Suci awal hadapi, anda boleh kaji semula “Bab 11: Lebih Banyak Orang Menyertai Gereja,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 46–47, atau video yang berkaitan di Gospel Library. Kemudian anda dan anak-anak anda boleh mencari apa yang Tuhan katakan kepada Joseph mengenai kesengsaraannya dalam Ajaran dan Perjanjian 24:1, 8. Anda juga boleh berkongsi dengan satu sama lain bagaimana Tuhan membantu anda dalam masa yang sukar.

    1:52

    Chapter 11: More People Join the Church: April–June 1830

  • Untuk belajar maksud menjadi “sabar dalam kesengsaraan kita,” anda dan anak-anak anda boleh mencipta semula eksperimen dalam video “Continue in Patience (Teruskan dalam Kesabaran)” (Gospel Library). Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 24:8 ajarkan kita tentang kesabaran? Bagaimanakah Juruselamat memberitahu kita bahawa Dia “bersama [kita]” semasa kesengsaraan kita?

    2:42

    Continue in Patience

Ajaran dan Perjanjian 25:11–12

Yesus menyukai “nyanyian hati.”

  • Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 25:12, anda boleh memberitahu satu sama lain tentang lagu rohani kegemaran anda atau lagu Gereja—”nyanyian hati” anda—dan menyanyi bersama. Saling berkongsi mengapa anda menyukai lagu-lagu ini. Mengapakah Tuhan gembira apabila kita menyanyikan lagu-lagu ini? Bagaimanakah nyanyian kita seperti “doa kepada [Dia]”?

keluarga bernyanyi di piano

Ajaran dan Perjanjian 25:13, 15

Perjanjian saya dengan Bapa Syurgawi membawa saya kebahagiaan.

  • Untuk memahami maksud untuk “patuhilah pada perjanjian” (Ajaran dan Perjanjian25:13), anak-anak anda boleh bergilir berpegang kepada sesuatu sekuat mungkin. Kemudian anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang bagaimana anda “pautkanlah diri” atau berpegang kepada perjanjian anda. Jika perlu, kaji semula bersama anak-anak anda perjanjian yang kita buat (lihat Mosia 18:8–10; Ajaran dan Perjanjian 20:37; dan halaman aktiviti minggu ini).

  • Untuk memberi anak-anak anda konteks untuk Ajaran dan Perjanjian 25:13, anda boleh memberitahu ini adalah sesuatu yang Tuhan beritahu Emma Smith tidak lama selepas pembaptisannya. Mengapakah ini adalah nasihat yang baik untuk seseorang yang baru dibaptiskan?

    2:51

    Sebuah Wahyu untuk Emma: Dipilih oleh Tuhan untuk melakukan pekerjaan-Nya

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Emma mengkaji tulisan suci

Emma’s Hymns [Nyanyian Rohani Emma], oleh Liz Lemon Swindle

Halaman aktiviti Sekolah Primer