Doctrine and Covenants 2025
10–16 Mac: “Kebangkitan Gereja Kristus”: Ajaran dan Perjanjian 20–22


“10–16 Mac, ‘Kebangkitan Gereja Kristus’: Ajaran dan Perjanjian 20–22,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 20–22,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Joseph Smith berkhutbah di sebuah bilik yang penuh dengan orang

10-16 Mac: “Kebangkitan Gereja Kristus”

Ajaran dan Perjanjian 20–22

Pekerjaan Juruselamat untuk mendatangkan Kitab Mormon kini selesai. Tetapi pekerjaan Pemulihan-Nya baru sahaja bermula. Tambahan kepada memulihkan ajaran dan wewenang imamat, Tuhan telah menjelaskan melalui wahyu-wahyu sebelumnya bahawa Dia juga ingin memulihkan organisasi rasmi—Gereja-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 10:53; 18:5). Pada 6 April 1830, lebih daripada 40 orang yang percaya berkumpul di rumah kayu keluarga Whitmer di Fayette, New York, untuk menyaksikan penubuhan Gereja Yesus Kristus.

Sesetengah orang tertanya-tanya mengapa organisasi gereja diperlukan. Jawapannya boleh ditemui, sekurang-kurangnya sebahagiannya, di wahyu yang berkaitan dengan pertemuan Gereja yang pertama pada tahun 1830. Ia menggambarkan berkat-berkat yang mustahil jika Gereja Yesus Kristus yang sejati tidak “secara rasmi diorganisasikan dan ditubuhkan” pada zaman akhir (Ajaran dan Perjanjian 20:1).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 20–21

Yesus Kristus telah memulihkan Gereja-Nya.

Mengapakah kita mempunyai Gereja yang diorganisasikan? Jawapan yang terbaik mungkin ialah “Kerana Yesus Kristus mengorganisasikannya.” Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 20–21, anda mungkin melihat persamaan antara Gereja yang Dia tubuhkan pada zaman purba dan yang dia telah pulihkan hari ini. Gunakan ayat-ayat berikut untuk belajar tentang Gereja Kristus pada zaman purba: Matius 16:15–19; Yohanes 7:16–17; Efesus 2:19–22; 3 Nefi 11:23–26; Moroni 4–5. Gunakan ayat-ayat ini untuk belajar tentang Gereja yang dipulihkan: Ajaran dan Perjanjian 20:17–25, 60, 72–79; 21:1–2. Anda boleh mencatatkan apa yang anda jumpa dalam rajah seperti ini:

Ajaran

Tatacara-tatacara

Wewenang imamat

Nabi-nabi

Gereja zaman purba Kristus

Ajaran

Tatacara-tatacara

Wewenang imamat

Nabi-nabi

Gereja Kristus yang dipulihkan

Ajaran

Tatacara-tatacara

Wewenang imamat

Nabi-nabi

Apakah yang anda pelajari dari aktiviti ini tentang mengapa Yesus Kristus menubuhkan—dan memulihkan—Gereja-Nya?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Keperluan Untuk Gereja,” Persidangan Umum, Okt. 2021.

Jemput perkongsian. Apabila anda menjemput orang untuk berkongsi apa yang mereka pelajari sendiri, mereka akan terdorong untuk meneruskan pembelajaran peribadi mereka. Apakah yang anda boleh menjemput orang lain untuk berkongsi?

Ajaran dan Perjanjian 20:37, 75–7922

Tatacara kudus membantu saya menjadi seperti Juruselamat.

Ketika Gereja diorganisasikan, Tuhan mengajar para Orang suci tentang tatacara kudus, termasuklah pembaptisan dan sakramen. Semasa anda membaca tentang tatacara-tatacara ini, renungkan bagaimana ia membantu anda berasa dekat dengan Juruselamat. Contohnya, bagaimana tatacara-tatacara ini membantu anda mengekalkan “ketekadan untuk melayani [Yesus Kristus] sampai akhir”? (ayat 37). Anda juga boleh membaca doa sakramen (ayat 77, 79) dan bayangkan bahawa anda mendengarnya buat kali pertama. Apakah pandangan yang anda terima?

Lihat juga D. Todd Christofferson, “Mengapa Jalan Perjanjian,” Persidangan Umum, April 2021.

remaja putera sedang mengedarkan sakramen

Ajaran dan Perjanjian 20:38–60

Pelayanan keimamatan memberkati ahli Gereja dan keluarga mereka.

Pernahkah anda terfikir mengapa ia penting kepada Juruselamat untuk memulihkan imamat dalam Gereja-Nya? Membaca apa yang Dia minta para pemegang imamat untuk lakukan dalam Ajaran dan Perjanjian 20:38–60 boleh memberi anda beberapa pemahaman. Bagaimanakah Juruselamat telah memberkati anda dan keluarga anda melalui pekerjaan yang digambarkan dalam ayat-ayat ini?

Selain daripada mereka yang ditahbiskan kepada imamat, wanita yang ditetapkan untuk melayani dalam Gereja juga menggunakan wewenang Tuhan semasa mereka terlibat dalam pekerjaan-Nya. Untuk belajar bagaimana, lihat pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Kunci-kunci dan Wewenang Imamat” (Persidangan Umum, April 2014).

Lihat juga Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Joseph Smith’s Teachings about Priesthood, Temple, and Women (Ajaran Joseph Smith tentang Imamat, Bait Suci, dan Wanita,” Gospel Library.

Ajaran dan Perjanjian 21

ikon seminari
Mematuhi firman Tuhan melalui para nabi-Nya akan memberi saya perlindungan ilahi.

Ajaran dan Perjanjian 21:4–9 mengandungi jemputan untuk mengikuti nabi Tuhan dan janji-janji berkuasa untuk orang yang melakukannya. Idea-idea berikut boleh membantu anda merenungkan ayat-ayat ini:

  • Apakah perkataan dalam ayat 4–5 yang menggambarkan apa yang Juruselamat mahu anda lakukan dengan kata-kata nabi hidup-Nya? Mengapakah anda rasa “kesabaran dan iman” diperlukan untuk melakukan ini?

  • Renungkan gambaran yang Juruselamat gunakan dalam ayat 6 untuk menggambarkan berkat-berkat mengikuti nabi-Nya. Apakah yang dimaksudkan dengan “pintu-pintu gerbang neraka”? Bagaimanakah Tuhan “menyelerakkan kuasa kegelapan” untuk anda? Apakah maksudnya untuk “langit bergoncang demi kebaikanmu”?

  • Apakah yang Tuhan minta anda lakukan melalui Presiden Gereja sekarang? Bagaimanakah Tuhan telah memenuhi janji-janji-Nya semasa anda mengikuti nasihat-Nya?

Senaraikan pandangan tambahan yang anda peroleh dari bahagian berikut dalam pesanan Elder Neil L. Andersen “Nabi Tuhan” (Persidangan Umum, April 2018):

  • Mengapa Kita Ikut Nabi:

  • Seorang Pengawal Di Atas Menara:

  • Janganlah Hairan:

Lihat juga “Watchman on the Tower (Pengawal di atas Menara)” (video), ChurchofJesusChrist.org; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Prophets (Nabi),” Gospel Library.

4:17

Watchman on the Tower

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 02 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 20–21

Gereja Yesus Kristus telah dipulihkan.

  • Pertimbangkan untuk menggunakan pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 21, bab 9 dari Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, atau video “Organization of the Church (Organisasi Gereja)” (ChurchofJesusChrist.org) untuk membantu anak-anak anda memahami apa yang berlaku pada hari Gereja diorganisasikan.

    2:37

    Gereja Yesus Kristus Ditubuhkan: Pertemuan Gereja yang menggembirakan

  • Anak-anak anda boleh memadankan gambar Yesus Kristus, seseorang yang melayani, pembaptisan, dan sakramen dengan ayat-ayat dalam bahagian 20 (lihat ayat 21–23, 47, 72–74, 75–79). Gunakan gambar dan ayat-ayat ini untuk membincangkan berkat-berkat yang kita ada kerana Yesus Kristus memulihkan Gereja-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 20:37, 41, 71–74

Ketika saya dibaptiskan dan ditetapkan, saya berjanji untuk mengikuti Yesus Kristus.

  • Anak-anak anda boleh melihat satu gambar seorang kanak-kanak dibaptiskan dan ditetapkan. Mereka boleh beritahu bagaimana ia sepadan dengan arahan dalam Ajaran dan Perjanjian 20:41, 71–74. Apakah yang kita pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 20:37 tentang orang yang ingin dibaptiskan? Anda juga boleh menyanyikan “Waktu Aku Dibaptis”bersama (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53) atau tonton video “The Baptism of Jesus (Pembaptisan Yesus)” (Gospel Library).

    3:10

    The Baptism of Jesus

    budak perempuan dibaptiskan dan budak perempuan ditetapkan
  • Jika anak-anak anda telah dibaptiskan dan ditetapkan, tanyakan pengalaman mereka. Adakah mereka mempunyai gambar yang mereka boleh kongsi? Bercakap dengan mereka tentang apa yang mereka lakukan untuk mengikuti Yesus Kristus dan bagaimana Dia memberkati mereka.

Ajaran dan Perjanjian 20:75–79

Saya boleh mengambil nama Yesus ke atas diri saya dan selalu mengingati-Nya.

  • Anak-anak anda boleh mencari perkataan “bersedia” dalam Ajaran dan Perjanjian 20:37 (tentang pembaptisan) dan ayat 77 (doa sakramen). Apakah yang Yesus Kristus mahu kita bersedia untuk lakukan? Mungkin anak-anak anda boleh melihat sesuatu yang mempunyai nama di atasnya (seperti nama jenama atau nama peribadi). Apakah nama itu memberitahu kita tentang benda itu? Apakah maksudnya untuk mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri kita?

  • Pertimbangkan untuk membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 20:77 dan minta anak-anak anda mengenal pasti janji-janji yang kita buat semasa sakramen. Mereka mungkin boleh bergilir untuk melakonkan sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk “selalu mengingati” Juruselamat dan meneka aksi satu sama lain. Menurut ayat 77, bagaimana kita diberkati apabila kita selalu mengingati Juruselamat?

Ajaran dan Perjanjian 21:4–6

Yesus memberkati saya semasa saya mengikuti nabi-Nya.

  • Selepas menemui jemputan dan janji dalam Ajaran dan Perjanjian 21:4–6, anak-anak anda boleh melihat gambar nabi terkini dan berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari atau dengar daripadanya. Saling berkongsi cara Yesus Kristus telah memberkati anda kerana mengikuti nabi-Nya.

Presiden Nelson

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Joseph Smith ditetapkan oleh Oliver Cowdery

Oliver Cowdery Ordains Joseph Smith [Oliver Cowdery Mentahbis Joseph Smith], oleh Walter Rane

halaman aktiviti untuk kanak-kanak