“21-27 April: ‘Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik–Ku,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 37–40,” Ikutlah Aku—Untuk Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Butiran dari Saints Move to Kirtland [Orang Suci Berpindah ke Kirtland], oleh Sam Lawlor
21–27 April: “Jika Kamu Tidak Bersatu Kamu Bukanlah Milik-Ku”
Ajaran dan Perjanjian 37–40
Kepada Orang Suci awal, Gereja adalah lebih sekadar satu tempat untuk mendengar khutbah pada hari Ahad. Wahyu-wahyu menggunakan perkataan seperti sebab, kerajaan, Sion, dan, sering kali, pekerjaan. Ini mungkin merupakan sebahagian daripada apa yang menarik orang kepada Gereja yang dipulihkan. Sebagaimana mereka mengasihi ajaran, ramai juga menginginkan sesuatu kudus yang mereka boleh baktikan kehidupan mereka. Walaupun demikian, mematuhi perintah Tuhan pada tahun 1830 untuk berkumpul di Ohio tidak mudah. Bagi banyak orang, ia bermaksud meninggalkan rumah yang selesa untuk sempadan yang asing (lihat “Suara-suara Pemulihan: Berkumpul ke Ohio”). Hari ini kita dapat jelas melihat apa yang dapat Orang Suci lihat hanya dengan mata iman: Tuhan mempunyai banyak berkat menunggu mereka di Ohio.
Keperluan untuk berkumpul ke Ohio telah lama berlalu, tetapi Orang Suci hari ini masih bersatu atas sebab yang sama: untuk “mendatangkan Sion” (Ajaran dan Perjanjian 39:13). Seperti para Orang Suci awal, kita meninggalkan “kekhuatiran dunia” (Ajaran dan Perjanjian 40:2) dan percaya akan janji Tuhan: “Kamu akan menerima … suatu berkat yang begitu besar seperti yang belum pernah kamu ketahui” (Ajaran dan Perjanjian 39:10).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan mengumpul kita untuk memberkati kita.
Ahli-ahli Gereja di Fayette, New York, perlu membuat pengorbanan sukar untuk berpindah ke Ohio (lebih dari 250 batu jauhnya) pada musim sejuk 1831. Semasa anda membaca tentang perintah Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 37:3–4, anda mungkin berfikir tentang pengorbanan yang Tuhan telah minta daripada anda. Kemudian, semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 38:1–33, cari kebenaran tentang Juruselamat yang memberi anda iman untuk mengikuti nasihat-Nya. Apakah yang anda pelajari dari ayat 11–33 tentang berkat-berkat pengumpulan sebagai pengikut Yesus Kristus?
“Dengarlah suara-Ku dan ikutlah Aku.”
Bagaimanakah anda boleh menjadikan Yesus Kristus sebagai “pemberi hukum” anda? Bagaimanakah mematuhi hukum-Nya menjadikan anda “umat yang bebas”?
Lihat juga 2 Nefi 2:26–27.
Jika saya bersedia, saya tidak perlu takut.
Bilakah anda telah mengalami asas yang Tuhan telah ungkapkan dalam Ajaran dan Perjanjian 38:30: “Jika kamu bersedia kamu tidak akan takut”? Semasa anda mengkaji bahagian 38, perhatikan bagaimana Tuhan menyediakan para Orang Suci-Nya supaya mereka boleh menghadapi masa depan dengan keberanian. Bagaimanakah Dia mahu anda bersedia untuk cabaran supaya anda tidak perlu takut?
Lihat juga David A. Bednar, “Dengan Ini Kita Akan Menguji Mereka,” Persidangan Umum, Okt. 2020.
Ajaran dan Perjanjian 38:24–27
Tuhan hendak kita “menjadi satu”.
Para Orang Suci yang berkumpul di Ohio datang dari pelbagai keadaan. Begitu juga dengan orang-orang dalam bahagian anda. Tetapi Tuhan memerintahkan umat-Nya untuk “menjadi satu” (ayat 27). Bagaimanakah kita dapat mencapai kesatuan seperti ini? Apakah idea-idea yang datang ke minda semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 38:24–27? Mengapakah kita perlu bersatu untuk menjadi umat Tuhan?
Membaca ayat-ayat ini juga boleh mengilhami anda untuk memikirkan hubungan anda—contohnya, bersama ahli keluarga, ahli bahagian, dan kuorum atau ahli kelas. Apakah yang mungkin menghindari anda daripada bersatu dalam Kristus? Bagaimanakah Juruselamat boleh membantu anda “menjadi satu”? Anda juga boleh mencari idea dalam pesanan Elder Dale G. Renlund “Kedamaian Kristus Memansuhkan Permusuhan,” Persidangan Umum, Okt. 2021.
A Friend to All
Love in Our Hearts
Bagaimanakah anda boleh membantu kumpulan-kumpulan ini menjadi lebih bersatu? Contohnya, pertimbangkan untuk menghantar nota atau menghantar mesej kepada ahli kuorum, kelas, atau keluarga anda. Siapakah yang anda terilham untuk menghubungi?
Apa yang mengilhami anda tentang teladan Juruselamat dalam Efesus 2:14, 18–22; 2 Nefi 26:24–28?
Lihat juga Quentin L. Cook, “Hati Terkait Dalam Kesolehan dan Perpaduan,” Persidangan Umum, Okt. 2020; “Saling Mengasihi,” Nyanyian Rohani, no. 150; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Belonging in the Church of Jesus Christ, (Tergolong dalam Gereja Yesus Kristus),” Gospel Library.
Ajaran dan Perjanjian 38:39; 39–40
Tuhan Bapa ingin memberikan saya kekayaan keabadian.
Pada pendapat anda, apakah perbezaan di antara “kekayaan bumi” dan “kekayaan keabadian”? (Ajaran dan Perjanjian 38:39). Apakah pengalaman yang telah mengajar anda untuk menghargai kekayaan keabadian?
Ingatlah ini semasa anda membaca tentang James Covel dalam bahagian 39–40 (termasuk latar belakang sejarah dalam pengenalan bahagian). Pertimbangkan bagaimana pengalamannya mungkin berkaitan dengan anda. Contohnya, fikiran masa ketika “hati [anda] … adalah benar di hadapan [Tuhan]” (Ajaran dan Perjanjian 40:1). Bagaimanakah anda diberkati atas kesetiaan anda? Fikirkan juga apa “kekhuatiran dunia” yang anda hadapi. Bagaimanakah ia boleh menghalang anda dari menerima firman Tuhan “dengan kegembiraan”? (Ajaran dan Perjanjian 39:9; 40:2). Apakah yang anda temui dalam bahagian-bahagian ini yang mengilhami anda untuk menjadi lebih patuh kepada Tuhan secara konsisten?
Lihat juga Matius 13:3–23.
Mengaplikasikan tulisan suci kepada kehidupan anda. “Satu cara anda boleh membantu para pelajar melihat kaitan kebenaran [tulisan suci] adalah dengan menanya soalan seperti ‘Bagaimanakah ini dapat membantu anda dengan sesuatu yang anda sedang mengalami sekarang?’ ‘Mengapakah penting untuk anda tahu tentang ini?’ ‘Apakah perbezaan yang ini boleh bawakan dalam hidup anda?’” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 23). Soalan-soalan dalam aktiviti ini tentang Ajaran dan Perjanjian 39–40 adalah contoh-contoh soalan lain yang dapat membantu kita menggunakan wahyu-wahyu ini dalam kehidupan kita.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 37; 38:31–33
Tuhan mengumpulkan kita untuk memberkati kita.
-
Peta dan halaman aktiviti di hujung panduan ini dapat membantu anak-anak anda memahami apa yang Tuhan perintahkan dalam Ajaran dan Perjanjian 37:3. Anda boleh membantu mereka mencari tempat-tempat yang disebutkan dalam wahyu-wahyu ini. Anda juga boleh membantu mereka mencari frasa dari Ajaran dan Perjanjian 38:31–33 yang menggambarkan mengapa Tuhan mahu umat-Nya berkumpul bersama.
Ajaran dan Perjanjian 38:24–27
Tuhan hendak kita “menjadi satu”.
-
Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 38:24–25 dengan anak-anak anda, bincangkan apa yang dimaksudkan untuk menghormati saudara atau saudari anda sebagai diri anda sendiri (lihat juga Matius 7:12). Bantu mereka mengulangi tulisan suci, menggantikan “saudaranya” dengan nama masing-masing.
-
Untuk mengajar anak-anak anda maksud untuk “menjadi satu” (Ajaran dan Perjanjian 38:27), anda boleh membantu mereka melukis jumlah yang besar 1 dan menghiasinya dengan nama dan lukisan atau gambar setiap orang dalam keluarga atau kelas anda. Di sebelah 1, anda boleh menulis perkara yang anda akan lakukan untuk menjadi lebih bersatu.
-
Pertimbangkan untuk berkongsi satu pelajaran berobjek yang menggambarkan bagaimana sesuatu boleh digabungkan atau bersatu menjadi satu, seperti potongan kain yang menghasilkan satu selimut tampal cantum atau bahan membuat satu roti. Apakah yang contoh-contoh ini ajarkan kita tentang menjadi satu sebagai umat Tuhan?
Jika saya bersedia, saya tidak perlu takut.
-
Semasa anda membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 38:30, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang pengalaman baru-baru ini yang memerlukan persediaan. Kemudian anda boleh bertanya kepada anak-anak anda tentang perkara-perkara yang Bapa Syurgawi mahu kita bersedia. Kongsi dengan anak-anak anda satu pengalaman di mana persediaan membantu anda untuk tidak takut. Anda juga boleh menonton bersama video “Men’s Hearts Shall Fail Them” (Gospel Library).
Men's Hearts Shall Fail Them
Ajaran dan Perjanjian 39:6, 23
Saya menerima kurnia Roh Kudus apabila saya ditetapkan.
-
Pertimbangkan untuk menunjukkan gambar seseorang ditetapkan. Mintalah anak-anak anda untuk menggambarkan apa yang berlaku dalam gambar. Anda juga boleh menjemput mereka untuk menunjuk kepada gambar setiap kali mereka mendengar kata-kata Roh Kudus dalam Ajaran dan Perjanjian 39:6, 23 (atau dalam lagu seperti “Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 55). Saling berkongsi bagaimana kurnia Roh Kudus telah memberkati anda.
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.