Doctrine and Covenants 2025
Suara-suara Pemulihan: Penganut Awal


“Suara-suara Pemulihan: Penganut Awal,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Penganut Awal,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan

Penganut Awal

Malah sebelum Gereja diorganisasikan pada April 1830, Tuhan menyatakan, “Ladang telah memutih sedia untuk dituai” (Ajaran dan Perjanjian 4:4). Pernyataan ini terbukti benar pada bulan-bulan berikutnya, kerana banyak pencari kebenaran dipimpin oleh Roh Tuhan untuk mencari Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan.

Banyak daripada penganut awal ini memainkan peranan penting dalam membina landasan Pemulihan, dan kisah penukaran hati mereka adalah sangat berharga bagi kita hari ini. Iman yang mereka tunjukkan adalah iman sama yang kita perlukan untuk bertukar hati kepada injil Yesus Kristus.

Abigail Calkins Leonard

Apabila Abigail Calkins Leonard berada di pertengahan usia tiga-puluhan, dia mahu dosa-dosanya diampuni. Dia kadang-kadang membaca Alkitab, dan orang dari gereja-gereja Kristian melawat rumahnya, tetapi dia keliru tentang apa yang membezakan satu gereja dari yang lain. “Suatu pagi,” katanya, “Saya mengambil Alkitab saya dan pergi ke hutan, saya berlutut” Dia berdoa dengan penuh semangat kepada Tuhan. “Segera penglihatan telah berlalu di hadapan mataku,” katanya, “dan sekta-sekta berbeza berlalu satu demi satu dari saya, dan suara memanggil saya, berkata: ‘Ini dibina untuk mendapat keuntungan.’ Kemudian, di luar, saya dapat melihat cahaya yang besar, dan suara dari atas menyebut: “Saya akan membangkitkan bangsa, yang akan saya sukai untuk memiliki dan memberkati.’” Tidak lama kemudian, Abigail mendengar tentang Kitab Mormon. Walaupun dia belum mempunyai salinan, dia berusaha untuk “mengetahui kebenaran kitab ini, oleh kurnia dan kuasa Roh Kudus,” dan dia “segera merasakan kehadirannya.” Apabila dia akhirnya dapat membaca Kitab Mormon, dia “telah bersedia untuk menerimanya.” Dia dan suaminya, Lyman, dibaptiskan pada tahun 1831.

Thomas B. Marsh

Semasa Thomas B. Marsh seorang dewasa muda, dia mengkaji Alkitab dan menyertai gereja Kristian. Tetapi dia tidak berpuas hati, akhirnya menarik diri dari semua gereja. “Saya mempunyai ukuran roh nubuat,” katanya, “dan memberitahu [seorang pemimpin agama] bahawa saya mengharapkan sebuah gereja baru akan muncul, yang akan memiliki kebenaran dalam kesuciannya.” Tidak lama selepas itu, Thomas mempunyai dorongan rohani untuk meninggalkan rumahnya di Boston, Massachusetts, dan melakukan perjalanan ke barat. Setelah menghabiskan tiga bulan di barat New York tanpa menemui apa yang dia cari, dia pulang ke rumah. Dalam perjalanannya, seorang wanita bertanya kepada Thomas apakah dia pernah mendengar tentang “Kitab Emas yang dijumpai oleh seorang pemuda bernama Joseph Smith.” Tertarik dengan pemikiran ini, Thomas segera pergi ke Palmyra dan bertemu Martin Harris di kedai percetakan, sejurus selepas 16 muka surat pertama Kitab Mormon selesai dicetak. Thomas dibenarkan mengambil salinan 16 halaman itu, dan dia membawanya ke rumah untuk isterinya, Elizabeth. “Dia [Elizabeth] sangat gembira” dengan kitab itu, Thomas mengenang, “mempercayainya sebagai pekerjaan Tuhan.” Thomas dan Elizabeth kemudiannya berpindah ke New York bersama anak-anak mereka dan dibaptiskan. (Untuk maklumat lanjut tentang Thomas B. Marsh, lihat Ajaran dan Perjanjian 31.)

Parley dan Thankful Pratt

Seperti Thomas Marsh, Parley dan Thankful Pratt bertindak atas dorongan rohani untuk meninggalkan ladang makmur mereka di Ohio dengan niat untuk memberitakan injil seperti yang mereka fahami dari Alkitab. Parley berkata kepada saudaranya, “Roh hal-hal ini telah dengan begitu kuat berusaha mempengaruhi fikiran saya sehingga saya tidak dapat berehat.” Apabila mereka tiba di bahagian timur New York, Parley terima bisikan untuk tinggal seketika di kawasan itu. Thankful, mereka memutuskan, akan meneruskan tanpa dia. “Saya mempunyai pekerjaan untuk dilakukan di rantau ini,” kata Parley kepadanya, “dan apakah ia, atau berapa lama ia akan mengambil masa untuk dilaksanakan, saya tidak tahu; tetapi saya akan datang apabila ia dilaksanakan. Di sana merupakan pertama kalinya Parley mendengar tentang Kitab Mormon. “Saya berminat dengan kitab itu,” katanya. Dia meminta satu salinan dan membacanya sepanjang malam. Menjelang pagi, dia tahu kitab itu benar, menilainya “lebih daripada semua kekayaan di dunia.” Dalam beberapa hari Parley dibaptiskan. Dia kemudian kembali kepada Thankful, yang juga dibaptiskan. (Untuk maklumat lanjut tentang Parley P. Pratt, lihat Ajaran dan Perjanjian 32.)

3:32

Parley dan Thankful Pratt: Iman untuk mengikuti Roh

Parley Pratt membaca

Parley P. Pratt Reads the Book of Mormon [Parley P. Pratt Membaca Kitab Mormon], oleh Jeffrey Hein

Sidney dan Phebe Rigdon

Dalam perjalanannya dari New York ke sebuah misi di Missouri, Parley Pratt dan rakan-rakannya berhenti di Mentor, Ohio, di rumah Sidney dan Phebe Rigdon—teman-teman lama yang Parley kenali dari masanya di Ohio. Sidney adalah seorang paderi Kristian, dan Parley pernah menjadi anggota jemaahnya dan menganggapnya seorang mentor rohani. Parley dengan bersemangat memberitahu teman-temannya tentang Kitab Mormon dan Pemulihan injil Yesus Kristus. Sidney sendiri telah mencari pemulihan Gereja sejati yang dia temui diterangkan di dalam Perjanjian Baru, walaupun pada mulanya dia ragu-ragu tentang Kitab Mormon. “Tetapi saya akan membaca kitab anda,” katanya kepada temannya, Parley, “dan akan berusaha untuk memastikan, apakah itu wahyu dari Tuhan atau tidak.” Selepas dua minggu mengkaji dan berdoa, dia dan Phebe yakin bahawa kitab itu adalah benar. Tetapi Sidney juga tahu bahawa menyertai Gereja akan menjadi pengorbanan utama bagi keluarganya. Dia pasti akan kehilangan pekerjaannya sebagai seorang paderi, bersama-sama dengan status sosialnya dalam masyarakat. Semasa dia dan Phebe membincangkan kemungkinan ini, Phebe mengisytiharkan, “Saya telah menghitung kosnya, dan … itu keinginan saya untuk melakukan kehendak Tuhan, hidup atau maut.”

2:24

Sidney dan Phebe Rigdon: Mengubah hidup mereka untuk menerima injil

Nota

  1. Lihat Edward W. Tullidge, The Women of Mormondom (1877), 160–63.

  2. “History of Thos. Baldwin Marsh,” Deseret News, 24 Mac, 1858, 18.

  3. Autobiography of Parley P. Pratt (1938), 34.

  4. Autobiography of Parley P. Pratt, 36.

  5. Autobiography of Parley P. Pratt, 37.

  6. Autobiography of Parley P. Pratt, 39; lihat juga Saints, 1:92–94.

  7. History, 1838–56 (Manuscript History of the Church), jilid A-1, 73, josephsmithpapers.org.

  8. Dalam History, 1838–56 (Manuscript History of the Church), jilid A-1, 75, josephsmithpapers.org.