Doctrine and Covenants 2025
7–13 April: “Mengangkat Suaramu … untuk Memaklumkan Injil-Ku”: Ajaran dan Perjanjian 30–36


“7–13 April: ‘Angkatlah Suara-suaramu…untuk Mengisytiharkan Injil-Ku’: Ajaran dan Perjanjian 30–36,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 30–36,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

para misionari awal

7–13 April: “Mengangkat Suaramu … untuk Memaklumkan Injil-Ku”

Ajaran dan Perjanjian 30–36

Parley P. Pratt telah menjadi anggota Gereja selama kira-kira satu bulan ketika dia dipanggil “ke padang belantara” untuk memberitakan Injil (Ajaran dan Perjanjian 32:2). Thomas B. Marsh telah menjadi ahli untuk masa yang kurang dari itu apabila dia diberitahu, “masa bagi misimu telah tiba” (Ajaran dan Perjanjian 31:3). Orson Pratt, Edward Partridge, dan banyak lagi juga baru dibaptiskan ketika panggilan misi mereka datang. Mungkin terdapat juga pengajaran dalam pola ini untuk kita hari ini: jika anda tahu dengan cukup untuk menerima injil yang dipulihkan melalui pembaptisan, anda tahu dengan cukup untuk berkongsi dengan orang lain. Sudah tentu kita sentiasa ingin meningkatkan pengetahuan injil kita, tetapi Tuhan tidak pernah ragu-ragu untuk memanggil “tidak terpelajar” untuk memberitakan injil-Nya (Ajaran dan Perjanjian 35:13). Malah, Dia menjemput kita semua, “membuka mulutmu untuk memaklumkan Injil-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 30:5). Dan kita melakukan yang terbaik bukan melalui kebijaksanaan dan pengalaman kita sendiri tetapi “melalui kuasa Roh” (Ajaran dan Perjanjian 35:13).

Lihat juga “The Faith and Fall of Thomas Marsh,” “Ezra Thayer: From Skeptic to Believer,” “Orson Pratt’s Call to Serve,” dalam Revelations in Context, 54–69.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 30–36

ikon seminari
Saya dipanggil sebagai saksi Yesus Kristus.

Sama ada anda mempunyai panggilan rasmi sebagai seorang misionari atau tidak, anda boleh menjadi saksi Yesus Kristus “di segala waktu, dan dalam segala hal, dan di segala tempat” (Mosia 18:9). Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 30–36, catatkan apa yang anda pelajari tentang peluang anda untuk mengkhutbahkan injil. Anda boleh membuat satu senarai hal-hal yang Tuhan minta daripada anda dan senarai lain tentang janji-janji yang Tuhan buat semasa anda berkongsi injil (contohnya, lihat Ajaran dan Perjanjian 30:8; 31:3–5; 32:1, 5; 35:13–15,24). Anda juga boleh mencari asas-asas yang boleh membantu anda berkongsi injil. Apakah yang anda temui yang mengilhami anda untuk “memaklumkan khabar gembira tentang kebahagiaan yang besar”? (Ajaran dan Perjanjian 31:3).

Elder Gary E. Stevenson mengajar bahawa mengisytiharkan injil “boleh dicapai melalui asas-asas mudah yang diajar kepada setiap kita sejak zaman kanak-kanak: kasih, kongsi, dan jemput” (“Kasih, Kongsi, Jemput,” Persidangan Umum, April 2022). Pertimbangkan untuk mengkaji pesanannya sambil memikirkan tentang kenalan, kawan, dan keluarga anda. Apakah idea-idea yang datang kepada anda tentang bagaimana anda boleh berkongsi dengan mereka “apa yang [anda] kasihi tentang injil Yesus Kristus”? Dalam cara apakah anda boleh menjemput mereka untuk “marilah dan lihat,” “marilah dan melayani,” dan “marilah dan tergolong”? Semasa anda menyanyi atau mendengar “Ku Pergi ke Mana Kau Inginkan” (Nyanyian Rohani, no. 128) atau lagu rohani yang berkaitan, anda boleh tanyakan diri anda, “Apakah yang Tuhan mahu saya katakan untuk berkongsi injil-Nya?”

Lihat juga Marcos A. Aidukaitis, “Angkatlah Hatimu dan Bersukacitalah,” Persidangan Umum, April 2022; Topics and Questions, “Inviting All to Receive the Gospel of Jesus Christ,” “Ministering as the Savior Does (Melayani Seperti Juruselamat),” Gospel Library; “Inviting All to Come unto Christ: Sharing the Gospel” (video), Gospel Library.

4:30

Inviting All to Come unto Christ: Sharing the Gospel

saudari misionari mengajar sekumpulan wanita

Ajaran dan Perjanjian 31:1–2, 5–6, 9, 13

Tuhan boleh membantu saya dengan hubungan keluarga saya.

Keluarga pada tahun 1830 berjuang dengan banyak isu yang sama yang dihadapi keluarga hari ini. Apakah bimbingan dan janji yang Tuhan berikan kepada Thomas B. Marsh tentang keluarganya dalam Ajaran dan Perjanjian 31? (lihat terutamanya ayat 1–2, 5–6, 9, 13). Bagaimanakah firman-Nya dapat membantu anda dalam hubungan keluarga anda?

Ajaran dan Perjanjian 32–33; 35

Tuhan menyediakan saya untuk pekerjaan yang Dia ingin saya lakukan.

Mengkaji kehidupan orang-orang yang ditujukan dalam Ajaran dan Perjanjian 32–33; 35 boleh membantu anda mengenali bagaimana Tuhan menyediakan anda untuk pekerjaan-Nya. Contohnya, anda boleh membaca tentang hubungan antara Parley P. Pratt dan Sidney Rigdon dalam “Suara-suara Pemulihan: Penganut Awal.” Bagaimanakah hubungan ini memberkati anak-anak Tuhan? (lihat Ajaran dan Perjanjian 35).

Satu lagi contoh: Ezra Thayer menulis bahawa sebelum dia dibaptis, dia mempunyai sebuah penglihatan “seorang lelaki datang dan memberi segulung kertas dan menunjukkan kepadaku, dan juga sebuah sangkakala dan memberitahu aku untuk [memainkan] itu. Aku berkata aku tidak pernah [main] sangkakala dalam seumur hidupku. Dia kata kamu boleh mainkan itu, cubalah. … Ia menghasilkan bunyi yang paling indah sekali” (“Revelation, October 1830–B, Revelation Book 1,” pengenalan bersejarah, josephsmithpapers.org). Setelah Joseph Smith menerima sebuah wahyu untuk Ezra Thayer dan Northrop Sweet, kini tercatat di Ajaran dan Perjanjian 33, Ezra mentafsirkan wahyu tersebut sebagai segulung kertas dalam penglihatannya. Bagaimanakah Tuhan menyediakan Ezra untuk misi yang Dia berikan kepadanya dalam Ajaran dan Perjanjian 33:1–13?

Apakah bukti tangan Tuhan berada dalam kehidupan para ahli awal Gereja ini? Siapakah yang Tuhan telah letakkan dalam hidup anda untuk membantu anda datang kepada Kristus? Bagaimanakah Dia menyediakan anda untuk memberkati orang lain melalui iman, kasih, atau jemputan anda?

Lihat juga “A Mission to the Lamanites,” dalam Revelations in Context, 45–49.

Ajaran dan Perjanjian 33:12–18

Jika saya membina kehidupan saya pada injil Juruselamat, saya tidak akan jatuh.

Ajaran dan Perjanjian 33 ditujukan kepada Northrop Sweet dan Ezra Thayer, dua orang penganut baru Gereja. Northrop meninggalkan Gereja tidak lama selepas wahyu ini diberikan. Ezra melayani dengan setia selama beberapa waktu, tetapi dia juga akhirnya jatuh. Membaca tentang mereka dalam bahagian ini mungkin mendorong anda untuk mempertimbangkan betapa teguhnya anda dibangunkan “di atas batu” (ayat 13) injil. Apakah kebenaran dalam ayat-ayat ini yang dapat membantu anda tetap beriman kepada Juruselamat?

Lihat juga Helaman 5:12.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 30:1–2

Saya harus lebih tertumpu kepada hal-hal Tuhan berbanding hal-hal di bumi.

  • Anak-anak anda boleh cuba melakukan dua tugas sekaligus, seperti membaca kata-kata kepada lagu kegemaran sambil menulis nama semua ahli keluarga mereka. Mengapakah ia sukar untuk melakukan dua perkara sekaligus? Anda kemudian boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 30:1–2 bersama. Apakah beberapa “hal-hal dari bumi” yang boleh mengalihkan perhatian kita dari mengingati Yesus Kristus dan injil-Nya? Bagaimanakah kita boleh membina kehidupan kita tertumpu pada-Nya?

Ajaran dan Perjanjian 33:2–3, 6–10

Saya boleh berkongsi injil Yesus Kristus.

  • Untuk membantu anak-anak anda memahami Ajaran dan Perjanjian 33:8–10, anda boleh menjemput mereka untuk cuba mengucap frasa dengan mulut mereka tertutup sementara anda atau anak-anak anda yang lain meneka apa yang mereka katakan. Baca ayat 8–10 dan minta mereka membuka mulut mereka setiap kali frasa “bukalah mulutmu” diulangi. Mengapa Bapa Syurgawi mahu kita membuka mulut kita dan berkongsi injil dengan orang lain? Apakah yang kita boleh beritahu keluarga dan kawan-kawan kita tentang Juruselamat atau injil-Nya? Anda juga boleh menyanyikan sebuah lagu tentang berkongsi injil,seperti “Membawa Injil Ke Seluruh Dunia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 92).

  • Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman yang anda ada berkaitan dengan asas atau janji dalam Ajaran dan Perjanjian 30–34. Apakah yang anda pelajari atau rasakan tentang Juruselamat dan pekerjaan-Nya semasa anda melayani-Nya?

    3:9

    Samuel Smith Berkongsi Kitab Mormon: Satu buku memberkati banyak nyawa

    1:33

    Misi kepada Orang Asli Amerika: Orang India Delaware mendengar injil

sekumpulan kanak-kanak melihat melalui majalah

Terdapat banyak cara untuk berkongsi Injil.

Bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Apabila anda menjemput kanak-kanak menjalani asas-asas injil, anda boleh berkongsi janji-janji yang Tuhan telah buat dengan mereka yang menjalani asas-asas itu. Contohnya, anda boleh bersaksi tentang berkat yang Tuhan berikan kepada kita ketika kita membuka mulut dan berkongsi injil.

Ajaran dan Perjanjian 33:12–13

Saya boleh membina hidup saya pada injil Yesus Kristus.

  • Anda boleh membawa anak-anak anda ke luar untuk melihat landasan bangunan rumah atau Gereja mereka dan meminta mereka untuk menggambarkannya. Mengapakah bangunan memerlukan landasan yang kuat dan kukuh? Baca bersama mereka Ajaran dan Perjanjian 33:12–13, dan saling berkongsi perasaan anda tentang mengapa Tuhan mahu kita membina kehidupan kita pada injil-Nya. Mengapakah “batu” adalah perkataan yang baik untuk menggambarkan injil? Bagaimanakah kita boleh membina kehidupan kita pada batu injil? (lihat juga Matius 7:24–29).

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

para misionari awal mengembara di salji

Go into the Wilderness [Pergi ke Padang Belantara], oleh Robert T. Barrett

halaman aktiviti untuk kanak-kanak