Doctrine and Covenants 2025
14–20 April: “Akulah Dia yang Hidup, Akulah Dia yang Dibunuh”: Hari Easter


“14–20 April: ‘Akulah Dia yang Hidup, Akulah Dia yang dibunuh,’: Hari Easter” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Patung Kristus

14–20 April: “Akulah Dia yang Hidup, Akulah Dia yang Dibunuh”

Hari Easter

3 April 1836, adalah Hari Ahad Easter. Selepas membantu memberi sakramen kepada Orang Suci di Bait Suci Kirtland yang baru dibaktikan, Joseph Smith dan Oliver Cowdery mendapatkan tempat yang tenang di belakang tirai dan menunduk kepala dalam doa. Kemudian, pada hari kudus ini ketika orang Kristian di mana-mana memperingati Kebangkitan Yesus Kristus, Juruselamat yang telah bangkit muncul di bait suci-Nya, mengisytiharkan, “Akulah dia yang hidup, Akulah Dia yang dibunuh” (Ajaran dan Perjanjian 110:4).

Apakah maknanya bahawa Yesus Kristus adalah “Dia yang hidup”? Ini bukan hanya bermaksud Dia bangkit dari kubur dan menampakkan diri kepada para pengikut-Nya di Galilea. Ini juga bermakna bahawa Dia hidup hari ini. Dia berbicara melalui para nabi hari ini. Dia memimpin Gereja–Nya hari ini. Dia menyembuhkan jiwa dan hati yang hancur hari ini. Jadi, kita boleh mengulangi kata-kata kesaksian Joseph Smith: “Dan sekarang, selepas begitu banyak kesaksian yang telah diberikan tentang Dia, inilah kesaksiannya … yang kami berikan terhadap Dia: Bahawa Dia hidup!” (Ajaran dan Perjanjian 76:22). Kita boleh mendengar suara-Nya dalam wahyu-wahyu ini, menyaksikan tangan-Nya dalam kehidupan kita, dan merasakan “kebahagiaan yang ayat ini berikan: ‘Saya tahu Penebus saya hidup!’” (Nyanyian Rohani, no. 53).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

ikon seminari
Yesus Kristus hidup.

Kebanyakan kita belum melihat Yesus Kristus seperti nabi Joseph Smith. Tetapi kita boleh tahu, seperti Joseph, bahawa Juruselamat hidup, bahawa Dia tahu kejayaan dan perjuangan kita, dan bahawa Dia akan membantu kita pada masa yang memerlukan. Pertimbangkan kesaksian anda sendiri tentang Kristus yang hidup semasa anda merenungkan soalan-soalan di bawah dan kaji sumber-sumber yang disertakan.

Kuasa datang dari menghafal. Elder Richard G. Scott menjelaskan: “Kuasa besar boleh datang dari menghafal tulisan suci. Menghafal tulisan suci adalah untuk menjalin persahabatan baru. Ia seperti menemui individu baharu yang boleh membantu dalam masa yang diperlukan, memberikan ilham dan penghiburan, dan menjadi sumber motivasi untuk perubahan yang diperlukan” (“The Power of Scripture,” Ensign, Nov. 2011, 6). Jika anda temui tulisan suci tentang Juruselamat yang sangat bermakna bagi anda—sesuatu yang boleh memberi anda penghiburan dalam masa keperluan—pertimbangkan untuk menghafalnya.

Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk menerima kebenaran dalam “Kristus Yang Hidup” ke dalam hati dan minda anda?

2:5

Let Your Goals Be Guided by the Spirit

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Juruselamat memberkati kita hari ini, anda boleh mengkaji, mendengar, atau menyanyi “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53). Anda boleh mencari kebenaran dalam lagu rohani ini yang juga diajar dalam Ajaran dan Perjanjian 6:34; 84:77; 98:18; 138:23.

Kerana Yesus Kristus, saya akan dibangkitkan.

Joseph Smith tahu bagaimana rasanya untuk meratapi kematian orang yang dikasihi, termasuk ayahnya dan dua orang abangnya. Joseph dan Emma telah menguburkan enam orang anak mereka, setiap satu berusia kurang dari dua tahun. Dari wahyu-wahyu yang Tuhan berikan, Joseph dan Emma memperoleh perspektif abadi.

Cari kebenaran tentang kematian dan rancangan abadi Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 29:26–27; 42:45–46; 63:49; 88:14–17, 27–31; 93:33–34. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini mempengaruhi pandangan anda tentang kematian? Bagaimana ia mempengaruhi cara anda hidup?

Lihat juga 1 Korintus 15; Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 174–76; Easter.ChurchofJesusChrist.org.

Yesus Kristus telah melaksanakan sebuah “korban tebusan yang sempurna” untuk saya.

Salah satu cara untuk tertumpu kepada Juruselamat pada Hari Easter adalah dengan mempelajari wahyu-wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian yang mengajar tentang korban tebusan-Nya. Beberapa boleh ditemui dalam Ajaran dan Perjanjian 18:10–13; 19:16–19; 45:3–5; 76:69–70. Pertimbangkan untuk senaraikan kebenaran yang anda temui dalam ayat-ayat ini. Untuk memperdalamkan pengkajian anda, anda boleh menambah ke dalam senarai anda dengan menyelidiki Lukas 22:39–44; 1 Yohanes 1:7; 2 Nefi 2:6–9; Mosia 3:5–13, 17–18; Moroni 10:32–33.

Di sini ada beberapa soalan yang boleh membimbing pengkajian anda:

  • Apakah itu Korban Tebusan Yesus Kristus?

  • Mengapakah Yesus Kristus memilih untuk menderita dan mati untuk kita?

  • Apakah yang harus saya lakukan untuk menerima berkat korban tebusan-Nya?

  • Bagaimanakah perasaan saya tentang Yesus Kristus selepas membaca ayat-ayat ini?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Korban Tebusan,” Gospel Library; “The Savior Suffers in Gethsemane” (video), Gospel Library.

8:48

The Savior Suffers in Gethsemane

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Kerana Yesus Kristus, saya akan dibangkitkan.

  • Untuk mengajar anak-anak anda tentang kebangkitan, anda boleh mulakan dengan menunjukkan kepada mereka gambar kematian dan Kebangkitan Juruselamat. Biarkan anak-anak anda berkongsi apa yang mereka tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut. Anda juga boleh menyanyikan lagu seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45).

  • Fikirkan pelajaran berobjek yang dapat membantu anak-anak anda memahami apa yang berlaku ketika kita mati (roh dan tubuh kita berpisah) dan ketika kita dibangkitkan (roh dan tubuh kita kembali bersama). Contohnya, apa yang berlaku apabila kita mengeluarkan bateri dari lampu suluh atau bekas dakwat dari pen? Apakah yang berlaku apabila benda ini bersatu semula? (Lihat Alma 11:44–45.)

  • Adakah anak-anak anda tahu seseorang yang telah meninggal? Biarkan mereka berkongsi sedikit tentang individu-individu ini, dan kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 138:17. Saling bercakap tentang bagaimana rasanya untuk mengetahui bahawa orang yang kita kasihi akan dibangkitkan dan mempunyai tubuh semula.

  • Jika anda mempunyai anak yang lebih besar, anda boleh menjemput mereka untuk mencari frasa yang menangkap pesanan Hari Easter dalam petikan berikut: Ajaran dan Perjanjian 63:49; 88:14–17, 27; 138:11, 14–17. Mereka boleh melakukan yang sama dengan video “Because He Lives” (Gospel Library). Bagaimanakah kita boleh berkongsi pesanan ini dengan orang lain?

pengebumian dan Kebangkitan Kristus

Nabi Joseph Smith nampak Yesus Kristus.

  • Anda dan anak-anak anda mungkin terbaca kira-kira tiga kali yang berbeza di mana Yesus Kristus muncul kepada Joseph Smith dan yang lain, seperti yang dicatatkan dalam Joseph Smith—Sejarah 1:14–17; Ajaran dan Perjanjian 76:11–24; 110:1–10. Anak-anak anda juga boleh melihat gambar-gambar peristiwa ini di halaman aktiviti minggu ini. Apakah yang kita pelajari tentang Yesus Kristus dari setiap pengalaman itu? Mengapakah ia satu berkat untuk mengetahui bahawa Joseph Smith dan yang lain nampak Juruselamat yang bangkit?

Oleh kerana Yesus Kristus, saya dapat diampuni dosa-dosa saya.

  • Kebenaran yang Joseph Smith belajar tentang keampunan melalui Kristus dapat memberi anak-anak anda harapan bahawa mereka boleh diampuni dari kesilapan dan dosa mereka. Pertimbangkan untuk menjemput anak-anak anda untuk membuat satu rajah dengan tajuk seperti ini: Apa yang Juruselamat telah lakukan untuk saya dan Apa yang harus saya lakukan untuk menerima pengampunan-Nya. Bantu anak-anak anda untuk mencari petikan berikut untuk mencari sesuatu yang berada di bawah tajuk ini: Ajaran dan Perjanjian 18:10–13; 19:16–19; 45:3–5; 58:42–43. Saling berkongsi kegembiraan dan kesyukuran anda untuk apa yang Juruselamat telah lakukan bagi kita.

3:4

The Shiny Bicycle

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Kristus yang bangkit muncul kepada Maria

Christ and Mary at the Tomb [Kristus dan Maria di Kubur], oleh Joseph Brickey

halaman aktiviti untuk kanak-kanak