Ikutlah Aku
30 November–6 Disember. “[Dia] Suka Menunjukkan Kasih” : Mikha; Nahum; Habakuk; Zefanya


“30 November–6 Disember. ‘[Dia] Suka Menunjukkan Kasih’: Mikha; Nahum; Habakuk; Zefanya,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“30 November–6 Disember. ‘[Dia] Suka Menunjukkan Kasih,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

seorang lelaki menghulur tangan, melihat ke langit berbintang

In the Beginning Was the Word [Sebelum Dunia Ini Diciptakan, Firman Sudah Ada], oleh Eva Timothy

30 November–6 Disember: “[Dia] Suka Menunjukkan Kasih”

Mikha; Nahum; Habakuk; Zefanya

Membaca Perjanjian Lama sering bermaksud membaca tentang nubuat kehancuran. Tuhan sering memanggil para nabi untuk memperingatkan orang jahat tentang penghakiman-Nya. Pelayanan Mikha, Nahum, Habakuk, dan Zefanya merupakan contoh yang baik. Para nabi ini telah meramalkan secara terperinci tentang kejatuhan kota-kota yang pada waktu itu, kelihatan kuat dan berkuasa: Niniwe, Babel, dan Yerusalem. Namun, kejadian itu berlaku beribu-ribu tahun yang lalu. Mengapakah ia penting untuk membaca tentang nubuat-nubuat ini pada hari ini?

Walaupun kota-kota yang angkuh dan penuh kejahatan itu telah dihancurkan, orang yang bersifat angkuh dan jahat masih wujud. Kita mungkin sedari ini di dalam hati kita sendiri. Para nabi Perjanjian Lama mengungkapkan bagaimana kita boleh berpaling daripada kejahatan ini. Mungkin inilah salah satu sebabnya kita masih membaca kata-kata mereka hari ini. Mereka bukan sahaja nabi kehancuran—mereka adalah nabi pembebasan. Huraian tentang kemusnahan dikurangkan dengan jemputan untuk datang kepada Kristus dan menerima pengampunan-Nya. Seperti yang Mikha telah ajarkan, Tuhan tidak suka menghukum kita, tetapi “[Dia] suka menunjukkan kasih” (Mikha 7:18). Inilah jalan Tuhan pada zaman dahulu dan inilah jalan-Nya pada hari ini. “Bukit-bukit tempat engkau berjalan sejak zaman purba” (Habakuk 3:6).

Untuk gambaran keseluruhan tentang kitab-kitab ini, lihat “Mikha,” “Nahum,” “Habakuk,” dan “Zefanya” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Mikha 6:1–8

“Apakah yang Tuhan hendakkan daripada engkau?”

Mikha menjemput kita membayangkan keadaan untuk “persembahkan kepada Tuhan … apabila datang menyembah Tuhan” (Mikha 6:6). Apakah yang dicadangkan dalam ayat 6–8 kepada anda tentang perkara yang penting bagi Tuhan apabila Dia menilai hidup anda?

Lihat juga Dale G. Renlund, “Berlaku Adil, Berbelas Kasihan, dan Merendahkan Hati di Hadapan Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 109–12.

dinding batu kubu

“Tuhan itu baik; Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah” (Nahum 1:7).

Nahum 1

Tuhan sangat berkuasa dan berbelas kasihan.

Misi Nahum adalah untuk meramalkan kehancuran Niniwe—ibu kota empayar Assyria yang ganas, yang telah mencerai-beraikan orang Israel dan berlaku kejam terhadap orang Yehuda. Nahum bermula dengan menggambarkan kemurkaan dan kuasa Tuhan yang tiada bandingnya, tetapi Dia juga berfirman tentang belas kasihan serta kebaikan Tuhan. Cari ayat-ayat dalam bab 1 yang membantu anda memahami setiap sifat ini—dan sifat-sifat lain Tuhan yang anda perhatikan. Mengapakah mengetahui setiap hal ini mengenai Tuhan adalah penting?

Habakuk

ikon seminari
Saya boleh mempercayai kehendak Tuhan dan masa-Nya.

Bahkan para nabi kadang-kadang mempunyai soalan tentang jalan Tuhan. Habakuk, yang hidup pada zaman Yehuda yang kejahatan berleluasa, telah memulakan catatannya dengan soalan kepada Tuhan (lihat Habakuk 1:1–4). Bagaimanakah anda akan meringkaskan kebimbangan Habakuk? Apakah soalan serupa yang orang ramai tanya tentang Tuhan pada zaman ini? Pernahkah anda mengalami perasaan yang serupa? Anda juga boleh membandingkan soalan Habakuk dengan soalan-soalan lain dalam tulisan suci, seperti yang terdapat dalam Markus 4:37–38 dan Ajaran dan Perjanjian 121:1–6.

Tuhan telah menjawab soalan Habakuk dengan mengatakan bahawa Dia akan menghantar orang Kasdim (orang Babilonia) untuk menghukum Yehuda (lihat Habakuk 1:5–11). Tetapi Habakuk masih bimbang, kerana nampaknya tidak adil bagi Tuhan untuk berdiri di sisi “apabila orang [Babilonia] membinasakan orang yang tidak sejahat [Yehuda]” (lihat ayat 12–17). Apakah yang anda temui dalam Habakuk 2:1–4 yang mengilhami anda untuk mempercayai Tuhan apabila anda mempunyai soalan yang tidak terjawab? (lihat juga Markus 4:39–40; Ajaran dan Perjanjian 121:7–8; “God Will Lift Us Up” [video], Gospel Library).

4:59

God Will Lift Us Up

Bab 3 ialah doa pujian dan iman Habakuk. Bagaimanakah nada Habakuk dalam bab 3 berbeza daripada bab 1? Berikut ialah idea untuk membantu anda merenungkan ayat 17–19: Buat senarai berkat duniawi dan rohani yang telah Tuhan berikan kepada anda. Kemudian bayangkan anda kehilangan berkat duniawi. Bagaimanakah perasaan anda tentang berkat-berkat yang lain? Mengapakah sukar untuk “bersukacita dan bergembira selalu” (ayat 18) semasa terjadi kesusahan seperti yang digambarkan dalam ayat 17? Renungkan bagaimana anda boleh membentuk iman yang lebih besar terhadap Tuhan, bahkan ketika hidup kelihatan tidak adil.

Lihat juga Gerrit W. Gong, “Semua Hal Demi Kebaikan Kita,” Liahona, Mei 2024, 41–44; “Pimpin Ya T’rang,” Nyanyian Rohani, no. 35; Topics and Questions, “Seeking Answers to Questions,” Gospel Library.

Bersabarlah. Kadang-kadang kita menginginkan jawapan untuk soalan kita dengan segera, tetapi pandangan rohani mengambil masa dan tidak boleh dipaksa. Kerana Tuhan telah memberitahu Habakuk, “tunggu saja; hal itu akan pasti berlaku” (Habakuk 2:3).

Zefanya

“Kembalilah kepada Tuhan, hai semua orang yang rendah hati di negeri ini.”

Semasa anda membaca nubuat-nubuat Zefanya, perhatikan sikap dan tingkah laku yang membawa kepada kehancuran—lihat terutamanya Zefanya 1:4–6, 12; 2:8, 10, 15; 3:1–4. Kemudian, lihat ciri-ciri umat Tuhan yang akan dilindungi—lihat Zefanya 2:1–3; 3:12–13, 18–19. Pesanan apakah anda rasa Tuhan hendak anda terima dalam ayat-ayat ini?

Zefanya 3:14–20

Tuhan akan bergembira dengan umat-Nya di Sion.

Selepas membaca Zefanya 3:14–20, lihat berapa banyak cara anda boleh melengkapkan ayat ini: “Hendaklah kamu bergembira dengan segenap hati” kerana … Mengapakah penting bagi anda untuk mengetahui sebab-sebab ini untuk bersukacita? Anda boleh bandingkan ayat-ayat ini dengan pengalaman yang 3 Nefi 17 gambarkan dan renungkan perasaan Yesus Kristus mengenai umat-Nya—termasuk anda.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Mikha 5:2

Yesus Kristus dilahirkan di Betlehem.

  • Anak-anak anda mungkin tidak tahu bahawa ia adalah nubuat Mikha yang membantu Orang Majus menemui bayi Yesus di Betlehem. Dengan gunakan Mikha 5:2 dan Matius 2:1–6, anak-anak anda boleh melakonkan semula pengalaman mereka. Kemudian anda boleh bercakap tentang mengapa kelahiran Yesus begitu penting sehingga para nabi tahu tentangnya bertahun-tahun sebelum Dia dilahirkan.

tiga Orang Majus merenung bintang baharu

The Holy Child Is Born [Anak Kudus Dilahirkan], oleh Dana Wood

Nahum 1:7

“Tuhan itu baik; Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah.”

  • Selepas membaca Nahum 1:7, anak-anak anda boleh membina atau melukis “benteng kuat” atau kubu yang mudah (terdapat gambar kubu dalam garis panduan ini). Apakah beberapa sebab orang-orang memerlukan kubu? Apakah yang menjadikan hari kita “susah”? Bagaimanakah Yesus Kristus seperti kubu kuat bagi kita?

Habakuk 2:3

Tuhan selalu memenuhi janji-Nya.

  • Untuk memperkenalkan Habakuk 2:3, anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang hal-hal yang baik tetapi hanya selepas kita menunggu—seperti buah yang perlu masak atau adunan yang perlu dibakar. Apakah yang akan berlaku jika kita cuba memakan buah atau adunan yang belum masak/sedia? Kemudian anda boleh bercakap tentang nabi Habakuk, yang ingin tahu bila Tuhan akan menghentikan kejahatan di dunia. Baca jawapan Tuhan dalam Habakuk 2:3. Anda boleh membantu anak-anak anda fikirkan hal-hal yang Tuhan telah janjikan. Dengan setiap contoh, anda boleh sama-sama katakan, “Tunggu saja; hal itu pasti akan berlaku.”

Habakuk 2:14

Saya boleh membantu memenuhi bumi dengan pengetahuan tentang Yesus Kristus.

  • Untuk menggambarkan Habakuk 2:14, anda dan anak-anak anda boleh mengisi balang atau bekas lain dengan gambar atau kata-kata yang mewakili ha-hal yang Yesus lakukan atau ajarkan. Bagaimanakah kita boleh membantu memenuhi dunia dengan pengetahuan tentang Tuhan?

  • Anda juga boleh tunjukkan anak-anak anda sebuah peta dunia (lihat Peta-peta Sejarah Gereja, no. 7, “Peta Dunia”). Bantu mereka mencari tempat mereka tinggal dan tempat di mana para misionari yang mereka kenal telah melayani. Anda juga boleh menyanyikan sebuah lagu tentang berkongsi injil, seperti “Membawa Injil Ke Seluruh Dunia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 92). Apakah yang boleh kita beritahu orang lain tentang Yesus Kristus?

Zefanya 3:14–20

Yesus Kristus bersukacita dengan mereka yang mengikuti-Nya.

  • Dalam Zefanya 3:14–20, anak-anak anda boleh mencari sesuatu yang membuatkan mereka mahu “bernyanyi, … bergembira dengan segenap hati.” Mungkin anda boleh menyanyikan beberapa lagu rohani atau lagu yang menggembirakan bersama dan bercakap tentang kegembiraan yang anda temui dalam injil Yesus Kristus.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Yesus tersenyum kepada sekumpulan kanak-kanak

And He Took Their Little Children One by One [Dan Dia Mengambil Anak-Anak Kecil Mereka Satu Demi Satu], oleh Casey Childs

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Kembalilah kepada Tuhan