“7–13 Disember. ‘Ditahbiskan untuk Tuhan”: Hagai 1–2; Zakharia 1–4; 7–14,’ Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“7–13 Disember. ‘Ditahbiskan untuk Tuhan,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
Bait Suci Laie Hawaii
7–13 Disember: “Ditahbiskan untuk Tuhan”
Hagai 1–2; Zakharia 1–4; 7–14
Setelah ditawan selama puluhan tahun, sekumpulan orang Israel, mungkin termasuk nabi Hagai dan Zakharia, telah dibenarkan untuk kembali ke Yerusalem. Sebilangan orang dalam kumpulan ini masih ingat rupa bait suci sebelum ia dimusnahkan. Kepada mereka yang tertanya-tanya sama ada ia akan sekali lagi menyerupai “rumah [Tuhan] dahulu” (Hagai 2:3), Hagai mengucapkan firman galakan Tuhan: “Janganlah seorang pun putus asa! Teruskanlah pekerjaan itu, kerana Aku menyertai kamu, … kamu tidak perlu takut.” “Rumah-Ku akan penuh dengan kekayaan, … di situlah Aku memberi umat-Ku kemakmuran dan kedamaian” (Hagai 2:4–5, 7, 9).
Namun, bukan bait suci kudus sahaja yang perlu dibina semula. Dari segi banyak aspek, umat Tuhan turut hancur secara rohani. Dan pembinaan semula umat yang kudus memerlukan usaha yang lebih banyak berbanding memotong dan menyusun batu untuk membina bait suci. Ini bermakna tulisan “Ditahbiskan untuk Tuhan” mesti diukir bukan sahaja pada dinding bait suci, atau bahkan “loceng-loceng pada abah-abah kuda” dan “semua periuk belanga di Yerusalem” (Zakharia 14:20–21). Ia juga mesti terukir pada setiap hati.
Untuk gambaran keseluruhan tentang kitab Hagai dan Zakharia, lihat “Hagai” dan “Zakharia” dalam Panduan Tulisan Suci.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Hagai 1; 2:1–9
“Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu!”
Terdapat banyak perkara penting yang harus dilakukan untuk membina semula Yerusalem. Tetapi selepas lebih kurang 15 tahun sejak orang Israel kembali, Tuhan murka bahawa pembinaan semula bait suci tidak diberi keutamaan (lihat Hagai 1:2–5; lihat juga Ezra 4:24). Semasa anda membaca Hagai 1; 2:1–9, pertimbangkan soalan-soalan seperti ini:
-
Apakah akibat yang orang Israel hadapi kerana mereka belum menyiapkan bait suci?
-
Apakah berkat yang Tuhan janjikan kepada mereka jika mereka menyiapkan pembinaan rumah-Nya?
-
Apakah pesanan Tuhan kepada anda dalam Hagai 1:5–7? Bagaimanakah anda boleh menyelaraskan keutamaan anda dengan keutamaan Tuhan? Bilakah anda telah diberkati kerana mengutamakan Tuhan dalam hidup anda?
Orang Suci Zaman Akhir awal menghadapi situasi yang serupa dengan orang Israel pada zaman Hagai (lihat Ajaran dan Perjanjian 95). Apakah yang anda pelajari daripada dua contoh ini tentang perasaan Tuhan tentang bait suci?
Lihat juga Dale G. Renlund, “Yesus Kristus adalah Khazanah,” Liahona, Nov. 2023, 96–99; Terence M. Vinson, “Pengikut Juruselamat yang Sejati,” Liahona, Nov. 2019, 9–11; “We Love Thy House, O God,” Hymns, no. 247; “Provo City Center Temple Completed” (video), ChurchofJesusChrist.org.
Provo City Center Temple Completed
Zakharia 1–3; 7–8; 14
Tuhan boleh menguduskan saya.
Pada pendapat anda, apakah nilai “ditahbiskan untuk Tuhan” yang terukir pada objek harian seperti yang disebut dalam Zakharia 14:20? (lihat juga Keluaran 28:36–38). Apakah nilai mengukirnya di bait suci hari ini? Apakah maksud frasa ini kepada anda? Bagaimanakah anda boleh menjadikan kekudusan sebahagian daripada kehidupan seharian anda? Renungkan soalan-soalan ini semasa anda membaca jemputan Tuhan kepada umat-Nya untuk menjadi lebih kudus dalam Zakharia 1:1–6; 3:1–7; 7:8–10; 8:16–17.
Anda juga boleh membaca Zakharia 2:10–11; 8:1–8; 14:9–11, 20–21 untuk belajar apa keadaan hidup pada masa akan datang apabila kita semua tinggal dengan Tuhan dalam suasana yang kudus. Apakah yang anda kagum tentang penglihatan Zakharia mengenai masa depan Yerusalem? Apakah yang anda temui di sini yang ingin anda lihat dalam komuniti anda? Bagaimanakah anda bersedia untuk hidup dalam keadaan yang Zakharia gambarkan?
“Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai” (Zakharia 9:9). Triumphal Entry [Kedatangan Kemenangan], oleh Harry Anderson
Zakharia 9:9–11; 11:12–13; 12:10; 13:6–7; 14:1–9
Yesus Kristus ialah Mesias yang telah dijanjikan.
Beberapa tulisan Zakharia mengarahkan kepada pelayanan Yesus Kristus di dunia dan juga Kedatangan Kedua-Nya. Di bawah ialah beberapa nubuat Zakharia, serta tulisan suci tentang penggenapannya. Semasa anda mengkaji ayat-ayat ini, tanya diri anda, “Apakah yang ini ajarkan saya tentang Juruselamat?
-
Zakharia 9:9–11 (lihat Matius 21:1–11; 1 Petrus 3:18–19)
-
Zakharia 11:12–13 (lihat Matius 26:14–16; 27:1–7)
-
Zakharia 12:10 (lihat Yohanes 19:37; Wahyu 1:7)
-
Zakharia 13:6–7; 14:1–9 (lihat Matius 26:31; Ajaran dan Perjanjian 45:47–53)
Menurut anda bagaimana rasanya berada di kalangan orang yang menyambut Yesus ke Yerusalem seperti yang digambarkan dalam Zakharia 9:9–11? Bagaimanakah anda boleh menyambut-Nya ke dalam hidup anda, rumah anda, dan komuniti anda?
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Mesias,” Gospel Library; “The Lord’s Triumphal Entry into Jerusalem” (video), Gospel Library; Ronald A. Rasband, “Hosana kepada Tuhan Yang Maha Tinggi,” Liahona, Mei 2023, 108–12.
The Lord's Triumphal Entry into Jerusalem
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Hagai 1:2–8
“Lihatlah perbuatan kamu apa yang sudah berlaku kepada kamu.”
-
Semasa anda membaca bahagian Hagai 1:2–5 dengan anak-anak anda, bantu mereka mengetahui mengapa Tuhan tidak senang dengan orang-orang itu. Mungkin anak-anak anda boleh memilih frasa dari ayat 6 dan melukis gambarnya. Mereka boleh saling menunjukkannya dan meneka frasa apa yang setiap lukisan wakili. Apabila kita meluangkan masa untuk hal lain selain daripada apa yang Tuhan mahukan, bagaimanakah itu ibarat makan tetapi tidak kenyang? Anda boleh saling bercakap tentang bagaimana anda boleh meluangkan masa untuk hal-hal yang penting kepada Tuhan.
-
Anda juga boleh membaca ayat 8 kepada anak-anak anda dan menjemput mereka untuk berpura-pura “naik ke bukit,” “mengambil kayu balak,” dan “membina Rumah Tuhan.” Anak-anak anda boleh senaraikan hal-hal yang mereka lakukan pada hari biasa, termasuklah hal-hal yang Tuhan minta mereka lakukan. Minta anak-anak anda untuk “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada [mereka]” dengan membulatkan apa yang Tuhan mungkin katakan sebagai hal-hal terpenting dalam senarai mereka.
Pengajaran berpusatkan rumah. Presiden Russell M. Nelson telah mengajar bahawa rumah haruslah menjadi “pusat pembelajaran injil” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 113). Semasa keluarga anda mengkaji nasihat Hagai untuk “lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu,” anda boleh bercakap tentang cara mengutamakan Tuhan dalam kehidupan keluarga anda.
Zakharia 3:1–7
Membuat dan mentaati perjanjian dapat membantu saya menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.
-
Dalam sebuah penglihatan, Zakharia melihat seorang imam agung dengan “pakaian yang sangat kotor” (Zakharia 3:3). Seorang malaikat memberinya pakaian yang bersih. Anda boleh membantu anak-anak anda menemui kebenaran penting dengan membaca bersama Zakharia 3:1–7 dan bercakap tentang apa yang pakaian kotor dan pakaian bersih tersebut mewakili. Bagaimanakah kita menjadi bersih daripada dosa-dosa kita, walaupun selepas kita dibaptiskan? Bagaimanakah perjanjian pembaptisan membantu kita “mematuhi hukum [Tuhan]”?
-
Anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar pembaptisan, seperti yang ada dalam garis panduan ini. Mengapakah kita memakai pakaian putih pada pembaptisan kita? Anda juga boleh menyanyikan lagu tentang pembaptisan, seperti “Waktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53); apakah yang lagu itu ajarkan tentang mengapa Tuhan mahu kita dibaptiskan?
Zakharia 9:9–11; 11:12; 13:6–7
Yesus Kristus adalah Mesias yang dijanjikan.
-
Anak-anak anda boleh membayangkan peristiwa yang dinubuatkan dalam Zakharia 9:9, apabila Yesus datang ke Yerusalem semasa minggu terakhir kehidupan fana-Nya. Untuk membantu dengan ini, tunjukkan kepada mereka gambar peristiwa tersebut, seperti yang ada dalam garis panduan ini. Anda juga boleh kongsi dengan mereka “Juruselamat ke Yerusalem” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 110–12). Anak-anak anda boleh tunjuk pada orang dalam gambar yang “bersukacita.” Siapakah Raja dalam Zakharia 9:9? Mengapakah kita bersyukur untuk Dia?
1:35Chapter 44: The Savior Goes to Jerusalem
-
Pertimbangkan untuk membantu anak-anak anda membandingkan nubuat daripada Zakharia dengan ayat-ayat Perjanjian Baru yang menggambarkan penggenapannya. Berikut adalah beberapa contoh: Zakharia 9:9 dan Matius 21:5–9; Zakharia 9:11 dan 1 Petrus 3:18–19; Zakharia 11:12 dan Matius 26:14–16; Zakharia 13:7 dan Matius 26:31. Apakah yang kita belajar tentang Juruselamat dari ayat-ayat ini?
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.