Ikutlah Aku
14–20 Disember. “Tuhan Berfirman kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”: Maleakhi


“14–20 Disember. ‘Tuhan Berfirman kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu’: Maleakhi” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“14–20 Disember. ‘Tuhan Berfirman kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

patung Yesus di hadapan langit berbintang

14–20 Disember: “Tuhan Berfirman kepada Umat-Nya, Aku Sentiasa Mengasihi Kamu”

Maleakhi

“Aku sentiasa mengasihi kamu”, Tuhan telah memberitahu umat-Nya melalui nabi Maleakhi. Tetapi orang Israel, yang telah mengalami kesengsaraan dan penawanan bagi jangka masa generasi yang panjang, bertanya, “Bagaimanakah Tuhan mengasihi kami?” (Maleakhi 1:2). Setelah semua yang telah orang Israel lalui, mereka mungkin tertanya-tanya sama ada sejarah mereka benar-benar tentang cerita kasih Tuhan terhadap umat perjanjian-Nya. Dalam beberapa cara, lebih mudah untuk melihatnya sebagai cerita kelemahan dan pemberontakan manusia. Namun melalui semua itu, Tuhan tidak pernah berhenti menjangkau dalam kasih. Apabila anak lelaki Yakub menzalimi adik mereka, Yusuf, Tuhan masih menyelamatkan mereka daripada kebuluran (lihat Kejadian 45:4–8). Apabila orang Israel merungut di padang belantara, Dia telah memberi mereka manna (lihat Keluaran 16:1–4). Bahkan ketika Israel berpaling kepada tuhan yang lain dan bercerai-berai, Tuhan berjanji bahawa jika mereka bertaubat, Dia akan mengumpulkan serta menebus mereka “dengan penuh kasih” (lihat Yesaya 54:7). Sesungguhnya, Perjanjian Lama merupakan cerita tentang kesabaran dan kasih Tuhan yang abadi. Cerita ini berterusan sehingga hari ini. Yesus Kristus, “terbit seperti Matahari” sebagaimana Maleakhi memanggil-Nya, telah datang “memberikan kesembuhan seperti sinar matahari” (Maleakhi 4:2). Dia ialah bukti kasih Tuhan yang terbesar kepada orang Israel purba dan untuk kita semua.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Maleakhi, lihat “Maleakhi” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Maleakhi 1–4

“Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.”

Pada zaman Maleakhi, orang Israel telah membina semula bait suci di Yerusalem, tetapi sebagai umat, mereka masih perlu membina semula hubungan mereka dengan Tuhan. Semasa anda mengkaji Maleakhi, cari soalan yang Tuhan telah tanyakan kepada orang Israel atau soalan yang mereka tanyakan kepada-Nya. Pertimbangkan untuk bertanya kepada diri anda soalan yang serupa (beberapa contoh dicadangkan di bawah) untuk membantu anda menilai hubungan anda dengan Tuhan dan lebih mendekati-Nya.

  • Bagaimanakah saya telah merasai kasih Tuhan kepada saya? (lihat Maleakhi 1:2).

  • Adakah persembahan saya kepada Tuhan benar-benar menghormati-Nya? (lihat Maleakhi 1:6–11)

  • Melalui cara apakah saya perlu “kembali” kepada Tuhan? (lihat Maleakhi 3:7).

  • Adakah saya menipu Tuhan dalam apa-apa cara? (lihat Maleakhi 3:8–11).

  • Bagaimanakah sikap saya semasa tempoh yang sukar mencerminkan perasaan saya terhadap Tuhan? (lihat Maleakhi 3:13–15; lihat juga 2:17).

Maleakhi 1:6–14

Tuhan menghendaki “korban yang layak dipersembahkan.”

Semasa anda membaca tentang persembahan yang digambarkan dalam Maleakhi 1, apakah yang anda perhatikan tentang korban-korban yang dipersembahkan oleh imam tersebut? Apakah yang korban ini cadangkan, dari segi perasaan imam terhadap Tuhan? (lihat Maleakhi 1:13). Pertimbangkan untuk senaraikan persembahan, atau pengorbanan, yang anda buat kepada Tuhan. Bagi setiap item dalam senarai, renungkan apa yang menjadikan persembahan itu korban yang “layak” atau “tidak berguna” (Maleakhi 1:7, 11).

Maleakhi 3:8–12

ikon seminari
Tuhan membuka tingkap syurga semasa saya menunjukkan iman saya dengan membayar persepuluhan.

Bayangkan anda ada seorang kawan yang baru mengetahui bahawa anda membayar persepuluhan. “Mengapa anda buat itu?” tanya kawan anda. Fikirkan ini semasa anda membaca Maleakhi 3:8–12. Apa yang anda temui yang boleh membantu menjawab soalan kawan anda? Apa lagi yang anda mahu kawan anda fahami tentang persepuluhan? Untuk bantuan lanjut, anda boleh menyelidiki pesanan Elder Neil L. Andersen “Persepuluhan: Membuka Tingkap-tingkap Syurga” (Liahona, Nov. 2023, 32–35), cari jawapan kepada soalan-soalan seperti ini:

  • Mengapakah Tuhan mahu kita membayar persepuluhan?

  • Apakah yang mungkin menghalang seseorang daripada membayar persepuluhan, dan bagaimanakah kita boleh mengatasi halangan tersebut?

  • Bagaimanakah membayar persepuluhan menguatkan iman kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Anda juga boleh berkongsi dengan kawan anda bagaimana Tuhan telah memberkati anda apabila anda membayar persepuluhan. Anda boleh menemukan idea dalam bahagian bertajuk “Pelajaran #Nombor 1—Berkat-Berkat Besar namun Halus” dalam pesanan Elder David A. Bednar “Tingkap-Tingkap Syurga” (Liahona, Nov 2013, 17–18). Apakah jenis orang yang kita menjadi jika kita membayar persepuluhan?

Pada pendapat anda, apakah maksud frasa “membuka tingkap-tingkap syurga” (ayat 10)? Mungkin anda boleh melihat ke luar tingkap dan fikirkan tujuan tingkap. Mengapakah “tingkap-tingkap syurga” merupakan cara yang baik untuk menggambarkan bagaimana Tuhan memberkati kita apabila kita membayar persepuluhan?

Yesus menampakkan diri kepada Joseph Smith di Bait Suci Kirtland

Vision in the Kirtland Temple [Penglihatan di Bait Suci Kirtland], oleh Gary Smith

Maleakhi 4:5–6

“Aku akan mengutus Nabi Elia kepada kamu.”

Apabila Moroni memetik Maleakhi 4:5–6 kepada Joseph Smith, dia berbuat demikian “dengan sedikit perbezaan dari cara yang tertulis” dalam Alkitab (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:36–39). Apakah yang variasi Moroni tambahkan kepada pemahaman anda tentang nubuat ini? Secara khususnya, renungkan soalan seperti berikut:

  • Siapakah “nenek moyang”? (lihat Ulangan 29:13). Apakah janji-janji yang telah dibuat kepada mereka? (lihat Abraham 2:9–11). Bagaimanakah anda membantu memenuhi janji-janji ini?

  • Apakah pengalaman yang telah membantu hati anda berpaling kepada nenek moyang anda? Mengapakah ia begitu penting dalam rancangan Bapa Syurgawi?

Untuk ketahui lebih lanjut tentang kedatangan Elia dan bagaimana nubuat ini digenapi hari ini, lihat Ajaran dan Perjanjian 110:13–16 dan D. Todd Christofferson, “Kuasa Pemeteraian” (Liahona, Nov. 2023, 19–22). Mengapakah anda bersyukur bahawa Elija telah datang?

Lihat juga Gerrit W. Gong, “Setiap Kita Mempunyai Kisah,” Liahona, Mei 2022, 43–46; “Turn Your Hearts,” Hymns, no. 291; “The Sealing Power” (video), ChurchofJesusChrist.org.

3:38

The Sealing Power

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Maleakhi 1:2

Tuhan mengasihi saya.

  • Bagaimanakah anda dan anak-anak anda menjawab soalan dalam Maleakhi 1:2—“Bagaimanakah Tuhan mengasihi kami?” Saling berkongsi sebab-sebab anda tahu Dia mengasihi anda. Mungkin anak-anak anda boleh melukis gambar yang mengingatkan mereka tentang kasih-Nya.

Libatkan anak-anak dalam perbincangan injil. Jika anda mengajar anak-anak yang lebih kecil, anda mungkin perlu fikirkan cara kreatif untuk melibatkan mereka dalam perbincangan injil. Contohnya, anak-anak anda boleh mengedarkan bola; apabila mereka memegang bola, mereka boleh berkongsi satu sebab mereka tahu Yesus mengasihi mereka.

ibu bapa dan seorang budak lelaki melihat ke luar tingkap

Maleakhi 3:8–12

Tuhan akan memberkati saya semasa saya membayar persepuluhan.

  • Bagaimanakah anda akan membantu anak-anak anda belajar tentang persepuluhan? Anda boleh meminta mereka mengira 10 objek kecil, seperti syiling pada halaman aktiviti minggu ini. Kemudian mereka boleh memisahkan salah satu objek daripada yang lain—inilah jumlah yang kita berikan kepada Tuhan sebagai persepuluhan. Menurut Maleakhi 3:8–12, mengapa Tuhan mahu kita membayar persepuluhan? (lihat juga “Nabi Maleakhi” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 171–72; “First Things First!” [video], Gospel Library).

    0:58

    Malachi the Prophet

    1:18

    First Things First!

  • Semasa anda membaca Maleakhi 3:10 bersama, anda boleh menjemput anak-anak anda untuk berdiri di tepi tingkap apabila anda membaca frasa “tingkap-tingkap syurga.” Atau anda boleh menuangkan air ke dalam cawan sehingga ia melimpah untuk menggambarkan frasa “melimpahi kamu dengan segala yang baik.” Beritahu anak-anak tentang berkat-berkat yang Tuhan telah berikan kepada anda semasa anda membayar persepuluhan. Anak-anak anda boleh melukis gambar yang mewakili berkat-berkat ini dan menggantungnya pada atau berhampiran tingkap rumah anda.

Maleakhi 4:5–6

Elia datang untuk memaling hati kita kepada keluarga kita.

  • Dalam Maleakhi 4:5–6, anak-anak anda boleh mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut tentang nubuat Maleakhi: Siapakah yang Tuhan janjikan untuk hantar? Bilakah Dia berkata bahawa orang ini akan datang? Apakah yang Tuhan katakan tentang apa yang orang ini lakukan? Kenapa orang ini perlu datang? Di manakah nubuat ini digenapi? (lihat Ajaran dan Perjanjian 110:13–16).

  • Untuk ketahui bagaimana janji dalam Maleakhi 4:5 digenapi, anda juga boleh menyemak “Joseph dan Oliver Menerima Kunci-kunci Imamat” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 26–30. Anda juga boleh layari FamilySearch.org/discovery, aplikasi FamilySearch Tree, atau buku kecil Keluarga Saya untuk aktiviti yang boleh membantu anda dan anak-anak anda memalingkan hati anda kepada nenek moyang anda.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

seorang wanita melambai dengan sapu tangan putih

Mourning’s Hosanna [Hosana Mourning], oleh Rose Datoc Dall. Seorang wanita bernama Mourning berdiri di dunia roh, dikelilingi oleh nenek moyangnya. Dia meraikan pembebasan mereka daripada penawanan rohani.

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Tuhan memberkati saya semasa saya membayar persepuluhan