Ikutlah Aku
21–27 Disember. “Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita”: Krismas


“21–27 Disember. ‘Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita’: Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“21–27 Disember. ‘Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

bayi Yesus sedang tidur

For unto Us a Child Is Born [Seorang Anak telah Dilahirkan bagi Kita], oleh Simon Dewey

21–27 Disember: “Dialah yang Kita Nantikan untuk Menyelamatkan Kita”

Krismas

Perjanjian Lama membawa semangat yang penuh penantian. Ini seperti musim Krismas. Bermula dengan Adam dan Hawa, para bapa bangsa, nabi, penyair, dan orang-orang pada zaman Perjanjian Lama telah menantikan hari yang lebih baik, dipenuhi dengan harapan untuk pembaharuan dan pembebasan Mesias. Orang Israel kerap memerlukan harapan itu—sama ada ketika mereka dalam penawanan di Mesir atau Babilon atau dibelenggu dosa atau pemberontakan mereka sendiri. Sepanjang tempoh ini, para nabi telah memberi peringatan kepada mereka bahawa Pembebas, Mesias, akan datang “untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan” (Yesaya 61:1).

Harapan itu mula direalisasikan apabila Yesus Kristus dilahirkan di Betlehem. Pembebas orang Israel yang amat berkuasa telah dilahirkan di kandang dan diletakkan di dalam palung (lihat Lukas 2:7). Namun, Dia bukan setakat Pembebas orang Israel purba. Dia datang untuk membebaskan anda—penderitaan anda ditanggung-Nya, penyakit anda diderita-Nya, Dia diseksa kerana perbuatan jahat anda, supaya anda disembuhkan kerana luka-luka-Nya (lihat Yesaya 53:4–5). Inilah sebabnya Krismas begitu dipenuhi dengan penantian yang menggembirakan bahkan pada hari ini. Mesias telah datang lebih daripada 2,000 tahun yang lalu dan Dia terus hadir dalam hidup kita setiap kali kita mencari-Nya.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

ikon seminari
Saya bersukacita dalam Penebus saya.

Krismas terkenal sebagai musim yang menggembirakan disebabkan kegembiraan yang Yesus Kristus bawa ke dunia ini. Berabad-abad sebelum Juruselamat dilahirkan, para nabi Perjanjian Lama juga berasa gembira apabila mereka berucap tentang kedatangan Mesias. Baca beberapa daripada petikan berikut, dan fikirkan tentang sebab petikan ini berharga bagi orang yang menantikan misi Juruselamat: Mazmur 35:9; Yesaya 25:8–9; 44:21–24; 51:11; Zefanya 3:14–20; Musa 5:5–11. Mengapakah petikan ini berharga bagi anda? Apakah sebab-sebab yang petikan tulisan suci ini berikan untuk menjadi gembira?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Good Tidings of Great Joy” (Pertemuan Rohani Krismas Presidensi Utama, 4 Dis. 2022), Gospel Library; “Suka Cita bagi Dunia,” Nyanyian Rohani, no 87.

bintang terang di langit malam

Lambang boleh membantu saya mengingati Yesus Kristus.

Banyak tradisi yang dikaitkan dengan Krismas mempunyai maksud simbolik yang mengarahkan kita kepada Kristus. Semasa anda mengkaji Perjanjian Lama pada tahun ini, anda mungkin telah memerhatikan banyak lambang mengenai Juruselamat. Beberapa lambang telah disenaraikan di bawah. Pertimbangkan untuk mengkaji lambang ini dan catat perkara yang lambang ini ajarkan kita tentang-Nya.

  • Bintang (Bilangan 24:17; Matius 2:2; Wahyu 22:16).

  • Gembala (Mazmur 23; Lukas 15:4–7; Yohanes 10:11).

  • Anak Domba (Kejadian 22:8; Keluaran 12:5; 1 Petrus 1:18–20).

  • Air (Keluaran 17:1–6; Yeremia 2:13; Yehezkiel 47:1–12; Yohanes 4:7–14).

  • Batu (1 Samuel 2:2; 2 Samuel 22:2–3; Mazmur 118:22–23; Yesaya 28:16; Efesus 2:20).

  • Cabang (Yesaya 11:1–2; Yeremia 23:5; 33:15).

  • Cahaya (Mazmur 27:1; Yesaya 9:2; 60:19; Mikha 7:8; Yohanes 8:12).

Apakah lambang, petikan, dan laporan lain yang anda telah temui dalam tulisan suci yang bersaksi tentang Yesus Kristus?

Lihat juga 2 Nefi 11:4; Mosia 3:14–15; Musa 6:63; dan “Yesus Kristus,” dalam Panduan Tulisan Suci (Gospel Library).

“Nama-Nya akan disebut, Mengagumkan.”

Yesus Kristus dirujuk dengan pelbagai nama dan gelaran yang berbeza. Cari gelaran dalam ayat-ayat berikut: Mazmur 23:1; 83:18; Yesaya 7:14; 9:6; 12:2; 63:16; Amos 4:13; Zakharia 14:16; Musa 7:53. Apakah gelaran lain yang anda boleh fikirkan? Anda mungkin boleh senaraikan gelaran Yesus Kristus yang anda temui dalam lagu rohani Krismas. Bagaimanakah setiap gelaran ini mempengaruhi cara anda berfikir tentang-Nya?

Pertimbangkan untuk memilih gelaran atau peranan Juruselamat yang akan membantu anda mengingati Dia sepanjang tahun yang akan datang.

Lihat juga Quentin L. Cook, “Kedamaian Peribadi dalam Masa yang Mencabar,” Liahona, Nov. 2021, 89–92; “Dengar Puji Malaikat,” Nyanyian Rohani, no. 94.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Perjanjian Lama mengajar saya tentang Yesus.

  • Anda dan anak-anak anda mungkin mempunyai beberapa hiasan Krismas yang boleh anda gunakan untuk memulakan perbualan tentang Yesus Kristus. Mungkin anda boleh bercakap tentang bagaimana bintang Krismas, lampu, atau hadiah mengingatkan kita kepada Juruselamat. Kemudian anda boleh melihat dalam satu atau lebih tulisan suci berikut untuk sesuatu yang boleh melambangkan Yesus Kristus: Kejadian 22:8; Bilangan 24:17; Mazmur 23:1; 27:1. Mungkin anak-anak anda boleh memegang sebuah gambar atau hiasan yang sesuai dengan setiap ayat semasa mereka membacanya. Bagaimanakah Yesus seumpama anak domba, bintang, gembala, atau cahaya? Pertimbangkan untuk menyanyikan lagu Krismas bersama, seperti “Bintang-bintang Gemerlapan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 24).

  • Anak-anak anda juga boleh melihat gambar di akhir garis panduan ini semasa anda membaca Yesaya 9:6 kepada mereka. Minta anak-anak anda tunjuk pada bayi Yesus apabila mereka mendengar frasa “seorang anak telah dilahirkan.” Kongsi kesaksian anda bahawa para nabi Perjanjian Lama tahu Yesus akan dilahirkan.

  • Semasa anda bersedia untuk mengkaji tentang kehidupan Yesus Kristus dalam Perjanjian Baru pada tahun hadapan, pertimbangkan untuk kaji semula dengan anak-anak anda apa yang mereka telah pelajari tentang-Nya pada tahun ini dalam Perjanjian Lama. Anda boleh kaji semula panduan sumber ini dan apa-apa nota pengkajian peribadi untuk membantu anda mengingati apa yang anda telah pelajari. Anak-anak yang lebih muda mungkin mendapat manfaat dengan melihat Cerita-cerita Perjanjian Lama atau gambar-gambar dalam Ikutlah Aku. Apakah nubuat atau cerita yang menonjol? Apakah yang kita telah pelajari mengenai Juruselamat?

Tradisi Krismas boleh mengarah kepada Yesus Kristus.

  • Keluarga orang Israel mempunyai tradisi, seperti Paskah dan kenduri lain, yang bertujuan untuk mengarahkan hati mereka kepada Tuhan (lihat Keluaran 12). Apakah tradisi yang anda dan anak-anak anda ada menjelang musim Krismas yang membantu anda fokus pada Yesus Kristus? Apakah tradisi yang anda ketahui daripada sejarah keluarga anda? Anda boleh pertimbangkan untuk berbincang dengan anak-anak anda beberapa tradisi yang anda ingin mulakan. Beberapa idea mungkin termasuk melayani seseorang yang memerlukan, memilih sesuatu yang akan anda tawarkan sebagai “hadiah” kepada Juruselamat, menjemput seorang kawan untuk menonton pertemuan rohani Krismas Presidensi Utama dengan anda (broadcasts.ChurchofJesusChrist.org), menulis lagu Krismas anda sendiri, atau mencari cara kreatif untuk berkongsi pesanan kelahiran Kristus.

Di rumah, pembelajaran dan menjalani tidak dapat dipisahkan. “Injil sangat relevan di dalam rumah. Di sana orang yang anda belajar injil bersama adalah orang yang anda akan hidup bersama setiap hari. Sebenarnya, kebanyakan masa, menjalani injil adalah bagaimana kita belajar injil. Jadi semasa anda belajar dan mengajar injil di rumah, cari cara untuk mengaitkan apa yang anda pelajari dengan apa yang anda sedang lakukan. Di rumah anda, jadikan injil sesuatu yang anda berusaha untuk jalani, bukan hanya sesuatu yang anda bincangkan” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 31).

adegan Kelahiran

Ilustrasi Kelahiran, oleh Ethan Brown

Bapa Syurgawi memberi saya kurnia Putera-Nya untuk menjadi Juruselamat saya.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu anak-anak anda merasai ketakziman dan kegembiraan kelahiran Kristus? Anda boleh menonton video “The Christ Child” (Gospel Library) atau baca bersama Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20. Setiap anak boleh memilih seseorang daripada laporan tulisan suci dan berkongsi perasaan orang itu terhadap Juruselamat. Kemudian anda boleh berkongsi perasaan anda sendiri tentang Dia.

    17:57

    The Christ Child

  • Mungkin anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang hadiah yang telah anda berikan atau terima selama bertahun-tahun yang telah membawa kegembiraan. Kemudian anda boleh membaca Yesaya 25:9 bersama dan bercakap tentang mengapa anda bersukacita kerana Bapa Syurgawi mengutus Juruselamat kepada kita. Untuk membantu anak-anak anda lebih memahami peranan Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita, jemput mereka untuk baca Yesaya 25:8–9; 53:3–5; dan Hosea 13:14. Apakah yang tulisan suci ini ajarkan kita tentang bagaimana Tuhan menyelamatkan kita?

  • Anda juga boleh menyanyikan lagu Krismas bersama, seperti “Nun Jauh Dalam Palungan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 26) atau “Betlehem Kota Kecil” (Nyanyian Rohani, no. 93). Bantu anak-anak anda mencari frasa dalam lagu yang membantu mereka tahu bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengasihi mereka.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

adegan Kelahiran

The Nativity [Kelahiran], oleh N. C. Wyeth

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Perjanjian Lama mengajar saya tentang Yesus