“16–22 November. ‘Mereka Akan Kukasihi Dengan Segenap Hati’: Hosea 1–6; 10–14; Yoel,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“16–22 November. ‘Mereka Akan Kukasihi Dengan Segenap Hati,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
16–22 November: “Mereka Akan Kukasihi Dengan Segenap Hati”
Hosea 1–6; 10–14; Yoel
Perjanjian orang Israel dengan Tuhan begitu mendalam dan bermakna sehingga Tuhan mengibaratkan perjanjian ini bagaikan perkahwinan. Perjanjian, seperti perkahwinan, termasuk komitmen yang abadi, pengalaman bersama, membina kehidupan bersama, kesetiaan yang eksklusif, dan, yang paling penting, mengasihi secara sepenuh hati. Malangnya, orang Israel tidak setia kepada perjanjian mereka. Namun, pesanan Tuhan kepada mereka bukanlah “Aku akan menolak anda selamanya.” Pesanan itu sebaliknya ialah “Aku akan menjemput anda kembali” (lihat Hosea 2:14–15). “Aku akan berlaku jujur,” Dia mengisytiharkan melalui nabi Hosea (Hosea 2:19). “Umat-Ku yang menyeleweng akan Kubawa kembali. Mereka akan Kukasihi dengan segenap hati” (Hosea 14:4). Ini ialah pesanan yang sama yang Dia berikan kepada kita pada hari ini apabila kita berusaha untuk memenuhi perjanjian kita dengan penuh kasih dan setia.
Yoel telah berkongsi pesanan yang serupa: “Kembalilah kepada Tuhan Raja kamu. Dia penyayang dan penuh rahmat; Dia sabar dan menepati janji-Nya; Dia sentiasa sedia mengampuni” (Yoel 2:13). Membaca kata-kata para nabi ini mungkin mendorong anda untuk merenungkan hubungan anda sendiri dengan Tuhan—untuk memikirkan bagaimana kesetiaan-Nya kepada anda mengilhami anda untuk setia kepada-Nya.
Untuk gambaran keseluruhan tentang kitab Hosea dan Yoel, lihat “Hosea” dan “Yoel” dalam Panduan Tulisan Suci.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Hosea 1–3; 14
Tuhan menjemput saya untuk kembali kepada-Nya.
Isteri Hosea, Gomer, tidak setia kepadanya, dan Tuhan menunjukan peristiwa yang menyedihkan ini untuk mengajar orang Israel bagaimana perasaannya terhadap mereka serta perjanjian mereka dengan Dia. Apabila anda membaca Hosea 1–3, renungkan cara Tuhan melihat perhubungan-Nya dengan umat perjanjian-Nya. Bagaimanakah membuat perjanjian dengan Tuhan diibaratkan seperti memasuki perkahwinan? Bagaimanakah gagal untuk mentaati perjanjian itu diibaratkan seperti berlaku curang terhadap pasangan? (lihat Hosea 2:5–7, 13). Apakah yang Hosea 2:14–23 ajarkan anda tentang kasih dan belas kasihan Tuhan? Bagaimanakah anda menunjukkan kasih dan kesetiaan anda kepada-Nya?
Dalam Hosea 14, carilah banyak janji indah yang Tuhan buat kepada mereka yang kembali kepada-Nya. Apakah maksud frasa “kukasihi dengan segenap hati” kepada anda? (ayat 4). Apakah metafora tumbuh-tumbuhan dalam ayat 5–8 ajarkan anda tentang berkat Tuhan, termasuk berkat pertaubatan? Sebagai sebahagian pengkajian anda, pertimbangkan untuk menyanyi atau mendengar lagu rohani tentang belas kasihan Juruselamat, seperti “Datang ke Yesus” (Nyanyian Rohani, no. 40).
Gomer, yang mewakili bani Israel dan perjanjian yang mereka langgar, telah ditawarkan penebusan oleh Tuhan. Ilustrasi oleh Deb Minnard, dilesenkan dari goodsalt.com
Hosea 6:4–7; Yoel 2:12–13
Kesetiaan terhadap Tuhan hendaklah dirasai secara dalaman, bukan hanya ditunjukkan secara luaran.
Orang-orang pada zaman Hosea mempersembahkan korban binatang, tetapi mereka melanggar perintah yang lebih penting. Pada pendapat anda, apakah maksudnya bahawa Tuhan “lebih ingin kamu mengasihi Aku daripada kamu mempersembahkan korban kepada-Ku. Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku”? (Hosea 6:6). Pada pendapat anda, apakah maksudnya untuk kesolehan menjadi seperti kabus atau embun? (lihat Hosea 6:4). Bagaimanakah seharusnya kesolehan kita kelihatan? (lihat Yesaya 48:18; 1 Nefi 2:9–10).
Anda juga boleh membaca Matius 9:10–13; 12:1–8 untuk melihat cara Juruselamat menggunakan Hosea 6:6 sepanjang pelayanan-Nya. Bagaimanakah petikan ini membantu anda memahami kata-kata Hosea?
Apabila membaca Yoel 2:12–13, perbuatan mengoyakkan pakaian seseorang adalah tanda luaran berkabung atau penyesalan. Bagaimanakah menghiriskan hati kita berbeza daripada mengoyakkan pakaian suci kita?
Yoel 2
“Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang.”
Apakah persamaan yang anda lihat antara zaman kita dan zaman yang Yoel ramalkan? (lihat terutamanya Yoel 2:1–2, 11, 18–32). Apakah yang anda kagum tentang berkat yang Tuhan janjikan dalam ayat 18–32? Mengapakah berkat-berkat ini amat berharga hari ini?
Mungkin menarik untuk membaca apa yang Moroni katakan tentang Yoel 2 apabila dia mengunjungi Joseph Smith pada tahun 1823 (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:41). Bagaimanakah anda rasa nubuat-nubuat dalam Yoel 2:28–32 sedang digenapi pada zaman kita? (lihat juga Kisah Rasul-Rasul 2:1–21). Pada pendapat anda, apakah maksudnya Tuhan akan “mencurahkan Roh [Nya] kepada semua orang”? (Yoel 2:28).
Anda boleh merenungkan kata-kata ini daripada Presiden Russell M. Nelson: “Di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakkan, dan pengaruh yang tetap dari Roh Kudus” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 96). Mengapakah wahyu penting bagi kehidupan rohani anda?
Apakah yang anda boleh lakukan jika anda rasa anda tidak menerima curahan itu? Berikut ialah beberapa contoh yang mungkin membantu. Apakah yang orang-orang dalam tulisan suci ini lakukan untuk menerima pencurahan Roh Tuhan?
Semasa anda membaca kata-kata ini daripada Elder David A. Bednar, renungkan apa maknanya kepada anda untuk merasakan pencurahan Roh Kudus dalam kehidupan seharian anda:
“Kita sering membuat kita sendiri sukar untuk menerima wahyu peribadi. Maksud saya ialah janji perjanjian adalah apabila kita mematuhi perjanjian, kita boleh sentiasa memiliki Roh Kudus sebagai rakan tetap kita. Tetapi kita membincangkan hal ini dan kita mempunyai tanggapan seolah-olah mendengar suara Tuhan melalui Roh-Nya merupakan kejadian yang jarang berlaku. … [Roh] seharusnya bersama kita sepanjang masa. Bukanlah pada setiap saat, tetapi jika seseorang telah melakukan yang terbaik—anda tidak perlu menjadi sempurna—tetapi jika anda dan saya telah berusaha sedaya upaya dan kita tidak melakukan pelanggaran yang serius, maka kita boleh bergantung pada Roh Kudus untuk membimbing kita. …
“… Kita seolah-olah percaya bahawa Roh Kudus bersifat dramatik, besar dan secara tiba-tiba, padahal Roh Kudus adalah halus, kecil dan bertambah dari masa ke masa” (“Elder David A. Bednar Discussion” [petang bersama Penguasa Umum, 7 Feb 2020], broadcasts.ChurchofJesusChrist.org).
Lihat juga Gary E. Stevenson, “Dorongan Roh,” Liahona, Nov. 2023, 42–45; “Enemy Territory” (video), Gospel Library.
Enemy Territory
Mewujudkan satu persekitaran yang rohani. “Apakah yang anda telah perhatikan yang menyumbang kepada persekitaran rohani untuk mempelajari injil? Apakah yang menjauhkan darinya? … Fikirkan tentang keadaan di mana anda sering mengajar [atau belajar]. Apakah perasaan anda ketika anda berada di situ? Bagaimanakah anda boleh menjemput Roh untuk hadir dengan lebih berkesan?” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 7).
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Hosea 2:19–20
Saya boleh setia mentaati perjanjian saya.
-
Dalam kitab Hosea, Tuhan membandingkan perjanjian-perjanjian-Nya dengan umat-Nya dengan perkahwinan. Untuk belajar daripada perbandingan ini, anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar pengantin lelaki dan perempuan dan berbincang tentang bagaimana Bapa Syurgawi mahu suami dan isteri melayani satu sama lain. Bantu anak-anak anda mencari kata-kata dalam Hosea 2:19–20 yang menggambarkan bagaimana perasaan Tuhan tentang kita. Bagaimanakah kita dapat tunjukkan Tuhan bahawa kita mengasihi Dia dan akan setia kepada-Nya?
Hosea 10:12
“Sudah tiba masanya kamu kembali kepada-Ku.”
-
Hosea 10:12 merujuk kepada menabur, menuai, masa, dan hujan untuk menjemput kita mencari Tuhan. Semasa anda membaca ayat ini, apakah idea yang dapat mengilhami anak-anak untuk mencari-Nya? Contohnya, mungkin anak-anak anda boleh melukis jam dan menulis cara mereka boleh mencari Tuhan pada masa yang berbeza sepanjang hari. Lagu seperti “Anytime, Anywhere” (Gospel Library) boleh membantu anda mengajar setiap masa merupakan masa yang sesuai untuk mencari Tuhan.
-
Atau anak-anak anda boleh melakukan aksi mudah yang sesuai dengan ayat itu, seperti berpura-pura menanam benih, memetik sayur-sayuran, atau berdiri di tengah hujan. Bantu anak-anak anda bandingkan menanam benih dan menuai makanan dengan hidup secara soleh dan menerima berkat Tuhan. Kemudian anda boleh saling ceritakan berkat yang Tuhan curahkan kepada anda semasa anda berusaha mencari-Nya.
Hosea 13:4, 14
Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Penebus saya.
-
Untuk menekankan kebenaran dalam Hosea 13:4 bahawa tidak ada Juruselamat kecuali Yesus Kristus, anda boleh tunjukkan anak-anak anda gambar beberapa orang, termasuk Yesus. Anak-anak anda boleh bergilir tunjuk pada orang yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan kita daripada dosa dan kematian. Kongsi kesaksian anda tentang Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.
-
Anak-anak anda boleh mencari kata-kata dalam Hosea 13:4, 14 yang menggambarkan Yesus Kristus. Apakah yang perkataan ini ajarkan tentang Dia? Pertimbangkan untuk membantu anak-anak anda gunakan Panduan Tulisan Suci untuk mencari tulisan suci lain yang mengajar bahawa Yesus ialah Juruselamat dan Penebus kita. Saling berkongsi bagaimana perasaan anda tentang Yesus Kristus.
Yoel 2:28–29
Roh Kudus boleh membimbing saya.
-
Mungkin anda boleh membantu anak-anak anda memahami Yoel 2:28–29 dengan membiarkan mereka menuangkan cecair dan kemudian membezakannya dengan titisan. Apa maksudnya untuk Roh “dicurahkan” kepada kita?
-
Semasa anda membaca Yoel 2:28–29 bersama, anda boleh menjemput anak-anak anda untuk masukkan nama masing-masing sebagai ganti frasa “anak lelaki” dan “anak perempuan.” Kemudian bantu mereka mencari tulisan suci seperti Yohanes 14:16; Moroni 10:5; Ajaran dan Perjanjian 42:17 untuk mengetahui bagaimana Roh boleh membantu mereka.
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.