Ikutlah Aku
19–25 Oktober. “Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau]”: Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20


“19–25 Oktober. ‘Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau]’: Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“19–25 Oktober. ‘Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau],’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

Yeremia memandang lelaki lain

Jeremiah [Yeremia], oleh Walter Rane

19–25 Oktober: “Sebelum Aku Membentuk Engkau Dalam Rahim Ibumu [Aku Mengenali Engkau]”

Yeremia 1–3; 7; 16–18; 20

Pada mulanya, Yeremia tidak menyangka dia akan menjadi seorang nabi yang baik. “Aku tidak pandai bercakap,” dia membantah (Yeremia 1:6). Tetapi Tuhan memberi kepastian kepadanya, “Aku memberi engkau firman-Ku yang harus engkau ucapkan” (ayat 9). Yeremia rasa dia “masih terlalu muda” (ayat 6) dan tidak berpengalaman, tetapi Tuhan menjelaskan dia lebih bersedia daripada yang dia sedari—dia telah ditahbiskan dengan panggilan ini malah sebelum dia dilahirkan (lihat ayat 5). Jadi Yeremia mengetepikan ketakutannya dan menerima panggilan itu. Dia memperingatkan raja-raja dan imam-imam Yerusalem bahawa kekudusan mereka yang berpura-pura tidak akan menyelamatkan mereka. Pemuda “masih terlalu muda” yang merasakan dia tidak pandai bercakap mula merasa firman Tuhan “bagaikan api yang membara dalam hati sanubari[nya]” dan tidak dapat dipadamkan (Yeremia 20:9).

Cerita Yeremia juga merupakan cerita anda. Tuhan turut mengenali anda, sebelum anda dilahirkan dan telah mempersiapkan anda untuk misi anda dalam hidup. Antara lainnya, misi itu termasuk sesuatu yang Yeremia telah nubuatkan: mengumpulkan umat Tuhan, satu per satu, untuk “membawa [mereka] kembali ke Bukit Sion” (Yeremia 3:14). Dan bahkan jika anda tidak tahu apa untuk dilakukan atau dikatakan, anda boleh “jangan takut … ; kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, Tuhan telah berfirman!” (Yeremia 1:8, 19).

Untuk gambaran keseluruhan kitab Yeremia, lihat “Yeremia” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Yeremia 1:4–19; 7:1–7; 20:8–9

Para nabi dipanggil untuk menyampaikan firman Tuhan.

Bayangkan anda bercakap dengan seorang rakan yang tidak pernah mendengar tentang nabi, dan anda memutuskan untuk menerangkan konsep itu menggunakan panggilan Yeremia untuk menjadi nabi dalam Yeremia 1:4–19. Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat tersebut yang mengajar sesuatu tentang nabi Tuhan? Anda juga boleh melihat dalam Yeremia 7:1–7; 20:8–9 dan lagu rohani seperti “We Listen to a Prophet’s Voice” (Hymns, no. 22).

Anda juga boleh mengajar rakan anda tentang nabi hidup hari ini. Adakah sesuatu dalam ayat-ayat ini yang boleh membantu? Contohnya, apakah yang nabi zaman kita “mencabut” atau “menjatuhkan”? Apakah yang mereka “membina” dan “menegakkan”? (Yeremia 1:10). Bagaimanakah anda tahu bahawa nabi hidup kita dipanggil oleh Tuhan?

Lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:6, 9; “Why Do We Have Prophets?” (video), ChurchofJesusChrist.org.

1:37

Why Do We Have Prophets?

Yeremia 1:5

ikon seminari
Tuhan mengenali saya sebelum saya dilahirkan.

Apakah yang Yeremia pelajari tentang dirinya dalam Yeremia 1:5? Sebagai nabi yang baru dipanggil, mengapa maklumat itu penting untuk dia ketahui?

Kebanyakan apa yang Yeremia pelajari tentang dirinya dalam Yeremia 1:5 juga benar bagi anda. Tuhan turut mengenali anda sebelum anda dilahirkan dan telah mempersiapkan anda untuk tanggungjawab tertentu. Untuk ketahui lebih lanjut tentang kehidupan anda sebelum anda dilahirkan, baca Alma 13:1–4; Ajaran dan Perjanjian 138:53–56; dan Abraham 3:22–23. Anda boleh membuat senarai kebenaran yang anda temui. Mengapakah maklumat ini penting untuk anda tahu?

Untuk ketahui tentang bagaimana kebenaran-kebenaran ini mempengaruhi kehidupan Elder Ahmad S. Corbitt, kaji pesanannya “Anda Boleh Kumpulkan Israel!” (Liahona, Mei 2021, 63–63). Bagaimanakah mengetahui tentang kehidupan pra-fana anda mempengaruhi cara anda menjalani kehidupan fana anda?

Berikut ialah apa yang Presiden Russell M. Nelson katakan tentang kehidupan pra-fana anda:

“Bapa Syurgawi anda telah mengenali anda untuk jangka masa yang sangat lama. Anda, sebagai anak lelaki-Nya atau perempuan-Nya, telah dipilih untuk datang ke bumi pada saat ini, untuk menjadi pemimpin dalam pekerjaan agung-Nya di dunia. Anda telah dipilih bukannya atas ciri-ciri badan anda tetapi untuk sifat-sifat rohani, seperti keberanian, kesempurnaan, akhlak hati, keinginan untuk kebenaran dan kebijaksanaan dan hasrat untuk melayani orang lain.

“Anda membina beberapa sifat-sifat ini di pra-fana. Yang lain anda boleh membentuknya di dunia apabila anda sentiasa mencarinya” (“Decisions for Eternity,” Liahona, Nov. 2013, 107).

Fikirkan beberapa situasi yang mungkin anda hadapi di mana adalah penting untuk mengingati kebenaran-kebenaran ini tentang kehidupan pra-fana anda. Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengingatkan diri anda tentang kebenaran ini?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Decisions for Eternity,” Liahona, Nov. 2013, 106–9; Topics and Questions, “Foreordination,” “Premortal Life,” Gospel Library.

di sebelah kiri, seseorang berdiri di dalam kolam yang kosong yang besar; di sebelah kanan, air terjun

Dalam Yeremia 2:13, Tuhan membandingkan keadaan rohani orang itu dengan “kolam yang bocor” dan membandingkan diri-Nya dengan “sumber air pemberi hidup.”

Yeremia 2; 7

“Mereka meninggalkan Aku, sumber air pemberi hidup kepada manusia.”

Di wilayah kering yang orang Israel tinggal, orang ramai menyimpan air yang berharga di dalam takungan bawah tanah yang dipanggil perigi. Pada pendapat anda, apakah yang “kolam yang bocor” yang disebut dalam Yeremia 2:13 lambangkan? Mengapakah menerima air daripada sumber air pemberi hidup lebih baik daripada bergantung pada perigi? Apakah maksudnya untuk meninggalkan “sumber air pemberi hidup”? Semasa anda membaca Yeremia 2 dan 7, perhatikan bagaimana orang ramai meninggalkan air hidup Tuhan (lihat, contohnya, Yeremia 2:26–28; 7:2–11). Mengapakah “sumber air pemberi hidup” merupakan lambang terbaik untuk apa yang Juruselamat berikan kepada anda? Fikirkan bagaimana anda menerima air hidup.

Yeremia 7 ditujukan kepada orang-orang yang memasuki “rumah Tuhan … untuk beribadat,” tetapi tindakan mereka tidak sepadan dengan pengabdian luaran mereka (lihat ayat 2–11). Apakah pesanan yang Tuhan ada untuk anda dalam ayat 21–23?

Gunakan pengajaran berobjek. Para nabi Tuhan sering membandingkan kebenaran rohani dengan objek yang biasa. Pertimbangkan untuk melakukan hal yang sama semasa anda belajar dan mengajar injil. Contohnya, untuk membayangkan Yeremia 2:13, anda boleh tuang air ke dalam bekas yang retak atau pecah atau minum daripada air pancut minuman. Bagaimanakah Yesus seperti “sumber air pemberi hidup”? (Yeremia 2:13). Bagaimanakah kita minum daripada air pemberi hidup-Nya?

Yeremia 3:14–18; 16:14–21

Tuhan akan mengumpulkan umat-Nya.

Dalam Yeremia 16:14–15, Yeremia membandingkan pengumpulan Israel pada zaman akhir dengan Keluaran Israel dari Mesir. Pada pendapat anda, mengapa pengumpulan itu lebih penting kepada umat Tuhan daripada Keluaran?

Apakah yang Yeremia 3:14–18; 16:14–21 cadangkan tentang bagaimana pengumpulan itu berlaku?

Dalam pesanannya “Harapan Israel,” Presiden Russell M. Nelson, seperti Yeremia, mengajar bahawa pengumpulan Israel “adalah yang terpenting pada masa ini di bumi” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018, Gospel Library). Baca atau dengar pesanannya, dan lihat jika anda boleh temukan (a) bagaimana Presiden Nelson mentakrifkan pengumpulan Israel, (b) bagaimana dia menggambarkan kepentingannya, dan (c) bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada pengumpulan itu.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Yeremia 1:5

Bapa Syurgawi mengenali saya sebelum saya dilahirkan.

  • Untuk memperkenalkan kebenaran penting yang Yeremia 1:5 ajarkan, anda boleh tunjukkan anak-anak anda gambar bayi (atau, jika boleh, anda boleh melihat gambar anak-anak anda semasa mereka masih bayi). Tanya anak-anak anda jika mereka tahu di mana mereka tinggal sebelum mereka dilahirkan. Anda juga boleh menyanyikan bersama lagu yang mengajar tentang kehidupan pra-fana kita, seperti “I Lived in Heaven” (Children’s Songbook, 4).

  • Jika anak-anak anda ingin belajar lebih lanjut, anda boleh membantu mereka mencari “Kehidupan Pra-fana” dalam Panduan Tulisan Suci. Mereka boleh mencari jawapan kepada soalan “siapa”, “bila,” dan “apa” tentang kehidupan pra-fana.

seorang gadis mendukung bayi

Yeremia 1:4–19

Para nabi dipanggil untuk menyampaikan firman Tuhan.

  • Pertimbangkan untuk menunjukkan gambar nabi hidup atau nabi-nabi daripada tulisan suci (anda boleh menemui beberapa gambar dalam majalah Gereja, Buku Seni Injil, dan Ikutlah Aku). Tanya anak-anak anda apa yang mereka tahu tentang nabi-nabi ini.

  • Untuk mengajar tentang apa yang nabi lakukan, anda boleh memilih beberapa ayat yang berguna daripada Yeremia 1 1, seperti ayat 5, 7, 10, dan 19. Setiap anak-anak anda boleh memilih salah satu ayat, membacanya, dan berkongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang nabi.

Yeremia 16:14–16

Saya dapat membantu anak-anak Bapa Syurgawi kembali kepada-Nya.

  • Semasa anda membaca Yeremia 16:16, anak-anak anda boleh berpura-pura “memancing” atau “memburu” objek di sekeliling bilik. Presiden Russell M. Nelson telah membandingkan nelayan dan pemburu dalam ayat ini dengan misionari (lihat “Pengumpulan Israel yang Tercerai-berai,” Liahona, Nov. 2006, 81). Apakah yang misionari lakukan? Bagaimanakah kita boleh membantu “memancing” dan “memburu” Israel yang tercerai-berai? (lihat “A Message for Children from President Russell M. Nelson” [video], ChurchofJesusChrist.org).

    3:30

    Video: A Message for Children from President Russell M. Nelson

Yeremia 18:1–6

Saya boleh membiarkan Tuhan membimbing hidup saya, seperti tukang tembikar membentuk tanah liat.

  • Untuk menerokai ayat-ayat ini, anda boleh membincangkan atau menunjukkan cara tembikar dibuat (lihat gambar pada akhir garis panduan ini). Apakah pesanan yang Tuhan ada untuk kita dalam Yeremia 18:1–6? Apakah maksudnya sebagai tanah liat dalam tangan Tuhan? (lihat juga Yesaya 64:8). Untuk cerita lain yang membandingkan kita dengan tanah liat, lihat pesanan Elder Richard J. Maynes “Kegembiraan dari Menjalani Kehidupan Yang Berpusat Pada Kristus” (Liahona, Nov. 2015, 27–30).

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

tangan membentuk tembikar pada roda

“Sebagaimana tanah liat itu dalam tangan tukang periuk, demikian juga kamu dalam tangan-Ku” (Yeremia 18:6).

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Saya dapat membantu anak-anak Bapa Syurgawi kembali kepada-Nya