Ikutlah Aku
12–18 Oktober. “[Penebus] Akan Datang ke [Sion]”: Yesaya 58–66


“12–18 Oktober. ‘[Penebus] Akan Datang ke [Sion]’: Yesaya 58–66,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“12–18 Oktober. ‘[Penebus] Akan Datang ke [Sion],’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

Yesus membacakan skrol kepada orang di saumaah

Jesus in the Synagogue at Nazareth [Yesus di Saumaah di Nazaret], oleh Greg Olsen

12–18 Oktober: “[Penebus] Akan Datang ke [Sion]”

Yesaya 58–66

Pada awal pelayanan-Nya, Yesus Kristus mengunjungi sebuah saumaah di Nasaret, di mana Dia dibesarkan. Dia berdiri untuk membaca daripada tulisan suci, membuka kitab Yesaya, dan membaca tulisan suci yang kita kenali sekarang sebagai Yesaya 61:1–2. Dia kemudiannya mengumumkan, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya.” Ini merupakan salah satu daripada pengumuman Juruselamat yang paling jelas dan mudah bahawa Dialah Yang Terpilih, yang akan “[menyembuhkan yang patah hati]” dan “mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan” (lihat Lukas 4:16–21). Tulisan suci ini memang digenapi pada hari itu. Selain itu, seperti banyak nubuat Yesaya yang lain, ia juga sedang digenapi pada zaman kita. Juruselamat terus menyembuhkan orang yang patah hati, yang kembali kepada-Nya. Masih ramai tawanan yang memerlukan pembebasan. Di samping itu, terdapat masa depan gemilang untuk kita bersedia—masa apabila Tuhan akan “mencipta langit yang baru dan bumi yang baru” (Yesaya 65:17) dan “menyelamatkan umat-Nya, dan semua bangsa akan memuji Dia” (Yesaya 61:11). Apabila membaca Yesaya, kita menyedari akan apa yang Tuhan telah lakukan, apa yang Dia sedang lakukan, dan apa yang Dia akan lakukan untuk umat-Nya.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Yesaya 58:3–12

ikon seminari
Berpuasa membina kuasa rohani dan memberkati orang yang memerlukan.

Mengapa ada orang secara sukarela memilih untuk tidak makan apabila makanan tersedia? Semasa anda mengkaji Yesaya 58:3–12, anda boleh berfikir tentang sebab-sebab anda berpuasa—serta sebab-sebab Tuhan memberikan hukum ini. Di sini ada beberapa soalan yang lain untuk dipertimbangkan:

  • Mengapakah puasa kadang-kadang boleh dianggap lebih sebagai beban berbanding berkat? (lihat Yesaya 58:3–5). Bagaimanakah ajaran Tuhan dalam bab ini mengubah persepsi itu?

  • Apakah maksudnya “tanggalkan belenggu penindasan” dan “bebaskan orang yang tertindas”? (Yesaya 58:6). Bagaimanakah puasa boleh memberkati orang lain? (lihat ayat 7).

  • Bagaimanakah berpuasa membawa berkat kepada anda seperti yang digambarkan dalam Yesaya 58:8–12?

Dalam pesanannya “Bukankah Ini Sumbangan Puasa yang Sudah Saya Pilih?” (Liahona, Mei 2015, 22–25), Presiden Henry B. Eyring telah berkongsi beberapa contoh mengenai contoh orang yang telah diberkati melalui berpuasa dan sumbangan puasa. Bagaimanakah anda telah melihat berkat yang serupa dalam kehidupan anda?

Lihat juga “Bless Our Fast, We Pray,” Hymns, no. 138; Topics and Questions, “Fasting and Fast Offerings,” Gospel Library.

Kenali orang yang anda ajar. “Menjadi seorang pengajar seperti Kristus termasuk mengenali orang yang anda ajar dan berusaha untuk memahami apa yang ada dalam hati mereka. … Anda boleh mengetahui bagaimana mereka belajar dengan paling baik. Anda boleh menanya soalan, mendengar dengan teliti, dan memerhati. Dan paling penting sekali, anda boleh berdoa untuk pemahaman yang hanya roh dapat berikan. Apabila anda mengenali seseorang dengan lebih baik, anda lebih mampu untuk membantu dia mencari makna peribadi dan kuasa dalam injil Yesus Kristus. Apabila anda memahami kehausan seseorang, Roh boleh mengajar anda bagaimana untuk membantu memenuhinya dengan air hidup Juruselamat” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 13).

Yesaya 58:13–14

Menghormati Tuhan pada hari Sabat membawa kebahagiaan.

Adakah hari Sabat “hari berbahagia” bagi anda? Semasa anda mengkaji Yesaya 58:13–14, pertimbangkan bagaimana anda boleh temui lebih banyak kebahagiaan pada hari Tuhan. Contohnya, apakah maksudnya “tidak mementingkan hal sendiri pada hari [Tuhan] itu”? Apakah perbezaan antara “[berbahagia] kerana mengabdi kepada [Tuhan]” dan “[melakukan hal sendiri]”?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Hari Sabat Adalah Satu Kebahagiaan,” Liahona, Mei 2015, 129–32.

Yesaya 59:9–21; 61:1–3; 63:7–9

Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Penebus saya.

Yesaya 58–66 mempunyai pelbagai rujukan berkenaan dengan misi penebusan Yesus Kristus. Carinya semasa anda mengkaji. Khususnya, perhatikan gelaran dan kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan Juruselamat. Contohnya:

  • Apakah yang anda kagum tentang gambaran tentang “penolong” dalam Yesaya 59:16–21? Bagaimanakah Juruselamat mengatasi keadaan yang digambarkan dalam ayat 9–15?

  • Apabila Yesus Kristus memberitahu bangsa Nasaret bahawa Dia ialah Mesias, Dia telah memetik daripada Yesaya 61:1–3 (lihat Lukas 4:16–21; lihat juga video “Jesus Declares He Is the Messiah,” Gospel Library). Bagaimanakah Yesus Kristus telah memberkati anda dan orang lain melalui cara yang digambarkan dalam ayat-ayat ini? Bagaimanakah Dia telah memberi pengganti kepada kedukaan?

    3:24

    Jesus Declares He Is the Messiah

  • Apakah “rahmat dan kasih Tuhan” yang anda boleh “ceritakan”? (lihat Yesaya 63:7–9).

  • Apakah rujukan lain kepada Juruselamat yang anda temui dalam Yesaya 58–66?

Lihat juga Mosia 3:7; Ajaran dan Perjanjian 133:46–53.

tangan lelaki menghulurkan lampu minyak untuk menyalakan lampu seorang wanita

A Gift of Light [Kurnia Cahaya], oleh Eva Timothy

Yesaya 60; 62

“Tuhan akan menjadi penerang abadi bagimu.”

Yesaya 60 dan 62 berucap tentang cahaya dan kegelapan, mata dan penglihatan, untuk mengajar tentang cara injil Yesus Kristus akan memberkati dunia pada hari-hari terakhir. Cari konsep ini dalam Yesaya 60:1–5, 19–20; 62:1–2. Apabila anda membaca bab-bab ini, renungkan cara Tuhan mengumpulkan anak-anaknya daripada kegelapan ke arah cahaya-Nya. Apakah peranan anda dalam kerja ini?

Lihat juga 1 Nefi 22:3–12; 3 Nefi 18:24; Ajaran dan Perjanjian 14:9; Bonnie H. Cordon, “Agar Mereka Boleh Melihat,” Liahona, Mei 2020, 78–80.

Yesaya 64:1–5; 65:17–2566

Kristus akan memerintah di bumi sepanjang Zaman Seribu Tahun.

Yesaya berucap tentang hari apabila “penderitaan pada masa yang lalu telah dilupakan” (Yesaya 65:16). Walaupun beberapa nubuat ini telah dipenuhi, dalam pengertian yang sepenuhnya, hari itu masih belum tiba—apabila Yesus Kristus akan kembali. Yesaya telah menjelaskan hari akan datang ini dalam Yesaya 64:1–5; 65:17–2566. Perhatikan berapa kerap dia menggunakan perkataan seperti “bersukacita” dan “bergembira”. Mengapakah kepulangan Juruselamat akan menjadi hari yang menggembirakan bagi anda? Apakah yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia untuk kedatangan-Nya?

Lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:10; Russell M. Nelson, “The Future of the Church: Preparing the World for the Savior’s Second Coming,” Ensign, Apr. 2020, 13-17.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Yesaya 58:6–11

Berpuasa memberkati saya dan orang lain dalam keperluan.

  • Mungkin cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak anda berpuasa—apabila mereka sudah bersedia—adalah dengan membantu mereka memahami tujuan Tuhan untuk hukum ini. Pertimbangkan untuk membaca bersama Yesaya 58:6–11 untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan ini: Mengapa kita berpuasa? Bagaimana kita berpuasa? Anda juga boleh melihat dalam “Puasa, Berpuasa” dalam Panduan Tulisan Suci.

  • Jika anda mempunyai pengalaman yang bermakna tentang puasa, kongsi dengan anak-anak anda. Anda juga boleh tanya mereka bagaimana mereka akan menjelaskan kepada seorang kawan mengapa Tuhan memberi kita hukum ini.

Yesaya 58:13–14

Hari Sabat membuat saya bahagia.

  • Selepas membaca Yesaya 58:13–14, anda boleh tunjuk pada hari-hari dalam seminggu pada kalendar dan menjemput anak-anak anda untuk menyebut hari-hari itu bersama anda. Apabila anda sampai ke hari Sabat, minta mereka memanggil hari itu “hari berbahagia.” Beritahu mereka mengapa hari Sabat itu membahagiakan anda.

  • Saling berkongsi cara anda boleh “berbahagia kerana mengabdi kepada [Tuhan]” pada hari Sabat. Mungkin anak-anak anda boleh melukis idea mereka dan memasukkannya ke dalam “kotak kebahagiaan Sabat.” Kemudian, apabila mereka memerlukan idea tentang apa yang perlu dilakukan pada hari Sabat, mereka boleh mencabut idea dari kotak.

potret Yesus

Our Light [Cahaya Kita], oleh Dan Wilson

Yesaya 60:1–3

Juruselamat seperti cahaya bagi saya.

  • Anda boleh menjemput anak-anak anda untuk menutup mata semasa anda membaca Yesaya 60:1–3. Mintalah mereka untuk membuka mata ketika mereka terdengar perkataan “cahaya” dan menutup mata lagi ketika mereka terdengar perkataan “kegelapan.” Jelaskan bahawa Yesus Kristus dan injil-Nya seperti cahaya yang membantu kita melihat jalan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi.

Yesaya 65:17–25

Apabila Yesus datang semula, Dia akan membawa kedamaian dan kebahagiaan.

  • Yesaya 65:17–25 menggambarkan keadaan bumi ketika Juruselamat kembali lagi. Semasa anda membaca ayat-ayat ini bersama anak-anak anda, bantu mereka mencari bagaimana kehidupan akan berbeza di “bumi yang baru” yang Yesaya gambarkan. Mengapakah ini akan menjadi waktu untuk “bergirang dan bersukacita selama-lamanya”? (ayat 18).

  • Anda juga boleh nyanyi bersama sebuah lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Gospel Library). Saling berkongsi apa yang anda nantikan tentang kedatangan Juruselamat. Apakah yang boleh kita lakukan untuk bersedia bagi hari tersebut?

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Yesus Kristus di langit, memancarkan cahaya

“Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem, kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang; Tuhan menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya” (Yesaya 60:1). Light and Life [Cahaya dan Hidup], oleh Mark Mabry

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Hari Sabat membuat saya bahagia