Ikutlah Aku
28 September–4 Oktober. “Hiburkanlah Umat-Ku”: Yesaya 40–49


“28 September–4 Oktober. ‘Hiburkanlah Umat-Ku’: Yesaya 40–49,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“28 September–4 Oktober. ‘Hiburkanlah Umat-Ku,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

Yesus menyembuhkan seorang lelaki buta

Healing the Blind Man [Menyembuhkan Lelaki Buta], oleh Carl Heinrich Bloch, di Muzium Sejarah Kebangsaan Frederiksborg

28 September–4 Oktober: “Hiburkanlah Umat-Ku”

Yesaya 40–49

“Hiburkan” ialah perkataan yang pertama dalam Yesaya bab 40. Ini menandakan permulaan nada yang berbeza, penekanan yang berbeza dalam pesanan nabi. Tulisan Yesaya terdahulu memberi peringatan kepada orang Israel dan Yehuda tentang kehancuran dan penawanan yang akan datang kerana dosa mereka. Tetapi nubuat-nubuat yang kemudiannya ini bertujuan menghiburkan orang Yahudi lebih daripada 150 tahun di masa akan datang—setelah Yerusalem dan bait suci dihancurkan dan rakyat ditawan oleh Babel. Nubuat-nubuat ini, bagaimanapun, menjangkau lebih jauh ke masa akan datang daripada orang Israel yang dikalahkan dan patah semangat. Ia bercakap dengan kita, yang kadang-kadang turut berasa dikalahkan, patah semangat dan bahkan sesat.

Pesanan Yesaya kepada bangsanya dan kita adalah mudah: “Janganlah takut” (Yesaya 43:1). Semuanya tidak akan hilang. Tuhan tidak melupakan anda, dan Dia berkuasa ke atas situasi yang kelihatan di luar kawalan anda. Bukankah Tuhan, yang “menciptakan langit” (Yesaya 42:5), lebih berkuasa daripada Babel, daripada dosa, daripada apa pun yang menawan anda? “Kembalilah kepada-Ku”, Dia meminta, “kerana Akulah yang menyelamatkan kamu” (Yesaya 44:22). Dia boleh menyembuhkan, memulihkan, menguatkan, mengampunkan dan menghiburkan—apa sahaja yang diperlukan untuk anda, dalam situasi anda, untuk ditebus.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Yesaya 40–49

ikon seminari
Yesus Kristus boleh menghiburkan saya dan memberi saya harapan.

Apabila orang Israel menjadi tawanan di Babel, ramai yang mungkin tertanya-tanya jika mereka telah kehilangan tempat sebagai umat perjanjian terpilih Tuhan buat selamanya. Apabila anda membaca Yesaya 40–49, cari petikan yang mungkin telah memberi penghiburan dan harapan. Bagi setiap petikan yang anda temui, renungkan dan catat perkara yang Tuhan mungkin sedang katakan kepada anda dalam ayat-ayat ini. Berikut ialah beberapa yang anda boleh mulakan:

  • 40:11, 29–31:

  • 41:10–13, 17–18:

  • 42:6–7:

  • 43:1–7, 25:

  • 44:1–4, 21–24:

  • 46:3–4:

  • 49:7–16:

Apakah yang anda rasa Tuhan mahu anda ketahui tentang Dia?

Anda mungkin sedar bahawa lagu rohani “Teguhlah Landasan” (Nyanyian Rohani, no. 28) memetik kata-kata Yesaya dalam Yesaya 41:10; 43:2–5; 46:4. Pertimbangkan untuk menyanyi atau mendengar lagu rohani ini, mencari persamaan antara lirik dan ayat-ayat ini daripada Yesaya. Bagaimanakah Tuhan telah memenuhi janji dalam ayat-ayat ini di dalam hidup anda?

Lihat juga Patrick Kearon, “Dia Telah Bangkit dengan Kesembuhan seperti Matahari: Kita Boleh Jadi Lebih Daripada Penakluk,” Liahona, Mei 2022, 37–40.

Gunakan tulisan suci tambahan. Kadang-kadang kita boleh lebih memahami Perjanjian Lama jika kita menambah pelajaran kita dengan ayat-ayat daripada Kitab Mormon. Contohnya, nabi Kitab Mormon Nefi dan Yakub mempunyai akses kepada tulisan-tulisan Yesaya pada kepingan-kepingan loyang (lihat 1 Nefi 19:22–23), dan mereka menggunakan nubuat-nubuat ini untuk mengajar tentang Juruselamat. Untuk ketahui bagaimana Nefi dan Yakub mengibaratkan Yesaya 48–49 kepada bangsa mereka, lihat 1 Nefi 22. Itu boleh membantu anda menyamakan bab-bab ini dengan kehidupan anda sendiri.

Sungai yang luas dan cetek

Dengan mematuhi Tuhan, kita boleh mendapat “berkat yang tidak putus-putus seperti sungai yang tidak pernah kering” (Yesaya 48:18).

Yesaya 40–49

“Engkau adalah hamba-Ku.”

Dalam Yesaya 40–49 Tuhan berucap tentang “hamba” Dia dan “saksi” Dia. Kata-kata ini boleh merujuk kepada Yesus Kristus (lihat Yesaya 42:1–7), kepada bani Israel (lihat Yesaya 45:4), dan kepada Raja Kores, yang telah membenarkan orang Yahudi kembali ke Yerusalem dan membina semula bait suci (lihat Yesaya 44:26–28; 45:1–4). Anda juga boleh mempertimbangkan bagaimana petikan ini berguna untuk anda sebagai hamba dan saksi Tuhan. Contohnya, renungkan soalan seperti berikut:

Yesaya 40:1–3, 9–11; 43:9–12. Bagaimanakah anda menjadi saksi kepada Yesus Kristus? Apakah “khabar baik” yang boleh anda kongsi sebagai saksi-Nya? Anda boleh membayangkan anda telah dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan mahkamah. Dalam perbicaraan ini, Yesus Kristus telah didakwa membuat tuntutan yang tercatat dalam Yesaya 43:11. Apakah kesaksian yang boleh anda berikan untuk menyokong tuntutan Yesus? Apakah bukti daripada kehidupan anda yang akan anda kemukakan?

Yesaya 41:8–13; 42:6; 44:21. Apakah yang Tuhan telah panggil anda lakukan? Pertimbangkan panggilan Gereja dan juga peluang untuk melayani-Nya. Bagaimanakah Dia telah “membentuk” atau menyediakan anda untuk menjadi hamba-Nya? Bagaimanakah Dia menyokong anda semasa anda melayani?

Yesaya 49:1–9. Apakah pesanan yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang boleh membantu apabila usaha dan pelayanan anda seolah-olah “telah menghabiskan tenaga [anda] tetapi tidak mencapai apa-apa”? (ayat 4).

Yesaya 40:3–8, 15–23; 42:15–16; 47:7–11

Kuasa Tuhan lebih besar daripada kuasa duniawi.

Yesaya berulang kali memberi peringatan kepada bangsanya akan kuasa Tuhan yang tiada bandingannya, bahkan dibandingkan dengan kuasa duniawi yang menindas, yang mengelilingi mereka. Cari pesanan ini apabila anda membaca Yesaya 40:3–8, 15–23; 42:15–16; dan 47:7–11 (beri perhatian bahawa bab 47 ditujukan kepada penawanan orang Israel, Babel). Apakah yang petikan-petikan ini ajarkan anda tentang hal-hal duniawi? Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan anda mengenai Tuhan? Renungkan mengapa pesanan ini berharga bagi orang Yahudi semasa dalam penawanan. Mengapakah pesanan ini berharga bagi anda?

Yesaya 48:10; 49:13–16

Tuhan boleh menyempurnakan saya melalui kesengsaraan saya.

Semasa anda membaca Yesaya 48:10, renungkan “relau” anda sendiri. Bagaimanakah Tuhan “menguji” anda? Bagaimanakah Yesaya 49:13–16 membantu anda apabila anda mengalami kesengsaraan?

Lihat juga “The Refiner’s Fire” (video), Gospel Library.

5:2

The Refiner's Fire

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Yesaya 40:3–5

Saya boleh membantu menyediakan “jalan bagi Tuhan.”

  • Fikirkan beberapa cara untuk menggambarkan maksud “sediakanlah … jalan bagi Tuhan,” seperti yang Yesaya 40:3–5 gambarkan. Contohnya, anda dan anak-anak anda boleh meluruskan sesuatu yang bengkok, mengemas lantai yang berselerak, atau mewujudkan jalan yang jelas di atas tanah yang berbatu-bata. Anda juga boleh menunjukkan gambar Yohanes Pembaptis dan Joseph Smith (lihat Buku Seni Injil, no. 35, 87). Bagaimanakah mereka mempersiapkan jalan untuk kedatangan Tuhan? (lihat Lukas 3:2–18; Ajaran dan Perjanjian 135:3). Bagaimanakah kita boleh membantu? Ini mungkin peluang untuk bercakap tentang bagaimana pemegang Imamat Harun membantu menyediakan jalan Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:26–28).

Yesaya 43:10

Saya boleh menjadi saksi Tuhan.

  • Selepas membaca Yesaya 43:10 bersama, anda boleh bercakap tentang maksud untuk menjadi seorang saksi. Saling berkongsi hal-hal yang anda alami yang anda boleh menjadi “saksi”—contohnya, makanan yang telah anda rasai, tempat yang anda lawati, atau orang yang anda kenali. Apakah maksudnya menjadi saksi Tuhan? Apakah yang boleh kita beritahu orang lain tentang Dia?

Yesaya 44:3–4; 45:8

Tuhan akan “mencurahkan” berkat-Nya ke atas saya.

  • Setelah membaca ayat-ayat ini, anak-anak anda boleh menyiram pokok dan menceritakan tentang berkat-berkat yang Tuhan telah curahkan kepada mereka. Apakah yang berlaku apabila kita menyiram pokok itu? Bagaimanakah berkat Tuhan telah membantu kita berkembang?

ombak lautan yang besar

Kesolehan kita boleh “seperti ombak laut yang tidak berhenti” (Yesaya 48:18).

Yesaya 48:17–18

Mentaati perintah Tuhan membawa kedamaian.

  • Gambar atau video sungai dan ombak lautan boleh membantu anak-anak anda membayangkan Yesaya 48:18 (seperti gambar dalam garis panduan ini). Anak-anak anda mungkin boleh menggerakkan tangan dan lengan mereka seperti sungai dan ombak laut. Bagaimanakah kedamaian boleh diibaratkan seperti sungai? Bagaimanakah kesolehan boleh diibaratkan seperti ombak? Bincangkan bagaimana mentaati perintah Tuhan telah membantu anda merasa damai seperti sungai atau kuat seperti ombak.

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68). Apakah yang lagu ini ajarkan tentang mengapa kita harus mentaati perintah-perintah Tuhan?

Yesaya 49:14–16

Tuhan tidak akan melupakan saya.

  • Yesaya 49:14–16 boleh menjadi penghiburan yang besar kepada anak-anak anda untuk tahun-tahun akan datang. Semasa anda membaca ayat 14, anda boleh bercakap tentang apa yang mungkin membuatkan orang berasa dilupakan atau ditinggalkan. Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan tidak melupakan kita?

  • Untuk memperkenalkan ayat 15–16, anda boleh bertanya kepada anak-anak anda tentang seseorang yang tidak akan mereka lupakan, seperti ahli keluarga atau rakan. Menurut ayat Yesaya 49:15–16, mengapakah Tuhan tidak akan melupakan kita? Kemudian anda boleh saling berkongsi perasaan anda tentang Yesus Kristus.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Yesus bersama seorang lelaki dan seorang gadis

Balm of Gilead [Ubat Gilead], oleh Annie Henrie Nader

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Saya boleh menjadi saksi Tuhan