“20–26 April. ‘Kami Akan Melakukan Segala yang Telah Difirmankan Tuhan’: Keluaran 19–20; 24; 31–34,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)
“20–26 April. ‘Kami Akan Melakukan Segala yang Telah Difirmankan Tuhan,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026
Moses and the Tablets [Musa dan Batu Bersurat], oleh Jerry Harston (perincian)
20—26 April: “Kami Akan Melakukan Segala yang Telah Difirmankan Tuhan”
Keluaran 19–20; 24; 31–34
Walaupun sebelum ini anak-anak Israel merungut dan goyah, ketika Musa membacakan hukum itu di kaki Gunung Sinai, mereka membuat perjanjian ini: “Kami akan mentaati Tuhan dan melakukan segala perintah-Nya” (Keluaran 24:7). Tuhan kemudian memanggil Musa ke atas gunung, memintanya untuk membina khemah ibadat “supaya Aku dapat tinggal bersama-sama mereka” (Keluaran 25:8).
Tetapi ketika Musa berada di puncak gunung belajar bagaimana orang Israel dapat memiliki kehadiran Tuhan bersama-sama mereka, orang Israel yang berada di kaki gunung sebaliknya membuat patung berhala untuk disembah. Sebaik sahaja berjanji untuk “[tidak] sembah tuhan-tuhan lain,” mereka “telah menyimpang” daripada janji mereka (Keluaran 20:3; 32:8; lihat juga Keluaran 24:3). Ini adalah sesuatu yang mengejutkan, tetapi kita tahu dari pengalaman bahawa iman dan komitmen ada masanya diatasi dengan ketidaksabaran, ketakutan, atau keraguan. Semasa kita mencari kehadiran Tuhan dalam hidup kita, ia sangat menggalakkan untuk tahu bahawa Tuhan tidak berputus asa terhadap Israel kuno dan Dia tidak akan putus asa terhadap kita—kerana Dia “penuh dengan rahmat dan belas kasihan, tidak cepat murka, dan menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar” (Keluaran 34:6).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Keluaran 19:3–6
Umat perjanjian Tuhan adalah harta bagi-Nya.
Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Dalam Perjanjian Lama, istilah Ibrani dari mana pilihan telah diterjemahkan sebagai segullah, yang bermaksud ‘harta yang berharga,’ atau ‘harta. … Untuk kita hamba-hamba Tuhan dikenali sebagai umat pilihan-Nya adalah satu pujian yang sangat tinggi” (“Children of the Covenant,” Ensign, Mei 1995, 34). Bagaimanakah kata-kata Presiden Nelson mempengaruhi cara anda memahami Keluaran 19:3–6? Bagaimanakah Tuhan mengungkapkan bahawa Dia menghargai anda?
Keluaran 19:10–11, 17
Pengalaman yang kudus memerlukan persediaan.
Tuhan memberitahu Musa bahawa anak-anak Israel perlu bersedia sebelum mereka dapat “bertemu dengan Tuhan” (Keluaran 19:10–11, 17) dan mentaati perjanjian dengan-Nya (lihat Keluaran 19:5). Bagaimanakah anda bersedia untuk pengalaman rohani, termasuk tatacara sakramen dan bait suci? Bagaimanakah anda boleh membantu orang lain bersedia? Apakah yang anda pelajari tentang persediaan dari Lukas 6:12–13; Enos 1:2–6; Alma 17:2–3?
Gunung di Mesir ini dipercayai adalah Gunung Sinai.
Keluaran 20:1–17
Kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan membawa berkat.
Semasa orang Israel berkumpul di kaki Gunung Sinai, mereka mendengar suara Tuhan memberikan Sepuluh Perintah (lihat Ulangan 4:12–13). Ini, sudah tentu, bukan satu-satunya perintah Tuhan—terdapat banyak lagi perintah dalam tulisan suci. Jadi semasa anda membaca Keluaran 20:1–17, tanya diri anda mengapa Tuhan menekankan sepuluh ini secara khusus. Berikut ialah jadual contoh yang boleh anda gunakan semasa anda merenungkan kepentingan Sepuluh Perintah dalam hidup anda:
|
Perintah |
Dalam kata lain, Tuhan meminta saya untuk … |
Berkat yang datang kerana menjalankan perintah ini |
|---|---|---|
-
Bagaimanakah mentaati sepuluh perintah ini membantu anda mentaati dua perintah utama yang Yesus berikan dalam Matius 22:34–40?
-
Apakah hal-hal yang anda mungkin tergoda untuk utamakan sebelum Tuhan? Apakah berkat yang anda telah lihat kerana mengutamakan Tuhan?
-
Bagaimanakah anda akan menjawab seseorang yang mengatakan Sepuluh Perintah telah diberikan lama dahulu dan tidak terpakai pada hari ini? Apakah contoh dalam hidup anda yang akan anda kongsi sebagai respon anda? Bagaimanakah lagu rohani “Sungguh Baik P’rintah-Nya” (Nyanyian Rohani, no. 44) mempengaruhi cara anda menerangkan perintah-perintah Tuhan kepada orang lain?
-
Bagaimanakah Tuhan telah memenuhi janji dalam Keluaran 20:6 di dalam hidup anda?
Lihat juga “The Great Commandment—Love the Lord,” dalam Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson (2014), 37–45; Dallin H. Oaks, “No Other Gods,” Liahona, Nov. 2013, 72–75; Topics and Questions, “Commandments,” Gospel Library.
Keluaran 24:1–11
Membuat perjanjian menunjukkan kerelaan saya untuk mematuhi hukum Tuhan.
Semasa anda membaca Keluaran 24:3–8, pertimbangkan perjanjian yang telah anda buat dengan Tuhan. Walaupun perjanjian Israel merangkumi ritual yang berbeza daripada apa yang Tuhan minta zaman ini, anda boleh melihat beberapa persamaan. Contohnya, ayat 4, 5, dan 8 menyebut mazbah (altar), korban binatang, dan darah. Apakah yang hal-hal ini lambangkan, dan bagaimana ia berkaitan dengan perjanjian anda?
Keluaran 32–34
Dosa ialah berpaling daripada Tuhan; pertaubatan ialah berpaling kepada-Nya dan menjauhi kejahatan.
Cuba letakkan diri anda di tempat orang Israel—anda berada di padang belantara, Musa telah pergi selama 40 hari, dan pertentangan dengan orang Kanaan atas negeri yang dijanjikan sedang berlangsung di depan anda (lihat Keluaran 32:1–8). Menurut anda mengapakah orang Israel menginginkan patung berhala emas? Apakah yang mengilhami anda tentang rayuan Musa kepada Tuhan dalam Keluaran 33:11–17?
Meskipun dosa orang Israel itu serius, cerita ini juga termasuk pesanan belas kasihan dan pengampunan Tuhan. Apakah yang Keluaran 34:1–10 ajarkan anda tentang Juruselamat? (lihat Keluaran 32:30–32; Mosia 14:4–8; 15:9; Ajaran dan Perjanjian 45:3–5).
Keluaran 31:13–16
Hari Sabat adalah satu tanda.
Presiden Russell M. Nelson berkata: “Dalam tahun-tahun muda saya, saya mengkaji kerja orang lain yang mempunyai senarai perkara-perkara yang dibuat dan tidak dibuat pada hari Sabat. Saya belajar dari kitab suci bahawa kelakuan dan sikap saya terhadap Sabat merupakan satu tanda antara saya dan Bapa Syurgawi [lihat Keluaran 31:13; Yehezkiel 20:12, 20]. Dengan pemahaman itu, saya tidak memerlukan senarai apa yang harus dibuat dan yang tidak patut dibuat. Apabila saya perlu membuat keputusan sama ada suatu aktiviti adalah sesuai untuk hari Sabat, saya bertanya kepada diri sendiri, ‘Tanda apa yang saya mahu beri kepada Tuhan?’ Soalan itu membuat pilihan saya mengenai hari Sabat menjadi jelas” (“Hari Sabat Adalah Satu Kebahagiaan,” Liahona, Mei 2015, 130). Renungkan tanda apa yang anda ingin berikan kepada Tuhan dengan pengamatan hari Sabat anda.
Keluaran 34:1–4
Apakah perbezaan antara dua set batu ukiran yang Musa buat?
Ketika Musa turun dari gunung, dia membawa hukum-hukum yang tertulis di atas batu. Setelah mendapati orang Israel telah melanggar perjanjian mereka, Musa membanting batu-batu itu (lihat Keluaran 31:18; 32:19). Kemudian, Tuhan memerintahkan Musa untuk membuat dua buah batu tulis dan membawanya kembali ke gunung (lihat Keluaran 34:1–4). Terjemahan Joseph Smith, Keluaran 34:1–2 (dalam Bantuan Pengkajian) menjelaskan bahawa set batu bertulis pertama mengandungi tatacara Tuhan “tarekat kudus,” atau Imamat Melkisedek. Set kedua yang baharu termasuk “hukum perintah-perintah badaniah.” Ini adalah hukum lebih rendah yang ditadbir oleh “imamat yang lebih rendah” (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:17–27), untuk mempersiapkan orang Israel untuk hukum yang lebih tinggi dan imamat yang lebih tinggi sehingga mereka dapat sepenuhnya memasuki hadirat Tuhan.
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Keluaran 20:3–17
Tuhan memberi saya perintah kerana Dia mahu saya gembira.
-
Bagaimanakah anda dapat menjadikan pembelajaran tentang Sepuluh Perintah menyeronokkan bagi anak-anak anda? Semasa anda membaca Keluaran 20:3–17 bersama, biarkan anak-anak anda membantu anda mencari atau melukis gambar untuk mewakili setiap Sepuluh Perintah. Kemudian anak-anak anda boleh bergilir memilih gambar dan bercakap tentang bagaimana mereka boleh menjalankan perintah itu. Saling berkongsi bagaimana menjalankan perintah itu membawa anda kebahagiaan.
-
Anda juga boleh nyanyikan lagu seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68). Bantu anak-anak anda mencari perkataan dalam lagu yang mengajar mereka mengapa Tuhan mahu kita mentaati perintah-perintah-Nya.
Apabila kanak-kanak berkongsi pengalaman rohani, kesaksian mereka berkembang. Soalan yang anda tanya dapat menggalakkan anak-anak anda untuk berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat dan bagaimana menjalankan injil telah memberkati mereka (lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 32). Apabila mereka melakukan ini, mereka sedang memberi kesaksian. Pertimbangkan bagaimana anda boleh melakukan ini semasa anda membincangkan berkat-berkat yang datang kerana menjalankan Sepuluh Perintah.
Keluaran 20:12
Tuhan mahu saya menghormati ibu bapa saya.
-
Bantu anak-anak anda belajar frasa “Hormatilah bapa dan ibu kamu” (Keluaran 20:12). Anda mungkin ingin jelaskan bahawa “menghormati” seseorang bermaksud menunjukkan rasa hormat kepada mereka atau membahagiakan mereka. Apakah yang Yesus lakukan untuk menghormati ibu fana-Nya dan Bapa Syurgawi-Nya? (lihat Lukas 2:48–51; Yohanes 19:26–27). Mungkin anak-anak anda boleh bergilir melakonkan hal-hal yang mereka boleh lakukan untuk menghormati ibu bapa mereka, sementara anak-anak yang lain meneka apa yang mereka sedang lakukan.
Keluaran 31:13, 16–17
Menghormati hari Sabat adalah tanda kasih saya kepada Tuhan.
-
Anak-anak anda mungkin seronok melihat contoh-contoh papan tanda—seperti papan tanda jalan atau papan tanda pada bangunan. Apakah tujuan papan tanda? Anak-anak anda kemudiannya boleh mencari perkataan “tanda” dalam Keluaran 31:13, 16–17. Apakah yang Tuhan katakan adalah tanda kita dan Dia? Saling berkongsi beberapa cara anda dan keluarga anda menunjukkan kasih kepada Tuhan pada hari Sabat.
Ilustrasi Musa memegang Sepuluh Perintah, oleh Sam Lawlor (perincian)
Keluaran 32:1–8, 19–24; 34:6–7
Saya tidak akan “berpaling” daripada jalan Tuhan.
-
Pertimbangkan untuk gunakan “Musa di Gunung Sinai” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 77–82) untuk membantu anak-anak anda mempelajari cerita dalam Keluaran 32:1–8, 19–24. Mengapakah ia salah untuk orang Israel menyembah patung dan bukannya Tuhan?
2:55Moses on Mount Sinai
-
Mungkin menyeronokkan untuk mencipta jalan di atas lantai (atau mencari jalan berhampiran rumah anda) untuk menggambarkan kata-kata ini daripada Keluaran 32:8: “Mereka telah menyimpang daripada perintah-Ku.” Semasa berjalan di jalan, anak-anak anda boleh bercakap tentang godaan yang kita hadapi untuk berpaling daripada Tuhan. Apakah yang membantu kita kekal di jalan Tuhan—dan kembali kepadanya jika kita telah sesat? (lihat Keluaran 34:6–7).
Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.