Ikutlah Aku
6–12 April. “Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir”: Keluaran 7–13


“6–12 April. ‘Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir’: Keluaran 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“6–12 April. ‘Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

Musa dan Harun di istana Firaun

Ilustrasi Musa dan Harun di pengadilan Firaun, oleh Robert T. Barrett

6–12 April: “Ingatlah Hari Ini, Hari Kamu Meninggalkan Mesir”

Keluaran 7–13

Wabak demi wabak menyengsarakan Mesir, tetapi Firaun tetap menolak untuk membebaskan orang Israel. Namun Tuhan terus menunjukkan kuasa-Nya dan memberi Firaun peluang untuk menerima “bahawa Akulah Tuhan” dan “tiada sesiapa pun yang seperti Aku di seluruh dunia” (Keluaran 7:5; 9:14). Sementara itu, Musa dan orang Israel mesti telah menyaksikan dengan kagum akan pernyataan kuasa Tuhan bagi pihak mereka. Tentunya tanda-tanda yang berterusan ini mengukuhkan iman mereka kepada Tuhan dan memperkuat kerelaan mereka untuk mengikut nabi Tuhan. Kemudian, setelah sembilan wabak yang dahsyat gagal membebaskan orang Israel, datanglah wabak kesepuluh—kematian anak sulung, termasuk anak sulung Firaun—yang mengakhiri penawanan. Ini nampaknya sesuai kerana dalam setiap kes penawanan rohani, hanya ada satu cara untuk melarikan diri. Hanya korban Yesus Kristus, Anak sulung—darah Anak Domba yang tidak ada cacat—yang akan menyelamatkan kita.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Keluaran 7–11

Saya boleh memilih untuk melembutkan hati saya.

Semoga, kehendak anda tidak bertentangan dengan kehendak Tuhan seperti kehendak Firaun. Namun, kita semua mempunyai masa di mana hati kita tidak selembut yang seharusnya. Apakah yang menonjol bagi anda tentang tindak balas Firaun terhadap wabak-wabak dalam Keluaran 7:14–25; 8:5–32; 9:1–26; 10:12–29; 12:29–33? Perhatikan penjelasan dalam Terjemahan Joseph Smith bagi Keluaran 7:3, 13; 9:12.

Mengapakah “keras” merupakan gambaran yang sesuai untuk hati Firaun? Pertimbangkan apa yang anda pelajari daripada ayat-ayat ini tentang mempunyai hati yang lembut: 1 Nefi 2:16; Mosia 3:19; Alma 24:7–8; 62:41; Eter 12:27. Semasa anda membaca tentang akibat daripada kekerasan hati Firaun, renungkan keadaan hati anda. Apakah perubahan yang anda terilham untuk lakukan?

Keluaran 12:1–42

ikon seminari
Yesus Kristus boleh menyelamatkan saya kerana Korban Tebusan-Nya.

Satu-satunya cara untuk orang Israel selamat daripada wabak kesepuluh, yang digambarkan dalam Keluaran 11:4–5, adalah mengikuti dengan tepat arahan yang Tuhan berikan kepada Musa dalam Keluaran 12, ritual yang dikenali sebagai Paskah. Paskah mengajarkan kita melalui simbol bahawa seperti Tuhan membebaskan orang Israel dari perhambaan di Mesir, Dia juga boleh membebaskan kita dari perhambaan dosa. Untuk meneroka simbol ini dalam Keluaran 12:1–42, anda boleh gunakan carta seperti ini:

Simbol

Maksud

Pesanan Tuhan kepada saya

Simbol

Bulan pertama (ayat 2; Tuhan memerintahkan orang Israel untuk menggunakan peristiwa ini untuk menandakan permulaan kalendar mereka).

Maksud

Ini akan menjadi permulaan baharu bagi Israel. Mereka akan “dilahirkan semula.”

Simbol

Anak domba (ayat 3–5).

Maksud

Lihat Yohanes 1:29; 6:54; 1 Petrus 1:19.

Simbol

Darah anak domba di tiang pintu (ayat 7, 13, 23).

Maksud

Lihat Mosia 4:2; Wahyu 12:11.

Simbol

Roti tidak beragi (ayat 8, 15, 19–20).

Maksud

Ragi, atau yis, boleh menjadi simbol kebinasaan kerana ia mudah rosak. Lihat Matius 16:6–12; Yohanes 6:35.

Simbol

Sayur pahit (ayat 8).

Maksud

Peringatan tentang kepahitan dosa dan penawanan. Lihat Keluaran 1:14; Musa 6:55.

Simbol

Makan cepat-cepat, berpakaian lengkap untuk perjalanan (ayat 11).

Maksud

Simbol mendesak untuk meninggalkan penawanan dosa. Lihat Kejadian 39:12; 2 Timotius 2:22.

Simbol

Malaikat Maut (ayat 13, 23).

Maksud

Lihat Ajaran dan Perjanjian 89:18–21.

Simbol

Orang Israel dibebaskan (ayat 29–32).

Maksud

Lihat 2 Nefi 2:26; Ajaran dan Perjanjian 138:15–19, 31.

Apakah lagi yang anda temui dalam arahan dan simbol Paskah yang mengingatkan anda tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya? Apakah yang simbol ini cadangkan kepada anda tentang bagaimana untuk menerima berkat-berkat Korban Tebusan-Nya?

Datanglah kepada Kristus dengan mengenal pasti simbol-simbol yang bersaksi tentang Dia. “Segala hal,” Tuhan mengisytiharkan, “diciptakan dan dijadikan untuk memberi kesaksian tentang Aku” (Musa 6:63; lihat juga 2 Nefi 11:4). Dalam Keluaran 12, simbol-simbol seperti anak domba, darah, roti tidak beragi, mukjizat, dan pembebasan semuanya mengarahkan kepada Kristus. “Apabila kita memahami bagaimana objek-objek ini berkaitan dengan Juruselamat, ia boleh mengajar kita tentang kuasa dan sifat-sifat-Nya” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 7).

Yesus memberi sakramen kepada para pengikut-Nya.

In Remembrance of Me [Untuk Mengenang Aku], oleh Walter Rane

Keluaran 12:14–17, 24–27; 13:1–16

Sakramen membantu saya mengingati pembebasan saya melalui Yesus Kristus.

Juruselamat memerintahkan orang Israel untuk merayakan Paskah setiap tahun untuk membantu mereka mengingati Dia telah membebaskan mereka, bahkan selepas penawanan mereka menjadi ingatan yang sudah lama. Semasa anda membaca arahan-Nya dalam Keluaran 12:14–17, 24–27; 13:1–16, fikirkan apa yang anda sedang lakukan untuk mengingati berkat-berkat Tuhan untuk anda. Bagaimanakah anda dapat mengekalkan peringatan itu “setiap tahun, selama-lamanya”? (lihat Keluaran 12:14, 26–27).

Apakah persamaan yang anda lihat antara perayaan Paskah dan sakramen? Apakah yang boleh anda lakukan untuk “sentiasa mengingati” Yesus Kristus? (Moroni 4:3; Moroni 5:2).

Anda juga boleh merenungkan hal-hal lain yang Tuhan mahu anda ingat; lihat, contohnya, Helaman 5:6–12; Moroni 10:3; Ajaran dan Perjanjian 3:3–5, 10; 18:10; 52:40.

Lihat juga Kevin W. Pearson, “Adakah Anda Masih Sedia?,” Liahona, Nov. 2022, 67–69; “Always Remember Him” (video), Gospel Library; “Kenang Sang Kristus Di Salib,” Nyanyian Rohani, no. 79.

5:27

Always Remember Him

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Keluaran 7–11

Tuhan memiliki kuasa atas segalanya.

  • Wabak-wabak yang digambarkan dalam Keluaran 7–11 menunjukkan kepada orang Mesir dan orang Israel bahawa Tuhan mempunyai kuasa yang besar. Tuhan akan membantu anak-anak anda sepanjang hidup mereka apabila mereka mempercayai kuasa-Nya. Untuk membantu mereka belajar daripada cerita ini, anda boleh memberi setiap anak sehelai kertas yang dibahagikan kepada 10 bahagian, dan jemput mereka untuk melukis gambar wabak-wabak yang digambarkan dalam ayat-ayat ini: Keluaran 7:17–18; 8:1–4; 8:16–17; 8:20–22; 9:1–6; 9:8–9; 9:22–23; 10:4–5; 10:21–22; 11:4–7 (lihat juga “Wabak-wabak Mesir” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 67–69). Baca bersama Keluaran 7:5 dan 9:14 untuk jelaskan mengapa Tuhan menghantar wabak-wabak itu.

    2:3

    The Plagues of Egypt

  • Kongsi dengan anak-anak anda bagaimana Tuhan telah menunjukkan anda “bahawa tiada sesiapa pun yang seperti [Dia] di seluruh dunia” (Keluaran 9:14). Minta mereka berkongsi bagaimana mereka tahu Tuhan sangat berkuasa.

Keluaran 8:28–32; 9:7

Tuhan dapat membantu saya memiliki hati yang lembut.

  • Untuk membantu anak-anak anda membayangkan maksud mempunyai hati yang lembut, tunjukkan mereka objek yang keras, seperti batu, dan objek lain yang lembut dan menyerap, seperti span. Anda juga boleh menuang air pada objek-objek ini untuk menunjukkan betapa mudahnya hati yang lembut menerima firman Tuhan. Anda kemudian boleh membaca bersama beberapa ayat yang menggambarkan bagaimana Firaun bertindak balas terhadap wabak-wabak yang Tuhan hantar (lihat Keluaran 8:28–32; 9:7). Objek manakah terbaik mewakili hati atau sikap Firaun? Apakah maksud memiliki hati yang lembut? (lihat Mosia 3:19).

  • Anda dan anak-anak anda boleh membuat senarai beberapa tindakan yang mungkin menunjukkan kita mempunyai hati yang keras (contohnya, menggunakan perkataan yang tidak baik atau tidak mahu berkongsi). Bagaimanakah kita tunjukkan kepada Tuhan bahawa kita ingin mempunyai hati yang lembut?

keluarga sedang mengambil sakramen

Keluaran 12:1–13

Sakramen dapat membantu saya mengingati Yesus.

  • Paskah mengajar orang Israel untuk menantikan Juruselamat dan pengorbanan-Nya bagi kita. Semasa anda meneroka Keluaran 12:1–13 bersama, bantu anak-anak anda melihat hubungan antara butiran Paskah dan Korban Tebusan Yesus Kristus (lihat juga “Paskah” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 70–74). Contohnya, bagaimanakah Yesus seperti anak domba yang digambarkan dalam ayat 5?

    2:54

    The Passover

  • Kini, kita mengambil sakramen untuk mengingati pengorbanan Yesus. Anda boleh tunjukkan anak-anak anda gambar sakramen dan bincangkan bagaimana tatacara ini membantu kita mengingati Yesus Kristus. Anda boleh membantu anak-anak anda mencari perkataan “mengingati” dalam doa sakramen (lihat Moroni 4–5). Atau nyanyikan bersama lagu rohani kegemaran tentang sakramen, dan bantu anak-anak anda menyedari perasaan damai yang mereka miliki apabila mereka berfikir tentang Juruselamat. Bagaimanakah kita boleh mencari perasaan itu apabila kita mengambil sakramen?

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

ilustrasi jamuan Paskah

The Passover Supper [Jamuan Paskah], oleh Brian Call

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Sakramen dapat membantu saya mengingati Yesus