Ikutlah Aku
30 Mac–5 April. “Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya”: Hari Easter


“30 Mac–5 April. ‘Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya’: Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“30 Mac–5 April. ‘Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya,’” Ikutlah Aku: Perjanjian Lama 2026

Kubur Yesus yang kosong

Ilustrasi tentang kubur yang kosong

30 Mac–5 April: “Tuhan Raja Akan Memusnahkan Maut Selama-lamanya”

Hari Easter

Kehidupan Yesus Kristus “[ialah] pusat sejarah semua manusia” (“Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,” Gospel Library). Apakah maksudnya? Sebahagiannya, ini bermaksud bahawa kehidupan Juruselamat mempengaruhi takdir abadi setiap orang yang pernah hidup atau yang akan hidup. Anda juga boleh katakan Kebangkitan Yesus Kristus, pada Ahad hari Easter yang pertama, menghubungkan semua umat Tuhan sepanjang sejarah: mereka yang dilahirkan sebelum Kebangkitan-Nya menantikan Dia dengan iman (lihat Yakub 4:4), dan mereka yang dilahirkan selepas itu melihat kembali dengan iman. Semasa kita membaca laporan dan nubuat Perjanjian Lama, kita tidak pernah melihat nama Yesus Kristus, tetapi kita melihat bukti iman orang dahulu yang percaya dan menantikan Mesias dan Penebus mereka. Oleh itu, kita yang dijemput untuk mengingati Dia dapat merasakan kaitan dengan mereka yang menantikan Dia. Kerana Yesus Kristus benar-benar telah menanggung “hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita” (Yesaya 53:6; penekanan ditambah), dan “semua orang akan dihidupkan semula” (1 Korintus 15:22; penekanan ditambah).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Nabi-nabi zaman dahulu dan moden bersaksi tentang korban tebusan Juruselamat.

Banyak petikan dalam Perjanjian Lama menunjukkan pelayanan dan korban tebusan Juruselamat. Jadual di bawah menyenaraikan beberapa petikan ini. Semasa anda membaca ayat-ayat ini, apakah tanggapan yang datang kepada anda tentang Juruselamat?

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Perjanjian Lama

Zakharia 9:9

Perjanjian Baru

Matius 21:1–11

Perjanjian Lama

Zakharia 11:12–13

Perjanjian Baru

Matius 26:14–16; 27:3–8

Perjanjian Lama

Yesaya 53:4

Perjanjian Baru

Matius 8:16–17; 26:36–39

Perjanjian Lama

Yesaya 53:7

Perjanjian Baru

Markus 14:60–61

Perjanjian Lama

Mazmur 22:16

Perjanjian Baru

Yohanes 19:17–18; 20:25–27

Perjanjian Lama

Mazmur 22:18

Perjanjian Baru

Matius 27:35

Perjanjian Lama

Mazmur 69:21

Perjanjian Baru

Matius 27:34, 48

Perjanjian Lama

Mazmur 118:22

Perjanjian Baru

Matius 21:42

Perjanjian Lama

Yesaya 53:9, 12

Perjanjian Baru

Matius 27:57–60; Markus 15:27–28

Perjanjian Lama

Yesaya 25:8

Perjanjian Baru

Markus 16:1–6; Lukas 24:6

Perjanjian Lama

Daniel 12:2

Perjanjian Baru

Matius 27:52–53

Nubuat yang mengajar tentang Juruselamat adalah lebih banyak dan jelas dalam Kitab Mormon. Pertimbangkan bagaimana iman anda diperkuatkan oleh petikan seperti ini: 1 Nefi 11:31–33; 2 Nefi 25:13; Mosia 3:2–11; Alma 7:10–13.

Para nabi zaman akhir terus memberikan kesaksian istimewa tentang Yesus Kristus dan misi penebusan-Nya. Semasa anda mendengar persidangan umum minggu Easter ini, catat kesaksian tentang Kristus yang anda dengar. Apakah yang mereka ajarkan anda tentang Dia?

ikon seminari
Yesus Kristus menawarkan saya kedamaian dan kebahagiaan.

Hari Easter ialah masa yang menggembirakan, kerana ia adalah masa untuk meraikan Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat. Namun, semasa hari Easter, terdapat ramai orang yang tidak berasa bahagia kerana pelbagai sebab. Apakah yang boleh anda lakukan untuk menyebarkan kedamaian dan kebahagiaan Juruselamat pada hari Easter ini?

Satu idea ialah mencari pesanan dalam tulisan suci tentang kedamaian dan kebahagiaan yang Yesus Kristus tawarkan, seperti ini: Mazmur 16:8–11; 30:2–5; Yesaya 12; 25:8–9; 40:28–31; Yohanes 14:27; 16:33; Alma 26:11–22. Pertimbangkan bagaimana anda boleh berkongsi pesanan ini dengan orang lain. Contohnya, mungkin anda boleh membuat kad Easter untuk dikongsi, berdasarkan pesanan ini. Berdoa tentang siapa yang perlu menerima pesanan hari Easter anda. Anda juga boleh memutuskan untuk berkongsi pesanan anda di media sosial, di mana ramai orang boleh melihatnya.

Lagu rohani tentang Kristus dan Kebangkitan, seperti “Dia Bangkit!” (Nyanyian Rohani, no. 85), juga boleh membantu kita merasakan kedamaian dan kebahagiaan pada hari Easter. Cari frasa dalam lagu rohani yang, pada pendapat anda, menggambarkan kebahagiaan hari Easter.

Lihat juga Jeffrey R. Holland, “Bukan Seperti Yang Diberikan Oleh Dunia,” Liahona, Mei 2021, 35–38; Mark S. Palmer, “Kesedihan Kita Akan Berubah Menjadi Kegembiraan,” Liahona, Mei 2021, 88–90.

Yesus menyambut Maria di luar kubur-Nya

Why Weepest Thou [Puan, Mengapa Menangis], oleh Simon Dewey (perincian).

Oleh kerana Korban Tebusan-Nya, Yesus Kristus berkuasa untuk membantu saya mengatasi dosa, kematian, percubaan, dan kelemahan.

Berikut ialah aktiviti yang boleh membantu anda melihat banyak berkat yang datang melalui Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Baca tulisan suci di bawah tentang apa yang Yesus Kristus bantu kita atasi. Cuba susun petikan ke dalam kategori ini: dosa, kematian, percubaan, dan kelemahan (sesetengah petikan mungkin sesuai dalam lebih daripada satu kategori). Semasa anda membaca, apakah tanggapan yang anda ada tentang kuasa Juruselamat?

Bagaimanakah anda akan menerangkan kepada seorang rakan yang bukan Kristian mengapa Yesus Kristus penting bagi anda? Pesanan Elder Ahmad S. Corbitt: “Tahukah Anda Kenapa Saya Sebagai Seorang Kristian Percaya kepada Kristus?” (Liahona, Mei 2023, 119–21,) boleh membantu.

Lihat juga Reyna I. Aburto, “Maut Tiada Kemenangan,” Liahona, Mei 2021, 85–87; Topics and Questions, “Atonement of Jesus Christ,” “Resurrection,” Gospel Library.

Yesus Kristus telah membayar harga yang muktamad untuk keselamatan saya.

Apakah yang anda belajar dari ayat-ayat berikut tentang harga yang Yesus Kristus bayar untuk keselamatan anda: Yesaya 53:3–5; Mosia 3:7; Ajaran dan Perjanjian 19:16–19? Apakah harga yang Bapa Syurgawi bayar? (lihat Yohanes 3:16).

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Yesus Kristus telah menderita dan mati untuk saya.

  • Minggu Easter ialah masa yang baik untuk mengajar anak-anak anda tentang apa yang Juruselamat telah lakukan untuk kita di Getsemani dan di salib. Anda boleh mula dengan menunjukkan mereka gambar-gambar di bawah dan membiarkan mereka bercakap tentang apa yang berlaku dalam gambar. Semasa anak-anak anda melihat gambar-gambar itu, anda boleh membaca ayat-ayat yang menggambarkan peristiwa-peristiwa ini (lihat Matius 26:36–46; 27:35–50; Lukas 22:39–46; Yohanes 19:16–30). Anak-anak anda boleh tunjuk butiran dalam gambar yang mereka dengar dalam ayat-ayat tersebut.

imej komposit Yesus di Getsemani dan di salib

Kiri: Christ in Gethsemane [Kristus di Getsemani], oleh Harry Anderson. Kanan: The Crucifixion [Penyaliban], oleh Harry Anderson

  • Bagaimanakah kita diberkati kerana pengorbanan Yesus untuk kita? Bantulah anak-anak anda mencari perkataan dan frasa yang menjawab soalan ini dalam Yesaya 53:4–12; Alma 7:11–13; dan Ajaran dan Perjanjian 19:16–19. Saling berkongsi bagaimana perasaan anda tentang Juruselamat selepas membaca tulisan suci ini.

Yesus Kristus telah bangkit untuk saya.

  • Anda boleh gunakan halaman aktiviti minggu ini atau gambar lain dalam garis panduan ini untuk menceritakan anak-anak anda cerita tentang Kebangkitan (lihat juga “Yesus Telah Bangkit,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 139–44). Kemudian biarkan anak-anak anda menceritakan kembali cerita itu kepada anda.

  • Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu anak-anak anda mencari kebahagiaan dalam Kristus pada hari Easter ini. Contohnya, anda boleh nyanyikan bersama lagu rohani Easter kegemaran, seperti “Hari Ini Kristus Bangkit” (Nyanyian Rohani, no. 86) atau “Gethsemane” (Gospel Library). Untuk mencari lagu rohani tentang Kebangkitan, anda boleh lihat daftar indeks dalam Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak. Anda dan anak-anak anda boleh saling berkongsi mengapa anda suka lagu-lagu ini dan perasaan anda apabila anda menyanyikannya. Apakah yang lagu-lagu ini ajarkan kepada kita mengenai Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Kanak-kanak boleh merasakan Roh tetapi mungkin memerlukan bantuan untuk mengenali pengaruh-Nya. “Ajar kanak-kanak tentang pelbagai cara Roh berkomunikasi dengan kita. Bantu mereka mengenali suara-Nya semasa Dia berbicara kepada mereka. Ini akan membantu mereka mengembangkan tabiat mencari dan bertindak atas wahyu peribadi sepanjang hidup mereka” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 32). Contohnya, semasa anda menyanyikan lagu-lagu tentang Juruselamat dengan anak-anak anda, lihat gambar-gambar Dia, atau baca cerita tentang Dia, saling berkongsi perasaan rohani yang anda miliki.

  • Gospel Library mempunyai koleksi video Easter yang mungkin anak-anak anda suka. Mungkin anda boleh membiarkan mereka memilih satu untuk ditonton. Tanya mereka apa yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus daripada video itu. Anda juga boleh meminta mereka meringkaskan pesanan video itu dalam satu ayat.

Para nabi bersaksi tentang Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

  • Semasa anda dan anak-anak anda menonton persidangan umum bersama hujung minggu Easter ini, bantu mereka beri perhatian apabila para saksi istimewa Juruselamat bersaksi tentang Kebangkitan. Mungkin anda boleh membuat satu permainan—jemput mereka untuk berdiri setiap kali mereka mendengar perkataan seperti hari Easter atau Korban Tebusan atau Kebangkitan. Saling berkongsi mengapa anda bersyukur atas kesaksian para nabi yang hidup tentang Juruselamat.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

lukisan Yesus selepas Kebangkitan

For This Purpose [Untuk Tujuan Ini], oleh Yongsung Kim. Imej dengan ihsan havenlight.com

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Yesus telah bangkit untuk saya