Ikutlah Aku
12–18 Januari. “Pada Mulanya, Ketika Tuhan Mula Menciptakan Alam Semesta”: Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5


“12–18 Januari. ‘Pada Mulanya, Ketika Tuhan Mula Menciptakan Alam Semesta’: Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“12–18 Januari. ‘Pada Mulanya, Ketika Tuhan Mula Menciptakan Alam Semesta’,” Ikutlah Aku: 2026

bumi dan bulan

12–18 Januari: “Pada Mulanya, Ketika Tuhan Mula Menciptakan Alam Semesta”

Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5

Kerana dunia di sekitar kita sangat indah dan megah, sukar untuk membayangkan bumi ketika ia “belum berbentuk dan masih kacau-bilau,” “kosong dan tidak berpenduduk” (Kejadian 1:2; Abraham 4:2). Satu hal tentang cerita Penciptaan ajarkan kita adalah Tuhan dapat mencipta sesuatu yang luar biasa daripada sesuatu yang tidak tersusun. Itu berguna untuk diingati ketika kehidupan kelihatan huru-hara. Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus adalah Pencipta, dan karya kreatif Mereka untuk kita belum selesai. Mereka boleh menjadikan cahaya bersinar pada saat-saat gelap dalam hidup kita. Mereka boleh mengisi kekosongan kita dengan kehidupan. Mereka boleh mengubah kita menjadi makhluk ilahi yang sepatutnya kita menjadi. Itulah maksudnya diciptakan seperti Tuhan, menyerupai-Nya (lihat Kejadian 1:26). Kita berpotensi untuk menjadi seperti Dia: mencapai permuliaan, dimuliakan, menjadi syurgawi.

Untuk gambaran keseluruhan kitab Kejadian, lihat “Kejadian” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Kejadian 1:1–25; Musa 2:1–25; Abraham 4:1–25

“Melalui Anak Tunggal-Ku Aku menciptakan hal-hal ini.”

Walaupun kita tidak tahu segala-galanya tentang bagaimana dunia dicipta, adalah menarik untuk memperhatikan apa yang Tuhan telah pilih untuk ungkapkan tentang Penciptaan. Apakah yang Tuhan ajarkan anda mengenainya dalam Kejadian 1:1–25; Musa 2:1–25; dan Abraham 4:1–25? Mengapakah Dia mahu anda tahu hal-hal ini? Semasa anda merenungkan cerita-cerita ini, anda juga boleh mempertimbangkan apa yang ia ajarkan anda tentang Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, dunia, dan diri anda.

Untuk memperkayakan kajian anda, pertimbangkan untuk membaca ayat-ayat ini semasa menikmati keindahan ciptaan Tuhan atau semasa mendengar lagu seperti “Tiap Makhluk Ciptaan Tuhan” (Nyanyian Rohani, no. 19). Anda boleh mencari gambar ciptaan-Nya yang membantu anda berasa takzim kepada Sang Pencipta. Pertimbangkan untuk berkongsi gambar-gambar ini, berserta kesaksian anda, dengan orang lain.

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 101:32–34.

lukisan Taman Eden

The Garden of Eden [Taman Eden], oleh Grant Romney Clawson

Kejadian 1:26–27; Musa 2:26–27; Abraham 4:26–27

ikon seminari
Saya dicipta menurut rupa Tuhan.

Semasa anda membaca Kejadian 1:26–27; Musa 2:26–27; dan Abraham 4:26–27, renungkan maksud diciptakan menurut “rupa” atau “kemiripan” Tuhan, lelaki dan perempuan. Mengapakah ia penting untuk anda tahu tentang kebenaran ayat-ayat ini? Contohnya, bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi cara anda melihat diri anda, orang lain, dan Tuhan? Bagaimanakah ia boleh membantu anda apabila anda mempunyai perasaan negatif tentang diri anda?

Untuk membantu anda fikirkan soalan-soalan ini, cuba lengkapkan ayat seperti ini: “Kerana saya tahu saya diciptakan menurut rupa Tuhan, saya memilih untuk …” Menyemak “Tubuh anda adalah kudus” dalam Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (halaman 22–29) boleh membantu. Pertimbangkan untuk memilih sesuatu yang akan anda lakukan untuk tunjukkan kepada Tuhan bahawa anda tahu tubuh anda kudus.

Dalam video “God’s Greatest Creation” (Gospel Library), Presiden Russell M. Nelson bersaksi tentang tubuh manusia yang menakjubkan. Semasa anda menonton video ini, tanya diri anda, “Bagaimanakah Bapa Syurgawi mahu saya rasakan tentang tubuh saya?” Bagaimanakah ini berbeza daripada pesanan yang mungkin anda dengar daripada orang lain?

2:51

God's Greatest Creation

Sesetengah orang mungkin berkata dicipta menurut rupa Tuhan bermakna semua fikiran, perasaan, dan hasrat kita diluluskan oleh-Nya dan kita tidak perlu (atau tidak boleh) bertambah baik. Apakah yang anda akan beritahu mereka? Apakah pandangan yang anda peroleh daripada Mosia 3:19 dan Eter 12:27?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Your Body: A Magnificent Gift to Cherish,” Liahona, Ogos. 2019, 50–55.

Kejadian 1:27–28; 2:18–25; Musa 3:18, 21–24; Abraham 5:14–18

Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita ditahbiskan oleh Tuhan.

“Adam dan Hawa disatukan dalam perkahwinan untuk masa dan keabadian dengan kuasa abadi imamat” (Russell M. Nelson, “Lessons from Eve,” Ensign, Nov. 1987, 87). Renungkan ini semasa anda membaca Kejadian 1:27–28; 2:18–25; Musa 3:18, 21–25; dan Abraham 5:14–19. Bagaimanakah anda boleh memperlakukan perkahwinan dengan kekudusan yang Tuhan telah berikan?

Lihat juga 1 Korintus 11:11; “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Gospel Library.

Kejadian 1:28; Musa 2:28; Abraham 4:28

Saya bertanggungjawab untuk menjaga ciptaan Tuhan.

Apakah yang Kejadian 1:28; Musa 2:28; dan Abraham 4:28 cadangkan tentang tanggungjawab kita terhadap ciptaan Tuhan? Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 59:16–21 dan 104:13–18 tambahkan kepada pemahaman anda?

Lihat juga Gérald Caussé, “Pengawasan Duniawi Kita,” Liahona, Nov. 2022, 57–59; Topics and Questions, “Environmental Stewardship and Conservation,” Gospel Library.

Kejadian 2:2–3; Musa 3:2–3; Abraham 5:2–3

Tuhan memberkati dan menguduskan hari Sabat.

Tuhan menjadikan hari Sabat hari yang kudus, dan Dia meminta kita untuk menguduskan hari itu. Semasa anda membaca Kejadian 2:2–3; Musa 3:2–3; dan Abraham 5:2–3, fikirkan tentang apa yang menjadikan Sabat “diberkati” kepada anda.

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 59:9–13; “The Sabbath Is a Delight” (video), Gospel Library.

0:50

Highlight: The Sabbath Is a Delight

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Kejadian 1:1–25; Musa 2:1–25; Abraham 4:1–25

Yesus mencipta bumi.

  • Bagaimanakah anda dapat menjadikan pembelajaran tentang Penciptaan menyeronokkan bagi anak-anak anda? Anda boleh membawa mereka ke luar dan mencari jenis benda yang dicipta dalam setiap tempoh Penciptaan. Anak-anak anda juga boleh melihat gambar hal-hal yang Yesus ciptakan (lihat “Penciptaan Bumi” dalam Cerita-cerita Perjanjian Lama, 8–12). Kemudian anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang perasaan anda tentang Yesus Kristus selepas membaca tentang Penciptaan.

  • Pertimbangkan untuk nyanyikan bersama lagu tentang dunia indah kita seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Anak-anak anda boleh menambah hal-hal lain pada lagu itu yang Tuhan telah ciptakan yang membantu mereka merasakan kasih-Nya.

Bantu kanak-kanak untuk menunjukkan kreativiti mereka. “Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk melukis, mencipta, mewarna, atau menulis sesuatu yang berkaitan dengan asas injil, anda membantu mereka lebih memahami asas itu dan anda memberi mereka peringatan yang nyata tentang apa yang mereka telah pelajari” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 32).

Kejadian 1:26–27; Musa 2:26–27; Abraham 4:26–27

Saya dicipta menurut rupa Tuhan.

  • Anak-anak anda boleh mengembangkan ketakziman dan menghormati tubuh mereka sendiri dan orang lain semasa mereka tahu bahawa kita semua diciptakan menurut rupa Tuhan. Untuk membantu mereka fahami maksud ini, anda boleh membiarkan anak-anak anda melihat rupa mereka dalam cermin atau gambar mereka semasa anda membaca Musa 2:26–27 kepada mereka. Anda juga boleh tunjukkan mereka bagaimana anak haiwan sering “mirip” ibu bapa mereka (lihat gambar dalam garis panduan ini, sebagai contoh). Ini boleh membawa kepada perbualan tentang mengapa penting untuk anda tahu bahawa anda diciptakan menurut rupa Bapa Syurgawi anda.

    beruang dan anak beruang
  • Anda dan anak-anak anda mungkin boleh melukis tubuh manusia dan memotong lukisan itu menjadi teka-teki. Semasa anak-anak anda menyusun teka-teki mereka, mereka boleh bercakap tentang cara mereka boleh tunjukkan Bapa Syurgawi bahawa mereka bersyukur untuk tubuh mereka.

Kejadian 2:2–3; Musa 3:2–3; Abraham 5:2–3

Hari Sabat adalah hari kudus.

  • Semasa anda membaca Musa 3:2–3, minta anak-anak anda untuk dengar apa yang Tuhan lakukan pada hari ketujuh. Bantu anak-anak anda mencari atau melukis gambar hal-hal yang boleh mereka lakukan pada hari Ahad untuk menguduskannya dan berbeza daripada hari-hari lain. Saling berkongsi mengapa penting untuk anda menguduskan hari Sabat.

  • Bantu anak-anak anda lakon peranan di mana mereka menerangkan kepada seorang kawan mengapa mereka memilih untuk melakukan hal-hal yang menghormati Bapa Syurgawi dan Yesus pada hari Ahad. Cadangkan mereka untuk gunakan Kejadian 2:2–3 dalam penerangan mereka. Bagaimanakah menguduskan hari Sabat menunjukkan kasih kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Yehovah berdiri di awan dengan tangan-Nya atas dunia yang Dia ciptakan

The Creation [Penciptaan], oleh Annie Henrie Nader

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Yesus mencipta bumi