Ikutlah Aku
29 Disember–4 Januari. Kesaksian Pertama tentang Yesus Kristus: Pengenalan kepada Perjanjian Lama


“29 Disember–4 Januari. Kesaksian Pertama tentang Yesus Kristus: Pengenalan kepada Perjanjian Lama,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“Pengenalan kepada Perjanjian Lama,” Ikutlah Aku: 2026

Yesus berdiri di atas bukit

29 Disember–4 Januari: Kesaksian Pertama tentang Yesus Kristus

Pengenalan kepada Perjanjian Lama

Apabila anda mempertimbangkan mengkaji Perjanjian Lama tahun ini, bagaimanakah perasaan anda? Penuh minat? Tidak pasti? Takut? Semua emosi ini dapat difahami. Perjanjian Lama adalah salah satu koleksi penulisan tertua di dunia, dan ini boleh menjadikannya menarik dan menakutkan. Penulisan ini berasal dari budaya kuno yang boleh kelihatan asing dan kadangkala pelik malah tidak selesa. Namun dalam penulisan ini kita melihat orang mempunyai pengalaman yang serupa. Kita mengenali tema injil yang bersaksikan keilahian Yesus Kristus dan injil-Nya. Ya, orang-orang seperti Abraham, Sara, Hana, dan Daniel menjalani kehidupan yang, dalam beberapa cara, sangat berbeza dengan kehidupan kita. Tetapi mereka juga mengalami kebahagiaan keluarga dan perselisihan keluarga, detik iman dan detik ketidakpastian, serta kejayaan dan kegagalan—seperti kita semua. Lebih penting lagi, mereka menjalankan iman, bertaubat, membuat perjanjian, memiliki pengalaman rohani, dan tidak pernah putus asa pada janji Juruselamat. Semasa kita belajar bagaimana Tuhan bekerja dalam hidup mereka, kita juga melihat Dia dalam hidup kita, dan kita berkata seperti pemazmur: “Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku. … Aku sangat mencintainya” (Mazmur 119:105, 140).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

ikon seminari
Perjanjian Lama bersaksi tentang Yesus Kristus.

Satu cara untuk menemui pemeliharaan rohani yang kaya dalam Perjanjian Lama adalah dengan mencari Roti Kehidupan, Yesus Kristus (lihat Yohanes 6:48). Contohnya, bagaimanakah anda melihat Juruselamat dalam perkara berikut?

  • Manna (Keluaran 16:4, 11–15; Yohanes 6:35)

  • Anak domba korban (Keluaran 12:3–5; Yohanes 1:29)

  • Ular gangsa (Bilangan 21:4–10; Yohanes 3:14).

  • Yunus (Yunus 1:4–17; Matius 12:38–41)

Apakah yang contoh-contoh ini ajarkan tentang Dia? Apakah rujukan lain kepada Yesus Kristus dalam Perjanjian Lama yang sudah anda kenali?

Dalam pesanannya “Yesus Kristus adalah Khazanah,” Elder Dale G. Renlund menggalakkan kita untuk “ingati dan sentiasa berfokus kepada Yesus Kristus” (Liahona, Nov. 2023, 98). Pertimbangkan untuk membaca pesanannya, carilah hal-hal yang boleh anda lakukan untuk menemui Yesus Kristus bukan sahaja dalam Perjanjian Lama tetapi juga dalam hidup anda.

Lihat juga “Jenis atau Simbol Untuk Kristus” dalam Panduan Tulisan Suci, “Yesus Kristus,” Gospel Library; “Sejak Kecil Ku Mencari Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 67.

Cari simbol yang bersaksi tentang Yesus Kristus. Tuhan mengajar Adam, ”Segala hal mempunyai kemiripan mereka, dan segala hal diciptakan dan dijadikan untuk memberikan kesaksian tentang Aku” (Musa 6:63). Sama ada anda sedang mengkaji atau mengajar, fokus pada Yesus Kristus boleh membantu anda mencari makna dalam tulisan suci dan meningkatkan kasih dan iman anda kepada-Nya. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 7.)

Yesus Kristus ialah Yehovah dalam Perjanjian Lama.

Presiden Dallin H. Oaks mengajar: “Bapa perkenalkan Putera Tunggal-Nya, Yesus Kristus, sebagai Juruselamat dan Penebus kita dan memerintah kita untuk ‘dengarkanlah Dia.’ Dari arahan ini kita menyimpulkan bahawa catatan kitab suci kata-kata yang diucapkan oleh “Tuhan” atau “Tuan” hampir selalu merupakan firman Yehovah, Tuhan yang bangkit, Yesus Kristus” (“Ajaran-ajaran Yesus Kristus,” Liahona, Mei 2023, 102).

14:6

Ajaran-ajaran Yesus Kristus

Apabila para pemimpin orang Yahudi mencabar Yesus tentang identiti-Nya, Dia mengisytiharkan, “Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada.” Kata-kata ini mengejutkan orang yang mendengar Yesus, dan mereka bersedia untuk merejam-Nya (lihat Yohanes 8:58–59). Pertimbangkan untuk membaca Keluaran 3:13–15; 6:3–5 untuk melihat mengapa sesetengah orang Yahudi begitu marah dengan apa yang Yesus katakan.

Mengapakah penting untuk anda tahu bahawa Yesus Kristus ialah Yehovah?

Tuhan memulihkan banyak “perkara yang jelas dan bernilai” melalui Joseph Smith.

Dalam sebuah penglihatan, Tuhan menunjukkan kepada Nefi tentang kemunculan Alkitab, menjelaskan bahawa “banyak perkara yang jelas dan bernilai” akan diambil darinya. Pertimbangkan membaca 1 Nefi 13:21–29, 38–42, mencari bagaimana Tuhan merancang untuk “menyatakan perkara yang jelas dan berharga.” Menurut 2 Nefi 3:12, bagaimanakah Alkitab dan Kitab Mormon bekerja bersama?

Semasa anda mengkaji Perjanjian Lama tahun ini, anda juga akan mengkaji beberapa “kitab lain” yang Nefi ramalkan. Ini termasuk:

  • Kitab Musa, sebahagian daripada terjemahan Alkitab Joseph Smith. Ia memulihkan kebenaran dan laporan yang tidak terdapat dalam teks semasa Kejadian 1–6.

  • Kitab Abraham, yang diungkapkan kepada Joseph Smith semasa dia meneliti papirus Mesir kuno (lihat Topics and Questions, “Book of Abraham,” Gospel Library).

  • Pelbagai petikan daripada Terjemahan Joseph Smith, beberapa daripadanya muncul dalam Panduan Tulisan Suci.

Berikut ialah beberapa contoh laporan Perjanjian Lama yang dipulihkan melalui Joseph Smith: kota Sion Henokh (Musa 7:18–19), penglihatan Abraham tentang majlis di syurga (Abraham 3:22–28), dan pelayanan Melkisedek (Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:25–40). Mengapakah laporan-laporan ini “jelas dan bernilai” bagi anda?

malaikat muncul kepada Adam dan Hawa

Adam and Eve Offering Sacrifices [Adam dan Hawa Mempersembahkan Korban], oleh Keith Larson (perincian)

Perjanjian Lama membantu saya memahami hubungan perjanjian saya dengan Tuhan.

Perjanjian Lama ialah cerita Tuhan berusaha menjadikan kita “umat-[Nya] sendiri” melalui perjanjian (Keluaran 19:5). Atas sebab itu, cara baik untuk bersedia membaca Perjanjian Lama adalah dengan belajar tentang perjanjian—khususnya perjanjian abadi yang Tuhan tawarkan kepada para nabi kuno seperti Abraham, Ishak, Yakub, dan keturunan mereka. Dan cara terbaik untuk belajar tentang perjanjian ialah dengan mengkaji pesanan Presiden Russell M. Nelson “Perjanjian Abadi” (Liahona, Oktober 2022, 4–11).

Semasa anda membaca, tanya diri anda: Mengapakah perjanjian penting bagi saya? Apakah “kasih dan belas kasihan yang istimewa” yang saya terima daripada Tuhan semasa saya mentaati perjanjian saya dengan-Nya? Semasa anda membaca Perjanjian Lama tahun ini, perhatikan hal-hal yang Tuhan mahu ajarkan kepada anda tentang hubungan perjanjian anda dengan-Nya.

Lihat juga Yeremia 31:31–34.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Saya boleh belajar tentang Yesus Kristus dalam Perjanjian Lama.

  • Perkataan dan budaya Perjanjian Lama mungkin sukar difahami oleh kanak-kanak, tetapi anda boleh membantu mereka melihat Yesus Kristus dalam simbol dan cerita. Anda dan anak-anak anda boleh melihat imej di bawah, The Prophet Isaiah Foretells Christ’s Birth [Nabi Yesaya Meramalkan Kelahiran Kristus]. Biarkan anak-anak anda nyatakan butiran yang mereka lihat. Tarik perhatian mereka, khususnya, kepada bayi Yesus. Kemudian anda boleh membaca bersama mereka apa yang Yesaya tulis tentang kelahiran Juruselamat dalam Yesaya 7:14; 9:6. Kongsi dengan anak-anak anda bagaimana perasaan anda tentang mencari Juruselamat dalam Perjanjian Lama tahun ini.

    Yesaya menulis pada skrol tentang kelahiran Kristus

    Isaiah Writes of Christ’s Birth (The Prophet Isaiah Foretells Christ’s Birth) [Yesaya Menulis Tentang Kelahiran Kristus (Nabi Yesaya Meramalkan Kelahiran Kristus)], oleh Harry Anderson

  • Anda dan anak-anak anda juga boleh membaca Mazmur 23 atau Yesaya 53:3–9 dan mencari perkataan yang mengingatkan anda tentang Yesus Kristus. Apakah yang perkataan ini ajarkan kita tentang kehidupan dan Korban Tebusan-Nya?

Bapa Syurgawi mahu membuat perjanjian dengan saya.

  • Perjanjian adalah tema utama dalam Perjanjian Lama. Untuk memperkenalkan tema ini kepada anak-anak anda, anda boleh bercakap dengan mereka tentang janji yang mereka buat dan taati dengan keluarga atau rakan-rakan dan mengapa mentaati janji ini penting. Anda kemudian boleh melihat gambar pembaptisan dan bercakap tentang janji, atau perjanjian, yang kita buat dengan Tuhan apabila kita dibaptiskan (lihat Mosia 18:10, 13). Anda juga boleh menunjukkan gambar bait suci dan berkongsi perasaan anda tentang perjanjian yang kita buat di sana.

  • Halaman aktiviti minggu ini boleh membantu anak-anak anda teruja untuk membuat dan mentaati perjanjian dengan Bapa Syurgawi. Anda juga boleh nyanyikan lagu tentang membuat perjanjian, seperti “Sewaktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53).

Yesus Kristus ialah Yehovah dalam Perjanjian Lama.

  • Adakah anak-anak anda mengenali sesiapa yang gunakan nama yang berbeza dalam tetapan yang berbeza? Mungkin ibu bapa atau pengajar dipanggil secara berbeza di tempat kerja, di rumah, dan di gereja. Bercakap tentang nama-nama itu; kemudian baca Keluaran 6:3 bersama dan jemput anak-anak anda untuk mencari nama-nama Yesus Kristus sebelum Dia dilahirkan (Terjemahan Joseph Smith dari Keluaran 6:3 menjelaskan bahawa nabi Abraham, Ishak, dan Yakub mengenali Tuhan dengan nama ini).

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

orang ramai berlutut di kaki Kristus

Come unto Jesus [Datang kepada Yesus], oleh Michael Malm

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Bapa Syurgawi mahu membuat perjanjian dengan saya