Ikutlah Aku
5–11 Januari. “Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku”: Musa 1; Abraham 3


“5–11 Januari. ‘Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku’: Musa 1; Abraham 3,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Perjanjian Lama 2026 (2026)

“5–11 Januari. ‘Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku’,” Ikutlah Aku: 2026

bintang dan nebula di luar angkasa

5–11 Januari: “Inilah Pekerjaan-Ku dan Kemuliaan-Ku”

Musa 1; Abraham 3

Alkitab bermula dengan kata-kata “pada mulanya, ketika Tuhan mula menciptakan alam semesta” (Kejadian 1:1). Tetapi apa yang ada sebelum “mulanya” ini? Dan mengapakah Tuhan menciptakan semua ini? Melalui Nabi Joseph Smith, Tuhan telah menjelaskan soalan-soalan ini.

Sebagai contoh, Dia memberi kita catatan tentang penglihatan di mana Abraham melihat kewujudan kita sebagai roh “sebelum dunia ada” (lihat Abraham 3:22–28). Tuhan juga memberikan kita penterjemahan atau penyemakan yang diilhamkan tentang enam bab pertama Kejadian, yang dipanggil kitab Musa—yang tidak bermula dengan “pada mulanya.” Sebaliknya, ia bermula dengan pengalaman yang Musa miliki yang menyediakan beberapa konteks untuk cerita Penciptaan. Bersama-sama, tulisan suci zaman akhir ini adalah tempat yang baik untuk bermula kajian kita tentang Perjanjian Lama kerana ia menjawab beberapa soalan asas yang dapat membantu pembacaan kita: Siapakah Tuhan? Siapakah kita? Apakah pekerjaan Tuhan, dan apakah peranan kita dalamnya? Bab-bab pembukaan Kejadian dapat dilihat sebagai jawapan Tuhan kepada permintaan Musa: “Berbelas kasihanlah kepada hamba-Mu, Ya Tuhan, dan beritahulah aku mengenai bumi ini, dan para penduduknya, dan juga semestanya” (Musa 1:36).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Musa 1

ikon seminari
Sebagai anak Tuhan, saya mempunyai takdir ilahi.

“Jika Tuhan bercakap kepada anda secara langsung,” Presiden Russell M. Nelson mengajar, “perkara pertama yang Dia akan pastikan anda faham ialah identiti sebenar anda” (“Choices for Eternity” [pertemuan rohani belia sedunia, Mei 2022], Gospel Library). Oleh itu, Setan akan cuba mengelirukan anda pada hal yang sama. Cari pola ini dalam pesanan Tuhan kepada Musa dalam Musa 1:4, 6 dan dalam pesanan Setan dalam Musa 1:12. Apakah yang anda boleh pelajari daripada ayat-ayat ini tentang perbezaan Tuhan dan Setan?

Presiden Nelson juga mengajar, “Cara anda berfikir tentang siapa anda mempengaruhi hampir setiap keputusan yang anda akan buat” (“Choices for Eternity”). Pertimbangkan untuk membuat senarai pilihan yang anda buat kerana identiti anda sebagai anak Tuhan mendahului label lain.

Apakah ayat atau frasa tambahan dalam Musa 1 yang membantu anda memahami nilai ilahi anda? Anda juga boleh membaca pesanan lanjut Presiden Nelson dalam bahagian “Choices for Eternity” bertajuk “First: Know the truth about who you are.” Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk menjadikan identiti anda sebagai anak Tuhan sebagai pengecam anda yang paling penting?

Lihat juga “Aku Anak Tuhan,” Nyanyian Rohani (1985), no. 144; “Our True Identity” (video), Gospel Library; Topics and Questions, “Children of God,” Gospel Library.

3:39

Our True Identity

ibu, bapa, dan bayi tersenyum

Musa 1:12–26

Dengan bantuan Tuhan, saya boleh melawan Setan.

Seperti Musa 1 jelas menunjukkan, pengalaman rohani yang kuat tidak bermakna kita tidak akan digoda lagi. Malah, salah satu taktik Setan adalah menggoda kita untuk meragui pengalaman ini. Semasa anda membaca tentang respon Musa kepada Setan di ayat 12–26, apakah yang anda pelajari yang dapat membantu anda kekal setia kepada kesaksian yang anda telah terima? Apakah yang akhirnya membantu Musa mengatasi Syaitan?

Pengajaran lain dari pengalaman Musa adalah Setan menggoda kita dengan kebenaran dan kuasa Tuhan yang palsu. Fikirkan beberapa versi benda palsu, seperti tumbuhan tiruan atau anak patung. Bagaimana anda tahu bahawa ia palsu? Kemudian pertimbangkan tiruan yang Setan gunakan hari ini untuk menggoda anda. Apakah yang anda pelajari daripada Musa 1:13–18 tentang cara mengenali dan menolak tiruan Setan? Bagaimanakah Tuhan boleh membantu anda? (lihat Musa 1:24–26).

Lihat juga Matius 4:1–11; Gary E. Stevenson, “Janganlah Memperdayakanku,” Liahona, Nov. 2019, 93–96, Gospel Library.

6:31

I Am a Son of God

Pembelajaran di rumah boleh dirancang tetapi juga spontan. “Peluang mengajar dalam keluarga sering berlaku pada masa tidak formal, setiap hari—semasa makan, melakukan kerja rumah, bermain permainan, [atau] melancong” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 31). Contohnya, selain membaca tentang bagaimana Musa melawan Setan dalam Musa 1, anda boleh meluangkan beberapa saat pada waktu makan malam bercakap sebagai keluarga tentang cara anda melawan pengaruh musuh.

Musa 1:27–39; Abraham 3

Pekerjaan dan kemuliaan Tuhan adalah untuk membantu saya memperoleh kehidupan abadi.

Setelah melihat penglihatan ciptaan Tuhan, Musa berkata kepada Tuhan: “Beritahulah aku … mengapakah hal-hal ini sedemikian” (Musa 1:30). Apakah yang anda kagum tentang jawapan Tuhan dalam Musa 1:31–39? Apakah perbezaan antara kebaqaan dan kehidupan abadi? (lihat Topics and Questions, “Eternal Life,” Gospel Library). Bagaimanakah Yesus Kristus membantu mendatangkan kedua-duanya? Abraham juga mempunyai sebuah penglihatan, tercatat dalam Abraham 3. Apakah yang anda temui dalam ayat 24–26 yang dapat membantu menjawab permintaan Musa?

Abraham 3:22–28

Saya hidup sebagai roh sebelum saya dilahirkan di bumi.

Kita tahu sangat sedikit tentang kehidupan pra-fana kita. Tetapi kebanyakan apa yang kita tahu datang daripada penglihatan Abraham dalam Abraham 3:22–28. Semasa anda membaca ayat-ayat ini, buat senarai kebenaran yang anda temui—termasuk kebenaran tentang diri anda dan tentang Yesus Kristus. Mengapakah kebenaran-kebenaran ini berharga bagi anda? Apakah perbezaan yang ia buat dalam hidup anda?

Lihat juga Topics and Questions, “Premortal Life,” Gospel Library.

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 01 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Musa 1:1–4, 6, 12

Aku anak Tuhan.

  • Selepas anda membaca bersama pesanan Tuhan kepada Musa dalam Musa 1:4, pertimbangkan untuk membiarkan anak-anak anda melihat pantulan mereka di cermin dan memberi diri mereka pesanan yang serupa: “Aku anak Tuhan.” Kemudian mereka boleh saling memberikan pesanan yang sama: “Kamu anak Tuhan.” Anda juga boleh mencari gambar pelbagai orang dan menjemput anak-anak anda untuk menunjuk setiap orang dan berkata, “Ini adalah anak Tuhan.” Saling berkongsi mengapa anda gembira mengetahui bahawa anda adalah anak-anak Tuhan. Bagaimanakah pengetahuan ini mengubah cara anda memperlakukan diri sendiri dan orang lain?

  • Anda dan anak-anak anda boleh membandingkan pesanan Tuhan kepada Musa dalam Musa 1:4 dengan pesanan Setan dalam ayat 12. Bagaimanakah anda boleh membantu anak-anak anda membezakan pesanan Tuhan kepada mereka dan pesanan Setan?

Yehovah muncul kepada Musa

Moses Sees Jehovah [Musa Melihat Yehovah], oleh Joseph Brickey (perincian)

Musa 1:6, 39

Bapa Syurgawi mempunyai pekerjaan untuk saya lakukan.

  • Semasa anda membaca Musa 1:6 dengan anak-anak anda, anda boleh bercakap tentang “pekerjaan” Tuhan untuk Musa. Pertimbangkan untuk gunakan Buku Seni Injil, no. 13–16, atau Cerita-cerita Perjanjian Lama, halaman 64–84, untuk membantu anak-anak anda melihat apa yang Musa capai dengan bantuan Bapa Syurgawi. Apakah pekerjaan yang Tuhan ada untuk kita lakukan? (lihat, contohnya, Ajaran dan Perjanjian 11:20).

Musa 1:12–26

Saya boleh melawan godaan Setan.

  • Semasa anda mengkaji Musa 1:12–26 dengan anak-anak anda, bantulah mereka mengetahui apa yang Musa lakukan untuk melawan Setan (lihat ayat 13, 15, 18, 20–22, 26). Melakonkan hal-hal yang boleh mereka lakukan untuk melawan godaan (seperti berdoa, berjalan pergi, atau meminta bantuan) mungkin menyeronokkan.

Abraham 3:22–28

Saya hidup sebagai roh sebelum saya dilahirkan di bumi.

  • Mengetahui tentang kehidupan pra-fana kita dapat mengilhami anak-anak anda untuk membuat pilihan berdasarkan kebenaran abadi. Untuk membantu mereka belajar mengenainya, anda boleh memberi mereka beberapa perkataan dan frasa penting untuk ditemui dalam Abraham 3:22–28, seperti “sebelum dunia ada,” “roh,” “membuat sebuah bumi,” dan “menguji.” Apakah ayat-ayat ini ajarkan kita tentang mengapa Bapa Syurgawi menghantar kita ke bumi?

  • Lagu seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86) boleh mengukuhkan apa yang Abraham 3 ajarkan. Anda boleh menjemput anak-anak anda untuk melukis gambar yang sesuai dengan perkataan tersebut.

  • Bantu anak-anak anda fikirkan situasi di mana mereka perlu memilih sama ada untuk melakukan apa yang Tuhan minta mereka lakukan atau tidak (lihat Abraham 3:25; lihat juga Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan). Minta mereka berlatih cara bertindak balas atas situasi-situasi ini. Bagaimanakah Juruselamat dapat membantu kita ketika kita membuat pilihan yang salah?

Untuk lebih lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Musa mengusir Setan

Moses Overcomes Satan [Musa Mengatasi Setan], oleh Joseph Brickey

Halaman aktiviti Sekolah Primer: Aku anak Tuhan