“1–7 Disember: ‘Penglihatan Tentang Penebusan Orang Mati’: Ajaran dan Perjanjian 137–138,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 137–138,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Butiran dari Christ Preaching in the Spirit World [Kristus Berkhutbah di Dunia Roh], oleh Robert T. Barrett
1–7 Disember: “Penglihatan Tentang Penebusan Orang Mati”
Ajaran dan Perjanjian 137–138
Wahyu yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 137 dan 138 terpisah selama 80 tahun dan 2,400 km. Bahagian 137 diterima oleh Nabi Joseph Smith pada 1836 dalam Bait Suci Kirtland, dan bahagian 138 diterima oleh Joseph F. Smith, Presiden Gereja keenam, pada 1918 di Salt Lake City. Tetapi dari segi ajaran, dua penglihatan ini adalah saling melengkapi. Ia menjawab soalan yang ramai orang—termasuk nabi-nabi Tuhan—ada tentang kehidupan selepas kematian. Joseph Smith tertanya-tanya tentang nasib abangnya Alvin, yang telah mati tanpa dibaptiskan. Joseph F. Smith, yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya dan 13 orang anaknya, sering berfikir tentang dunia roh dan tertanya-tanya tentang pengkhutbahan injil di sana.
Bahagian 137 memberi jawapan awal tentang takdir anak-anak Tuhan dalam kehidupan seterusnya, dan bahagian 138 membuka tirai itu dengan lebih luas. Bersama, kedua-dua wahyu itu bersaksi tentang “kasih yang besar dan menakjubkan yang dinyatakan oleh Bapa dan Putera” (Ajaran dan Perjanjian 138:3).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 137; 138:30–37, 57–60
Semua anak Bapa Syurgawi berpeluang untuk memilih kehidupan abadi.
Alvin Smith, abang Nabi Joseph yang dikasihi, meninggal dunia enam tahun sebelum Tuhan memulihkan wewenang untuk membaptis. Pengertian umum di kalangan umat Kristian pada tahun 1836 adalah jika seseorang mati tanpa dibaptiskan, orang itu tidak dapat pergi ke syurga. Joseph tertanya-tanya tentang keselamatan abadi Alvin selama bertahun-tahun—sehingga dia menerima wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian 137.
Ramai orang hari ini mempunyai soalan yang sama. Mengapakah Tuhan memerlukan tatacara dan perjanjian sedangkan ramai orang tidak berpeluang untuk menerimanya? Apakah yang anda akan katakan kepada seseorang yang tertanya-tanya tentang ini? Bagaimanakah anda akan membina iman mereka kepada Tuhan dan syarat-syarat-Nya untuk keselamatan? Cari kebenaran yang anda boleh kongsi dalam bahagian 137 dan dalam bahagian 138:30–37, 57–60. Anda juga boleh cari kebenaran tersebut dalam pesanan Presiden Henry B. Eyring “Pengumpulan Keluarga Tuhan” (Liahona, Mei 2017, 19–22).
Semasa anda mengkaji dan merenung, anda boleh mencatat tanggapan anda dengan melengkapkan ayat-ayat seperti berikut:
-
Oleh kerana wahyu-wahyu ini, saya tahu bahawa Bapa Syurgawi .
-
Oleh kerana wahyu-wahyu ini, saya tahu bahawa rancangan penyelamatan Bapa .
-
Oleh kerana wahyu-wahyu ini, saya mahu .
Lihat juga Saints, 1:232–35.
Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, 25–30
Membaca dan merenungkan tulisan suci menyediakan saya untuk menerima wahyu.
Kadangkala wahyu datang walaupun kita tidak mencarinya. Tetapi lebih kerap, ia datang kerana kita tekun mencari dan bersedia untuknya. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, 25–30, perhatikan apa yang Presiden Joseph F. Smith sedang renungkan ketika “mata pemahaman[-nya] dibukakan” untuk memahami misi penebusan Juruselamat. Anda juga boleh membandingkan pengalamannya dengan 1 Nefi 11:1–6; Joseph Smith—Sejarah 1:12–19. Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengikuti teladan Presiden Smith. Contohnya, apakah perubahan yang anda terilham untuk buat dalam pengkajian tulisan suci supaya boleh menerima banyak wahyu peribadi?
Dalam pesanannya “Penglihatan Tentang Penebusan Orang-Orang Mati” (Liahona, Nov. 2018, 71–74), Presiden M. Russell Ballard mencadangkan beberapa cara lain Presiden Smith telah disediakan untuk menerima wahyu ini. Apakah yang anda pelajari dari pengalamannya? Pertimbangkan bagaimana Tuhan telah menyediakan anda untuk pengalaman yang anda alami—dan bagaimana Dia boleh menyediakan anda untuk pengalaman di masa depan anda.
Lihat juga Saints, 3:202–5; “Ministry of Joseph F. Smith: A Vision of the Redemption of the Dead” (video), Gospel Library.
Ministry of Joseph F. Smith: A Vision of the Redemption of the Dead
Joseph F. Smith, oleh Albert E. Salzbrenner
Menjemput Roh. “Apakah yang anda telah perhatikan yang menyumbang kepada persekitaran rohani untuk mempelajari injil? Apakah yang menjauhkan darinya?” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 18). Semasa anda mengkaji pengalaman Presiden Joseph F. Smith dalam Ajaran dan Perjanjian 138:1–11, pertimbangkan bagaimana anda boleh menggalakkan renungan dan menjemput tanggapan rohani untuk diri anda dan, jika anda seorang pengajar, untuk orang yang anda ajar.
Ajaran dan Perjanjian 138:25–60
Pekerjaan Juruselamat berterusan di sebelah tirai.
Presiden Russell M. Nelson mengajar, “Pesanan kita kepada dunia adalah mudah dan ikhlas: kita menjemput semua anak Tuhan yang berada pada dua belah tirai untuk mendekati Juruselamat, menerima berkat bait suci, peroleh kebahagiaan yang berterusan, dan menjadi layak untuk kehidupan abadi” (“Mari Lakukan Cepat,” Liahona, Mei 2018, 118–19). Renungkan penyataan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 138:25–60. Anda juga boleh pertimbangkan soalan-soalan berikut:
-
Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang bagaimana pekerjaan Juruselamat yang dilaksanakan di dunia roh? Mengapakah ia penting untuk anda tahu bahawa pekerjaan ini sedang berlangsung?
-
Apakah yang anda kagum tentang utusan Tuhan di dunia roh?
-
Bagaimanakah wahyu ini menguatkan iman anda dalam rancangan penebusan Tuhan?
Jika anda ingin belajar lebih lanjut tentang dunia roh, anda boleh kaji pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Percayalah Kepada Tuhan” (Liahona, Nov. 2019, 26–29).
Lihat juga “Susa Young Gates and the Vision of the Redemption of the Dead,” dalam Revelations in Context, 315–22; “A Visit from Father” (video), Gospel Library.
A Visit from Father
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 137:5–10; 138:18–35
Semua anak Bapa Syurgawi akan berpeluang untuk mendengar tentang injil.
-
Untuk belajar apa maksudnya bagi Joseph Smith untuk melihat beberapa ahli keluarganya di kerajaan selestial, anak-anak anda boleh tonton video “Ministry of Joseph Smith: Temples” (Gospel Library), atau anda boleh kongsikan Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 152–53 (atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Anda juga boleh bercakap tentang seseorang yang anda kenali yang telah meninggal tanpa peluang untuk dibaptiskan. Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 137:5–10 ajarkan kita tentang orang tersebut?
2:20Ministry of Joseph Smith: Temples
2:17Chapter 39: The Kirtland Temple Is Dedicated: January–March 1836
-
Pertimbangkan untuk menggunakan gambar makam Juruselamat (lihat Buku Seni Injil , no. 58, atau Gambar Alkitab, no. 14) dan gambar di akhir panduan ini untuk mengajar anak-anak anda di mana roh Yesus pergi ketika tubuh-Nya berada di makam. Kemudian anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 138:18–19, 23–24, 27–30 untuk belajar tentang apa yang Yesus lakukan semasa Dia berada di sana. Siapakah yang Dia kunjungi? Apakah yang Dia minta mereka lakukan? Mengapa Dia berbuat demikian?
-
Anda juga boleh menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu anak-anak anda membandingkan apa yang para misionari ajar di sebelah tirai ini (lihat, contohnya, Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4) dengan apa yang para misionari ajarkan di dunia roh (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:33). Apakah yang serupa dalam ayat-ayat tersebut, dan apakah yang berbeza? Apakah yang kita pelajari tentang Bapa Syurgawi dan rancangan-Nya?
Merenungkan tulisan suci menjemput Roh Kudus.
Ajaran dan Perjanjian 138:1–11
Apabila saya merenungkan ayat suci, Roh Kudus akan membantu saya memahaminya.
-
Semasa anda dan anak-anak anda membaca Ajaran dan Perjanjian 138:1–11 bersama, anda boleh menjemput mereka untuk berpura-pura mereka adalah Presiden Joseph F. Smith dan melakukan aksi yang sesuai dengan ayat 6 dan 11. Anda juga boleh tunjukkan gambar Presiden Smith (terdapat satu dalam panduan ini) dan jelaskan bahawa dia adalah Presiden Gereja yang keenam. Anda juga boleh berkongsi tentang satu pengalaman ketika anda merenungkan sesuatu dalam ayat suci dan Roh Kudus telah membantu anda memahaminya.
-
Pertimbangkan untuk nyanyikan bersama satu lagu tentang pengkajian tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66). Apakah yang lagu ini katakan kita harus lakukan untuk memahami tulisan suci?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.